The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jakiranmaidan, 2023-11-22 21:25:41

BUKU PANDUAN PERATURAN DAN DISIPLIN SEKOLAH

SK BATU PUTIH BARU, SANDAKAN

Keywords: BUKU PERATURAN DISIPLIN SKBPB

Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 1 SK. Batu Putih Baru W.D.T 58 90500 Sandakan __________________________________________________________________________ Kepada, Semua Murid Ibu Bapa / Penjaga. Tuan / Puan, PERATURAN (TATATERTIB) DAN TINDAKAN DISIPLIN Pihak sekolah dengan sukacitanya menerangkan / menjelaskan kriteria dan disiplin sekolah. 02. Suhubungan dengan itu, kami mengharapkan kerjasama yang sepenuhnya dari tuan / puan dan segala tindakan yang diambil oleh pihak sekolah berkaitan dengan perkara ini akan difahami oleh ibu bapa/ penjaga. 03. Tindakan disiplin yang dikenakan atas suatu kesalahan : a) Hukuman Amaran b) Denda atau Rotan / Sebat c) Penggantungan sementara dari sekolah d) Hukuman buang dari sekolah segala kesalahan dan masalah murid yang berkaitan disiplin akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin Sekolah. Sekian dan terima kasih. “BERILMU, BERKHIDMAT DAN BERBUDAYA SAING KE ARAH KECEMERLANGAN” IKRAR MURID


Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 2 KAMI PELAJAR-PELAJAR SK BATU PUTIH BARU BERIKRAR DAN BERJANJI BAHAWA KAMI AKAN BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH, BERDISIPLIN, BERAKHLAK MULIA, BERSIKAP JUJUR DAN AMANAH SEPANJANG MASA. KAMI BERJANJI MENJAGA NAMA BAIK SEKOLAH KAMI, KEBERSIHAN SEKOLAH KAMI DAN HARTA BENDA SEKOLAH KAMI KAMI AKAN MENGHORMATI MASYARAKAT, IBUBAPA, GURU-GURU DAN RAKAN-RAKAN KAMI MUDAH-MUDAHAN KEHIDUPAN KAMI AKAN BERKAT DAN BERJAYA LAGU SEKOLAH


Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 3 BERSATU KITA BERUSAHA MENCAPAI CITA-CITA MURNI RUKUN NERGARA DIAMALKAN TUNJANG PERPADUAN KITA CAHAYA PENYULUH HIDUP SK. BATU PUTIH BARU TEMPAT MENIMBA ILMU DI DADA HINGGA KE KEMUNCAK JAYA JASA GURUNYA, DISANJUNG TINGGI MEMBIMBING, MENDIDIK KAMI AGAR MENJADI ORANG YANG BERGUNA DIMASA HADAPAN NANTI PERATURAN DAN DISIPLIN SEKOLAH KEBANGSAAN BATU PUTIH BARU, SANDAKAN FASAL 1 : PERIBADI MURID 1.1 Setiap murid mestilah mematuhi peraturan atau undang-undang sekolah. Setiap masa mestilah bekerjasama dengan pihak sekolah dan pengawas serta melaporkan kepada pihak sekolah, rakan-rakan yang melanggar peraturan sekolah. 1.2 Sentiasa mematuhi IKRAR SEKOLAH berusaha dalam bidang akademik dan ko-kurikulum dan menjaga nama baik sekolah serta mengamalkan cogankata sekolah BERILMU JUJUR SETIA.


Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 4 1.3 Sentiasa mengucapkan ‘Assalamualaikum’ atau salam sejahtera, bersopan-santun, menghormati semua guru, kakitangan bukan mengajar (KTBM) rakan-rakan. 1.4 Setiap murid dikehendaki menghormati pelawat dan ibu bapa yang datang ke sekolah dan memberikan pertolongan kepada mereka serta memberitahu atau memaklumkan kepada pihak sekolah. 1.5 Sekiranya berlaku kemalangan nyawa atau apa sahaja ke atas diri sendiri dan rakan-rakan di kawasan sekolah mestilah dilaporkan kepada pihak sekolah dengan segera. 1.6 Jangan menggunakan alamat sekolah bagi tujuan peribadi. Jika dialamatkan ke sekolah, pihak sekolah berhak membukanya. 1.7 Sekiranya terjumpa barang-barang yang berharga atau wang yang bukan hak sendiri, mestilah diserahkan kepada guru yang bertugas mingguan pada hari berkenaan dengan segera. 1.8 Sentiasa menjaga harta benda sekolah dan bekerjasama menjaga kebersihan sekolah. 1.9 Yuran sekolah mestilah dijelaskan seperti yang dituntut pada hari pendaftaran (minggu pertama persekolahan atau sebelum cuti akhir persekolahan). Setiap bayaran yang di buat mestilah mendapat resit rasmi daripada Bendahari sekolah kecuaian dalam hal ini, murid tidak akan didaftarkan untuk bersekolah di sekolah ini. FASAL 2 : MASA PERSEKOLAHAN 2.1 SESI PAGI =Isnin hingga Khamis 7.00 Pagi hingga 12.20 Tengahari Jumaat 7.00 Pagi hingga 11.20 2.2 SESI PETANG =Isnin 12.30 Tengahari hingga 5.40 Petang Selasa hingga Jumaat 12.30 Petang hingga 5.20 Petang 2.3 PERHIMPUNAN SEKOLAH (HARI ISNIN) Sesi pagi =7.00 – 7.30 Pagi (30 minit) Sesi Petang =12.20 – 12.50 Tengahari (30 minit) 2.4 Murid-murid pagi hendaklah berada di bilik darjah sebelum 7.00 pagi. 2.5 Murid-murid yang bertugas sahaja dikehendaki membersihkan darjah sebelum 6.30 pagi. 2.6 Loceng pertama akan dibunyi pada jan 6.55 pagi pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat manakala 6.25 pada hari Selasa dan Rabu, murid-murid hendaklah berbaris di luar kelas. 2.7 Murid-murid sesi petang akan masuk ke dalam kelas apabila loceng dibunyikan pada jam 12.30 tengahari. Murid-murid sesi pagi bersedia mengemas bilik darjah dan berbaris di kaki lima (atas simen) sebelum pulang pada jam 12.20 tengahari. 2.8 Murid-murid sesi petang hendaklah berbaris mengikut kelas masing-masing di halaman perhimpunan (bawah bangunan papan) sebelum masuk ke kelas iaitu 10 minit lebih awal (12.20 tengahari). 2.9 Loceng akan dibunyikan pada jam 5.20 petang. Murid-murid sesi petang bersedia, mengemas bilik darjah dan berbaris di halaman perhimpunan (bawah bangunan papan) sebelum pulang pada jam 5.20 petang.


Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 5 2.10 Guru Bertugas Mingguan akan mengawasi dan mengawal murid-murid waktu perhimpunan sekolah, sebelum masuk kelas dan masa pulang. 2.11 Murid-murid yang hendak keluar dari kelas hendaklah mendapat kebenaran dari guru yang berada di dalam kelas. Pertama menulis nama, tujuan dan tandatangan guru berkenaan di dalam BUKU REKOD KAWALAN KHAS MURID dan membawa KAD KEBENARAN KELUAR. 2.12 Tertakluk kepada perubahan sekolah. FASAL 3 : KEHADIRAN 3.1 Semua murid mesti sampai sebelum sesi persekolahan bermula. 3.2 Tindakan disiplin akan diambil ke atas murid yang datang ke sekolah lewat daripada masa yang ditetapkan. 3.3 Surat tunjuk sebab akan dikirimkan kepada ibubapa jika murid berkenaan selalu lewat tanpa alasan yang munasabah, akan dikenakan atau diambil tindakan disiplin. 3.4 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah hendaklah memberi surat doktor (perubatan) atau ibubapa / penjaga menunjukkan atau memberitahu sebab ,mengapa murid tidak hadir kepada guru kelas. 3.5 Surat pemberitahuan ketidakhadiran ke sekolah : Amaran Pertama akan dikirimkan kepada ibubapa/ penjaga sekiranya murid-murid tidak hadir ke sekolah selama 3 hari berturut-turut. 3.6 Surat pemberitahuan ketidakhadiran ke sekolah : Amaran Terakhir akan dikirimkan kepada ibubapa sekiranya tidak menerima jawapan dari ibubapa/penjaga. 3.7 Ibubapa/ penjaga hendaklah segera datang berjumpa memberitahu sebab kepada Guru Besar, Penolong Kanan HEM, Penyelia Petang atau Guru Disiplin. 3.8 Semasa bersekolah, murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar, Penolong Kanan, Penyelia Petang, Guru Disiplin atau Guru Bertugas Mingguan. 3.9 Semasa pembelajaran diadakan, tidak dibenarkan murid keluar dari kelas tanpa sebab dan tanpa mendapat kebenaran daripada guru yang mengajar kerana ia akan dianggap PONTENG. 3.10 Murid-murid yang ingin pulang awal di atas sebab-sebab tertentu sahaja mengisi borang kebenaran pulang awal dan mendapat kebenaran dari Guru Besar, Penolong Kanan, Penyelia Petang 3.11 Apabila pihak sekolah mengadakan Kelas Target' atau 'Kelas Tambahan', semua murid yang terlibat diwajibkan hadir. Kepada murid yang tidak hadir, surat tunjuk sebab daripada ibubapa/ penjaga hendaklah diberikan kepada guru yang berkenaan. 3.12 Murid yang sentiasa hadir ke sekolah dan tidak pernah ponteng (kehadiran setahun 100%) akan dianugerahkan SIJIL KECEMERLANGAN MURID. 3.13 PERINGATAN / AMARAN !!


Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 6 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa surat tunjuk sebab atau penjelasan ibubapa/ penjaga di anggap PONTENG dan tindakan disiplin boleh diambil ke atas murid tersebut. FASAL 4: PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH 4.1 Pakaian murid Lelaki 4.1.1 Baju kemaja putih berkolar dan berlengan panjang / pendek. Lencana dan tanda nama mestilah ditunjukkan. Manakalah lengan baju tidak boleh dilipat. 4.1.2 Murid lelaki mengenakan seluar panjang berwarna biru tua,memakai tali pingang,stokin dan kasut berwarna hitam. 4.1.3 Pengawas, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas mestilah mengenakan pakaian lengkap pengawas sekolah sepanjang waktu persekolahan terutamanya semasa perhimpunan. 4.2 Pakaian Murid Perempuan 4.2.1 Baju kurung berwarna putih (kain tetron) berlengan hingga kepergelangan tangan dan kain sarung berwarna biru tua yang labuhnya tidak melebihi buku lali atau baju kemeja putih berlengan pendek dan pinafore berwarna biru tua. 4.2.2 Telekung mini berwarna putih sahaja yang dibenarkan dan ukuran di sisi tidak melebihi bahu. 4.2.3 Tidak dibenarkan : a) Memakai pakaian seragam ketat dan panjang. b) Memakai alat solek ketika persekolahan. c) Menyimpan kuku panjang atau mengecat kuku. d) Memakai reben-reben yang berwarna-warni dan beraneka bentuk (reben hitam sahaja). e) Mewarnakan rambut dan menyimpan rambut di hadapan hingga menutupi mata. 4.3 Tali Pinggang Ukuran tali pinggang mestilah tidak melebihi satu setengah inci (3.5 cm) dan kepala tali pinggang mestilah tidak mempunyai lambang-lambang tetentu seperti Black metal, rock, hippies, blues dan apa sahaja yang menampakkan budaya negatif. Ukuran kepala tali pinggang mestilah mengikut saiz tali pinggang Sebarang pelekat termasuk contengan berupa gambar atau tulisan, tidak dibenarkan di lekat atau diconteng pada mana-mana bahagian tali pinggang. Tali pinggang bukan jenis kulit.


Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 7 4.4 Kasut dan sarung kaki Hanya kasut kanvas berwarna putih sahaja yang dibenarkan di pakai di sekolah. Sarung kaki (stokin) mestilah berwarna putih sahaja dan panjangnya mestilah melepasi buku lali. Murid yang tidak memakai kasut dan sarung kaki atau memakao kasut yang berfesyen akan di ambil tindakan disiplin. 4.5 Perhiasan dan kuku Sebarang perhiasan seperti cincin, gelang, rantai, subang, jel rambut, wangi-wangian, topi KECUALI skaf unit beruniform dan apa sahaja perhiasan yang tidak perlu di pakai ke sekolah tidak akan dikembalian. Jam berfesyen tidak dibenarkan. Semua murid di larang menyimpan kuku panjang. 4.6 Rambut Ukuran rambut lelaki 'SMART CUT' ialah tidak melebihi inci sahaja. Semua murid lelaki tidak dibenarkan menyimpan atau membiarkan rambut panjang. Murid perempuan yang tidak bertelakung mini mestilah mengikat rambut 'ponytail' atau di tocang' (plait) atau memakai sangkam. Riben berwarna hitam dan biru tua sahaja dibenarkan. Panjang rambut di hadapan hendaklah tidak melebihi paras kening mata. 4.7 Beg sekolah Semua murid hanya perlu membawa di dalam beg contohnya buku tulis, buku teks, pen, pensil. pemadam, pengasah pensil, pembaris atau buku rujukan mata pelajaran tambahan sahaja. Tidak dibenarkan membawa benda-benda yang merbahaya atau apa sahaja yang berkaitan dengan pelajaran dan tindakan disiplin akan diambil sekiranya murid melakukannya. 4.8 Tali leher. Semua murid diwajibkan memakai tali leher berwan Pengawas, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Pemimpin Bendera Sekolah dan Pemimpin Ikrar Sekolah yang mempunyai tali leher kepimpinan sekolah. 4.9 Lencana dan tanda nama. Lencana sekolah diletakkan di kiri atas kocek bain dan tanda nama dibahagian atas kocek baju. Semua murid diwajibkan memakai lencana sekolah dan tanda nama. 4.10 Pakaian pengawas sekolah. 4.10.1 Pengawas Lelaki. Baju kemeja berlengan panjang berwarna putih, berseluar panjang berwarna merah hati, memakai songkok berwarna hitam, sarung kaki berwarna putih dan bertali leher berwarna merah hati. 4.10.2 Pengawas Perempuan.


Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 8 Baju kurung berwarna putih, kain sarung berwarna merah hati berkasut dan sarung kaki berwarna putih, bertudung warna putih (ukuran paras bahu). FASAL 5: TATATERTIB DALAM BILIK DARJAH 5.5 Membersihkan kelas sebelum waktu pembelajaran bermula. Murid yang bertugas sahaja dibenarkan berada di dalam kelas. Murid yang lain keluar beratur. 5.2 Murid-murid hendaklah berbaris di luar kelas masing-masing pada masa pertama sebelum masa pembelajaran bermula dan selepas rehat sehingga guru sampai serta masa pulang. 5.3 Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan Pengawas mempastikan keadaan luar dan dalam kelas bersih sebelum murid masuk kelas. 5.4 Semua murid bekerjasama atau tolong-menolong menjaga kebersihan dan keceriaan kelas. 5.5 Murid-murid hendaklah bangun memberi hormat kepada Guru Besar, semua guru atau pelawat yang masuk atau keluar dan kelas. 5.6 Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan Pengawas bertanggungjawab menjaga ketenteraman kelas agar murid-murid tidak bising dan bertanggungjawab memperingatkan guru jika ia terlewat masuk kelas. 5.7 Semua murid bertanggungjawab menjaga keselamatan peralatan dalam kelas seperti papan tulis, almari, pemadam, alat-alat tulis, kerusi, meja dan lain-lain. 5.8 Sewaktu rehat semua murid diarahkan keluar mengosongkan bilik darjah. 5.9 Murid-murid tidak boleh makan dan minum di dalam kelas. 5.10 Murid yang mahu keluar dan kelas terlebih dahulu mesti mendapat kebenaran dan guru dalam kelas dengan mencatat "BUKU REKOD KAWALAN KELAS MURID' dan membawa 'KAD KEBENARAN KELUAR' dan guru berkenaan. Murid yang keluar tanpa kad kebenaran keluar di anggap merayaurayau, yang boleh dikenakan tindakan disiplin. 5.11 Semua murid di larang meninggalkan bilik darjah (ponteng kelas) waktu pembelajaran. 5.12 Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan Pengawas hendaklah mempastikan lampu dan kipas telah dimatikan sebelum keluar kelas waktu rehat dan masa pulang. 5.13 PERINGATAN / AMARAN Guru Disiplin akan membuat pemeriksaan dan penguatkuasaan disiplin ke kelas-kelas pada bila-bila masa setiap minggu ; Program Orientasi Disiplin - pemeriksaan rambut *SMART CUT' ; pemeriksaan beg' SMART BEG' dan pemeriksaan pakaian seragam SMART UNIFORM.


Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 9 FASAL 6: LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH 6.1 Lembaga Disiplin Sekolah Penaung : Guru Besar Penasihat : Penolong Kanan HEM Penyelia Petang Pengerusi : Ketua Guru Disiplin Pen. Pengerusi 1 : Guru Disiplin (Pagi) Pen. Pengerusi 2 : Guru Disiplin (Petang) Setiausaha I : Guru Disiplin (Pagi) Setiausaha II : Guru Disiplin (Petang) Bendahari : Guru Disiplin AJK : 1. Guru Disiplin 2. Guru Pengawas 3. Guru Borang dan Rekod 4. Guru Analisa Kehadiran Murid 5. Guru Agama / Moral FASAL 7: LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH Penaung : Guru Besar Penasihat : Penolong Kanan HEM Pengerusi : Ketua Guru Disiplin Pen. Pengerusi 1 : Guru Pengawas (Pagi) Pen. Pengerusi 2 : Guru Pengawas (Petang) Setiausaha : Guru Pengawas Bendahari : Guru Pengawas AJK : 1. Guru Pengawas (Pagi / Petang) 2. Ketua Pengawas (Murid)


Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 10 3. Ketua Kelas (Murid) 4. Ketua Kebersihan (Murid) 5. Ketua Ikrar / Bendera (Murid) 7.1 Pengurusan Lembaga Pengawas Sekolah akan dirujuk kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan Guru-Guru Disiplin. 7.2 Tugas-tugas Pengawas Sekolah: a) Mengawasi dan mengawal murid ketika perhimpunan sekolah dijalankan. b) Menjalankan tugas atau arahan yang dikeluarkan oleh Guru Besar, Penolong Kanan HEM, Guru Disiplin dan Guru Pengawas. c) Menegur dan memberi nasihat kepada murid yang melakukan kesalahan. d) Membantu menjaga kebersihan dan disiplin murid setiap hari persekolahan. e) Mencatat dan melaporkan salah laku murid yang melanggar peraturan sekolah di dalam buku khas pengawas dan diserahkan kepada guru disiplin. f) Mengawal murid dalam kelas sebelum mula pembelajaran, waktu rehat dan semasa pulang sekolah. g) Menjadi contoh dan teladan yang baik kepada semua murid. h) Menjalankan tugas-tugas yang telah diarahkan dan ditetapkan oleh Lembaga Disiplin Sekolah 7.3 Tugas-tugas Ketua Kelas / Penolong Ketua Kelas: a) Mengetuai dan memimpin murid dalam kelas, memberikan ucapan salam Assalammualaikum atau Selamat Sejahtera dan Terima Kasih. b) Mempastikan murid bertugas harian menjalankan tanggungjawab mengikut jadual bertugas kelas dengan tepat. c) Mempastikan semua murid bekerjasama menjaga kebersihan dan keceriaan kelas setiap masa d) Mengawasi dan mengawal kelas ketika ketiadaan guru dan menjemput guru berkenaan masuk kelas. e) Membantu guru mengendalikan kelas ketika diperlukan. f) Membantu dan memberitahu guru kelas. nama murid yang tidak hadir. g) Membantu murid atau rakan yang bermasalah dan memberitahu guru kelas. h) Menjadi contoh dan teladan yang baik kepada semua murid. FASAL 8: KESELAMATAN DI JALAN RAYA 8.1 Murid-murid mesti menggunakan dan mematuhi lampu isyarat atau arahan guru bertugas mingguan apabila melitas jalan raya.


Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 11 8.2 Semua murid hendaklah mematuhi Peraturan Majlis Keselamatan Jalan raya dan menjaga keselamatan diri masing-masing. 8.3 Murid-murid yang hendak melintas jalan raya hendaklah: "Pandang ke kanan, ke kiri dan ke kanan semula". Apabila tidak ada kenderaan, melintaslah dengan pantas tetapi jangan berlari. 8.4 Murid-murid mesti keluar mengikut pintu hadapan sekolah (diawasi oleh guru bertugas mingguan dan pengawal keselamatan sekolah - JAGA) Jangan menggunakan pintu belakang atau pintu-pintu lain daripada yang dibenarkan. 8.5 Murid-murid mestilah menunggu bas di dalam kawasan sekolah (bangku yang telah disediakan) 8.6 Sekiranya murid pulang berjalan kaki, mestilah berhati-hati. Jangan berlari-lari dan bermain-main semasa berjalan dijalan raya. 8.7 Murid-murid dilarang mengikut orang yang tidak dikenali sewaktu pulang dan sekolah 8.8 Ibubapa/ penjaga mesti mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. FASAL 9: KELAB/ PERSATUAN 9.1 Murid-murid tidak dibenarkan menyertai sebarang pasukan luar sekolah tanpa sebab sebab tertentu dan kebenaran daripada pihak sekolah. 9.2 Murid-murid hendaklah bersopan-santun dan berdisiplin, pandai mengawal diri semasa dalam sukan atau sebarang pertandingan yang diadakan. 9.3 Semua murid Tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6) mestilah menjadi ahli sekurang-kurangnya dalam: 1. Satu badan pasukan beruniform II. Satu kelab/persatuan dan III. Satu kelab sukan atau permainan 9.4 Tindakan sewajarnya akan di ambil sekiranya murid tidak menghadiri perjumpaan atau mesyuarat kelab / persatuan tanpa sebab. 9.5 Setiap murid (Tahap 2) mesti mempunyai Buku Rekod kedatangan Ko-Kurikulum. Buku tersebut hendaklah di hantar kembali kepada Guru Kelas pada setiap akhir penggal persekolahan. 9.6 Murid yang menyertai lawatan sambil belajar, aktiviti-aktiviti, perjumpaan dan mesyuarat mestilah memakai pakaian seragam persatuan atau pakaian lengkap persatuan


Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 12 9.7 Murid-murid yang mengadakan lawatan sambil belajar hendaklah mengisi borang untuk meminta kebenaran daripada pihk penjaga dan pihak sekolah sebelum lawatan tersebut diadakan. FASAL 10: RAWATAN DAN CUTI SAKIT 10.1 Murid-murid yang sakit ringan hendaklah memberitahu ketua atau guru kelas untuk dirawat dengan segera dan jika perlu di bawa ke hospital / klinik. 10.2 Murid yang hendak meninggalkan kelas kerana hendak ke klinik / hospital hendaklah berjumpa Guru Bertugas / Pembantu Tadbir / Guru Kelas untuk mendapatkan surat kebenaran. 10.3 Murid yang tidak hadir ke sekolah, hendaklah mendapatkan surat daripada penjaga yang menyatakan sebab murid tidak dapat hadir ke sekolah. Pihak sekolah perlu mendapatkan maklumat ini segera. FASAL 11: KAWASAN LARANGAN 11.1 Murid-murid di larang masuk ke dalam bilik atau Makmal Sains, Makmal ICT, Pusat Akses Sekolah, Bilik Kemahiran Hidup, Stor Buku Teks, Stor PJK, Stor Yayasan Sabah KECUALI mendapat arahan/kebenaran daripada guru. 11.2 Pejabat Am dan Bilik Guru KECUALI bila di panggil atau mendapat kebenaran. 11.3 Kantin pada waktu belajar KECUALI pengawas bertugas (5 minit lebih awal sebelum rehat). 11.4 Kawasan rumah-rumah guru atau flat guru dan kakitangan sekolah KECUALI mendapat kebenaran. 11.5 Stor-stor sekolah dan bilik cetak KECUALI mendapat kebenaran. 11.6 Surau KECUALI untuk menunaikan sembahyang sahaja. 11.7 Kawasan tangki air sekolah KECUALI untuk mengambil air wudhu dan membersihkan anggota badan yang kotor sahaja. 11.8 Tempat letak kereta guru, bilik Guru Besar, bilik Penolong Kanan, bilik Disiplin, bilik Bimbingan dan kaunseling. FASAL 12 : PERATURAN AM


Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 13 12.1 Murid-murid di larang sama sekali merokok atau menyalahgunakan atau memakan apa sahaja jenis dadah. Minuman keras dan memabukkan tidak dibenarkan sama sekali. Tindakan akan di ambil ke atas murid terbabit. 12.2 Murid-murid dilarang berjudi di sekolah ataupun di luar sekolah. 12.3 Murid-murid dilarang bermain dengan sebarang sambungan elektrik / suis atau apa apa alat yang boleh mengakibatkan kebakaran atau kemalangan di kelas / sekolah. 12.4 Murid-murid hendaklah mematuhi dan mengikuti perintah ketua-ketua murid dan pengawas sekolah. 12.5 Murid-murid dilarang keras menconteng bangunan sekolah dan mengoyakkan apa sahaja ikian atau kenyataan sekolah. 12.6 Kerja rumah (home work) atau kerja sekolah hendaklah disiapkan seperti yang diarahkan oleh guru. 12.7 Murid-murid hendaklah memberitahu kepada Guru Besar / Guru Disiplin 1 Guru Kelas tentang apa sahaja jenis kegiatan jahat yang mereka ketahui berlaku di sekolah. 12.8 Sebarang artikel penulisan ke media masa perlu mendapat kebenaran daripada pihak sekolah FASAL 13: KAWASAN LARANGAN UMUM PERHATIAN - kepada ibubapa/penjaga atau orang luar. 13.1 Orang luar tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah. Sekiranya ada urusan serahkan kad pengenalan kepada Jaga Keselamatan sekolah atau Pejabat Am dan dapatkan kad kebenaran pelawat. 13.2 Kenderaan orang luar tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah. Sekiranya ada urusan serahkan kad pengenalan kepada Jaga keselamatan sekolah atau Pejabat Am dan dapatkan kad kebenaran pelawat. 13.3 Ibubapa/ penjaga di larang menunggu anak di dalam kawasan sekolah. 13.4 Ibubapa di larang menghantar dan mengambil anak waktu pembelajaran KECUALI dengan kebenaran Guru Besar dan Pentadbir Sekolah. 13.5 Ibubapa/ penjaga menghantar dan menunggu anak sampai di pintu pagar sekolah sahaja.


Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 14 FASAL 14: PAKAIAN A. Pakaian Pendidikan Jasmani dan Bersukan 14.1 Pakaian murid-murid ketika bersenam atau mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani dan KoKurikulum, murid-murid lelaki diwajibkan memakai seluar panjang berwarna gelap seperti biru / hitam dan baju 'T' shirt berwarna putih rasmi sekolah. Bagi murid-murid perempuan diwajibkan memakai seluar panjang warna gelap seperti biru tua / hitam dan baju berlengan panjang atau baju berlengan pendek 'T' shirt putih rasmi Pendidikan Jasmani Sekolah. B. Pakaian Unit Beruniform 14.2 Murid-murid lelaki atau perempuan yang menyertai kegiatan unit beruniform seperti St.John Ambulan, Pandu Puteri Tunas, Puteri Islam, Bulan Sabit Merah, Pengakap, Kadet Remaja Sekolah dan sebagainya adalah diwajibkan memakal pakaian beruniform lengkap, dalam mengikuti aktiviti Ko-Kurikulum Sekolah. FASAL 15: HARTA BENDA SEKOLAH 15.1 Murid-murid hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda sekolah. 15.2 Murid-murid di larang menconteng atau mengotorkan mana-mana bahagian di dalam kawasan sekolah. 15.3 Harta benda sekolah tidak dibenarkan di bawa keluar dan kawasan sekolah tanpa kebenaran pihak pentadbiran sekolah. 15.4 Sebarang kerosakan, kehilangan dan sebagainya yang dilakukan oleh mana-mana murid adalah tanggungjawab atau kesalahan murid tersebut. 15.5 Murid yang merosakkan atau menghilangkan harta benda sekolah adalah WAJIB MEMBAYAR GANTI RUGI NILAI YANG SETIMPAL dengan barang yang dirosakkan atau dihilangkan 15.6 Tindakan disiplin akan di ambil terhadap mana-mana murid yang merosakkan atau menghilangkan harta benda sekolah. FASAL 16 : KEBERSIHAN 16.1 Murid-murid bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran sekolah. 16.2 Murid-murid hendaklah memungut apa sahaja jenis sampah seperti kertas, plastik, tin dan masukkan ke dalam tong sampah.


Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 15 16.3 Murid-murid hendaklah sentiasa bekerjasama menjaga kebersihan seperti dalam atau luar bilik darjah, Pusat Sumber, Makmal ICT, Bilik Pusat Akses Sekolah, Kantin, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Sains, Tandas, Astaka Perhimpunan sekolah, Padang dan sebagainya. 16.4 Waktu rehat, semasa murid-murid makan dan minum hendaklah membuang sampah atau sisasisa makanan ke dalam tong sampah. 16.5 Murid-murid yang membuang sampah di merata-rata tempat akan di ambil tindakan disiplin. 16.6 Tindakan selanjutnya, murid-murid berkenaan akan dikenakan BAYARAN 10 SEN SETIAP SAMPAH YANG DIBUANG. FASAL 17: KESALAIIAN UNDANG-UNDANG DAN DISIPLIN SEKOLAH 17.1 Demi menjalankan kuasa-kuasa yang diberi melalui Ordinan Pelajaran 1957 dan Peraturanperaturan pelajaran (Disiplin) maka: 17.2 Guru Besar adalah bertanggungjawab atas disiplin sekolah. Bagi maksud ini, hendaklah mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid sekolah untuk menjalankan hukuman kepada murid-murid yang melanggar peraturan dan undang undang sekolah dan menubuhkan Lembaga Disiplin sekolah. 17.3 Semua murid hendaklah juga memahami kesalahan-kesalahan yang dianggap berat dan boleh dikenakan hukuman seperti: A) Menjadi ahli pertubuhan haram. B) Memukul guru dan kakitangan sekolah. C) Mengancam Guru Besar, guru-guru dan kakitangan sekolah. D) Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan Jabatan Pendidikan. E) Sengaja merosakkan harta benda sekolah. F) Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid lain. G) Mencuri. H) Mengancam murid lain dengan ancaman yang serius dan bahaya. I) Merokok dan menyalahgunakan dadah. J) Masih melakukan kesalahan walaupun telah diberikan tiga kali amaran.


Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 16 K) Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan terhadap guru, Guru Besar atau kakitangan sekolah. FASAL 18: HUKUMAN DAN TINDAKAN Bagi maksud menjaga disiplin murid-murid, Guru Besar atau keputusan Lembaga Disiplin Sekolah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman yang biasa seperti berikut A) Amaran-amaran lisan. B) Amaran-amaran bertulis. C) Rotan / sebat (dalam pejabat / bilik Guru Besar atau di hadapan perhimpunan sekolah). D) Gantung persekolahan. E) Buang dari persekolahan. F) Hukuman yang difikirkan sesuai dan bermanfaat yang telah diputuskan oleh Lembaga Disiplin Sekolah NOTA: Hukuman dan tindakan rotan / sebat akan dilaksanakan oleh Guru Besar. Penolong Kanan atau Guru Disiplin akan melaksanakan tindakan rotan / sebat atas arahan Guru Besar sahaja. FASAL 19: PERKARA-PERKARA LAIN 19.1 Selain undang-undang dan peraturan sekolah ini murid-murid akan juga tertakluk kepada peraturan-peraturan atau arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak sekolah, Jabatan Pendidikan dan seterusnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). 19.2 Tindakan tatatertib terhadap salahlaku. Murid-murid yang melanggar mana-mana peraturan yang dikuatkuasakan ini dan sekiranya didapati sabit kesalahannya pasti akan menghadapi tindakan tatatertib yang keras. Pihak sekolah tidak dapat berkompromi dengan murid-murid yang degil. A) Jenis-jenis tindakan tatatertib : 1. Amaran lisan 2. Amaran bertulis 3. Kaunseling / nasihat 4. Menjemput ibu bapa / penjaga untuk berunding 5. Mengenakan tindakan Sistem Demerit 6. Menggantung persekolahan 7. Buang dari sekolah


Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 17 8. Laporan kepada polis B) Jenis-jenis salahlaku (Perkara 8-Buku Rekod Salahiaku Murid) 1. Tinglahlaku jenayah 2. Tingkahlaku lucah 3. Kekemasan diri 4. Tingkahlaku tidak mementingkan masa 5. Tingkahlaku kurang sopan dan biadab 6. Tingkahlaku memusnah 7. Tingkahlaku tidak jujur/ menipu 19.3 SISTEM MERIT / DEMERIT la adalah sebagai satu langkah yang sistematik untuk mengawal disiplin murid. Murid yang tidak bertanggungjawab dikurangkan markahnya (Demerit). Manakala murid yang cemerlang di tambah markahnya (Merit). Setiap kesalahan akan di rekod dalam Buku Rekod Salahlaku Disiplin. SILA RUJUK JADUAL MERIT I DEMERIT. Apabila seseorang murid itu telah mengurangkan markahnya, pelbagai tindakan akan di ambil oleh pihak sekolah atau Lembaga Disiplin Sekolah NOTA : Seorang murid mendapat modal 100 markah sahaja. A) Kurang 25 Markah Sepucuk surat akan di kirim kepada penjaga dengan tujuan menjemput mereka datang ke sekolah untuk berbincang tentang anak mereka. B) Kurang 50 Markah Murid berkenaan akan di gantung persekolahannya selama semingu. Penjaga di jemput untuk memberi jaminan yang akan insaf dan tidak mengulangi salahlaku lagi. C) Kurang 75 Markah Murid berkenaan akan di gantung persekolahannya selama dua minggu. Peniaga untuk menandatangani surat perjanjian bahawa anak mereka akan di buang sekolah jika melakukan kesalahan lagi. D) Kurang 100 Markah


Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 18 Lembaga Disiplin akan bermesyuarat untuk mendapat perakuan daripada Pengarah pendidikan supaya murid berkenaan di buang sekolah. Dalam masa yang sama, sepucuk surat keterangan akan di kirim kepada penjaga murid. Sementara menunggu keputusan muktamad daripada Pengarah Pendidikan, murid berkenaan akan di gantung persekolahannya. CARA MENYELESAIKAN MASALAH ATAU MENDAPATKAN BANTUAN Jika seseorang murid memerlukan bantuan untuk menyelesaikan masalahnya atau kadangkala ingin memberi cadangan / pendapat untuk memperbaiki sesuatu perkara, pihak sekolah menyediakan beberapa saluran dan cara. Antaranya murid boleh menemui a) Guru Matapelajaran b) Guru Kelas c) Guru Bimbingan dan Kaunseling d) Guru Pendidikan Islam e) Guru Disiplin f) Guru Pengawas g) Penolong Kanan HEM / Penyelia Petang h) Penolong Kanan 1 (Kurikulum)/Penolong Kanan(Kokurikulum) i) Guru Besar atau mana-mana guru pilihan murid. Jadual kesalahan dan markah Merit/ Demerit tertakluk kepada pindaan mengikut keadaan semasa. Jenis tindakan bagi perkara-perkara yang tercatat dalam Jadual Sistem Merit / Demerit ini akan ditentukan mengikut budi bicara Lembaga Disiplin Sekolah. KESALAHAN-KESALAHAN DAN DENDA MENGIKUT SISTEM DEMERIT BIL JADUAL A: KESALAHAN BERAT HUKUMAN 01 Penyalahgunaan dadah Buang sekolah dan lapor kepada polis 02 Menjadi ahli atau terlibat dengan kumpulan haram Buang sekolah dan lapor kepada polis 03 Berjudi dalam kawasan sekolah Buang sekolah dan lapor kepada polis 04 Melawan, membuli, mengancam, memeras ugut, menumbuk atau mencederakan guru, pengawas atau murid lain Buang sekolah dan lapor kepada polis 05 Menunjuk perasaan. Berpiket atau mengganggu ketenteraman *Rotan / sebat 06 Merokok atau menyimpan rokok di kawasan sekolah waktu persekolahan atau diluar waktu persekolahan/ cuti *Rotan / sebat dan lapor kepada polis


Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 19 07 Membawa orang luar atau penjaga bertujuan memukul atau mengugut atau mencederakan guru atau murid lain *Gantung sekolah 08 Meminum dan membawa minuman keras atau berkeadaan mabuk di kawasan sekolah *Rotan / sebat 09 Mengherdik dan memperlihatkan muka marah, bertengkar berkelakuan kasar, atau, berbahasa, kesat, terhadap, guru, pengawas, atau murid lain *Rotan / sebat 10 Membawa senjata bahaya tanpa kebenaran Gantung persekolahan dengan jaminan 11 Merosak / menconteng harta benda sekolah / guru. Termasuk jaminan melukis/menulis kata-kata atau lakaran lucah di dinding sekolah Gantung persekolahan dengan jaminan 12 Mencuri harta benda sekolah, guru atau murid lain *Rotan / sebat dan lapor kepada polis 13 Terlibat dengan kes jenayah *Gantung dengan jaminan dan lapor kepada polis 14 Lain-lain bentuk kesalahan yang dibincangkan oleh Lembaga Disiplin Sekolah SEMUA BENTUK KESALAHAN YANG MELIBATKAN JADUAL INI DIKENAKAN DEMERIT 50 MARKAH NOTA: Sekiranya kesalahan berulang, tindakan buang dan sekolah akan di ambil HUKUMANROTAN/SEBAT - 1 Kali Untuk kesalahan Pertama - 2 Kali untuk kesalahan kedua - 3 kali untuk kesalahan ketiga BIL JADUAL B: KESALAHAN SEDERHANA -MARKAH HUKUMAN TAMBAHAN 01 Berkelakuan sumbang atau berdua-berduan di tempat yang terlindung yang menimbulkan syak dan was-was -30 Panggil penjaga 02 Tidak setia kepada sekolah -30 Panggil penjaga 03 Ponteng kelas/ sekolah/ matapelajaran (termasuk ujian atau peperiksaan) -30 Panggil penjaga 04 Ponteng aktiviti ko-kurikulum -10


Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 20 05 Tidak hadir sekolah: Amaran pertama Amaran kedua Amaran ketiga -10 -15 -20 (3 har berturutturut selang 4 hani dalam sebulan tanpa sebab, gantung persekolahan 06 Pulang awal tanpa kebenaran -15 07 Berkelakuan lucah/ melihat atau memiliki gambar lucah/melukis gambar lucah/menulis perkataan lucah -25 Panggil penjaga 08 Bercakap secara tidak sopan terhadap guru, kakitangan sekolah pengawas atau murid lain -5 Amaran 09 Membuang air kecil/air besar merata-rata tempat -20 Amaran 10 Lain-lain kesalahan akan dibincangkan oleh Lembaga Disiplin Sekolah BIL JADUAL C: KESALAHAN KECIL -MARKAH HUKUMAN TAMBAHAN 01 Kesalahan pakaian seragam -10 Amaran 02 Rambut panjang/ berfesyen/ bermisai/berjanggut/berjambang Amaran 03 Keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran Amaran 04 Buat bisingganggu suasana pembelajaran dan pengajaran 05 Tidak buat latihan atau kerja rumah Cuci tandas sekolah 06 Lewat datang sekolah


Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 21 07 Tidak mengikuti pelajaran Pendidikan jasmani (tanpa sebab) Cuci tandas sekolah 08 Buang sampah tidak bertempat dan mengotorkan kawasan sekolah Kutip sampah seluruh kawasan sekolah 09 Tidak patuh arahan dan tidak hormat guru Amaran 10 Makan/minum dalam kelas atau kantin bukan masa rehat Amaran 11 Makan gula-gula getah di kawasan sekolah Cuci tandas sekolah 12 Mengganggu murid lain Amaran 13 Keluar kelas tanpa kebenaran Amaran 14 Berada dikawasan larangan Amaran 15 Tidak jujur/ memberi maklumat palsu Amaran 16 Mengajak orang luar masuk kekawasan sekolah tanpa urusan munasabah Amaran 17 Tidak menghormati lagu negara/ negeri dan bendera sekolah semasa perhimpunan Bediri 30 minit dan menyanyikan lagu berkenaan secara solo 18 Tidak ikut arahan pengawas bila diarahkan bekerjasama, seperti kutip sampah, angkat kerusi meja dan sebagainya Amaran 19 Lain-lain kesalahan yang difikirkan munasabah NOTA: AMARAN! - Hukumannya, boleh kerja amal iaitu : - A) Cuci longkang sekolah B) Cuci tandas sekolah C) Kutip sampah D) Potong rumput


Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 22 E) Tanam bunga F) Bersihkan dinding sekolah / meja/ kerusi sekolah G) Cuci tong sampah H) Menyiram bunga SISTEM MERIT PENAMBAHAN MARKAH (BONUS / GANJARAN) Murid-murid yang berkelakuan baik, cemerlang dalam kurikulum atau ko-kurikulum, aktif dalam persatuan, sukan dan pelbagai bidang pelajaran akan diberikan tambahan markah atau markah bonus. Murid-murid berkenaan akan dianugerahkan dalam bentuk sijil penghargaan, hadiah atau cenderahati. A. Murid-murid yang mencapai tambahan markah 20-80 markah akan mendapat ganjaran: 1. Sijil penghargaan 2. Hadiah B. Murid-murid yang mencapai tambahan markah 80-100 markah akan mendapat ganjaran: 1. Sijil penghargaan 2. Hadiah 3. Wang BIL JADUAL EMAS : TAMBAHAN MARKAH/BONUS MARKAH 01 Menyertai dan memenangi aktiviti anjuran Kurikulum dan KoKurikulum dalam sekolah Johan + 5 NaibJohan + 3 Ketiga +2 02 Menyertai, mewakili sekolah dan memenangi aktiviti anjuran Kurikulum dan Ko-Kurikulum Jabatan Pendidikan Daerah, Sandakan (Kategori Individu dan Berpasukan) Johan + 10 Naib Johan +8 Ketiga + 6 03 Menyertai, mewakili sekolah untuk daerah Sandakan dan memenangi aktiviti anjuran Kurikulum dan Ko-Kurikulum Jabatan Pendidikan Bahagian, Sandakan. (Kategori Individu dan Berpasukan) Johan + 15 Naib Johan + 13 Ketiga + 11 04 Menyertai, mewakili sekolah untuk Bahagian Sandakan dan memenangi aktiviti anjuran Kurikulum dan Ko-Kurikulum Johan +20 Naib Johan + 18


Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 23 Peringkat negeri oleh Jabatan Pendidikan Sabah (Kategori Individu dan Berpasukan) Ketiga + 16 LAMPIRAN A Ref : K.P (BS) 8543/ Vol. 11 (58) ‘SMART CUT’ ala tentera – ukuran panjang Tidak lebih ½ inci atau 0.5 cm panjang


Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 24 LAMPIRAN B Contoh pakaian seragam murid lelaki - Berseluar penjang dan berbaju lengan pendek LAMPIRAN C Contoh pakaian seragam murid perempuan Berbaju kurung, berkain sarung serta bermini telekung


Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 25 GURU BESAR, SK BATU PUTIH BARU, W.D.T. 58, 90500 SANDAKAN. __________________________________________________________________________________


Buku Panduan Peraturan dan Disiplin Sekolah 26 Tuan / Puan, SIARAN HAL-EHWAL MURID Saya______________________________________________________________ No. Kad Pengenalan _________________________________________________ Ibu / bapa / penjaga kepada murid : Nama :___________________________________________________________ Kelas :___________________________________________________________ Telah membaca dan faham siaran hal ehwal ini tentang peraturan (tatatertib) dan tindakan disiplin sekolah. 02. Dengan itu saya bersetuju segala tindakan yang akan diambil oleh pihak sekolah terhadap anak di bawah jagaan saya. _____________________________ _____________________________ (Tandatangan ibu / Bapa / Penjaga) (Tandatangan Murid) Nama :______________________ Nama :_______________________ Tarikh :______________________ Tarikh :_______________________ *DISAKSIKAN Tandatangan :_________________ Nama :_________________ Tarikh :________________ *(Pihak Sekolah)


Click to View FlipBook Version