Halangan
Literasi
● Faktor murid
● Faktor guru
● Faktor ibu bapa
AHLI KUMPULAN
HAZIQAH HAMIMAH WAN NURIN ALEEYA
BINTI ZULKARNAIN BINTI WAN MOHD
YUSOF
RIEFA FISYANIS NURUL ALIA MURSYIDA
SHIEFA BINTI BINTI NORZA
RIDHWAN
NUR KHAIRUNISA
BINTI ZAINUDDIN
PENGENALAN
Literasi secara umumnya adalah kemampuan individu memahami
informasi membaca dan menulis. Menurut M.M. Clay (1967),
penampilan literasi bermaksud membina kemahiran kanak- kanak
membaca dan menulis tanpa titik permulaan terbina secara
serentak dan saling bergantung tanpa turutan tertentu. Menurut
Kementerian Pelajaran Malaysia, program Literasi dimulakan pada
awal bulan Mei 2012 untuk mengurangkan kadar murid daripada
tidak kenal huruf dan juga tidak mahir membaca. Literasi di sekolah
rendah diperkenalkan pada Jun 2013 bagi murid-murid tahun 1.
Menjelang tahun 2014, literasi diperkenalkan kepada murid-murid
tahun 2 dan 3 yang belum menguasai kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.
01
MURID
MASALAH MEMBACA
● Murid lemah atau lambat dalam membaca.
● Ingatan murid yang lemah atau tidak dapat
mengingat maklumat dalam masa yang lama.
● Murid kurang mengambil perhatian terhadap
pengajaran guru semasa belajar.
● Murid tidak mempunyai motivasi dan malas belajar.
● Murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari
maklumat yang terdapat dalam gambar rajah atau
bahan rangsangan yang diberikan oleh guru.
CONTOH MASALAH YANG DIHADAPI
● Murid keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil
semasa membaca.
● Murid tidak membunyikan perkataan dengan betul
dan tepat.
● Murid tidak dapat menyebut perkataan yang dieja.
● Murid sering meninggalkan perkataan yang tidak
ketahui makna atau gagal membunyikannya.
MASALAH MENULIS
● Ketidakupayaan murid menguasai kemahiran membaca dan lisan
memberikan masalah kepada mereka untuk melahirkan ekspresi
melalui tulisan.
● Antaranya, masalah ketidakcekapan koordinasi mata dan tangan
semasa menulis.
● Ketidakupayaan ini dikesan semasa murid memegang pensel
dengan cara yang tidak betul. Akibatnya murid tidak dapat menulis
garis perkataan dengan tepat serta mencampur aduk huruf besar
dengan huruf kecil dalam satu ayat.
● Murid lemah menyusun ayat dan buah fikiran mengikut wajaran
fikiran mereka serta meninggalkan perkataan tertentu semasa
menulis.
02
GURU
● Penggunaan bahan bantu mengajar yang kurang menarik dalam
usaha membantu murid membaca.
● Aktiviti yang dijalankan tidak bersesuaian dengan tahap
perkembangan kognitif murid.
● Kaedah pengajaran yang dijalankan tidak sesuai. Kesannya, murid
tidak dapat menguasai literasi pada tahap yang memuaskan.
● Guru tidak diberi kursus khas tentang cara-cara untuk menjalankan
pengajaran. Jadi, kesediaan guru menjadikan pembelajaran dalam
kelas menjadi tidak kondusif.
● Ilmu yang tidak khusus tentang pengajaran literasi dalam
membantu murid menguasai literasi membaca dan menulis.
● Kurang pengalaman dalam bidang pengajaran. Guru harus
menyiapkan diri dengan pengalaman yang dapat membantu
mereka dalam pengajaran literasi.
03
IBU BAPA
● Ibu bapa harus mengambil bahagian dalam hal
mata pelajaran murid-murid dan menjadi
pembimbing rakan sebaya yang baik dengan
komunikasi dengan anaknya terhadap mata
pelajaran bahasa Melayu. Komunikasi yang baik
akan melahirkan idea yang baik dalam diri seorang
murid. Melalui idea-idea ini, seseorang murid dapat
menulis dan menyampaikan ideanya dalam
kemahiran menulis.
FAKTOR IBU BAPA MENJADI
HALANGAN DALAM LITERASI
● Ibu bapa tidak memberikan anak-anak buku latihan
● Ibu bapa kurang berkomunikasi dengan anak-anak.
● Ibu bapa tidak menyemak semula latihan tambahan
yang diberikan kepada anak di rumah
● Ibu bapa tidak menghantar anak ke kelas tuisyen atau
pusat latihan tambahan yang lain
● Ibu bapa tidak mengajar anak mereka untuk merujuk
kepada guru sekiranya terdapat masalah berkaitan
pembelajaran