The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by June M, 2020-02-27 22:44:38

BUKU PROGRAM PIBG 2020

BUKU PROGRAM

Keywords: BUKU PROGRAM

MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI KE-46

29 / 02 / 2020 ● SABTU ● 8:30 Pagi - 1:00 Tengah Hari ● DEWAN SRI KENANGA

DIRASMIKAN OLEH:

Dato’ Suhaimi bin A. Rahman
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)

Konsortium Wakaf Al-Quran

KATA ALU-ALUAN PENASIHAT PIBG

PENASIHAT PIBG
SK SRI DELIMA

ENCIK MOHD NOOR BIN MAJID

Salam sejahtera,
Izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru kerana
sudi menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SK Sri Delima ke-46 tahun 2020. Syukur kerana kita
semua dapat berkumpul untuk tujuan membincangkan hal-hal yang berkait rapat dengan
kemenjadian anak-anak di sekolah ini, sama ada dalam bidang akademik, ko-akademik dan
kokurikulum. Mesyuarat Agung PIBG adalah satu saluran penglibatan ibu bapa yang amat
penting dalam meningkatkan kemenjadian serta kecemerlangan anak-anak kita di sekolah.

Pada kesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas kepada
AJK PIBG SK Sri Delima sesi 2019/2020, yang telah berusaha dengan penuh kesungguhan dan
komitmen dalam menjayakan pelbagai program sekolah. Sokongan yang kuat dan padu
daripada pihak PIBG telah membolehkan sekolah melangkah ke hadapan dengan penuh
keyakinan seiring perkembangan semasa demi sebuah kejayaan.

Besarlah harapan pihak sekolah agar peranan PIBG dikekalkan dan dikongsi bersama
dengan semua warga sekolah iaitu membina permuafakatan kerjasama antara sekolah, ibu
bapa, komuniti setempat dan pihak swasta. Pertalian yang baik, erat dan kondusif adalah
sangat penting kerana hal ini memberikan impak besar kepada pihak kepimpinan sekolah
dan pembelajaran murid-murid.

Oleh itu, peranan PIBG perlu diteruskan dengan pemilihan perwakilan dalam
Mesyuarat Agung SK Sri Delima kali ke-46 pada hari ini. Memandangkan perjumpaan dalam
mesyuarat seperti ini hanya dijalankan setahun sekali, kesempatan yang ada seharusnya
digunakan dengan sebaik mungkin untuk memilih wakil terbaik dalam kalangan ibu bapa
bagi sesi 2020/2021.

Saya berharap agar mesyuarat kali ini akan berjalan lancar dan barisan AJK yang
terpilih akan meneruskan amanah dan tanggungjawab dengan lebih baik dan cemerlang.
Intihanya, AJK PIBG yang komited, bersatu padu dan sehati sejiwa akan mewujudkan
persekitaran suasana pendidikan yang positif, kondusif dan aman kepada semua warga
sekolah.

Sekian, terima kasih.

MOHD NOOR BIN MAJID
Guru Besar merangkap Penasihat
PIBG SK Sri Delima

KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG

YANG DIPERTUA PIBG
SK SRI DELIMA

ENCIK MOHAMAD EFFANDY BIN RAMLY

Bismillahirrahmanirrahim…
Saya berasa amat bersyukur atas kepercayaan dan keyakinan ibu bapa di SK Sri

Delima kerana telah memberi peluang untuk menerajui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
bagi sesi 2019/2020 bersama ahli jawatankuasa yang dipilih. Di samping itu, saya juga
mengambil kesempatan ini menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan jutaan terima kasih
kepada ibu bapa dan guru guru yang dapat hadir di dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu
Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Sri Delima Kali ke 46 pada hari ini.

Adalah menjadi harapan saya agar hubungan baik sedia terjalin antara ibu bapa dan
warga pendidik di sekolah ini akan menjadi bertambah erat. Mesyuarat Agung ini merupakan
antara salah satu peluang terbaik untuk mengakrabkan hubungan dan kesempatan untuk
para ibu bapa mengetahui perkembangan dan keperluan sekolah.

