The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SitiFarhana Latif, 2024-03-05 21:01:04

PeRaTuRaN TaBiKa 2024

PeRaTuRaN TaBiKa 2024

PERATURAN TABIKA KEMAS TAMAN SERI MEDAN Ibubapa/Penjaga yang dihormati, dibawah ini dinyatakan beberapa panduan dan peraturan TABIKA semasa anak-anak tuan/puan bersekolah disini. Tujuannya adalah untuk memudahkan setiap pengurusan pihak Tabika. Keperihatinan dan sokongan pihak tuan/puan diucapkan berbanyak terima kasih. PERHATIAN IBUBAPA/PENJAGA 1. MASA DATANG/ BALIK 1. Sesi persekolahan bermula jam 8.00 pagi. Pintu tabika akan dibuka seawal 7.30 pagi. Jadual tabika seperti berikut : 8.00 pagi - 8.10 rutin pagi 8.10 pagi - 10.30 kelas pembelajaran 10.30 pagi - 11.00 rehat 11.00 pagi - 11.50 kelas pembelajaran 11.50 pagi - 12.00 refleksi dan balik Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan menunggu di dalam kelas atau berada dalam kawasan sekolah sebaik sahaja sesi pengajaran dan pembelajaran bermula. 2. Masa tamat belajar ialah jam 12.00 tengahari, dan pintu akan dibuka pada waktu tersebut. Jika kanak-kanak tidak hadir ke sekolah sila maklumkan kepada guru kelas bersama surat cuti. 3. Ibu bapa/penjaga di minta menunggu anak balik di luar Tabika 5 minit sebelum waktu balik tabika. 4. Masa mengambil anak adalah tepat pada waktunya.Sekiranya terlewat sila maklumkan kepada guru kelas. 5. Sekiranya tuan/puan ingin mengambil anak lebih awal atau menyuruh orang lain mengambil anak sila telefon guru kelas dan maklumkan pada guru dan sila tandatangani buku keluar/masuk anak tuan/puan. Sekiranya tuan/puan telah berpisah dengan suami atau isteri maklumkan pada guru siapa yang akan dibenarkan mengambil balik anak tuan/puan. 6. Sila isi buku kehadiran (keluar masuk kanak-kanak) dan log harian kanakkanak untuk keselamatan dan pemantauan yang berkesan daripada guru. 2. SUMBANGAN / YURAN TABIKA 1. Sumbangan sebanyak RM30.00 hendaklah dijelaskan pada guru sahaja sebelum 10hb setiap bulan. Masa membuat bayaran ialah selepas tamat sesi persekolahan dan ibubapa/penjaga diminta menandatangani kad yuran tersebut dan menerima resit. 2. Bayaran lain adalah sumbangan kepada ustazah untuk kelas mengaji @ iqra’. Bergantung kepada ustazah yang mengajar (RM5.00-RM10.00 sahaja)


4. KERJA RUMAH/SEKOLAH 1. Jika ada kerja rumah yang diberikan oleh guru hendaklah disiapkan mengikut tarikh yang diberi. Ibubapa tidak dibenarkan membuat buku kanak-kanak, hanya dibenarkan memantau sahaja setiap kerja sekolah yang dibuat berpandukan arahan yang diberi oleh guru kelas. Jika terdapat projek atau hasil kerja yang perlu disiapkan kerjasama dan bantuan ibu bapa/ penjaga amat diperlukan. 5. MASALAH KANAK-KANAK/IBUBAPA 1. Jika terdapat ketidakpuasan hati ibubapa mengenai guru, pembantu atau pembelajaran anak tuan/puan sila berbincang dengan guru terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil. 7. MESYUARAT AGUNG/AJK/AKTIVITI 1. Ibubapa/penjaga diminta memberi kerjasama yang erat dengan melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa tabika sebanyak 80% dari kalangan ibubapa yang anaknya ada di tabika dan 20% ibubapa yang tidak mempunyai anak di tabika. Ibubapa boleh memberi pandangan dan idea untuk menceriakan dan melicinkan pentadbiran tabika ini. PERATURAN KANAK-KANAK TABIKA 7. PAKAIAN/ UNIFORM 1. Pakaian Seragam Biru WAJIB dipakai pada setiap Hari Isnin dan Rabu. 2. Pakaian Jasmani WAJIB dipakai pada setiap hari Selasa dan Khamis. 3. Pada hari Jumaat, tertakluk pada arahan guru mengikut tahun. 4. Diwajibkan kanak-kanak memakai kasut sekolah berwarna putih atau hitam dan tulis nama kecuali bagi kanak-kanak yang sakit kaki. 5. Jika baju lewat diterima sila pakai pakaian yang sopan dan kemas. Baju lama bagi kanak-kanak pernah bersekolah adalah dibenarkan asalkan tidak rosak @ lusuh.


