The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

minit mesyuarat HEM 1 latest 2019 (Latest2)-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by malarsmkp, 2019-04-12 23:53:24

minit mesyuarat HEM 1 latest 2019 (Latest2)-converted

minit mesyuarat HEM 1 latest 2019 (Latest2)-converted

PK 07-03

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 1 / 2019

Tarikh : 31 Januari 2019 (Khamis)
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Media, SMKPJI, KL
Pengerusi : Pn. Liew Siew Fong
Kehadiran(Bilangan) : 16 orang

Nama Yang Hadir :

1. Pn. Liew Siew Fong
2. Pn. Malarveli A/P Ramasamy
3. Pn. Wan Nurfazirah Bt W.M.Fablillah
4. Pn. Nafisah Bt. Yeop Mohamad Kasim
5. Pn. Hesty Bt Djanifar
6. Cik.Nurshakeilla Natra bt Mohd Najib
7. Pn. Nur Amni Bt. Ab. Aziz
8. En. Mohd Hadri Sulaiman
9. Pn. Anis Raihana Bt Baharom
10. Pn. Nurzetty Bt Md Zahir
11. En. Wan Mohd Hafiz B.W.Mohamed Azmi
12. Pn. Malathy A/P Visvanathan
13. Pn. Alina bt Ali
14. Pn. Hew King Wook
15. Pn. Yuslindawati Bt. Mokhtar
16. Pn. Nurdini Bt Ismail

Nama Yang Tidak Hadir :

1. Pn.Kamatchi A/P Veerapathran (Bersebab)

2. Pn.Santi A/P Perumal (Bersebab)

3. Pn.Suganthi a/p Nadarajah (Pindah)

4. Pn.Nur Amiza Bt. Ghazali (Bersebab)

1. PERUTUSAN PENGERUSI

Puan Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dalam mesyuarat kali
pertama tahun 2019.Terima kasih kepada semua ketua unit atas kerjasama dan sokongan
yang diberikan.

Tindakan : Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1. Puan Pengerusi membentangkan minit mesyuarat kali ke 1/2019.
Tindakan : Makluman

2.2. En. Wan Mohd Hafiz B.W.Mohamed Azmi mencadangkan minit mesyuarat disahkan.
Disokong oleh Cik. Nurshakeilla Natra Bt Mohd Najib Wong.
Tindakan : Makluman

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1. Tiada perkara berbangkit.

4. PEMBENTANGAN / PELAPORAN HEM OLEH PN. LIEW SIEW FONG

4.1. Pelaporan PK Hem (Pn.Liew Siew Fong)

4.1.1. Seramai 40 orang murid membuat ujian saringan
4.1.2. BAP - 484 orang murid yang diluluskan
4.1.3. Program bantuan kebajikan diuruskan oleh sub unit kebajikan
4.1.4. COMBI – pegawai datang untuk membuat pemeriksaan dan didapati tiada

jentik-jentik
4.1.5. Pokok -pokok besar sebanyak 18 pokok pelu dipotong dan 2 pokok lagi tak

boleh dipotong .
4.1.6. Lalulintas – sudah dibaiki oleh Dewan Bandaraya dan jejantas akan dibina

pada bulan September
4.1.7. Sekolah perlukan 5 unit kipas untuk dipasang di Dewan Melati
4.1.8. Mesin Water Dispenser – harap dapat sumbangan untuk penyelengaraan

4.2. Unit Disiplin

4.2.1. Puan Hew memaklumkan bahawa taklimat disiplin awal tahun telah diberikan
kepada semua pelajar pada minggu pertama persekolahan termasuklah pelajar-
pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan. Setakat ini , disiplin pelajar terkawal dengan
hanya 3 kes salahlaku ringan untuk bulan Januari dilaporkan. Selain itu, semua
guru digalakkan untuk masukkan amalan baik untuk pelajar-pelajar sebagai satu
penghargaan dan galakan kepada mereka. Setakat ini, didapati seramai 26 orang
guru telah menggunakan sistem SSDM sepanjang bulan Januari ini.

