The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by danialsafwan04, 2022-11-15 22:23:23

PEDP ELEMEN WARISAN (KUMPULAN 2)

PERLEMBAGAAN SEBAGAI TAPAK
INTERGRASI DAN WAHANA ETIKA
SERTA PERADABAN DI MALAYSIA

Kumpulam 2

Abi Dzar Bin Abdul Rahman (02DKA22F1064)
Arif Irfansyah Bin Shobaruddin (02DKA22F1088)
Putra Muhammad Izzat Isyraf Bin Mohd (02DKA2F1101)
Ahmad Danial Safwan Bin Ahmad Safri (02DKA22F1068)

ELEMEN WARISAN

• Dalam Perlembagaan Malaysia terdapat beberapa unsur yang dikenali sebagai elemen warisan
• Elemen warisan merujuk beberapa perkara yang mendapat persetujuan orang Melayu dengan

orang bukan Melayu semasa menunutut kemerdekaan dan penggubalan undang-undang pada
suatu masa dahulu

• Perkara ini juga dikenali sebagai unsur tradisi atau kontrak sosial
• Elemen warisan merangkumi agama islam, bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu

dan bumiputera Sabah dan Sarawak serta pemerintahan beraja.

• kesemua perkara tersebut dilindungi di bawah akta Hasutan
• Hal ini bermaksud,sesiapa sahaja yang mempersoalkan perkara tersebut akan didakwa di bawah

Akta Hasutan kerana dianggap sebagai isu sensitive

• Jika berbicara secara terbuka, hal itu ditakuti akan memberikan kesan kepada perjalanan sistem

pemerintahan negara, keamanan serta keselamatan negara

ARTIKEL 152

PENERANGAN RASIONAL

Merujuk bahasa Melayu sebagai bahasa • Sebagai masyarakat yang majmuk,Malaysia memerlukan satu
kebangsaan yang perlu digunakan untuk bahasa bagi menyatupadukan kaum.
maksud-maksud rasmi.Dalam hal ini, tiada
sesiapa pun dilarang daripada menggunakan • Secara amnya,bahasa Melayu telah lama digunakan di Alam
atau belajar bahasa lain. Walau Melayu dan menjadi bahasa utama masyarakat kepulauan
bagaimanapun, kerajaan berhak mengekalkan Melayu sejak berabad lamanya
penggunaan dan pembelajaran bahasa lain
dalam Persekutuan • Kegemilangan bahasa Melayu di seluruh Nusantara telah
menyebabkan bahasa Melayu menjadi bahas lingua franca
kerana bahasa Melayu mudah untuk dipelajari

• Bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi ketika itu dan
sepatutnya bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara ini

ARTIKEL 153

PENERANGAN RASIONAL

Merujuk kedudukan istimewa orang Melayu • Semasa pemebentukan Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu
tetapi kedudukan orang bukan Melayu juga tidak
dinafikan. Dalam hal ini, orang Melayu dan telah menerima prinsip jos soli dan orang bukan Melayu pula
bumiputera Sabah dan Sarawak mendapatkan menerima hak keistimewaan orang Melayu.
beberapa keistimewaan seperti pengisian
jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, • Dari segi sejarah, ketika penjajahan British orang Melayu sentiasa
pendidikan, perniagaan dan kemudahan yang
lain. Walau bagaimanapun, perkara tersebut juga terkebelakang dari aspek sosioekonomi, numlah orang Melayu
melindungi kaum lain dan hak mereka menjadi yang bekerja dengan kerajaan sangat sikit.
tanggungjawab YDPA
• Kebanyakan mereka bekerja sendiri atau sebagai petani -

kemajuan Tanah Melayu pada waktu itu di pegang oleh orang
asing-kebanyakan orang Melayu tinggal di luar bandar dan hidup
dalam keadaan miskin menyebabkan mereka tertinggal

