The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adikainul, 2021-10-19 09:29:04

Buku Program PIBG -19

BUKU PORGRAM PIBG KE-19

SMK TAMAN KOTA JAYA, KOTA TINGGI

Encik Mohd Azman Bin Tuan Haji Hamim Bin
Mohd Ashari Yunos

YDP PIBG SMKTKJ Pengetua SMKTKJ

23 OKTOBER 2021 (SABTU) 9.30 AM GOOGLE MEET

#SEDERAP MEMACU KEJAYAAN #SUCCESS SEKAYA

#KUASAIICTSERLAHKANPOTENSI

isi kandungan

ISI KANDUNGAN M/S
Atur Cara Majlis 3
Jawatankuasa Induk 4
Jawatankuasa Pelaksana
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke- 5-6
18, 2020
Laporan Aktiviti Tahun 2020 8-22
Penyata Kewangan Tahun 2020 23
Catatan
Sekalung Penghargaan 24-26
27
28

Atur cara majlis

9.10 am :
* Pautan Mesyuarat PIBG akan diberikan
* Pendaftaran

9.30 am :
* Mesyuarat akan dimulakan
* Bacaan Doa
* Ucapan alu-aluan Tuan Pengetua
(Tuan Haji Hamim Bin Yunos)
* Ucapan Yang Dipertua PIBG
(En Mohd Azman Bin Mohd Ashari)
* Pembentangan minit Mesyuarat Agung
kali-19, 2021.
* Pembentangan penyata kewangan PIBG
* Pembentangan usul
* Ucapan Penangguhan
* Cabutan bertuah sesi 1 (10 nombor)
* Taklimat pengoperasian sekolah secara
atas talian oleh Tuan Pengetua
* Cabutan bertuah sesi 2 (10 nombor)
* Sesi taklimat sekolah
* Penutup

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi Bersama : Tuan Haji Hamim bin Yunos
(Pengetua)

En Mohd Azman bin Mohd
Ashari
(YDP PIBG)

Naib Pengerusi 1 : Tuan Haji Mohaad Sariff bin
Abdullah

Naib Pengerusi 2 : Pn Hajah P.Aida binti Paimin

Naib Pengerusi 3 : Encik Jamsari bin Ahmad

Naib Pengerusi 4 : Pn Salinah binti Mohd Yusof

Naib Pengerusi 5 : Pn Norli binti Beeran Kutty

Setiausaha : En Luqman Nulhakim bin
Ismail

Bendahari : Pn Arffarini bt Abd. Rahman

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pendaftaran : Pn Juhaslinda Binti Junus
Pn Roseniza Binti Ismail

Surat Jemputan : Semua Guru Tingkatan

Buku Program : Cik Siti Nur Shuhada Binti Mat
Digital Yaakub

Sijil AJK PIBG : Cik Diana Aqila Binti Khairuddin

Perakam Minit : Pn Rosdiana Binti Selamat
Mesyuarat Pn Rosmawati Binti Mustafa

Publisiti : Pn Norafidah Binti Habas
Pn Saemah Binti Atan

Persiapan Tempat : En Nur Muhamad Bin Saiholbari

& Peralatan En Mohd Azru Shahril Bin Mohd Noor

JAWATANKUASA PELAKSANA

Jamuan : Pn Nuresma Faseha Binti Othman
Pn Norrizah Binti Satari
Bacaan Doa
: En Mohd Farhi Naim Bin Abdul
Teknikal Kadir
PA Sistem
Siaran Langsung : En Mohamad Yusof Bin Md Hashim
En Mohd Azizol Bin Mohamed
Pengacara Majlis
Hadiah : En Luqman Nulhakim Bin Ismail

: Pn Arffarini Binti A. Rahman
Pn Ermawati Binti Ahmad
Pn Nur Adibah Binti A. Sani
Pn Siti Aishah Binti Che Mat

Dokumentasi/Fotografi : En Pritpal Singh A/L Jagmail Singh
Cik Siti Norsyahmi Binti Abu Bakar

MINIT MESYUARAT agung pibg kali ke-18, 2020

Tarikh : 28/2/2020
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi

UCAPAN PENGETUA (Tuan Haji Hamim Bin Yunos)

Tuan Pengetua SMK Taman Kota Jaya (SEKAYA) mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
semua ibu bapa dan guru yang hadir di dalam Mesyuarat Agung
PIBG Kali ke-18. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen
mereka terhadap anak-anak.

