PERANAN ETIKA DAN
PERADABAN MENDUKUNG
TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI
MALAYSIA
• Arif Irfansyah Bin Shobaruddin (02DKA22F1088)
• Abi Dzar Bin Abdul Rahman (02DKA22F1064)
• Putra Muhammad Izzat Isyraf Bin Mohd (02DKA22F1101)
• Ahmad Danial Safwan Bin Ahmad Safri (02DKA22F1068)
Arif
8.4 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DALAM LUAR NEGARA
Tanggungjawab sosial memberikan kesan dan implikasi yang besar
dalam usaha mengembangkan dan membangunkan masyarakat.
Tanggungjawab sosial ini dapat melahirkan pekerja yang lebih
beretika, tidak mementingkan diri dan bertimbang rasa terhadap
keperluan masyarakat. Contoh tanggungjawab sosial adalah seperti
program komuniti yang dijalankan oleh individu, agensi atau syarikat
korporat.
20XX Penghayatan etika dan peradaban 2
Arif
Aktiviti tanggungjawab sosial yang dijalankan secara bersama akan
mewujudkan persefahaman dan jati diri dalam sesuatu kumpulan.
Golongan yang memerlukan juga akan lebih terbela melalui pelbagai
bentuk bantuan yang diberikan. Contohnya, CSR yang dijalankan oleh
syarikat antarabangsa seperti Microsoft, Danone, Nestle dan
sebagainya. Contoh lain seperti Amanah Ikhtiar Malaysia serta badan
NGO yang membantu golongan miskin, khasnya kaum wanita,
kurang upaya dan ibu tunggal.
20XX Penghayatan etika dan peradaban 3
Abi
8.4 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DALAM LUAR NEGARA
• Tanggungjawab sosial ini banyak dijalankan di seluruh dunia termasukla menitikberatkan
kesihatan masyarakat, keselamatan, pendidikan, pekerjan alam sekitar serta pembangunan
ekonomi dan masyarakat
• Contoh program yap danjurkan untuk membantu masyarakat hiar negara adalah seperti
Program Korben di Kemboja, bantuan rakyat Palestin, misi bantuan ke negara yang
ditimpa musibah bencana alam, misi kemanusiaan ke negara yang dilanda krisis
peperangan seperti badan amal YAPEIM, MERCY dan lain-lain dalam usaha menyalurkan
bantuan perubatan, makanan dan pembinaan klinik
• Program Makanan Dunia merupakan agensi di bawah naungan Persatuan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) telah menerim hadiah Nobel keamanan kerana menyalurkan bantuan ke
seluruh dunia pada sat pendemik COVID-19)
20XX Penghayatan etika dan peradaban 4
Abi
• Selain itu, setiap individu di negara ini perlu menjaga kestabilan
kehidupan berbangsa dan bernegara dengan mempertahankan
kestabilan politik. Hal ini merupakan contoh tanggungjawab sosial
seseorang kepada negara kerana sekiranya jika politik tidak stabil
sehingga menyebabkan kestabilan maka rakyatlah
yang akan menderita.
20XX Penghayatan etika dan peradaban 5
Putra
8.5 MINAT KESUKARELAAN
o Sukarelawan ditafsirkan sebagai individu atau kumpulan yang menjalankankerja
sukarela yang bertujuan memberikan kesenangan dan kemudahan kepada masyarakat
atau pihak yang memerlukan. Kesukarelaan pula merujuk sesuatu pekerjaan yang
dilakukan secara rela hati dan tiada paksaan daripada mana- mana pihak.
Kesukarelawanan ini bermaksud segala hal yang berkaitan dengan sukarelawan.
Dengan kata lain, kesukarelawanan dilihat sebagai suatu konsep perkhidmatan dan
perkongsian yang menghubungkan individu dengan individu lain yang ingin melakukan
sesuatu yang memberikan manfaat kepada orang lain. Oleh itu, kita harus memahami
konsep sukarelawan dan aktiviti kesukarelaan bagi memastikan kita dapat melahirkan
sukarelawan yang berkualiti.
