The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEMU BUAL ADVERTORIAL ENROLMEN MURID ZERO REJECT POLICY UNTUK MURID BERKEPERLUAN KHAS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aulia.khadijah, 2021-09-07 15:05:35

ZERO REJECT POLICY KPM

TEMU BUAL ADVERTORIAL ENROLMEN MURID ZERO REJECT POLICY UNTUK MURID BERKEPERLUAN KHAS

Keywords: baktiqah1

TEMU BUAL ADVERTORIAL ENROLMEN MURID
ZERO REJECT POLICY UNTUK MURID BERKEPERLUAN KHAS

1) Pelaksanaan Zero Reject Policy secara berperingkat bermula
tahun 2019.

Zero Reject Policy merupakan dasar sedia ada yang perlu
dimantapkan dari segi pelaksanaannya bagi memastikan MBK
menerima pendidikan yang selari dengan ketidakupayaan mereka
sama ada ke sekolah-sekolah biasa (mainstream) melalui Program
Pendidikan Inklusif, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau
Sekolah Pendidikan Khas (SPK) dari peringkat prasekolah, rendah,
menengah dan lepas menengah.

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550], Seksyen 29A.
Pendidikan Rendah Wajib menggariskan bahawa:
i. Subseksyen (2) Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan

warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia hendaklah
memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur
enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun
persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di
sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid
sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib.

1

ii. Subseksyen (4) Ibu bapa yang melanggar subseksyen (2)
adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila
disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya.

Berpandukan kepada Akta 550 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) menegaskan bahawa murid berkeperluan khas (MBK) juga
berhak untuk menerima pendidikan wajib di peringkat sekolah rendah.

2) Bagaimanakah pelaksanaan Zero Reject Policy?

Pelaksanaan Zero Reject Policy melibatkan semua sekolah kerajaan
dan bantuan kerajaan di mana MBK diterima masuk ke mana-mana
sekolah. Bagi MBK prasekolah, pendaftaran adalah tertakluk kepada
dasar sedia ada mengikut Surat Siaran yang dikeluarkan oleh
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM dari semasa ke semasa.

3) Apakah polisi dan garis panduan berkaitan perkara ini?

Selain daripada Akta 550, pendidikan khas KPM juga berdasarkan
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.
3.1 Pernyataan dasar pendidikan khas KPM adalah:

i. Memastikan MBK diberi peluang untuk mendapat akses
kepada pendidikan yang sesuai dan relevan.

2

ii. Memastikan program pendidikan bagi MBK sesuai dan
relevan dengan kebolehan masing-masing agar dapat
berdikari dan menjalani hidup yang berkualiti.

iii. Memastikan MBK yang berpotensi diberi peluang untuk
ditempatkan secara inklusif di dalam kelas arus perdana
selaras dengan prinsip pendidikan untuk semua.

3.2 Berdasarkan kepada Peraturan-peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 2013 yang mendefinisikan Murid
Berkeperluan Khas adalah murid yang diperakukan oleh
pengamal perubatan, atau ahli optik, ahli audiologi, ahli psikologi
mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam
perkhidmatan kerajaan atau swasta sebagai murid yang
mempunyai:
a) Ketidakupayaan penglihatan;
b) Ketidakupayaan pendengaran;
c) Ketidakupayaan pertuturan;
d) Ketidakupayaan fizikal;
e) Masalah pembelajaran; atau
f) Mana-mana kombinasi ketidakupayaan, atau
ketidakupayaan dan masalah, yang disebut dalam
perenggan (a) hingga (e).

