Tanggal 31 bulan Ogos tahun 1957
menandakan berakhirnya era Malaysia
sebagai negara yang dijajah oleh kuasa asing.
Justeru, hari ke-31 dalam bulan Ogos pada
tahun-tahun seterusnya menjadi sambutan
hari kemerdekaan bagi seluruh rakyat
Malaysia di mana laungan “Merdeka!” serta
kibaran bendera Jalur Gemilang memenuhi
suasana malam di seluruh tanah air kita.
Asal Jalur Gemilang bermula pada tahun 1949.
Dengan persetujuan Majlis Raja-Raja, sebuah
jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang
dan membuat perakuan berhubung dengan
rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah
Melayu yang baru.
Sebuah pertandingan mereka bentuk bendera telah
dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan
Tanah Melayu dan 3 rekabentuk telah terpilih untuk
penilaian akhir, perkenan Majlis Raja-Raja.
Rekabentuk milik Mohamed bin Hamzah, arkitek
jabatan kerja raya telah dipilih sebagai pemenang
pertandingan tersebut yang kemudiannya diperakui
oleh Majlis Raja-Raja pada 23 Februari 1950.
Namun rekabentuk arkitek jabatan kerja raya itu
telah di buat beberapa pindaan iaitu bulan sabit dan
bintang yang asal warnanya putih telah ditukar ke
kuning bagi melambangkan warna diraja. Pada 26 Mei
1950, buat pertama kalinya bendera Persekutuan
Tanah Melayu telah dikibarkan di hadapan Istana
Sultan Selangor di Kuala Lumpur.
Setelah dikenali sebagai Bendera Malaysia sejak 1950
(Pertandingan mereka cipta bendera kerajaan
persekutuan), pada hari kemerdekaan ke-40 iaitu
tahun 1997, namanya diubah kepada Jalur Gemilang di
bawah pimpinan Mahathir Mohamad.
Nama bendera rasmi diilhamkan dan diusulkan oleh
Datuk Hashim Mat Dris.
Cadangan tersebut dikemukakan kepada Perdana
Menteri ketika itu iaitu Datuk Seri Dr Mahathir pada
11 Julai 1995. Pengisytiharan oleh Tun Dr. Mahathir
berlangsung pada jam 11.58 malam di Dataran
Merdeka, Kuala Lumpur sempena Hari Kemerdekaan
negara yang ke-40 malam 31 Ogos 1997.
Rakyat Malaysia juga pasti sudah sedia maklum
serta menghafal lirik lagu khas yang dicipta
untuk memperingati serta membanggakan
bendera negara.
Selain itu, ia bertujuan untuk mengangkat
identiti bendera dan menyeru rakyat Malaysia
untuk mengibarkan bendera tersebut dengan
rasa megah dan semangat patriotik dalam
kalangan rakyat.
Setiap elemen atau aspek yang terdapat
pada reka bentuk bendera Malaysia
mempunyai huraian masing-masing.
Malah perkataan Jalur dan Gemilang
mempunyai maknanya yang tersendiri.
Huraian maksud nama adalah seperti
berikut:
1. Jalur
•Menggambarkan Bendera yang mempunyai
14 jalur merah dan putih
•Lambang jalur pada Bendera
menggambarkan satu haluan yang lurus, hala
tuju yang sama dan arah yang sama yang
dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis
hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan
bangsa dan negara
2. Gemilang
•Bermaksud bercahaya, terang-benderang
dan cemerlang
•Ianya memberi pengertian bahawa jalur
atau bendera itu melambangkan
kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat
Malaysia dalam mengharungi apa bidang
kehidupan sekali pun sama ada di dalam
atau di luar negara
•Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan
rakyat untuk menaikkan imej negara,
sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk
dan pedoman yang terang lagi jelas
Huraian maksud warna pada bendera
Malaysia adalah seperti berikut:
Biru
Menggambarkan perpaduan rakyat yang
terdiri daripada berbilang kaum di negara
ini seperti Melayu, Cina, India
Merah
Warna merah menunjukkan keberanian dan
kesediaan dalam mengharungi segala jenis
cabaran demi negara yang tercinta
Putih
Melambangkan kesucian dan keluhuran
hati rakyat dalam mengangkat nama
negara ke persada dunia
Kuning
Warna kuning melambangkan warna
Diraja, secara khususnya menggambarkan
kedaulatan Raja-Raja Melayu yang
Berperlembagaan
Berikut dikongsikan huraian maksud
lambang yang ada:
Bulan & Bintang
Menggambarkan Agama Islam sebagai
agama persekutuan negara
Bintang Pecah 14
Menunjukkan perpaduan 13 buah negeri
dan 1 wilayah persekutuan
14 Jalur
14 jalur berwarna merah dan putih yang
sama lebar menggambarkan 13 buah
negeri anggota dan sebuah Wilayah
Persekutuan yang memiliki keanggotaan
yang sama dalam negara Malaysia
Fakta Menarik Jalur Gemilang
Berikut dikongsikan beberapa fakta menarik
berkaitan bendera Malaysia yang barangkali ramai
tidak tahu:
1. Sekiranya bendera mahu dipasang pada tiang besar
seperti pada bangunan pejabat atau sekolah, ia
mestilah dinaikkan menggunakan tali pada waktu pagi
dan diturunkan pada petang hari yang sama.
