The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kurniatilasaleh, 2021-10-24 13:13:55

Minggu 4 - Peraturan Permainan Sofbol

Minggu 4 - Peraturan Permainan Sofbol

Keywords: Perjumpaan Ko-ku Minggu 4

Minggu 4

GELANGGANG PERMAINAN

Saiz gelanggang bagi pemain berbeza
mengikut umur pemain. Namun begitu
penentuan pemenang dan perjalanan
permainan masih lagi yang sama. Saiz
gelanggang bagi pemain di bawah umur
12 tahun adalah lebih kecil berbanding
dengan saiz gelanggang bagi pemain

bawah 18 tahun

POSISI PEMAIN KETIKA MEMADANG

No. Posisi Singkatan

1 Picer (Pitcher) P
2 Kecer (Catcher) C
3 Pemadang Bes Pertama (1st Baseman) 1B
4 Pemadang Bes Kedua (2nd Baseman) 2B
5 Pemadang Bes Ketiga (3rd Baseman) 3B
6 Pemadang Dekat (Shortstop) SS
7 Pemadang Jauh Kiri (Left Outfielder) LF
8 Pemadang Jauh Tengah (Centre Outfielder) CF
9 Pemadang Jauh Kanan (Right Outfielder) RF



PEMAIN YANG BERMAIN

Setiap pasukan hanya dibenarkan
menyenarai 15 orang pemain iaitu 9

orang pemain utama dan 6 orang
pemain simpanan.

PEMADANG

❖ Merupakan pasukan yang bertahan.
❖ Terdiri daripada 9 orang pemain mengikut posisi masing-masing.
❖ Semua pemain kecuali kecer mesti berada di dalam kawasan permainan

sebelum permainan dimulakan.
❖ Pemadang yang tidak dalam proses menerima bola hendaklah memberi

laluan kepada pelari bes.
❖ Semua pemadang TIDAK DIBENARKAN menghalang pelari bes untuk maju

ke bes seterusnya.
❖ Pemadang TIDAK DIBENARKAN mencampak sebarang peralatan ke arah

dengan tujuan untuk menahan bola yang telah dipukul atau dibaling.

PEMUKUL

❖ Terdiri daripada 9 orang pemain yang akan mengambil giliran memukul.
❖ Giliran memukul hendaklah dalam satu urutan yang tetap dan tidak

boleh diselang oleh pemain lain.
❖ Pemukul mesti masuk ke dalam kotak pemukul dalam masa 10 saat

selepas pengadil memanggilnya.
❖ Jika gagal, hukuman 1 strike boleh diberikan.
❖ Setiap pemukul diberikan 3 kali peluang untuk memukul bola yang strike

iaitu bola yang melintas di atas plet rumah dan di antara paras bahu
dan lutut pemukul.
❖ Setiap pemukul berhak memilih bola yang memasuki zon strike dan
meninggalkan bola di luar zon strike.

PEMUKUL

❖ Pemukul TIDAK DIBENARKAN dengan sengaja memukul bola dua kali
dalam satu-satu pic.

❖ Pemukul TIDAK DIBENARKAN berubah ke kotak pemukul yang lain
apabila picer dalam keadaan bersedia untuk melakukan picing.

❖ Pemukul TIDAK DIBENARKAN menghalang kecer dengan apa cara
sekalipun dari menangkap bola dari picer.

❖ Pemukul TIDAK DIBENARKAN melangkah keluar dari kotak pemukul
semasa memukul bola.

❖ Pemukul TIDAK DIBENARKAN dengan sengaja menghalang mana-mana
pemadang dari melakukan cubaan mematikan pelari bes.

❖ Semua pemukul termasuk pemukul yang berada dalam bulatan menunggu

(on-deck circle) mesti memakai topi keledar.

PICING

❖ Kedua-dua kaki picer mesti berada di atas plet picer sebelum melakukan
picing.

❖ Sebelum memulakan pic, kedua-dua tangan picer mestilah diasingkan.
❖ Picer boleh mengambil satu Langkah ke hadapan sambil melepaskan bola.
❖ Setelah picer bersedia, bola tidak boleh di baling kepada mana-mana

pemadang kecuali kecer.
❖ Picer TIDAK DIBENARKAN membuat dua atau lebih pusingan tangan sebelum

atau semasa picing.
❖ Picer hanya boleh memulakan pic selepas pengadil memberi isyarat mula.
❖ Picer tidak boleh menerima isyarat kecer apabila berada di atas plet picer.

PICING

❖ Picer TIDAK BOLEH melapik tangan yang digunakan untuk pic atau melekat
sebarang bahan ke atas bola semasa permainan.

❖ Serbuk resin boleh digunakan oleh picer di bawah kawalan pengadil.

KECER

❖ Kecer wajib memakai adang muka, adang kaki, adang kerongkong dan
adang dada sebelum masuk ke kotak kecer.

❖ Kecer mesti memasuki kotak kecer sebelum permainan dimulakan.
❖ Kecer TIDAK DIBENARKAN menghalang atau mengganggu pemukul daripada

melakukan pukulan.
❖ Kecer mesti memulangkan bola kepada picer selepas setiap pic kecuali jika

ada pelari di atas bes atau selepas pemukul disahkan mati (out) oleh

pengadil.

PELARI BES

❖ Semua pelari bes mesti memakai topi keledar dan TIDAK DIBENARKAN
menanggalkannya dalam proses larian kecuali tertanggal dengan tidak
sengaja.

❖ Jika topi keledar ditanggalkan dengan sengaja, pelari bes akan
diisytiharkan mati.

❖ Pelari dibenarkan mencuri bes sebaik sahaja bola dilepaskan dari tangan

picer dengan kemungkinan dimatikan (tag).

❖ Pelari bes mesti memberi laluan atau mengelak daripada bertembung
dengan pemadang yang dalam proses menerima bola.

❖ Pelari TIDAK DIBENARKAN menghalang atau mengganggu pemadang dari
memainkan atau membaling bola kepada pemadang yang lain.

PELARI BES

❖ Pelari mesti memijak semua bes yang dilaluinya mengikut urutan bes 1, bes
2, bes 3 dan plet rumah.

❖ Pemukul-pelari dibenarkan melepas bes pertama selepas memijaknya dan
tidak boleh dimatikan kecuali berlaku cubaan untuk maju ke bes kedua.

❖ Pelari yang maju ke bes 2 dan bes 3 mesti mengekalkan sentuhan dengan
bes-bes tersebut kecuali dalam situasi di mana bes terkeluar dari posisi
sepatutnya.

❖ Jika sesuatu bes tidak berada di tempat asalnya, pelari bes yang berada di
tempat asal bes tersebut sepatutnya berada dan tidak cuba maju ke bes

berikutnya, tidak boleh dimatikan. (Peraturan: Dislodged base).

❖ Pelari bes TIDAK DIBENARKAN memotong pelari bes di hadapannya.

PELARI BES

❖ Pelari DIBENARKAN melakukan lunsuran di mana-mana bes termasuk bes
pertama.

❖ Apabila bola berada pada picer yang berdiri dalam bulatan picer, pelari-
pelari hendaklah dengan serta merta mara ke hadapan atau Kembali ke
bes.

❖ Jika bola keluar dari bulatan picer, picer dianggap membuat permainan
dan pelari boleh meninggalkan bes dengan kemungkinan dimatikan. Gerakan
mengacah juga dianggap sebagai membuat permainan ke atas pelari.

SEKIAN, TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version