The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atiqah mj, 2020-11-03 08:36:54

F5. 18. NURUL ATIQAH BINTI MAT JAIH

F5. 18. NURUL ATIQAH BINTI MAT JAIH

18

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
EDUP3023

Disediakan oleh:

Nama: Nurul Atiqah binti Mat Jaih
No. Kad Pengenalan: 001230-06-0776
2020192340100
Angka Giliran:

Kumpulan/ Unit PISMP F5
Nama Pensyarah:
Puan Wak Chu a/p Wok
Tajuk Tugasan :
Menghasilkan satu penulisan akademik yang
Tarikh Penyerahan: memperincikan kepentingan seseorang guru
menguasai peringkat perkembangan kanak-kanak

berdasarkan salah satu daripada teori
perkembangan Jean Piaget atau Lev Vygotsky dalam

usaha meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia
dalam bentuk e-book/ flipped book.

4 November 2020

Tarikh Menerima Maklum
Balas Daripada
Pensyarah

Senarai Kandungan

Bil. Perkara Halaman

1 Penghargaan i

2 Pengenalan 1

3 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget 1

Peringkat-peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak 1

Peringkat Deria Motor (0-2 Tahun) 2

Peringkat Praoperasi (2-7 Tahun) 2

Peringkat Operasi Konkrit (7-12 Tahun) 2

Peringkat Operasi Formal (12Tahun ke Atas) 3

4 Kepentingan Guru Menguasai Peringkat Perkembangan Kanak-kanak 3
Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

5 Kesimpulan 6

6 Senarai Rujukan 7

i

Penghargaan

Alhamdulillah syukur, saya telah dapat menyempurnakan kerja kursus
Perkembangan Kanak-kanak (EDUP3023) dalam tempoh masa yang diberikan.
Pengalaman dalam menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan ini mengajar saya
untuk menguruskan masa dengan lebih berkesan dan cekap.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk mengucapkan
jutaan terima kasih kepada Puan Wak Chu a/p Wok selaku pensyarah kursus ini kerana
telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk menyiapkan tugasan
yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak
putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada
pensyarah saya, Puan Wak Chu a/p Wok atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar
sepanjang masa tugasan ini dijalankan.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya
pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala
kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan
tugasan ini.

Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana
telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan ini juga ditujukan
kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini
sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang
telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan
mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih.

1

Pengenalan

Tugasan kerja kursus Perkembangan Kanak-kanak ini menfokuskan tentang
kepentingan seseorang guru menguasai peringkat perkembangan kanak-kanak berdasarkan
salah satu teori perkembangan Jean Piaget atau Lev Vygotsky dalam usaha meningkatkan
kualiti pendidikan di Malaysia. Dalam tugasan ini, penulis telah memilih teori perkembangan
Jean Piaget untuk diperincikan.

Perkembangan kanak-kanak dikatakan perkembangan yang berterusan, berturutan,
istiqamah dan proses yang kekal dalam diri seseorang insan hasil daripada pengalaman,
pembelajaran dan kematangan (Mohd. Sahrani Ahmad, 2004). Tidak dinafikan juga
pengetahuan mengenai perkembangan adalah sangat penting bagi seseorang guru dan
perlu dikuasai dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Hal ini demikian
kerana setiap manusia mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Oleh itu, penulisan
ini membincangkan teori perkembangan Jean Piaget dengan lebih mendalam serta
kepentingan seseorang guru menguasainya.

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Jean Piaget mempercayai bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang mengikut
satu siri urutan yang beperingkat-peringkat (Wong Kiet Wah et al, 2016). Hal ini demikian
kerana teori perkembangan ini mengikut tahap umur. Teori perkembangan ini berasaskan
empat peringkat iaitu peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-7 tahun),
peringkat operasi konkrit (7-12 tahun) dan peringkat operasi formal (selepas 12 tahun) hasil
daripada kajian dan pemerhatiannya. Oleh itu, setiap satu peringkat perkembangan kognitif
kanak-kanak merupakan faktor signifikan yang mempengaruhi pembentukan makna iaitu
abstrak atau konkrit.