• Menyedari hal ini, orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini

perlu dibantu dan dibimbing terutamanya dalam sektor ekonomi
dan perniagaan

• Peratusan pelajar Melayu dalam sektor tersebut di universiti

sangat kurang oleh itu wajaralah orang Melayu dan bumiputera
Sabah dan Sarawak diberi hak keistimewaan

ARTIKEL 3

PENERANGAN RASIONAL

Merujuk agama Islam sebagai agama • Walaupun Islam ialah agama Persekutuan,
Persekutuan. Dalam hal ini, Kerajaan kebebasan beragama dijamin dalam
Persekutuan atau Kerajaan Negeri Perlembagaan.
mempunyai kuasa, kebebasan dan
keistimewaan tertentu bagi • Dari segi sejarah, Islam telah diterima sebagai
menubuhkan, menyelenggarakan dan agama utama sejak Kesultanan Melayu Melaka
membantu penubuhan institusi Islam di hinggalah zaman penjajahan Inggeris.
negara ini untuk melaksanakan ajaran
Islam atau mengeluarkan belanja bagi • Dari segi perundangan, undang-undang Islam
melaksanakan tujuan tersebut. telah diiktiraf di negeri Melayu sebelum dan
semasa penjajahan Inggeris.

• Semasa penjajahan British, kedudukan agama
Islam tidak diganggu dan pihak British
menyerahkan segala urusan tentang agama Islam
kepada raja-raja Melayu.

ARTIKEL 11

PENERANGAN RASIONAL

Di bawah Perkara 11(1), menyatakan bahawa agama • Malaysia mengamalkan kebebasan beragama kepada
lain juga boleh diamalkan dengan aman dan damai di semua kaum di Malaysia kecuali orang Islam.
mana-mana bahagian Persekutuan memandangkan
kebebasan beragama dijamin di bawah • Dalam hal ini semua agama bebas untuk mengamalkan
Perlembagaan, iaitu setiap orang berhak untuk ajaran agama masing masing asalkan tidak
menganut agamanya dan mengamalkannya tertakluk mengganggu keamanan dan kesejahteraan rakyat
pada Perkara 11(4).Dalam Perkara 11(3) pula Malaysia serta tidak melanggar undang undang negara.
menyatakan setiap kumpulan agama berhak untuk
menguruskan hal ehwal agama mereka sendiri,
menubuhkan dan menyelenggarakan institusi bagi
maksud agama serta mentadbirnya mengikut undang-
undang.Perkara 11(4) memperuntukkan bahawa
undang-undang Negeri dan Wilayah boleh menyekat
atau mengawal apa apa pengembangan agama lain
kepada penganut agama Islam.

ARTIKEL 103

PENERANGAN RASIONAL

Pemerintahan Beraja membawa maksud Malaysia • Dari segi sejarah, Tanah Melayu telah mengamalkan
sebagai sebuah negara yang berdaulat mempunyai sistem pemerintahan beraja.
Raja sebagai Ketua Negara. Dalam hal ini, YDPA
bertindak sebagai Ketua Negara Persekutuan dan • Raja-raja terdiri daripada orang Melayu.
setiap negeri diketuai oleh sultan. Bagi negeri yang • Raja mempunyai kuasa mutlak ke atas sistem
tidak mempunyai sultan, Yang Dipertua Negeri
bertindak sebagai ketua. pemerintahan dan dibantu oleh para pembesar yang
dilantik.
• Setelah kedatangan British, institusi beraja tetap
dikekalkan, namun kuasanya terhad ke atas perkara
yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu
sahaja.
• Hingga hari ini, institusi beraja masih dikekalkan dan
menjadi lambang taat setia dan perpaduan
rakyat di negara ini.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
UNDANG-UNDANG TERTINGGI

• Di malaysia, perlembagaan merupakan undang ii tertinggi dalam

struktur pemerintahan negara sejak merdeka hingga lah kini.
Perlembagaan merupakan sumber undang ii negara, rujukan
pembentukan dasar negara dan garis panduan dalam pelaksaan
pemerintahan negara ini

KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

mana ii undang ii yang bercanggah dengan perlembagaan adalah tidak
sah

sumber perundangan dan pentadbiran
segala polisi dan dasar pentadbiran negara perlu selaras dan tidak
bercanggah dengan perlembagaan
Rukun Negara - keluhuran perlembagaan

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
UNDANG-UNDANG TERTINGGI

• Jelaslah bahawa Perlembagaan adalah yang tertinggi mengatasi

kuasa yang lain memandangkan segala undang-undang atau polisi
yang dibentuk tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan
kerana Perlembagaan menjadi sumber kepada sistem
perundangan dan pentadbiran negara. Rukun Negara juga
meletakkan Perlembagaan sebagai sesuatu yang penting bagi
sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN

• Agama Islam telah bertapak di Tanah Melayu sejak awal abad ke - 13 lagi melalui penemuan Batu Bersurat Terengganu yang

bertarikh 1292 Masihi dan berkembang maju pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Perkara 3 (1)
Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi Perlembagaan
Persekutuan juga memberikan kebebasan kepada semua individu untuk mengamalkan agamanya sendiri. Raja/Sultan bertindak
sebagai Ketua Agama Islam di negerinya. Yang di-Pertuan Agong (YDPA) juga sebagai Ketua Agama Islam di negerinya sahaja,
Melaka, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan termasuk Sabah dan Sarawak. Majlis Raja ii di setiap negeri akan bertindak sebagai
Ketua Agama Islam di negeri masing masing. Biasanya, Majlis Raja-raja di setiap negeri akan bertindak secara
bersama/persetujuan ramai dalam menentukan hal berkaitan dengan agama Islam seperti penetuan tarikh mula puasa dan tarikh
1 Syawal. Dalam hal ini YDPA akan menjadi wakil kepada Majlis Raja-raja. Kedudukan ini telah diperuntukkan dalam Perkara 3 (2)
Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Pada 17 Oktober 1968, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam telah ditubuhkan bagi
menyelaraskan pentadbiran hal ehwal agama islam pada peringkat Persekutuan. Setiap negeri juga mempunyai sebuah Majlis
Agama Islam yang berperanan menasihati raja tentang hal agama islam. Perlembagaan Persekutuan Malaysia menurut Perkara
11(4) memperuntukkan undang undang negeri, undang ii persekutuan boleh mengawal atau menyekat apa ii iktikad atau
kepercayaan agama islam dalam kalangan orang islam. Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada
persekutuan bagi memperuntukkan bantuan kewangan bagi penubuhan Yayasan Islam ataupun pembiayaan pelajaran agama Islam
kepada orang Islam selain Sabah dan Sarawak kecuali mendapat kebenaran daripada Yang Dipertuan Negeri berkenaan.

ISLAM BERM ULA
DARIPADA SEJARAH

WARISAN

PELAKSANAAN ISLAM
UNDANG-UNDANG PERKARA/URUSAN
ISLAM M ENGIKUT
PERLEM BAGAAN NEGERI

ISLAM AGAMA
PERSEKUTUAAN

RAJA KETUA KEBEBASAN
AGAM A ISLAM BERAGAM A

MENANGANI ANCAMAN
KESELAMATAN

• Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenal pasti sebanyak 66 isu, cabaran dan ancaman

baharu terhadap keselamatan negara. Isu tersebut merangkumi pelbagai perkara,
termasuklah aspek ketenteraan, jenayah, ekonomi, sosial, kestabilan politik dan hal
ehwal antarabangsa. Antara ancaman keselamatan yang amat membimbangkan ialah
pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta pelarian, jenayah siber dan isu
perpaduan rakyat Malaysia. Ancaman lain yang dikenal pasti seperti isu yang
membabitkan keselamatan siber selaras Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), memiliki impak
kepada tadbir urus kerajaan, ekonomi dan sosial (Berita harian: 12 Julai, 2021).