8. KEBERSIHAN/ RAMBUT 1. Rambut yang panjang bagi kanak-kanak perempuan hendaklah di ikat rapi dan kanak –kanak lelaki pula hendaklah berambut pendek dan tidak dibenarkan mewarnakan rambut. Ibu bapa hendaklah memastikan rambut anak dibawah jagaan masing-masing bebas kutu. Kebersihan kuku juga harus diambil kira, dipotong pendek. 2. Guru akan menyediakan 1 batang berus gigi bersaiz kecil untuk kanak-kanak dan ditulis nama pada berus gigi tersebut tidak boleh di bawa balik, hendaklah ditinggalkan di tabika kerana ada sesi menggosok gigi setiap hari dan jururawat gigi dari klinik pergigian akan mengajar anak tuan/puan cara memberus gigi dengan betul . 9. KELAS PPI/TAMBAHAN KOKURIKULUM 1. Kelas tambahan diadakan setiap hari Isnin bermula jam 7.30 hingga 12.30 tghri (akan diberitahu) 1 Jam sahaja (PERCUMA) dan tidak disediakan pengangkutan. 2. Kelas tambahan membaca juga akan diadakan untuk setiap kelas. Rujuk kepada guru kelas. Pada setiap hari Isnin dan Rabu iaitu 1 minggu 2x sahaja (akan diberitahu kelak). 10. SUSULAN KE RUMAH OLEH GURU TABIKA 1. Guru akan memberi surat pemberitahuan kepada ibubapa pada bulan 1 hingga 6, bulan 7 hingga 11 (2x setahun) tidak semua bergantung keperluan. 11. BUKU/ALATAN SEKOLAH 1. Pada awal bulan pertama, 3 bulan tanpa buku. Hanya selepas 3 bulan buku aktiviti akan diberikan mengikut fasa yang telah ditetapkan. Peringkat permulaan akan ada penggunaan motor halus yang melibatkan mewarna, mengunting, menampal, mengoyak dan lain-lain. 2. Setiap buku yang diberi kepada kanak-kanak dan alatan hendaklah ditulis nama, kelas dan dibalut plastik 3. Set alat tulis akan diletakkan di sekolah untuk memudahkan kanak-kanak menggunakannya. Ibubapa hendaklah menyediakan 1 set alat tulis yang lain dirumah bagi memudahkan kanak-kanak membuat kerja yang diberi dan dipantau oleh ibubapa. 4. Sila beli dan sediakan Iqra’ untuk ditinggalkan di tabika (kecuali mengaji di rumah). Bahan bacaan Bahasa Melayu juga akan dimaklumkan link untuk pembelian. Kad prestasi bulanan akan dibuat oleh guru sebagai penilaian dan perkembangan kanak-kanak. 12. TANDA NAMA 1. Setiap kanak-kanak hendaklah memakai tanda nama yang akan diberikan dan hendaklah dijahit di atas poket baju.


13. MAKANAN 1. Makanan kanak-kanak adalah mengikut menu yang telah disediakan oleh Kementerian. Makan sebanyak 2 kali iaitu minum pagi seperti susu/milo dan biskut/ cococrunch/roti. Makan berat seperti nasi lemak, nasi jagung, nasi ayam dan lain-lain mengikut menu ditetapkan. Waktu adalah sebelum kelas bermula 8.00 pagi dan waktu rehat 10.00 pagi untuk makanan seimbang. 2. Sekiranya anak tuan/puan mengalami alahan makanan sila beritahu guru, jenis makanan yang tidak boleh dimakan supaya memudahkan pihak TABIKA membuat pengasingan. 3. Makanan ketika bulan puasa adalah seperti biasa. Tetapi secara penggiliran atau kumpulan kecil bagi menghormati bulan puasa sambil memberi pemahaman tentang bulan puasa. Bagi yang berpuasa kanak-kanak akan dibekalkan makanan yang tidak mudah rosak untuk dibawa balik. 14. SAMBUTAN HARI JADI. 1. Sekiranya ibu bapa/ penjaga kanak-kanak ingin mengadakan sambutan Hari Jadi anak mereka di TABIKA,perlu memaklumkan kepada guru terlebih dahulu dan dapatkan jumlah kanak-kanak agar makanan / hadiah yang disediakan mencukupi bagi semua kanak-kanak. Makanan ringan tidak digalakkan. SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG KEMUSYKILAN/ PERTANYAAN, SILA RUJUK KEPADA GURU KELAS. KERJASAMA IBUBAPA/PENJAGA AMAT DIHARGAI BAGI MELICINKAN PENTADBIRAN KAMI. SEKIAN TERIMA KASIH. Guru : Pn. Siti Farhana Bt Latif (Teacher Ana 012-9718959) Pembantu Guru : akan diberitahu


Click to View FlipBook Version