Beliau mengharapkan sokongan daripada semua ibu
bapa dalam memastikan kelangsungan pendidikan di SMK
Taman Kota Jaya dan mengharapkan agar matlamat dan
objektif Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-18 ini dapat dicapai.
Beliau juga berharap agar di dalam mesyuarat ini nanti akan
dapat memberi ruang kepada ibu bapa untuk menyuarakan
cadangan dan kritikan yang membina kepada pihak sekolah.

Beliau turut berharap agar jawatankuasa PIBG dapat
menggunakan kebijaksanaan dalam memilih calon yang dapat
memberi sumbangan positif dan proaktif di sekolah. Seterusnya,
beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah sentiasa mengalu-
alukan kehadiran ibu bapa ke sekolah untuk membincangkan
masalah atau perkembangan akademik anak-anak mereka
demi kebaikan bersama. Pihak sekolah juga turut bersikap
terbuka menerima cadangan-cadangan atau program-program
luar yang ingin dikongsikan bersama.

Beliau sangat berharap dan mengalu-alukan ibu bapa
dan guru dapat membantu pihak sekolah seperti pada awal
tahun yang mana pihak sekolah ada meminta pihak ibu bapa
menyumbang satu rim kertas. Ianya sedikit sebanyak dapat
membantu pihak sekolah supaya dapat menyediakan helaian
latihan untuk murid.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibu
bapa dan guru kerana memberikan sokongan yang padu
kepada semua aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah dan
beliau sangat berharap dan mengalu-alukan penglibatan ibu
bapa dalam setiap program yang dilaksanakan terutama
penglibatan dalam program inisiatif Penglibatan Ibu Bapa dan
Komuniti (PIBK).

UCAPAN PERASMI (Encik Fadzil Bin Hamzah)

Terima kasih Pengacara majlis,
Yang berusaha, Tuan Haji Hamim bin Yunos,
Pengetua SMK Taman Kota Jaya,
Yang dihormati, Encik Nor Azman bin Abdul Rahman
Yang Dipertua PIBG, SMK Taman Kota Jaya dan Ahli
Jawatankuasanya
Tuan Haji Mohaad Sariff bin Abdullah, Penolong Kanan
Pentadbiran,
Puan Hajah P. Aida binti Paimin, Penolong kanan Hal Ehwal
Murid,
Encik Jamsari bin Ahmad, Penolong Kanan Kokurikulum,
Puan Nor Azlina binti Md Yusof, Penolong Kanan Petang
Puan Salinah binti Haji Mohd Yusof, Penolong Kanan
Pendidikan Khas,
Para ibu bapa
Dan guru-guru sekalian.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir
kerana pada pagi ini kita dapat bersama-sama menghadiri
Majlis Perasmian Jom hargai sekolah kita iaitu program
meningkatkan dana sekolah dan perasmian Mesyuarat Agung
PIBG kali ke – 18, SMK Taman Kota Jaya. Terlebih dahulu saya
ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak sekolah
menjemput saya menghadiri majlis yang penuh bermakna ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Mesyuarat Agung PIBG tahun ini melibatkan
pelantikan jawatankuasa baru bagi tahun 2020/2021.

Oleh itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
Yang di Pertua PIBG dan AJK yang telah dilantik dan diberikan
kepercayaan untuk membantu sekolah dalam pelbagai aspek
pembangunan sekolah ini. Sesungguhnya PIBG dapat memberi
sumbangan secara khususnya kepada sekolah dalam mencari
dana dan memberikan peruntukan untuk kegiatan
pembangunan fizikal akademik, pembangunan insan dan
kokurikulum di sekolah.

