The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BK Prog orientasi tingkatan 1 2022 (4)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haziqhariz2012, 2022-03-17 20:17:10

BUKU PROG ORIENTASI F1 2022

BK Prog orientasi tingkatan 1 2022 (4)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
SERI GOMBAK

Selamat Datang







TARIKH : 18 MAC 2022
HARI : JUMAAT

MASA : 2.30 PETANG
SALURAN:

YOUTUBE SEMERBAK TV

Pengenalan

Murid-murid yang baru menjejakkan kaki ke alam
sekolah menengah akan merasakan perbezaan ketara
dari segi pengalaman dan pembelajaran mereka di
sekolah rendah. Perubahan ini perlu mereka lalui
kerana mereka berada di persekitaran persekolahan
yang berbeza. Murid-murid ini akan merasakan
perbezaan dari segi pergaulan dengan rakan-rakan
baru, guru-guru baru, pakaian seragam baru, suasana
dan tempat baru, dan yang paling ketara adalah
pertambahan matapelajaran baru yang lebih banyak
berbanding di sekolah rendah. Justeru itu, bagi
memudahkan murid-murid melalui perubahan
tersebut, program orientasi telah dirangka untuk
membantu murid lebih mengenali dan menyesuaikan
diri dengan persekitaran sekolah dan pelbagai
maklumat lagi yang boleh diketahui melalui taklimat
yang akan disampaikan.

Namun, dengan situasi pandemik COVID 19, program ini
terpaksa dijalankan dalam kebiasaan baru di mana
program akan dijalankan secara atas talian bagi
mengelakkan berlakunya perjumpaan secara
bersemuka. Oleh itu, diharapkan pendedahan yang
diberi di dalam program ini dapat mendorong murid-
murid berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam
akademik, sahsiah, ko-kurikulum dan disiplin.

Objektif

1.Memberi pendedahan kepada murid-murid baru
tentang alam persekolahan
sekolah menengah.
2.Mempastikan murid-murid baru dapat
menyesuaikan diri dengan sistem
pembelajaran dan persekitaran sekolah menengah.
3.Melatih murid-murid agar bersemangat dan lebih
bermotivasi ke sekolah.
4.Menyampaikan maklumat-maklumat penting
pengoperasian sekolah dan
norma baharu SOP Covid 19.

Pelaksanaan

Tarikh : 18 Mac 2022
Hari : Jumaat
Masa : 2.30 petang
Tempat : Lokasi masing-masing
Platform: Saluran Youtube SmartTV SEMERBAK
Strategi : Penyampaian Ucapan dan Taklimat

Jawatankuasa

Pengerusi                : Tn. Hj. Mohd Nor B. Arif [Pengetua]

Timbalan Pengerusi 1: Pn. Nor Ratna Bt. Abdul Halim [PK Petang]

Timbalan Pengerusi 2: Pn. Roszaina Bt. Rodzi [ PK HEM]

Naib pengerusi : Pn. Anita Bt. Tajuddin [ PK 1]

: Pn. Suriani Bt. Shaari [PK KOKUM]

Setiausaha              : En. Hapizi B. Mohamed [GBK]

Naib Setiausaha      : Pn. Maslina Bt. Nik Ka

Ahli jawatankuasa : En. Ahmad Isham B. Jamhari

: Pn. Suzielawati Bt. Omar

: Pn. Wan Hazirah Bt. Wan Osman

: En. Nahasrul B. Mohammad Nayawi

(Guru Disiplin Sesi Petang)

: Pn. Aizulzanida Abdul Manaf

(Guru SPBT Sesi Petang)

: Pn. Siti Ambia Bt. Japli

(Guru Koperasi Sesi Petang)

: Pn. Nur Syahirah Bt. Mohamad

(Guru Pusat Sumber/Media Sesi Petang)

: Pn. Azira Azma Bt. Ibrahim

(Penyelaras Tingkatan 1)

tentatif program



2.30 ptg - Ucapan Pengacara Majlis
2.40 ptg - Bacaan Doa
2.45 ptg - Slot 1: Ucapan Pentadbir SEMERBAK

* Ucapan Pengetua
* Ucapan PK Petang
* Ucapan YDP PIBG
3.00 ptg - Slot 2: Taklimat Disiplin
3.10 ptg - Slot 3: Taklimat UBK
3.20 ptg - Slot 4: Taklimat SPBT
3.30 ptg - Slot 5: Taklimat KOPERASI
3.40 ptg - Slot 6: Taklimat Pusat Sumber
3.50 ptg - Slot 7: “Kenali sekolah - Sekolahku Sayang”
4.00 ptg - Selesai / Pengisian Google Form Kehadiran

Penghargaan

Ahli Jawatankuasa merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan

ucapan terima kasih kepada
semua yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan program ini.
Jasa baik semua akan sentiasa

dikenang.
TERIMA KASIH

" Education is the passport to the future, for tomorrow belongs to
those who prepare for it today.."
- MALCOLM X -


Click to View FlipBook Version