Saya percaya kejayaan sekolah dan kecemerlangan murid sekolah ini, adalah usaha
gigih murid, ibu bapa, komuniti dan guru-guru secara bergading bahu dan istiqamah.
Kejayaan tidak dapat digapai jika tiada kerjasama dari semua pihak.

Justeru itu, saya menyeru ibu bapa agar sentiasa memberi sokongan moral dan
material serta apa jua bentuk keperluan yang diperlukan kepada pihak sekolah dalam usaha
melahirkan murid yang berketerampilan, berwibawa, berkarisma dah sahsiah terpuji serta
cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum. Permuafakatan , sikap saling membantu dan
berkerjasama antara ibu bapa dan warga pendidik merupakan salah satu kunci kepada
kejayaan tersebut.

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik Sekolah Kebangsaan Sri Delima, Kuala
Lumpur yang telah melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab mendidik serta
membimbing anak-anak kami. Akhir kalam saya mendoakan semuanya sentiasa dilindungi
dan Sekolah Kebangsaan Sri Delima akan terus gah bersama kejayaan-kejayaan yang akan
dikecapi pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

“PERPADUAN DIPERKUKUHKAN MUAFAKAT DIJUNJUNG”

ENCIK MOHAMAD EFFANDY BIN RAMLY
YANG DIPERTUA PIBG
SESI 2019 / 2020
PIBG SK SRI DELIMA KL

VISI DAN MISI PIBG SK SRI DELIMA

VISI

MENJADI TONGGAK PERMUAFAKATAN ANTARA IBU BAPA, GURU,
KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DEMI KEJAYAAN DAN
KECEMERLANGAN MURID

MISI
✓ BERILTIZAM MEMBERIKAN PERKHIDMATAN, SOKONGAN DAN

KEBAJIKAN YANG BERKUALITI UNTUK KEMAJUAN SEKOLAH
DAN
KECEMERLANGAN MURID

✓ BEKERJASAMA DENGAN PIHAK SEKOLAH, MEWUJUDKAN

PERSEKITARAN YANG POSITIF BAGI MENCAPAI MATLAMAT
PENDIDIKAN YANG CEMERLANG

✓ BERUSAHA MEMBINA PERMUAFAKATAN YANG TERBAIK DI

ANTARA WARGA SEKOLAH DAN MASYARAKAT SETEMPAT

JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46

Sambutan Persiapan Pentas dan Backdrop

En Mohd Noor bin Majid (GB) Pn Nur Zeelda Rahab inti Husin (K)
En Mohamad Effandy bin Ramly (YDP) Pn Nor Afifa binti Mohd Saffer
En Mohamad Khidir Bulyan bin Ismail Cik Tan Vi Vian
En Che Mustafa bin CheYah Cik Sujithashinni a/p Jaya Prakash
En Mohammad Iruan bin Hassan Cik Nurul Syairah binti Awang
Pn Nurulasriah binti Jamhor Pn Zatul Amali binti Abu Seman
Cik Khavitraa a/p Simmathiri Appanah

Pengacara Pengerusi Sementara
En Mohamad Izuan bin Sareat
Cik Nur Hidayah binti Baharuddin
En Nabil Fikri bin Harun

Bacaan Doa Jurufoto
En Mohd Jumari bin Ab Halim
En Mohd Azami bin Hashim (K)
En Ahmad Muzir bin Aripin

Buku Aturcara/Program Mengira dan Mencatat Undi

Pn Aziah binti Mashod (K) Pn Murniza binti Md Din (K)
Pn Hana binti Sadir Pn Fazlina Binti Ahmad Shafie Kher
Pn Farah Wahida binti Darus Pn Noraziah Binti Ibrahim
Pn Junaidah binti Mohamed En Ahmad Saffri bin Rahamal@ Rahamat
Pn Noor Azah binti Abdul Aziz En Syaharizal bin Sulong@Shamsuddin
Pn Shammini a/p Selvanatham En Mohd Iszwan bin Isnin