Kepada ibu bapa yang hadir, tahniah saya ucapkan
kerana sudi meluangkan masa untuk hadir dan bersama-sama
dalam majlis ini. Saya menyeru agar tuan-tuan dan puan-puan
dapat memberikan sepenuh sokongan kepada pihak sekolah
dalam menjayakan apa-apa juga program dan aktiviti.

Saya difahamkan bahawa tahun ini, SMK Taman Kota
Jaya di bawah pentadbiran baharu pimpinan Tuan Haji Hamim
bin Yunos akan sederap bersama-sama memperkasa
perubahan bagi meningkatkan kejayaan. Guru-guru telah
memberikan segala yang terbaik untuk anak-anak tuan-tuan,
maka sewajarnya para ibu bapa membantu sekolah khususnya
dalam memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah serta
mengikuti program kecemerlangan akademik seperti kelas-
kelas tambahan dan program pembangunan insan yang
disediakan.

Kepada semua ibu bapa yang berada dalam dewan ini,
saya ingin menyatakan bahawa dalam usaha mencapai
kecemerlangan, murid-murid perlu meletakkan disiplin diri pada
tahap yang tertinggi kerana melalui disiplin diri yang ampuh
dapat membantu murid-murid kita untuk mencapai kejayaan
dunia dan akhirat.

Sukalah kiranya saya mengingatkan agar ibu bapa dapat
memastikan anak-anak bersikap lebih matang dan
mengamalkan tingkah laku yang baik sepanjang berada di alam
persekolahan serta hormatilah guru-guru yang telah banyak
mencurahkan ilmu dan menyumbangkan jasa sepanjang
mereka bergelar murid sekolah.

Kejayaan anak-anak kita pada masa hadapan, jawatan
tinggi yang diperoleh, kejayaan hidup yang dikecapi, segalanya
bermula dengan kegigihan guru-guru mendidik dan mengajar
murid-murid sekalian. Selain itu, diharap agar murid-murid di
SMK Taman Kota Jaya dapat menjaga keharmonian sekolah
memandangkan sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum yang
berbeza namun perbezaan ini janganlah dijadikan sebagai garis
pemisah antara warga sekolah.

Memandangkan bidang pendidikan mampu
melahirkan modal insan berkualiti yang akan memerintah
negara pada masa akan datang, marilah kita bersama-sama
menggunakan pendekatan musyawarah bagi menyelesaikan
sebarang permasalahan yang timbul. Perbincangan dan
permuafakatan adalah perlu antara guru-guru, ibu bapa dan
komuniti sekeliling bagi menangani masalah disiplin murid.

Hal ini demikian kerana kecemerlangan murid amat
bergantung kepada disiplin yang baik. Di samping itu, ibu bapa
dan komuniti perlu saling membantu bagi pembangunan
infrastruktur sekolah. Ia bertujuan bagi membolehkan murid-
murid belajar dalam suasana yang lebih selesa.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan syabas dan
tahniah kepada seluruh warga SMK Taman Kota Jaya dan AJK
PIBG yang telah bekerja keras untuk memastikan kelancaran
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18 ini. Harapan saya agar sekolah
ini di bawah pentadbiran yang baharu akan lebih mencipta dan
mengukir kejayaan dalam semua bidang.

Dengan ini, saya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG
kali ke -18 bagi Tahun 2020 SMK Taman Kota Jaya.

Sekian, Terima Kasih.

UCAPAN NAIB YANG DIPERTUA PIBG (Encik Azman Bin Ashari)

Yang berusaha, Tn Hj Hamim Bin Yunos, Pengetua SMK Taman
Kota Jaya,
Yang Dihormati, Tn Hj Mohaad Sariff Bin Abdullah, Penolong
Kanan Pentadbiran,
Pn Hjh P Aida Binti Paimin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En Jamsari Bin Ahmad, Penolong Kanan Kokurikulum,
Pn Nor Azlina Binti Md Yusof, Penolong Kanan Petang,
Pn.Salinah Binti Mohd. Yusof, Penolong Kanan Pendidikan Khas,
Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Taman Kota Jaya,
Para ibu bapa,
Dan guru-guru sekalian.