3.3 Pendidikan bagi MBK masih terikat kepada dasar umum seperti
yang tersebut di atas dan mempunyai tambahan iaitu:

3

i. Terdapat tiga opsyen persekolahan untuk MBK iaitu:
• Sekolah Pendidikan Khas – suatu sekolah yang
menyediakan pendidikan khas bagi MBK pada semua
peringkat persekolahan;
• Program Pendidikan Khas Integrasi – suatu program
pendidikan bagi MBK yang hanya dihadiri oleh MBK di
kelas khas di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan;
atau
• Program Pendidikan Inklusif – suatu program
pendidikan bagi MBK yang dihadiri oleh MBK bersama-
sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di
sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan.

ii. MBK boleh dilanjutkan kepada satu tempoh seperti yang
berikut:
• Tidak lebih daripada dua tahun di sekolah rendah atau
• Tidak lebih daripada dua tahun di sekolah menengah,
atau
• Satu tahun di sekolah rendah dan satu tahun di sekolah
menengah
• Pendidikan bagi MBK yang mengikuti pendidikan
vokasional di SMPKV boleh dilanjutkan bagi tempoh
satu tahun lagi.

4

iii. Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas:
Mengandungi prosedur standard yang memberi panduan
dalam merancang, menyediakan dan melaksanakan
program pendidikan bagi murid berkeperluan khas.

iv. Tempoh percubaan 3 bulan terkandung dalam Kod Amalan
Pendidikan Berkeperluan Khas. Tempoh ini bertujuan
untuk menentukan penempatan MBK berdasarkan potensi
masing-masing.
• MBK yang berpotensi tinggi ditempatkan di Program
Pendidikan Inklusif
• MBK yang memerlukan sokongan sederhana
ditempatkan di Sekolah Pendidikan Khas atau Program
Pendidikan Khas Integrasi.
• MBK yang memerlukan sokongan maksimum
dicadangkan untuk mendapat intervensi di PDK. Walau
bagaimanapun sekiranya ibu bapa/penjaga tetap ingin
anak mereka berada di PPKI, pihak sekolah tidak boleh
menolak.

4) 2019 merupakan tahun yang akan melihat perubahan besar
terhadap kanak-kanak OKU yang mana semua jenis
ketidakupayaan daripada pelbagai aras boleh ditempatkan di
sekolah.

Bagaimanakah KPM mengambil langkah untuk mengenalpasti
kanak-kanak OKU tersebut berdasarkan jenis dan tahap

5

persekolahan yang bersesuaian dengan mereka? Dan bagaimana
pula penempatan akan dilaksanakan bagi kanak-kanak OKU ini
selepas tahap keupayaan dan kebolehan mereka dikenal pasti?

i. Pengenalpastian MBK perlu dilaksanakan seawal mungkin
bagi membolehkan intervensi diberikan sebelum mereka
mula melangkah ke alam persekolahan. Intervensi awal bagi
MBK adalah penting untuk mengurangkan impak
ketidakupayaan mereka dan boleh mempengaruhi kesediaan
murid mengikut PdP.

ii. Ibu bapa/penjaga perlu mendaftarkan anak-anak mereka
secara atas talian dua (2) tahun sebelum umur persekolahan.
Sekolah hendaklah menerima semua murid OKU yang
mendaftar di sekolah tersebut.

iii. Semua kanak-kanak berkeperluan khas yang telah melalui
proses pengesanan hendaklah disahkan oleh pengamal
perubatan, pegawai optometri, pegawai audiologi atau
pegawai psikologi kerajaan atau swasta bagi mengikuti
program pendidikan khas di sekolah kerajaan atau bantuan
kerajaan.

iv. Program Intervensi Awal adalah suatu program peningkatan
kesediaan kanak-kanak untuk belajar dalam pendidikan
formal dengan meminimumkan impak ketidakupayaan
melalui perkhidmatan sokongan, terapi dan rehabilitasi
seawal mungkin.

