Kod WIM IKBN/DLC2652/KP(4/5) Muka surat : 1 drpd 6
INSTITUSI LATIHAN
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK
KURSUS/COURSE (PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A1)
CODE AND NAME 6
SEMESTER
KOD DAN NAMA DLC 2652 - ELEKTRONIK KUASA
SUBJEK / SUBJECT’S
CODE & NAME 4: PENGENALAN DAN FUNGSI AC-AC CONVERTER
BAB
OBJEKTIF /OBJECTIVE MENGENALI JENIS-JENIS SERTA FUNGSI AC-AC CONVERTER
DAN MENGETAHUI KOMPONEN UNTUK BINAAN SEBUAH AC-AC
CONVERTER
TAJUK/TITLE PENGENALAN DAN FUNGSI AC-AC CONVERTER
TUJUAN/PURPOSE KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN :
1. PENGENALAN AC-AC CONVERTER
2. KENDALIAN AC-AC CONVERTER
3. FUNGSI AC-AC CONVERTER
DLC 2652 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC2652/KP(4/5) Muka surat : 2 drpd 6
Penukar voltan AC-AC
Penukar AC-AC digunakan untuk memperoleh voltan keluaran AC, Vo yang dapat
berubah daripada voltan masukan yang mempunyai frekuensi tetap. Penukar AC-AC
menggunakan TRIAC di mana voltan keluaran dapat dikawal dengan melaras masa pengaliran
( conduction time ) TRIAC atau firing delay angle, α TRIAC tersebut. Penukar AC-AC dalam
litar elektronik kuasa juga dikenali sebagai cycloconverter(Rajah 1).
Rajah 1
Rajah 2
DLC 2652 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC2652/KP(4/5) Muka surat : 3 drpd 6
Jenis-Jenis Penukar Voltan AC-AC-Cycloconverter
Terdapat dua jenis Cycloconverter yang utama mengikut kepada kegunaannya, iaitu:
1. Blocking Mode Cycloconverter
2. Circulating Current Cycloconverter
Blocking Mode Cycloconverter
Pada suatu sistem penukar positif akan mengeluarkan nilai voltan yang diperlukan pada suatu
arus beban yang positif, pada masa yang sama penukar negatif akan berada dalam keadaan
tertutup. Manakala pada pengaliran arus beban yang negatif,penukar negatif akan
mengeluarkan nilai voltan yang diperlukan pada masa yang sama penukar positif akan berada
dalam keadaan tertutup. Sistem ini dikenali sebagai penukar pada Blocking Mode Converter.
Penukar akan berfungsi secara bertukar ganti. Penukar jenis ini banyak digunakan dalam
pelbagai industri kerana bersaiz kecil dan murah.
Circulating Current Cycloconverter
Untuk penukar jenis ini, kedua-dua penukar akan berfungsi pada masa yang sama. Suatu alat
tambah iaitu Intergroup Reactor(IGR) ditambah dalam penukar jenis ini untuk mengelakkan
berlaku litar pintas dalam litar penukar ini. Terdapat dua model penukar jenis ini mengikut
kepada keluaran frekuensi, iaitu:
1. Step-up cycloconverter
2. Step-down cycloconverter
Step-up Cycloconverter
Penukar model ini menaikkan nilai frekuensi keluaran daripada frekuensi tetap masukan
dengan menggunakan komutator berbaris.
Step-down Cycloconverter
Penukar model ini menurunkan nilai frekuensi keluaran daripada frekuensi tetap masukan
dengan menggunakan komutator bertekanan.
Cycloconverter satu fasa ke satu fasa
Terdiri daripada dua penukar gelombang penuh yang disambung secara selari seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 3. Mengambil contoh daripada satu sampel voltan keluaran yang terdiri
daripada empat gelombang. Pada dua gelombang yang pertama, penukar positif akan
berfungsi mengeluarkan nilai voltan yang diperlukan untuk mengalirkan arus ke beban. Semasa
dua gelombang seterusnya, penukar negatif akan berfungsi mengeluarkan nilai voltan yang
diperlukan. Maka tiada voltan arus ulang-alik antara penukar jenis ini.
DLC 2652 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC2652/KP(4/5) Muka surat : 4 drpd 6
Rajah 3
Rajah 4
DLC 2652 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC2652/KP(4/5) Muka surat : 5 drpd 6
Cycloconverter tiga fasa ke satu fasa
Penukar jenis ini boleh berfungsi pada empat sukuan (Voltan dan Arus positif, Voltan dan Arus
negatif) dalam dua keadaan (inverting dan rectifying). Sukuan positif hasil daripada proses
rectifying manakala sukuan negatif hasil daripada proses inverting. Penukar positif
mengeluarkan arus positif ke beban dan penukar negatif mengeluarkan arus negatif ke beban
seperti ditunjukkan dalam rajah 5.
Rajah 5
Cycloconverter tiga fasa ke tiga fasa
Penukar jenis ini terdiri daripada tiga penukar tunggal disambung bersama ke beban tiga fasa.
Dua sambungan asas tiga fasa digunakan iaitu wye dan delta. Voltan fasa keluaran adalah
berbeza pada 120o setiap satu fasa. Skematik diagram seperti dalam rajah 6.
DLC 2652 Rajah 6 Versi 2.0 (2016)
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan
Kod WIM IKBN/DLC2652/KP(4/5) Muka surat : 6 drpd 6
Rajah 6
Contoh penggunaan Cycloconverter
Pemula mesin pembancuh simen
Pemula kuasa penggerak kapal
Pam air
Mesin basuh
DLC 2652 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)