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana pada pagi yang
mulia ini kita dapat bersama-sama menghadiri Majlis Perasmian
penutup Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18, SMK Taman Kota
Jaya.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas
kesudian tuan-puan menghadiri majlis yang penuh bermakna
ini. Tahniah juga diucapkan kerana tuan-puan telah berjaya
menunaikan tanggungjawab tuan-puan bagi menghadiri majlis
ini.

Sebagai NYDP PIBG sekolah ini, saya yakin dengan
kehadiran tuan-puan dalam majlis ini akan dapat membantu
pembangunan Pendidikan murid-murid SMK Taman Kota Jaya
seperti yang telah disarankan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Kita semua sedia maklum bahawa dunia Pendidikan
pada masa kini semakin mencabar dan telah mengalami
banyak perubahan dari semasa ke semasa. Oleh hal yang
demikian, peluang haruslah digunakan sepenuhnya bagi
menguasai ilmu dan kemahiran serta membina personaliti dan
sahsiah diri yang cemerlang. Ibu bapa sangat memainkan
peranan yang penting dalam membentuk akhlak dan
tingkahlaku murid sekaligus menjadi insan yang berguna dan
berjaya dalam setiap yang dilakukan. Semoga majlis ini dapat
dijadikan asas permulaan dalam menjana modal insan yang
gemilang dan terbilang. Sehubungan dengan itu, saya
berharap agar tuan puan dapat bersama-sama berganding
bahu dengan PIBG SMK Taman Kota Jaya dalam menghadapi
cabaran dan permasalahan yang timbul serta memberi
sokongan penuh kepada semua program/aktiviti anjuran
pihak sekolah.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Dikesempatan ini saya mohon agar ibu bapa tidak
keberatan untuk sama-sama membantu pihak sekolah dengan
melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Saya
juga amat menggalakkan sumbangan ibu bapa dalam bentuk
tenaga dan wang ringgit bagi memastikan aktiviti pembangunan
pendidikan anak-anak dapat berjalan dengan lancar. Semoga
dengan bantuan yang diberikan dapat dimanfaatkan bukan
sahaja kepada anak-anak tetapi juga kepada komuniti SMK
Taman Kota Jaya.

Akhir kalam, saya mengucapkan tahniah kepada pihak
sekolah dan penghargaan kepada pengetua, guru-guru serta ibu
bapa yang tidak jemu berusaha bagi memastikan anak-anak
mendapat pendidikan yang terbaik. Syabas dan tahniah kepada
seluruh warga SMK Taman Kota Jaya atas pencapaian yang
cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah
bagi tahun 2019. Semoga sekolah ini akan lebih cemerlang di
bawah pimpinan pengetua yang baru iaitu Tn Hj Hamim Bin
Yunos.

Sekian, terima kasih.

LAPORAN AKTIVITI TAHUN 2019
(Setiausaha PIBG : Encik Luqman Nulhakim bin Ismail)

1.1 Setiausaha sidang membentangkan laporan aktiviti
sepanjang tahun 2019

 Setiausaha sidang memaklumkan bahawa AJK PIBG
mengadakan mesyuarat sebanyak 1 kali secara
mesyuarat dan juga beberapa kali melalui aplikasi
whatsapp bagi membincangkan aspek kebajikan
murid, kewangan, pembangunan sekolah dan usaha
PIBG dalam menyediakan prasarana kemudahan dan
suasana sekolah yang kondusif untuk murid-murid dan
guru-guru SMK Taman Kota Jaya.