Peringkat-peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

Rajah 1
Peringkat-peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

Peringkat-peringkat
Perkembangan

Kognitif Kanak-kanak

Peringkat Peringkat Peringkat Peringkat
deria motor praoperasi operasi konkrit operasi formal
(0-2 tahun) (2-7 tahun)
(7-12 tahun) (12 tahun
ke atas)

2

Peringkat Deria Motor (0-2 Tahun)

Pada peringkat ini, bayi menggunakan deria motornya untuk memahami dan
berinteraksi dengan persekitarannya (Lew Moi Mooi et al., 2014). Bayi juga membina
kefahaman mengenai dunia melalui pengalaman sensorinya berdasarkan tindakan-tindakan
fizikal. Sebagai contohnya, bayi akan menangis apabila ibunya lambat membancuh susu
kepadanya. Selain itu, pada peringkat ini, mereka juga mempelajari sesuatu melalui
tindakan ulangan dan masih tidak mempunyai kebolehan simbol. Oleh itu, mereka belum
boleh bertutur dengan fasih dan belum bersedia membaca huruf.

Peringkat Praoperasi (2-7 Tahun)

Menurut Wong Kiet Wah et al. (2013), pada peringkat ini, kanak-kanak
menggunakan prakonsep dalam pemikiran mereka iaitu mereka menggunakan simbol-
simbol dalam pemikiran mereka yang juga dikenali sebagai pemikiran bukan sebenar.
Kanak-kanak pada peringkat ini boleh bertutur dengan fasih dan jelas. Contohnya, mereka
mampu menyebut perkataan seperti emak, ayah, abang dan kakak. Hal ini menunjukkan
kanak-kanak sudah mempunyai kesediaan untuk berbahasa. Walau bagaimanapun,
permikiran mereka masih dihadkan oleh dua perkara iaitu animisme dan egosentrisme.

Apa itu anismisme dan egosentrisme? Animisme ialah ciri yang diperhatikan dalam
diri kanak-kanak praoperasi, iaitu kanak-kanak mempercayai bahawa objek-objek juga
bernyawa serta mempunyai ciri-ciri manusia seperti perasaan dan pemikiran. Egosentrisme
merupakan keadaan yang masih belum dapat membezakan antara pandangan sendiri
dengan pandangan orang lain. Oleh itu, mereka menganggap bahawa pengalaman dan
pandangan orang lain adalah serupa dengan pandangan mereka.

Peringkat Operasi Konkrit (7-12 Tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak mula membuat pentafsiran secara logik tetapi masih
terikat kepada pemikiran konkrit dan tidak mempunyai keupayaan untuk berfikir secara
abstrak. Sebagai contohnya, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, guru
menyediakan objek maujud dan aktiviti hands-on yang melibatkan pengalaman secara
langsung. Hal ini demikian kerana jika guru menggunakan konsep-konsep yang abstrak
akan menyebabkan murid sekolah rendah menghadapi masalah memahaminya kerana
konsep-kosep tersebut tidak memberi makna kepada mereka. Dalam peringkat ini juga
keinginan untuk mengetahui dan belajar perkara yang baharu adalah lebih tinggi. Oleh itu,
daya ingatan dan pemikiran yang kreatif dan kritis akan meningkat.

3

Selain itu, pada peringkat ini juga terdapat satu operasi perwakilan mental yang
penting iaitu penguasaan konsep secara kekalan. Menurut Wong Kiat Wah et al. (2016),
kekalan merupakan keupayaan untuk memahami bahawa sesuatu objek yang mengalami
perubahan ketara tetapi masih mempunyai sifat yang sama. Contohnya, lima keping duit
RM1 adalah sama nilainya dengan sekeping duit RM5. Tegasnya, penguasaan konsep
secara kekalan dapat memberikan kefahaman yang baik kepada kanak-kanak.

Peringkat Operasi Formal (12 Tahun ke Atas)

Pada peringkat ini, mereka telah menunjukkan keupayaan mereka untuk berfikir dan
bukan sekadar tentang alam kenyataan yang konkrit tetapi mengenai kemungkinan-
kemungkinan yang abstrak. Hal ini menunjukkan bahawa pemikiran mereka tidak lagi terikat
kepada pemikiran alam kenyataan yang konkrit dan mereka mula memikirkan idea secara
abstrak. Contohnya, mereka dapat membuat analogi dan metafora dalam karya sastera
terutamanya pantun. Tambahan pula, kebanyakan remaja dan orang dewasa pada tahap ini
mampu menyelesaikan masalah melibatkan proses kognitif yang kompleks berdasarkan
bidang kepakaran.

Kepentingan Guru Menguasai Peringkat Perkembangan Kanak-kanak Berdasarkan
Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Rajah 2
Kepentingan Guru Menguasai Peringkat Perkembangan Kanak-kanak Berdasarkan Teori
Perkembangan Kognitif Jean Piaget

4

Dalam dunia pendidikan, teori perkembangan kanak-kanak sangat penting. Hal ini
demikian kerana daripada teori-teori ini seseorang guru dapat mengetahui perubahan-
perubahan yang berlaku dalam diri seseorang mengikut tahap umur. Semua guru di
Malaysia mestilah menguasai ilmu peringkat perkembangan kanak-kanak supaya guru
dapat memahami perubahan tingkah laku yang terjadi kepada murid-murid khususnya.
Terdapat beberapa kepentingan guru menguasai peringkat perkembangan kanak-kanak
berdasarkan teori perkembangan kognitif Jean Piaget dalam usaha meningkatkan kualiti
pendidikan di Malaysia.