Kebiasaanya di Malaysia, bendera dinaikkan pada jam
7.00 pagi dan diturunkan sebelum jam 7.00 malam
Fakta Menarik Jalur Gemilang
2. Bendera tidak boleh dibiarkan meleret ke tanah
semasa dinaik dan diturunkan. Ia hendaklah ditatang
atau diselimpangkan di bahu
3. Individu yang bertugas menaik dan menurunkan
bendera mestilah berpakaian kemas. Tidak boleh
memakai pakaian yang mencolok mata, atau memakai
kain sarung yang disenteng ke paras lutut, tidak
berbaju, tidak berkasut dan sebagainya. Dilarang
sama sekali menghisap rokok atau vape sewaktu
menaikkan bendera
Fakta Menarik Jalur Gemilang
4. Bendera perlulah dinaikkan dan diturunkan
secara perlahan-lahan dalam keadaan tidak
tergesa-gesa
5. Orang yang berada di sekitar tiang tersebut
hendaklah berdiri semasa bendera dinaikkan
6. Sekiranya berlaku kematian pembesar dan
bendera hendak dikibarkan separuh tiang, maka ia
perlulah dinaikkan sehingga ke puncak dahulu,
kemudian diturunkan perlahan-lahan ke separuh
tiang sebagai tanda berkabung
Fakta Menarik Jalur Gemilang
7. Bendera tidak boleh dikibarkan dalam keadaan
gelap. Sekiranya ingin dikibarkan pada waktu malam,
maka bendera perlu disuluh dengan spotlight
8. Bendera boleh dibuat baju dengan syarat
memotong kain lain yang mempunyai warna bendera.
Memotong bendera menandakan seseorang itu tidak
menghormati negara
Fakta Menarik Jalur Gemilang
9. Bendera tidak boleh dibuat kain kelubung untuk
menutup kepala
10. Bendera tidak sama sekali boleh dibuat lapik
duduk. Oleh itu paling tidak sesuai jika bendera
dijadikan seluar
Lain-Lain Fakta Menarik Tentang Jalur Gemilang
1. Bolehkah bendera dibuat baju? Boleh dengan syarat
memotong kain lain yang mempunyai warna bendera. Tidak
sepatutnya bendera dipotong untuk dibuat baju. Memotong
bendera bererti tidak menghormati negara
2. Bendera tidak sama sekali boleh dibuat stokin atau kasut /
selipar. Kita lihat banyak juga selipar yang dicetak bendera
Union Jack. Itu adalah perbuatan tidak hormat pada bendera.
Jangan ikut perangai mereka
3. Jika bendera hendak dipasang pada kereta, pastikan ia
dipasang teguh. Banyak yang tercabut dan jatuh ke jalan
sehingga dilenyek kenderaan lain. Ini tidak menghormati
bendera. Jika dipasang pada kereta pastikan ia
diikat atau dilekatkan dengan kuat
Lain-Lain Fakta Menarik Tentang Jalur Gemilang
4. Jika hendak dipasang pada lori atau bas, pastikan tidak
terlalu besar hingga mengganggu pengguna jalanraya lain. Kita
suka pasang yang besar-besar. Apabila lori berhenti di lampu
merah, benderanya menutup muka penunggang motosikal. Ini
sungguh tidak bertimbang rasa
5. Bendera boleh digunakan untuk selimut pemenang sukan
tanda kejayaan negara, tapi awas… jangan sampai meleret ke
tanah
6. Bendera boleh digunakan untuk menutup keranda perajurit,
tetapi jangan bawa masuk ke dalam liang kubur
Lain-Lain Fakta Menarik Tentang Jalur Gemilang
7. Jangan pijak bendera negara sendiri atau bendera negara
orang lain. Jika ada rakyat negara jiran yang pijak bendera kita,
jangan ikut. Jika kita ikut mereka, kita juga akan dilihat tidak
cerdik
8. Bendera yang telah lusuh warnanya, atau telah koyak akibat
dikibarkan terlalu lama hendaklah dimusnahkan. Cara
musnahkan bendera ialah dengan dibakar. Jangan buang
bendera lama di tong sampah atau tong kitar semula. Jangan
kibarkan bendera yang lusuh atau yang sudah koyak atau
tinggal separuh.
Lain-Lain Fakta Menarik Tentang Jalur Gemilang
9. Bendera yang masih cantik dan sempurna jangan dibakar.
Meskipun bendera itu kita beli dangan wang kita sendiri.
Membakar bendera adalah tanda tidak hormat kepada negara.
Ingat yang kita beli hanya kain, yang kita bakar adalah simbol
maruah negara
10. Bolehkah bendera digantung terbalik? Boleh. Itu tandanya
negara berada dalam keadaan bahaya (distress). Jadi jika
negara tidak dalam keadaan bahaya, jangan diterbalikkan
bendera
Disediakan oleh: Pusat Sumber SMKCB . Kredit: https://www.mysumber.com/bendera-malaysia-jalur-gemilang.html