Tindakan : Makluman

4.3. Unit Bimbingan dan Kaunseling

4.3.1. Tiada laporan

Tindakan : Makluman

4.4. Unit Jawatankuasa 3K

4.4.1. Tema keceriaan kelas ialah tema bebas untuk semua tingkatan. Penilaian
keceriaan kelas yang pertama akan dibuat pada bulan Mac. Selain itu, semua
bilik darjah dilarang menampal ‘wall paper’ pada dinding dan meja murid.

4.4.2. Bagi kelas yang hendak mengecat dinding, warna cat mesti mengikut kod
seperti yang telah di upload ke group official telegram. Setiap kelas boleh
memasang langsir sendiri kerana tiada peruntukan. Di samping itu, papan notis
HEM di laluan blok kenanga distruktur semula. Semua jawatankuasa yang
terlibat perlu melengkapkan papan notis sebelum bulan Mac 2019.
Tindakan : Makluman

4.5. Unit Keselamatan

4.5.1. Pn.Nafisah memaklumkan bahawa kerja-kerja MRT semakin drastik dan
membahayakan pelajar-pelajar SMP. Didapati tiada pekerja MRT menjaga waktu
balik pelajar seperti yang dijanjikan dan hanya sekali dijaga oleh pekerja MRT.
Pengawal keselamatan sekolah juga tidak menjaga setiap hari pada waktu pagi.

4.5.2. Tangga sekolah sudah dibaiki dan selamat untuk digunakan oleh pelajar. Guru
keselamatan iaitu Pn.Nafisah akan memberi taklimat sewaktu perhimpunan pada
awal Februari tentang keselamatan pelajar pergi dan balik ke sekolah. Selain itu,
papan notis unit Hem akan dipaparkan gambar-gambar keselamatan. Di samping
itu, pelajar-pelajar akan diberitahu cara turun naik tangga terutamanya pelajar -
pelajar Tingkatan 1.

Tindakan : Makluman

4.6. Unit Kesihatan

4.6.1. Pn. Anis memaklumkan bahawa ceramah kesihatan iaitu ‘Thalassemia’ untuk
pelajar tingkatan 4 telah diadakan pada 29 /01/ 2019 Ceramah ini bertujuan untuk
memberi kesedaran kepada pelajar untuk mengetahui penyakit ini.

4.6.2. Borang kebenaran untuk saringan Thalassemia telah diedarkan kepada semua
pelajar Tingkatan 4. Didapati masih ada pelajar yang tidak menghantar borang
tersebut dan Pn.Anis akan memaklumkan kepada guru tingkatan untuk
mengingatkan pelajar supaya menghantar borang tersebut pada hari Isnin
(11/02/2019).

4.6.3. Pn. Anis juga memaklumkan bahawa pada tahun 2018, di sekolah kita terdapat
beberapa orang pelajar dikenal pasti pembawa Thalassemia Alpha dan
pembawa Thalassemia Beta. Majoriti mereka adalah normal. Selain itu, borang
kebenaran untuk suntikan HPV juga telah diedarkan dan masih ada 15 orang
pelajar yang belum menghantar borang tersebut. Pn.Anis akan mengingatkan
pelajar supaya borang tersebut dihantar selepas cuti pada hari Isnin
(11/02/2019). Pihak klinik akan menghubungi Pn.Anis selaku guru kesihatan
sekiranya ada apa-apa masalah berkaitan borang atau tarikh pihak klinik akan
menghantar pasukan ke sekolah. Guru-guru tingkatan 1 dan tingkatan 4 perlu
memastikan pelajar-pelajar yang baru berdaftar ke sekolah dikehendaki
mengambil borang Thalassemia dan borang HPV.
Tindakan : Makluman

4.7. Unit Jawatankuasa kantin
4.7.1. Tiada laporan.

Tindakan : Makluman

4.8. Unit Jawatankuasa Ladies

4.8.1. Puan Zetty memaklumkan bahawa maklumat berkaitan keceriaan tandas
sudah ada dan akan dinaikkan secepat mungkin. Selain itu, tandas dan bilik air
diharap dapat dibaiki dengan segera. Pn.Liew memaklumkan bahawa JK Ladies
mempunyai peruntukan dan diminta membuat kertas kerja untuk diluluskan oleh
PIBG.