20XX Penghayatan etika dan peradaban 6
Putra
o Lazimnya, kumpulan sasaran bagi kerja kesukarelawanan ialah individu, kumpulan, keluarga,
komuniti, organisasi dan masyarakat secara umum. Dalam hal ini, sekiranya anda ingin mendekati
kumpulan sukarelawan, anda mestilah memastikan bahawa aktiviti kesukarelawanan yang
ditawarkan itu merupakan keperluan atau permintaan daripada kumpulan sasaran. Jika kumpulan
tersebut tidak saling bekerjasama, menyokong dan melibatkan diri, kerja kesukarelawanan tidak
akan berkesan
o .Untuk menjadi seorang sukarelawan yang berkualiti, kita mestilah mempunyai kepercayaan yang
tinggi terhadap sesuatu tugas kerana kita ialah harapan kepada golongan yang memerlukan.
Sebagai contoh, jika kita pergi ke tempat kemalangan, kita perlu yakin bahawa kita mampu
membantu mangsa seperti menenteramkan mangsa yang terlibat, memastikan mangsa berada
dalam kawalan dan keadaan yang selamat, merawat mangsa sebelum ketibaan pegawai perubatan.
Slogan seperti "SAYA BOLEH!" amat sesuai diterapkan dalam diri seorang sukarelawan kerana
mampu menambah keyakinan dalam tugasnya membantu golongan yang memerlukan
ketika kecemasan.
20XX Penghayatan etika dan peradaban 7
Danial
8.5 MINAT KESUKARELAAN
o Selain itu, para sukarelawan perlu menyemai perasaan kasih sayang yang kuat supaya
mudah timbul rasa empati dan dapat dirasai oleh masyarakat sekeliling.Kasih sayang
ini biasanya lahir dari hati yang ikhlas dan mampu memberikan kesan kepada orang
lain. Perasaan ini akan terlihat apabila berlakunya musibah seperti bencana alam.
Sebagai contoh, bencana banjir yang amat teruk di Kelantan suatu masa dahulu yang
meninggalkan kesan kepada seluruh rakyat Malaysia.
o Ketika berada di tempat yang terlibat dengan bencana banjir, sukarelawan perlu
memainkan peranan utama kepada mangsa banjir. Layanan dan pertolongan dengan
penuh rasa kasih sayang hendaklah ditunjukkan supaya mereka berasa gembira.
Emosi mangsa banjir perlu dihargai dan dijaga supaya mereka berasa bahagia dan
senang dengan kehadiran para sukarelawan. Sukarelawan berkualiti juga harus
sentiasa bersikap positif dan bijak menyesuaikan diri ketika melaksanakan kerja
sukarela dan aktiviti amal.
20XX Penghayatan etika dan peradaban 8
Danial
o Positif dalam konteks sukarela bermaksud penampilan para sukarelawan yang berkeyakinan
tinggi, bersemangat dan sentiasa berusaha menjalankan sesuatu kerja dengan cara yang paling
baik. Sukarelawan tidak boleh menunjukkan sikap negatif, tidak berkeyakinan atau menambah
beban kepada mangsa. Sukarelawan juga tidak seharusnya membuat kerja apabila disuruh
oleh pihak tertentu sahaja. Mereka perlu proaktif, kreatif dan bijak mengurus kerja di tempat
berlakunya bencana.
o Seorang sukarelawan yang berkualiti juga perlu mempunyai minat dan komitmen yang tinggi
terhadap kerja sukarela. Hal ini demikian kerana kerja sukarela merujuk kerja yang dibuat
secara ikhlas dan rela hati. Oleh itu, jika kita ikhlas terhadap sesuatu pekerjaan, pastinya kerja
tersebut dilakukan secara bersungguh-sungguh dan tidak sekadar melepaskan batuk di
tangga. Kebiasaannya, sukarelawan yang menjalankan kerja secara bersungguh-sungguh akan
menyumbang kepada kejayaan sesuatu kerja dan organisasi. Komitmen juga boleh diukur dari
segi ketepatan masa. Sukarelawan yang komited akan sentiasa memastikan diri mereka
menepati masa. Malah, mereka juga akan sentiasa memenuhi masa mereka dengan misi
membantu masyarakat.
20XX Penghayatan etika dan peradaban 9
TERIMA KASIH