6

v. Intervensi awal juga boleh mengesan keperluan peralatan
khas yang boleh digunakan bagi menyokong kanak-kanak
yang dirujuk.

vi. Ibu bapa/penjaga boleh mendapatkan perkhidmatan
intervensi awal yang disediakan di 3PK dan KPM. Pelibatan
ibu bapa/penjaga semasa sesi terapi dan rehabilitasi amat
perlu bagi membolehkan intervensi diteruskan di rumah
secara konsisten.

vii. Selain 3PK, kanak-kanak berkeperluan khas atau yang
mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas boleh juga mengikuti
program intervensi awal di pusat kendalian NGO.

viii. Kanak-kanak berkeperluan khas berumur antara 4+ hingga
5+ tahun hendaklah diberi peluang untuk mengikuti
pendidikan prasekolah. Semua kemasukan ke prasekolah
adalah di bawah pengurusan pihak JPN atau PPD mengikut
syarat dan peraturan yang ditetapkan.

ix. Pendidikan peringkat rendah merupakan pendidikan wajib.
Semua murid tanpa mengira ketidakupayaan layak mengikuti
pendidikan rendah. Dalam menyediakan pendidikan di
peringkat rendah, sekolah harus menggunakan maklumat
dan rekod di peringkat prasekolah untuk merancang
pendidikan murid, Semua pendaftaran ke Tahun 1 adalah di
bawah pengurusan pihak JPN atau PPD mengikut syarat dan
peraturan yang ditetapkan.

x. BPKhas bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelaras
kemasukan murid Tahun 1 di SKPK.

7

xi. Semua murid lepasan peringkat rendah layak mengikuti
pendidikan di peringkat menengah. BPKhas
bertanggungjawab dalam menguruskan dan menyelaras
permohonan murid untuk mengikuti pendidikan di
SMPK/SMPKV.

xii. Kemasukan murid di PPKI adalah di bawah pengurusan pihak
JPN/PPD mengikut syarat yang ditetapkan.

xiii. Dalam menyediakan pendidikan murid di peringkat
menengah, sekolah harus menggunakan maklumat
pembelajaran dan rekod pencapaian di peringkat rendah
untuk merancang pendidikan murid.

xiv. MBK yang berkelayakan mempunyai hak untuk meneruskan
pembelajaran di peringkat lepas menengah. KPM
menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan seperti
timgkatan enam, matrikulasi atau lain-lain bentuk pendidikan
peringkat lepas menengah yang setara dan sesuai. Sektor
Pengajian Tinggi (SPT), KPM juga menyediakan peluang bagi
MBK untuk meneruskan pengajian di Institut Pengajian Tinggi
seperti Politeknik dan Kolej Komuniti.

xv. Penempatan murid ke Tingkatan 6 di SMPK adalah di bawah
bidang kuasa BPKhas, manakala penempatan murid ke
Tingkatan 6 di PPKI dan PPI adalah dibawah bidang kuasa
JPN/PPD.

xvi. Penempatan murid ke Kolej Matrikulasi dan IPG adalah di
bawah bidang kuasa Bahagian-bahagian yang berkaitan di
KPM. Manakala penempatan murid ke Politeknik atau Kolej

8

Komuniti atau lain-lain institusi di bawah KPT akan diuruskan
oleh KPT.

5) Kita juga maklum bahawa usaha membangunkan potensi MBK
merupakan kerjasama pelbagai pihak. Oleh yang demikian,
bagaimanakah ibu bapa dapat menyumbang kepada
pembangunan MBK berdasarkan Rancangan Pengajaran Individu
(RPI) yang disediakan oleh guru bagi anak-anak mereka?

RPI merupakan satu rekod bertulis yang melaporkan perancangan
pendidikan secara individu berdasarkan keupayaan atau kekuatan dan
kelemahan murid. Guru perlu memahami keperluan individu murid
melalui pemerhatian dan perbincangan dengan pihak ibu bapa dan ahli
keluarga dalam membuat perancangan dan keputusan penggunaan
dan adaptasi kaedah pembelajaran dan pengajaran (PdP) terbaik.

Sehubungan itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan
mengambil tindakan untuk menyemak RPI anak di sekolah selewat-
lewatnya pada minggu kelima awal tahun persekolahan.