1.2 Berikut merupakan Program Kurikulum, Program

sahsiah di bawah hal ehwal murid, Program

kokurikulum dan Program Pendidikan Khas yang

dijalankan di SMK Taman Kota Jaya bagi membantu

kecemerlangan murid-murid pada tahun 2019 ialah :

BIL UNIT PROGRAM TARIKH
30.1.2019
1. PANITIA BAHASA CINA Karnival tahun baru cina 10.2.2019
SMKTKJ 12.2.2019
Kelab badminton SMKTKJ 12.2.2019
2. KELAB BADMINTON 16.2.2019
SMKTKJ District Student Leader Board (DSLB) 20.2.2019
KOHORT 4 daerah Kota Tinggi tahun 2019 26.2.2019
3. UNIT BIMBINGAN DAN 5.3.2019
KAUNSELING SMKTKJ Program kepimpinan pemimpin pelajar 10.3.2019
SMKTKJ 2019 11.3.2019
4. UNIT BIMBINGAN DAN 20.3.2019
KAUNSELING SMKTJK Program Jom Selamatkan Pantai Seaside 28.3.2019
2019 Pontian Johor 31.3.2019
5. PANITIA BAHASA 3.4.2019
INGGERIS SMKTKJ Wang saku bagi murid yang mewakili
sekolah ke peringkat negeri Johor 3.4.2019
6. KELAB BADMINTON
SMKTKJ Karnival Pendidikan Tinggi Negara (Jom
Masuk IPT) Zon selatan tahun 2019
7. UNIT BIMBINGAN DAN
KAUNSELING SMKTKJ Program penetapan sasaran PT3 & SPM
tahun 2019
8. UNIT KURIKULUM
SMKTKJ Sumbangan Hari Anugerah Kualiti tahun
2019
9. UNIT KURIKULUM
SMKTKJ Program perkhemahan perdana unit
beruniform 2019
10. UNIT KOKURIKULUM
SMKTKJ Majlis tadarus Al-Quran peringkat daerah
Kota Tinggi 2019
11. PANITIA PENDIDIKAN
ISLAM SMKTKJ Menaik taraf surau Zawiyat Firdaus
SMKTKJ
12. PANITIA PENDIDIKAN
ISLAM SMKTKJ Tabung hari guru sempena perayaan hari
guru 2019
13. PENGETUA SMKTKJ
Wang saku bagi murid yang mewakili
14. PERSATUAN Program Johor International Messenger Of
PENGAKAP
Piece (MoP) Forum
PERSATUAN
PENGAKAP, BULAN Program kem kembara jaya
15. SABIT MERAH DAN
KELAB KEMBARA
SMKTKJ

16 UNIT BIMBINGAN DAN Program motivasi “Kecemerlanganku” 8.4.2019
KAUNSELING SMKTKJ PT3

17. PENGURUS PASUKAN Pasukan memanah SMKTKJ ke 9.4.2019
MEMANAH SMKTKJ Kejohanan MSSD 2019 9.4.2019
10.4.2019
8. PANITIA PENDIDIKAN Program teknik menjawab subjek 21.4.2019
MORAL SMKTKJ moral SPM

19 UNIT BIMBINGAN DAN Program motivasi “Menuju Puncak”
. KAUNSELING SMKTKJ calon SPM 2019

20 PANITIA PENDIDIKAN Semarak Ramadhan & Jalinan Kasih
. ISLAM & (MAKDIS) & 1440 H/2019 M
(PIBK) SMKTKJ

21 PENOLONG KANAN Pembayaran kertas pendua (A4) -.4.2019
. PENTADBIRAN SMKTKJ 12.6.2019
24.7.2019
22 KETUA KONTIGEN Bantuan wang saku pelajar ke MSSJ 29.7.2019
. MEMANAH MSSD KOTA
TINGGI Kovensyen badan pemimpin pelajar
(SLB) peringkat daerah
23 UNIT BIMBINGAN DAN
. KAUNSELING SMKTKJ

24 PANITIA BAHASA MELAYU Program Kecemerlangan SPM Bahasa

. SMKTKJ melayu 2019

25 GURU PENASIHAT Progam Nilai Murni 2019 20.8.2019
. PROGRAM NILAI MURNI

26 PANITIA SAINS SMKTKJ Program Perkhemahan Sains PT3 5.9.2019
. 2019

PANITIA PENDIDIKAN Solat Hajat perdana PT3 & SPM 2019 12.9.2019
27. ISLAM & (MAKDIS) &