MENANGANI ANCAMAN
KESELAMATAN

• Perkara 149, Perlembagaan Persekutuan ialah hal berkenaan dengan perundangan

menentang perbuatan subversif Peruntukan tentang hak dan kebebasan asasi yang
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah bukan mutlak, malah tertakluk
pada pelbagai sekatan dan pengecualian tertentu seperti Perkara 149 dan Perkara 150.
Perkara 149 memberikan pengecualian kepada hak yang diberikan di bawah Perkara 5,9,
10 dan 13. Perkara ini membenarkan Parlimen untuk menggubal undang-undang yang
tidak konsisten dengan Perkara 5, 9, 10 dan 13. Malahan, terdapat beberapa akta lain di
Malaysia yang berkait rapat dengan Perkara 149, iaitu Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia
Rasmi 1972 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang menyekat kebebasan
bercakap. Selain itu, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan Akta Dadah
Berbahaya 1985 juga adalah antara akta yang saling berkait rapat dengan Perkara 149.

DARURAT

• Sejak merdeka hingga kini, beberapa siri darurat telah diisytiharkan. Darurat pertama

diisytiharkan pada tahun 1948-1960 bagi membendung kegiatan komunis di Tanah
Melayu selepas tentera Jepun berundur. Darurat kedua diisytiharkan pada 1964 susulan
pencerobohan tentera Indonesia ke atas Malaysia. Peristiwa darurat lain ialah Peristiwa
13 Mei 1969, masalah jerebu dan wabak COVID-19. Yang di-Pertuan Agong telah
mengisytiharkan darurat pada tahun 2021 di seluruh negara hingga 1 Ogos 2021 sebagai
langkah proaktif bagi membendung wabak COVID-19.

KONSEP,KEPERLUAN DAN
PENGHAYATAN TAPAK INTEGRASI

• Perlembagaan Malaysia memainkan peranan penting dalam usaha menentukan hala huiu

pemerintahan negara ini sejak merdeka hingga kini. Walaupun Perlembagaan boleh
diubah mengikut keperluan semasa, namun peranannya sebagai wahana dan tapak
integrasi masyarakat di negara ini perlu dipertahankan. Perlembagaan Persckutuan
Malaysia yang terhasil sejak kemerdekaan masih mengekalkan peruntukan yang
membawa persefahaman dan perpaduan seperti hak asasi, kewarganegaraan,
peruntukan istimewa bumiputera dan kaum lain, agama Islam serta bahasa Melayu.
Pengekalan ini merupakan langkah untuk merealisasikan cita-cita mewujudkan sebuah
negara yang demokrasi, adil dan berintegrasi.

TIGA PLATFORM INTEGRASI

• Tahap integrasi di Malaysia dapat dibahagikan kepada

tiga bentuk utama, iaitu makro, pertengahan dan mikro.

MAKRO

• Negara Malaysia mempunyai garis panduan dan undang-undang tertentu bagi
memberikan panduan kepada setiap warganegara dan bersifat atas-bawah (top-
down). Hal ini boleh dilihat dari aspek pendidikan, politik dan agama. Dari aspek
politik contohnya federalisme, perlembagaan dan lain-lain. Dari aspek pendidikan
pula ialah sekolah vernakular, kebangsaan dan antarabangsa. Seterusnya adalah
dari aspek agama, iaitu wujudnya kepelbagaian agama dan setiap agama diberikan
kebebasan yang tertentu tertakluk pada perlembagaan.

PERTENGAHAN

• Terdapat badan bukan kerajaan yang turut sama membantu kerajaan bagi
merealisasikan perpaduan negara. Contohnya peranan NGO.

MIKRO

• Dapat dilihat pada inisiatif peringkat akar umbi, yang bersifat bawah ke atas
(bottom-up).

• Contohnya rumah terbuka, street wedding dan sebagainya.