Antara kepentingan guru menguasai peringkat perkembangan kanak-kanak
berdasarkan teori perkembangan kognitif Jean Piaget ialah membantu guru untuk
merancang pengalaman pembelajaran yang berkesan. Menurut Mok Soon Sang (2008),
mentakrifkan pengalaman pembelajaran sebagai suatu bentuk gerak balas atau interaksi
murid dengan alam sekeliling. Hal ini demikian kerana kanak-kanak memperoleh
pengalaman melalui peristiwa yang berlaku kepada mereka dan interaksi pembelajaran
dengan alam sekeliling bukannya memperoleh pengalaman melalui konten di dalam buku.
Perancangan pembelajaran yang berkesan oleh seseorang guru juga dapat meningkatkan
pengetahuan muridnya melalui pelbagai aktiviti rangsangan minda dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (pdp). Para guru juga mestilah mempelbagaikan aktiviti (pdp) supaya
murid-murid tidak berasa bosan ketika belajar di dalam kelas. Sebagai contohnya, guru
melaksanakan aktiviti permainan minda seperti flash card dan teka-teki. Menurut Alvin Ng
Lai Oon (2016), menyatakan permainan minda merupakan sebarang aktiviti yang
memudahkan dan mencetuskan daya pemikiran dan membabitkan penyelesaian masalah,
pertimbangan logik, daya ingatan dan kreativiti. Pada masa yang sama juga aktiviti ini dapat
meningkatkan kebolehan kognitif kanak-kanak dalam menjana idea. Oleh itu, peringkat
perkembangan kanak-kanak berdasarkan teori perkembangan kognitif Jean Piaget
membantu guru dalam membuat perancangan pembelajaran yang berkesan dalam usaha
meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.

Seterusnya, kepentingan guru menguasai peringkat perkembangan kanak-kanak
berdasarkan teori perkembangan kognitif Jean Piaget ialah membantu guru bagi
mewujudkan kandungan (pdp) yang lebih sistematik dan tersusun. Seseorang guru yang
baik mestilah mampu menyusun kandungan pelajaran secara berperingkat. Misalnya, dalam
sesi (pdp) di sekolah, guru menyediakan objek maujud yang melibatkan pengalaman secara
langsung. Kemudian, guru memberi latihan yang mudah kepada murid terlebih dahulu dan
diikuti bahan latihan yang lebih sukar. Hal ini bertepatan dengan salah satu strategi
pengajaran yang disarankan iaitu merangka tugasan pembelajaran bagi murid di dalam
kelas (Noriati A. Rashid et al., 2016). Secara tidak langsung, guru telah mencabar dan

5

menggerakkan pemikiran kanak-kanak serta menguji tindak balas kanak-kanak dengan
pemberian fakta. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa dengan penguasaan guru terhadap
peringkat perkembangan kanak-kanak berdasarkan teori perkembangan kognitif Jean Piaget
ini, dapat membantu guru mewujudkan aktiviti (pdp) yang lebih tersusun dan sistematik.

Penguasaan terhadap teori perkembangan ini juga membantu guru untuk
memainkan peranan dalam proses (pdp) di bilik darjah. Hal ini demikian kerana guru dapat
mengetahui bahawa perkembangan diri kanak-kanak adalah tidak sama dengan menguasai
teori perkembangan ini. Hal ini menyebabkan kanak-kanak harus dilayan mengikut
keperluan psikologi mereka yang sebenar. Perancangan yang melibatkan aktiviti,
kandungan, pemilihan bahan, teknik pengajaran dan sebagainya mestilah signifikan dengan
perkembangan diri kanak-kanak pada masa tersebut (Mok Soon Sang, 2008). Guru
seharusnya memikirkan berkenaan dengan tahap kemampuan berfikir, pembinaan konsep
dan keperluan mewujudkan suasana konkrit. Dengan ini, masa yang panjang akan diambil
untuk mengajar seorang kanak-kanak yang belum sampai ke satu tahap perkembangan
tertentu dalam sesuatu topik berbanding kanak-kanak yang telah mencapai perkembangan
tersebut. Dalam erti kata lain, kemampuan dan kematangan kanak-kanak dalam
pembelajaran sangat penting.