(PIBK) SMKTKJ

28 KELAB KEPIMPINAN Program lawatan ke Pulau Pinang 13.10.2019
. SMKTKJ 2019 5.11.2019

29 BIDANG SAINS Program Kecemerlangan Sains
. KEMASYARAKATAN Kemasyarakatan 2019
SMKTKJ

Penyata Kewangan Tahun 2019
(Bendahari PIBG : Puan Arffarini binti A. Rahman)

Puan Arffarini binti A. Rahman selaku Bendahari PIBG
membentangkan penyata dan laporan kewangan bagi bulan 1
Januari hingga Disember 2019 di halaman 26 seperti berikut:

 Jumlah pendapatan/penerimaan :
 Baki yang diterima dari tahun 2018 adalah sebanyak

RM 90,066.97
 Jumlah sumbangan PIBG tahun 2019 yang diterima

sepanjang tahun secara berkala adalah sebanyak
RM 23, 930.00.

Bendahari PIBG juga memaklumkan setiap pengeluaran telah
mendapat persetujuan daripada AJK PIBG yang dilantik pada
sesi 2018/2019.

Tindakan : Bendahari Puan Arffarini binti A. Rahman telah
membentangkan Penyata Kewangan Mesyuarat Agung kali
ke-18. Puan Salmah binti Ahmad mencadangkan minit disahkan
dan disokong oleh Puan Ishanudin.

Usul-usul Tahun 2020

1. Encik Muhammad Hisyamuddin bin Kamarazaman
mengusulkan supaya membina Gelanggang Serbaguna
secara wakaf /dana.

Encik Jamsari bin Ahmad menyatakan bahawa pihak
sekolah telah mendapatkan dana bagi membangun sebuah
gelanggang serbaguna pada tahun 2018. Tetapi, pihak
sekolah lebih mengutamakan pembangunan fasilitas-
fasilitas yang lain seperti pembangunan susur gajah dan
bumbung. Tambahan Tuan Haji Hamim bin Yunos, pihak
sekolah telah memulakan program wakaf pada tempoh-
tempoh sebelumnya seperti wakaf kerusi meja pelajar.
Pihak sekolah turut menjelaskan bahawa guru-guru
yang banyak mewakaf untuk kemudahakan sekolah.

2. Encik Rohazri bin Razali mengusulkan supaya dapat
mengadakan satu mesin air minuman untuk budak-budak
minum air terutama pada musim panas.

Puan P. Aida binti Paimin menyatakan bahawa pihak sekolah
akan mengusahakan untuk sebuah „water-cooler‟ kerana ia
lebih sesuai berbanding mesin gedegang terutamanya untuk
pelajar selepas kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
serta Kokurikulum.

3. Puan Rasyidah binti Saimin mengusulkan supaya
melebarkan jalan dan membuat bonggol di pintu pagar
kecil tempat letak basikal pelajar.

Puan P. Aida binti Paimin menyatakan bahawa jalan tepi
(bukan jalan utama ) mungkin boleh dibincangkan
bersama Majlis Daerah.

4. Encik Mohamad bin Amin mengusulkan supaya membina
susur gajah dari lobi sehingga ke bas stop supaya pelajar
tidak basah apabila hari hujan.

Tuan Haji Hamim bin Yunos menyatakan bahawa pihak
sekolah telah sedia menghantar surat permohonan
peruntukan untuk membina susur gajah kepada perasmi.

PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG BAHARU BAGI SESI
2020/2021

Dengan sebulat suara dengan ini memaklumkan senarai ahli
jawatankuasa baharu AJK PIBG bagi sesi 2019/2020 adalah
seperti berikut :

Yang Di Pertua : Encik Mohd Azman bin Ashaari (Ibu bapa)

Naib Yang Dipertua : Encik Selvam A/L Rengam(Ibu Bapa)

Penyelaras PIBK : En Syed Zulkifli bin Syed Lani (Guru)

Setiausaha : Encik Luqman Nulhakim bin Ismail (Guru)

Naib Setiausaha : Puan Rosdiana binti Selamat (Guru)

Bendahari : Puan Arffarini binti A. Rahman (Guru)

AJK (Ibu Bapa) : 1. Puan Norfazlina binti M. Yousof
2. Puan Rohayani bt Abd Rahim
3. Encik Iqbal hussain bin a k kamal
4. Puan Suhana binti Taliman
5. Encik Zaidi
6. Encik Muhammad Hasrul Haq Bin Hamzah
7. Puan Masfuzah binti Mohd Dali
8. Puan Nordiana binti Kamis
9. Puan Rasyidah binti Saimin
10. Encik Rohazri bin Razali
11. Puan Norazah binti Abd Latif

AJK (Guru) : 1. Encik Ahmad bin Ramli
2. Encik Mohd Shafiee bin Md Ali Hanafiah
3. Encik Pritpal Singh A/L Jagmail Singh
4. Encik Yeo Chee Wee
5. Puan Saemah binti Atan
6. Puan Marhaini binti Mohamed
7. Puan Nor Shelida binti Mohd Nor
8. Puan Faridah Ismail
9. Puan Hajah Aminah binti Md Yunus

AJK Guru dan Ibu Bapa : 1. Puan Anita binti Husin
2. Puan Hasnalita binti Abidin

Pemeriksa Kira-kira : 1. Puan Sarina binti Mahat (Guru)
2. Puan Ruziha binti Ab Samad (Ibu Bapa)

Laporan aktiviti tahun 2020

(Setiausaha PIBG : Encik Luqman Nulhakim Bin Ismail)

2.1 Setiausaha sidang membentangkan laporan aktiviti
sepanjang tahun 2020

 Setiausaha sidang memaklumkan bahawa AJK PIBG
mengadakan mesyuarat sebanyak 1 kali secara mesyuarat dan
juga beberapa kali melalui aplikasi whatsapp bagi
membincangkan aspek kebajikan murid, kewangan,
pembangunan sekolah dan usaha PIBG dalam menyediakan
prasarana kemudahan dan suasana sekolah yang kondusif
untuk murid-murid dan guru-guru SMK Taman Kota Jaya.
Mesyuarat dijalankan secara atas talian akibat pandemic
Covid-19.

 Berikut merupakan Program Kurikulum, Program sahsiah di
bawah hal ehwal murid, Program kokurikulum dan Program
Pendidikan Khas yang dijalankan di SMK Taman Kota Jaya bagi
membantu kecemerlangan murid-murid pada tahun 2020.
Banyak aktiviti yang dijalankan secara atas talian, hal ini
kerana aktiviti bersemuka tidak dibenarkan akibat wabak covid-
19 ialah :

BIL PROGRAM

1. Sambutan Maulidur Rasul S.A.W
2. Sukan atas talian iaitu Mobile Legend sebanyak 3 season
3. Penambahbaikan susur gajah SEKAYA
4. Pertandingan Pengakap secara atas talian
5. Petandingan KRS secara atas talian

Penyata kewangan tahun 2020

(Bendahari PIBG : Puan Arffarini binti A. Rahman)

PENYATA KEWANGAN PIBG SMK TAMAN KOTA JAYA BERMULA 01 JAN DAN BERAKHIR 31 DIS 2020

TARIKH PENDAPATAN RM TARIKH PERBELANJAAN RM
5470.00
1-Jan Baki b/b 95048.93 7-Jan Keceriaan kelas 2020 155034 0.50
155035 4560.00
Cheque Processing Fee
155036 0.50
1-Feb Karnival B.Cina-RM1000 155037 900.00
155038
10-Feb Sumb dr Tetuan Kolej Yayasan 1000.00 Koko-RM860 155039 0.50
11-Feb Sumbangan PIBG 155041 1400.00
11-Feb Sumbangan PIBG 3545.00 Langsir kelas-RM2700 155042
14-Feb Bantuan Awal Persekolahan 2020 155043 0.00
20-Jul Sumbangan PIBG 2503.00 Cheque Processing Fee 155045 1150.00
24-Jul Sumbangan PIBG 155046
17-Dec Sumbangan kpd Pen Khas 52200.00 2-Feb Majlis Penetapan Target PT3-RM450 155047 1.00
20-Dec Sumbangan PIBG 155048 9800.00
1500.00 Majlis Penetapan Target SPM-RM450
155049 0.50
2965.00 Cheque Processing Fee 155050 3660.00