Hadiah Pencatat Minit

Pn Wan Halimatun binti Wan Mamat (K) Pn Nurul Nadia binti Murad (K)
Pn Siti Rafeah binti Talhah Pn Nik Shaniamizah binti Nik Shafei
Pn Norfadilah binti Mohd Yunus Pn Nur Hidayah binti Mohtar
Pn Norazlinda binti Amiruddin (AJK) Cik Aniyah binti Azmi
Pn Siti Aisyah Nabihah binti Othman

Siaraya Pendaftaran

En Ibrahim bin Mustapha(K) Pn Hamidah binti Man(K)
En Mohd Syahmi bin Ghazali Pn Juliana binti Che Soh
En Ahmad Hakim bin Abd Kader Pn Noraziah binti Mad
Pn Furzanny Nadya binti Abdul Rahim
Pn Sharifah binti Shafei
Pn Moo Yong Yun Mun

Persiapan Dewan (Sebelum) Persiapan Dewan (Selepas)

En Khusairi bin Basir(K) En Mohd Faiz Farhan bin Zahaludin
En Mat Lazin bin Abdullah En Muhammad Hakim bin Mokhtar
En Navin a/l Baskaran En Khairul Nizam bin Othman
En Shahrul Nizam bin Rosnan En Mohd Firdaus bin Abdul Halim (AJK)
En Mohd Jumari bin Ab Halim En Mohd Hazreen bin Samat (AJK)
En Abdul Hadi bin Ibrahim En Mohd Izwan bin Shamshol Maarif (AJK)
En Wahdi Katarnida bin Mohd Azmi (AJK)

Slaid & Dokumentasi

Pn Nurulasriah binti Jamhor(K)
Cik Khavitraa a/p Simmathiri Appanah
Pn Nur Diyana binti Ismet Furmansyah

Pn Nor Hasmizah binti Rosdan

Jamuan VIP Jamuan Ibu bapa

Pn Noor Haslinda binti Abdul Pn Zatul Iffah binti Mat (K)
Rahman(K) Pn Noor Azharwati binti A. Aziz
Pn Aeidawatey binti Abdullah Pn Salinah binti Maulud
Pn Nur Aifa Nabila binti Mohemad Shas Pn Siti Halimatun binti Zainol Abidin
Pn Nor Aina Mardhiah binti Ab Azir Pn Azlin binti Mohd Aris@Abu Bakar
Pn Faten Eza binti Abu Hasan (AJK) Pn Yuzaazmira binti Mat Yaut

ATUR CARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46

TARIKH : 29 FEBRUARI 2020
HARI : SABTU
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SRI KENANGA, SK SRI DELIMA

MASA ATUR CARA
8.00 pagi : Pendaftaran & Ketibaan Ahli-ahli PIBG
8.30 pagi : Kata-kata Aluan Pengacara Majlis
: Bacaan Doa
10.15 pagi : Ucapan Yang DiPertua PIBG Sesi 2019/2020
10.45 pagi : Ucapan Perasmian : Dato’ Suhaimi bin A. Rahman
: Simbolik Perasmian
12.30 tgh : Penyampaian Cenderamata Kepada AJK PIBG Sesi 2019/2020
: Penyampaian Hadiah kepada Perasmi
: Rehat
: Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46
: Ucapan Alu-aluan Pengerusi (YDP PIBG)
: Ucapan Penasihat PIBG
: Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG Ke-45
: Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG Sesi 2019/2020
: Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan

Berakhir Pada 31 Disember 2019
: Membahaskan Usul/Cadangan Yang Diterima
: Pembubaran AJK PIBG Sesi 2019/2020
: Pemilihan Pengerusi Sementara
: Pemilihan Ahli Jawatankuasa Sesi 2020 /2021
: Pemilihan Juruaudit Dalaman
: Ucapan Penangguhan
: Majlis Penyerahan Tugas YDP PIBG Sesi 2019/2020 kepada YDP

PIBG Sesi 2020/2021
: Jamuan & Sesi Bergambar AJK PIBG Sesi 2020/2021
: Bersurai


Click to View FlipBook Version