9

6) Daripada dasar sedia ada (Zero Reject Policy), apakah langkah-
langkah penambahbaikan yang diambil oleh Bahagian
Pendidikan Khas?

Langkah-langkah penambahbaikan tersebut adalah:
1. Menyediakan semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan

kerajaan dengan kemudahan mesra OKU secara berperingkat,
bermula dengan Sekolah Pendidikan Khas dan Program
Pendidikan Khas Integrasi. Setakat ini hanya 170 buah sekolah
dilengkapi empat kemudahan mesra OKU yang terdiri dari susur
tangan, susur landai, tandas OKU dan parkir OKU.

2. Melaksanakan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan
Khas (Model Holistik) yang menyeluruh secara berperingkat pada
tahun 2019 di peringkat sekolah rendah. Pada tahun ini kita telah
mencapai 50.1% penyertaan MBK di PPI secara penuh dan separa.
Kita mensasarkan penyertaan MBK di PPI sebanyak 75% pada
tahun 2023.

3. Melaksanakan Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru secara
berterusan berdasarkan ketidakupayaan MBK bermula tahun 2019.
Kursus ini melibatkan penyertaan daripada guru-guru arus perdana
dan guru pendidikan khas dari peringkat prasekolah hinggalah
menengah. Penekanan akan diberi dalam aspek pengurusan
tingkah laku, pengurusan diri dan 3M (membaca,menulis dan
mengira).

10

7) Apakah cabaran yang akan dihadapi dalam menambah baik
pelaksanaan pendidikan khas?

KPM sedar bahawa akan ada cabaran dalam proses penambahbaikan
ini. Antara cabarannya adalah:

1. Keadaan fizikal kelas sedia ada perlu selamat dan mencukupi dan
kemudahan infrastruktur di sekolah terutama dari segi kemudahan
mesra OKU juga perlu dilengkapkan di semua sekolah.

2. Kesediaan MBK dari segi pengurusan tingkah laku dan pengurusan
diri seperti toilet training.

3. Penerimaan warga sekolah termasuk pentadbir terhadap MBK.

4. Kekurangan bilangan guru pendidikan khas dan pembantu
pengurusan murid (PPM) yang perlu diatasi segera.

8) Apakah nasihat kepada semua warga pendidik dan ibu bapa demi
menjayakan Zero Reject Policy?

Semua warga pendidik perlu menghayati tanggungjawab masing-
masing sebagai pendidik dan mendidik murid berkeperluan khas
(MBK) dengan penuh kasih sayang. Ini selari dengan hasrat YB
Menteri Pendidikan yang sentiasa menekankan tiga elemen penting
yang perlu disemai dalam sesebuah institusi Pendidikan iaitu love,
happiness and mutual respect.

11

Yang kedua, kerjasama ibu bapa/ penjaga adalah amat diperlukan
agar memastikan kesediaan MBK untuk bersekolah agar mereka
menerima bantuan serta sokongan pembelajaran yang selari dengan
ketidakupayaan mereka. Jalinan kerjasama positif antara sekolah
dengan ibu bapa/penjaga amat penting bagi mengoptimumkan potensi
MBK. Ini bertepatan dengan anjakan 9 Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025: Bekerjasama Dengan Ibu
Bapa, Komuniti, Dan Sektor Swasta Dengan Meluas yang
menggariskan bahawa pembelajaran berlaku melangkaui kawasan
sekolah dan boleh berlaku dalam kawasan rumah dan komuniti.

9) Adakah ibu bapa/penjaga boleh memohon penangguhan
persekolahan MBK?

Ibu bapa/penjaga boleh memohon penangguhan persekolahan MBK
yang telah berdaftar kepada pihak sekolah dengan mengemukakan
surat permohonan dan dokumen sokongan. Kelulusan penangguhan
adalah di bawah bidang kuasa Menteri Pendidikan.

Bahagian Pendidikan Khas
18 Disember 2018

12


Click to View FlipBook Version