Jika ditinjau dari perspektif lain, guru juga mampu meramal dan memahami lebih
dekat tingkah laku dan personaliti kanak-kanak dengan menguasai peringkat perkembangan
kanak-kanak berdasarkan teori perkembangan kognitif Jean Piaget ini. Perkembangan
kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah apabila kanak-kanak melalui pelbagai
peringkat. Oleh itu, guru mestilah menguasai dengan lebih mendalam teori ini agar dapat
mengetahui jenis minat yang akan dibentuk oleh kanak-kanak pelbagai peringkat umur bagi
memberi sokongan kepada mereka. Secara tidak langsung juga penglibatan kanak-kanak
dalam (pdp) dapat dicapai secara efektif. Contohnya, daripada aspek tingkah laku guru
dapat mengenali pelajar yang introvert dan eksovert dengan menjalankan aktiviti seperti
pembentangan dan kerja berkumpulan. Menurut Riswandi Alekhine (2017) menyatakan
introvert adalah sikap seseorang yang memiliki sifat pasif dan kurang bersosialisasi
manakala ektrovert merujuk kepada sikap individu yang aktif dan suka bersosialisasi.
Dengan ini, (pdp) dapat dilaksanakan oleh guru dengan mengambil kira aspek tingkah laku
dan personaliti pelajar di dalam kelas.

6

Selain itu, kepentingan guru mengusai teori ini ialah guru dapat melakukan intervensi
bagi menyelesaikan masalah dalam pembelajaran kanak-kanak. Menurut Mok Soon Sang
(2011), mendefinisikan intervensi dalam konteks (pdp) sebagai penglibatan individu yang
mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu untuk meningkatkan daya kognitif murid. Oleh
itu, guru haruslah memberikan perhatian atau tumpuan yang lebih kepada murid yang
mengalami masalah pembelajaran. Contohnya, murid tersebut menghadapi masalah dalam
pertuturan dan penggunaan bahasa yang betul dan tepat. Bertutur merupakan penghasilan
bunyi yang dikeluarkan oleh alat pertuturan bersama dengan pergerakan badan bagi
mengeluarkan satu bunyi bahasa yang bermakna (Siti Hajar Abdul Azizi, 2011). Dalam kes
ini, guru hendaklah membimbing murid tersebut atau mendedahkan mereka dengan individu
yang mahir dalam aspek penggunaan bahasa supaya kemahiran berbahasa dapat
dipertingkatkan. Tegasnya, penguasaan guru terhadap teori kognitif Jean Piaget adalah
sangat penting bagi guru membuat intervensi dan mengatasi masalah pembelajaran kanak-
kanak.

Kesimpulan

Intihannya, seperti ulasan yang telah dibincangkan di atas ternyata sudah terang lagi
bersuluh bahawa teori Jean Piaget ini memberi banyak manfaat yang positif. Hal ini
demikian kerana teori ini memainkan peranan penting dalam membentuk seseorang individu
yang berkembang secara aktif. Oleh itu, para guru mestilah mengusai teori ini agar dapat
melahirkan murid-murid yang mempunyai pemikiran yang berkualiti. Hal ini selaras dengan
pendapat Abdul Shukor Abdullah (2009), menyatakan bahawa para guru sewajarnya
mendalami teori ini dengan lebih mendalam agar mereka mengetahui cara untuk
meningkatkan proses perkembangan kanak-kanak. Tegasnya, semua guru perlu
menerapkan pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak agar dapat meningkatkan
kualiti pendidikan di Malaysia.

7

Senarai Rujukan

Abdul Shukor Abdullah. (2009). Kepimpinan unggul tonggak pengurusan pendidikan
cemerlang. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 14(1). 18-30.

Alvin Ng Lai Oon. (2016, Januari 20). Permainan minda untuk anak. My Metro.
https://www.hmetro.com.my/node/108567

Lew Moi Mooi, Norliza Jaafar & Norulazilah Nordin. (2014). Perkembangan Kanak-kanak.
Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Mohd. Sharani Ahmad. (2004). Psikologi Kanak-kanak. PTS Publications & Distributors.

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi: Murid dan Alam Belajar.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2011). Perkembangan Kanak-kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2016). Falsafah
dan Pendidikan di Malaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd

Riswandi Alekhine. (2017). Pengertian Introvert, Extrovert dan Ambivert.
https://psyline.id/ciri-ciri-introvert-extrovert-dan-ambivert/

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Rashinawati Abd. Rashid & Azlina
Ahmad. (2013). Perkembangan Kanak-kanak. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan Kanak-kanak.
Oxford Fajar Sdn. Bhd.


Click to View FlipBook Version