20000.00 2-Feb Pembelian gantian alatan memanah 155051 0.50
5419.00
1635.00 Cheque Processing Fee
0.00
2-Feb Kejohanan bola jaring-RM1060 4700.00

Hadiah Perpindahan Tn Hj Khairuddin Mustapha-RM90 1.00
52200.00
Cheque Processing Fee
0.50
2-Feb Pembelian meja guru&murid-RM6800 150.00

Sambutan hari lahir murid SMKTKJ-RM3000 0.00
585.00
Cheque Processing Fee
1.00
13-Feb Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-18 2990.00

Cheque Processing Fee 0.50
7.50
20-Feb Majalah sekolah 2019-RM4919 500.00
0.00
Kejohanan Olahraga MSSD-RM500 2070.00

Cheque Processing Fee 1.00
2000.00
21-Feb Kursus Kepimpinan Pelajar 2020-RM1000
0.50
Koko-RM3700

Cheque Processing Fee

23-Feb Bantuan Awal Persekolahan 2020

Cheque Processing Fee

2-Mar Mahrajan Al Quran peringkat daerah

Cheque Processing Fee

3-Mar Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2020

Cheque Processing Fee

10-Mar Kejohanan Olahraga P.Khas-RM250

Program B.Cina-RM500

Naiktaraf bilik Intervensi-RM1000

Naiktaraf bilik sukan-RM1000

Sumb kpd murid yg mengikuti Perkhemahan Bomba RM30x1-RM30

Sumb kpd murid yg Merentas Desa peringkat negeri RM30x5-RM150

Sumb kpd murid yg mengikuti Kejohanan Boling RM30x2 -RM60

Cheque Processing Fee

25-Jun Chq Book Stamp Duty

20-Jul Prog Keceriaan Kwsn Pertanian Mutiara Hati

Cheque Processing Fee

20-Jul Tabung Hari Guru PPD-RM70

Pembukaan Akaun Bank Rakyat-RM1000

Peruntukan Pembukaan Sek Pasca PKPP o YB Dato' Sri Dr Adham bin Baba-RM1000

Cheque Processing Fee

21-Jul Pengoperasian Pembukaan Semula Sekolah

Cheque Processing Fee

97569.50



BAYARAN SUMBANGAN PIBG
SMK TAMAN KOTA JAYA
2021

BIL PERKARA / BUTIRAN ULKW 1 TINGKATAN 5 P.KHAS
RM RM 234 RM RM
A 1 SUMBANGAN PIBG* RM RM RM
2 MAJALAHSEKOLAH* 50 50 50 50
(*BAYARAN BERDASARKAN SATU KELUARGASAHAJA) 16 16 50 50 50 16 16
16 16 16
JUMLAH BAYARAN A
66 66 66 66 66 66 66
B 1KOKO **
2 KECERIAAN KELAS** 10 10 10 10 10 10 10
2 PROGRAMKECEMERLANGAN ** 10 10 10 10 10 10 10
3 YURAN PENYELENGGARAAN KOMPUTER DAN ICT ** 10 20 20 30 20 50 TIADA
(**BAYARAN UNTUKSETIAPMURID) 10 10 10 10 10 10 TIADA

JUMLAH BAYARAN B 20 40 40 50 40 70 10

JUMLAH BESAR (A+B) 106 116 106 116 106 136 86

CATATAN

SEKalung Penghargaan

Sekalung Penghargaan

Seluruh warga kerja merakamkan sekalung
penghargaan dan terima kasih kepada :
Ibu bapa / Penjaga

serta

Semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung mahupun tidak langsung dalam
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-19 Tahun 2021


Click to View FlipBook Version