Tindakan : Makluman

4.9. Unit Jawatankuasa SPBT

4.9.1. Tiada laporan

Tindakan : Makluman

4.10. Unit Jawatankuasa APDM

4.10.1. Puan Wan Nurfazirah memaklumkan bahawa guru-guru menghadapi masalah
untuk mencetak laporan kehadiran dan mengesahkan laporan tersebut.
Tindakan : Makluman

4.11. Unit Jawatankuasa Biasiswa

4.11.1. Puan Nurdini memaklumkan bahawa KWAPM data telah dikunci pada
31.1.2019 untuk pemilihan murid yang layak menerima KWAPM. Manakala, BKP
data akan dikunci pada 17.2.2019 untuk tujuan pemilihan murid yang layak
memohon. Baitulmal pula setakat 31.1.2019, seramai 40 orang pelajar Islam
telah menerima bantuan am persekolahan dan akan diteruskan pada tahun ini.
Bagi permohonan baru, setakat ini unit biasiswa baru menerima 15 borang
permohonan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15.2.2019.
Tindakan : Makluman

4.12. Unit Anti Denggi / COMBI

4.12.1. Puan Amni memaklumkan skuad COMBI melaksanakan tugas mingguan pada
setiap hari Khamis selepas waktu Pdpc untuk mengenal pasti tempat takungan
air. Terdapat kawasan air bertakung di Blok Kesidang dan sudah diambil tindakan
. Encik Ragu akan meletakkan simen untuk menutup kawasan yang berlubang.
Selain itu, longkang di kawasan kantin tersumbat menyebabkan air tidak
mengalir di kawasan dapur. Pn.Amni sudah maklumkan perkara ini kepada JK
Kantin. Di samping itu, JK COMBI akan menghantar laporan ke Jabatan pada
setiap hujung bulan.

Tindakan : Makluman

4.13. Unit Penyelenggaraan

4.13.1. Encik Hafiz memaklumkan kerosakan yang dilaporkan sudah diambil tindakan.
Pada 16.1.2019 sudah membuat laporan ke Jabatan tetapi pihak yang
bertanggungjawab belum datang ke sekolah. Pendawaian baharu terpaksa
dibuat di blok Kenanga.
Tindakan : Makluman

4.14. Unit Kebajikan

4.14.1. Unit kebajikan telah mengesan 16 orang pelajar yang layak menerima bantuan
makanan dari pihak yayasan Wilayah Persekutuan. Pelajar yang menerima
datang dari keluarga yang berpendapatan bawah RM 1000 & lahir di Wilayah
Persekutuan Program masih belum dilaksanakan sehingga surat pelaksanaan
diterima dan dijangka bermula pada bulan Februari 2019.
Tindakan : Makluman

4.15. Unit Sarana

4.15.1. Pn.Hesty memaklumkan bahawa aktiviti sekolah yang melibatkan ibu bapa
belum dipanggil untuk merekodkan maklumat penglibatan ibu bapa. Setakat ini,
beberapa program telah dijalankan seperti pendaftaran pelajar Tingkatan 1,
Program Masih Ada Yang Sayang Tahun Baru Cina, Majlis Hi Tea Pandu Puteri,
dan Permata Gemilang.
Tindakan : Makluman

4.16. Unit PPDa

4.16.1. Pn.Yuslindawati memaklumkan bahawa papan notis akan dikemaskini dan
bahan untuk papan notis akan disediakan . Tindakan : Makluman

4.17. Majlis Ketua Tingkatan

4.17.1. Pn. Malathy memaklumkan bahawa seramai 70 orang pelajar termasuk ketua
dan penolong ketua tingkatan diminta untuk membuat keceriaan kelas dan papan
pengurusan bilik darjah. Semua kelas dipantau oleh penyelia tingkatan kelas
masing-masing.
Tindakan : Makluman

5. HAL-HAL LAIN
5.1. Tiada

5.2. PENUTUP
5.2.1. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

…………………............................ ………………………….....................
( PN. MALARVELI A/P RAMASAMY) (PN. LIEW SIEW FONG)
Setiausaha HEM 2019 Penolong Kanan HEM
SMK ( P) Jalan Ipoh SMK (P) Jalan Ipoh


Click to View FlipBook Version