TIGA PLATFORM INTEGRASI

• Antara contoh tapak integrasi yang berjaya ialah negeri Kelantan. Kelantantelah berjaya

mempraktikkan tapak integrasi apabila berlakunya, pertemuankomuniti dan budaya
dalam suasana yang aman tanpa konflik. Sebagaimana yangdiketahui umum, negeri
Kelantan mempunyai ramai penduduk Melayu sebagai kaum majoriti, manakala etnik
Cina, India, Siam, Sikh sebagai penduduk minoriti.Suasana hubungan antara kaum di
negeri ini dilihat begitu kukuh walaupun kaumminoriti hidup dalam lingkungan kaum
majoriti.Tidak dinafikan bahawa sejarah memainkan peranan penting dalam
pembentukanpetempatan kaum minoriti di negeri ini, namun peranan setiap kaum
dalam usahamemupuk perpaduan di negeri ini sangat membanggakan. Terdapat Empat
proses integrasi yang telah berlaku di Kelantan.

AKOMODASI AKULTASI ASIMILASI AMALGASI

•Kaum maioriti dan minoriti sedar •Konsep pinjam-meminjam unsur •Kumpulan minoriti menerima dan •Amalgamasi biologi antara
serta menghormati norma dan budaya dalam kalangan etnik menghayati unsur budaya utama majoriti dengan minoriti melalui
nilai masing-masing walaupun yang kumpulan majoriti: perkahwinan (perkahwinan
tidak tinggal dalam satu •berbeza, majoriti dan minoriti: •- Siam Kelantan dan Cina campur):
kelompok yang sama. •- Siam Kelantan: Aspek makanan, kampung menggunakan dialek •- Siam Kelantan + orang Melayu
• Orang Melayu: kaum majoriti kesenian, pakaian meminjam Kelantan; berstatus bumiputera •- Cina kampung + orang Melayu
yang mendiami seluruh daerah budaya masyarakat Melayu.
Kelantan sebagai petani, peniaga, •- Cina Kelantan: Aspek pakaian,
sektor kerajaan dan bukan makanan dan kesenian daripada
keraiaan. orang Melayu.
• Siam Kelantan: berpegang pada
agama (Theravada Buddhisme)
dan adat resam: berbahasa Siam.
•Cina Kelantan: biasa dikenali
sebagai Cina kampung dan
mengamalkan ajaran Buddha
serta falsafah Taoisme,
Konfusiousme, berniaga dan
bertani; menggunakan bahasa
Mandarin, Kantonis; tinggal di
kampung seperti di Tanah Merah,
Gua Musang, Kuala Krai dan
beberapa daerah lain.
•India Kelantan: kaum paling
minoriti; berbahasa Tamil;
mengamalkan budava dan ajaran
Hindu.

CABARAN DAN TAFSIRAN SEMASA
TERHADAP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

• Usaha Kerajaan menjadikan Perlembagaan sebagai tapak integrasi serta wadah

penghayatan etika dan peradaban bagi Malaysia, sememangnya tidak dapat lari daripada
menghadapi cabaran sama ada pada peringkat negara atau dunia. Dalam hal ini, semua
warganegara Malaysia hendaklah bersedia dan mampu bersama kerajaan dalam usaha
menangani apa jua cabaran bagi memastikan keamanan negara ini sentiasa terpelihara.
Secara ringkasnya, cabaran semasa dari dalam dan luar negara yang sentiasa menggugat
kedudukan Perlembagaan di negara ini. Antara cabaran yang dihadapi adalah seperti
yang berikut:

CABARAN DAN TAFSIRAN SEMASA
TERHADAP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

a) Mengekalkan kelangsungan elemen tradisi dalam Perlembagaan
b) Mengekalkal kelangsungan sistem pentadbiran negara
c) Mengekalkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan bahasa
Melayu

sebagai bahasa rasmi

d) Masalah perpaduan kaum
e) Hak asasi dan order dunia baharu
f) Mengekalkan keamanan negara dengan wujudnya kegiatan subversif dan jenayah


Click to View FlipBook Version