NAMA JABATAN / UNIT: JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN
DAN INOVASI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA
LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR
TUGASAN KERJA KURSUS
(INDIVIDU / KUMPULAN)
SEMESTER 1 / TAHUN 4
Nama : TUN SHAZIRA ASYIKIN BINTI TON MANSOR
Angka Giliran : 2019212350070
Nombor Kad Pengenalan : 000405-11-0866
Kumpulan/Unit : PISMP TESL D AMBILAN JUN 2019
Kod dan Nama Kursus : LASS3013 PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR
Nama Pensyarah : EN. MOHAMMAD AZHAR BIN ABDUL WAHAB
Tarikh Hantar : 15 / 10 / 2022
Tarikh Diterima :
(Diisi Oleh Pensyarah)
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
fahami.
Tandatangan Pelajar : Asyikin Jumlah markah:
Tarikh : 15/10/2022
Catatan: Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja
kursus pelajar.
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM PENGHIJAUAN:
PERTEMBUNGAN ANTARA PERUBAHAN IKLIM DAN
PEMULIHARAAN & PENGGUNAAN LESTARI
BIODIVERSITI DI KOMUNITI SETEMPAT
RINGKASAN PROJEK
JENIS PROJEK: Program Penghijauan: Agroekologi
JANGKA WAKTU/MASA: 8.00 - 9.00 pagi (1 jam)
LOKASI: Kampung Kuala Akob, Kuala Berang
PESERTA: Komuniti Setempat (Kumpulan sasaran: petani)
JUMLAH PESERTA: 10
AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN:
1. Tanaman bercampur
2. Tanaman bergilir
3. Membaja menggunakan sisa buangan haiwan dan sisa daun atau rumput
4. Menanam pokok buluh
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Fasa Perancangan
2.1 Pemerhatian/kajian ringkas
2.2 Kertas kerja
2.3 Carta Gantt
3.0 Fasa Pelaksanaan
3.1 Proses
3.2 Proses
4.0 Fasa Selepas Pelaksanaan
5.0 Analisis SWOT
5.1 Kekuatan
5.2 Kelemahan
5.3 Peluang
5.4 Ancaman
6.0 Cadangan penambahbaikan
7.0 Penutup
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM PENGHIJAUAN DI RUMAH
1.0 Pengenalan
Perubahan iklim kini merupakan salah satu cabaran terbesar bagi kemanusiaan,
menjejaskan hampir semua aspek dalam masyarakat dan alam sekitar kita. Kesan perubahan iklim
menimpa secara tidak seimbang ke atas negara membangun, komuniti miskin dan terpinggir
walaupun pada hakikatnya merekalah yang paling kurang menyumbang kepada penyebabnya.
Perubahan iklim menjejaskan pengeluaran pertanian melalui peningkatan kebolehubahan
iklim, perubahan dalam suhu, ketersediaan air, keadaan tanah, keadaan cuaca yang keterlaluan,
meletusnya penyakit tanaman dan makhluk perosak, dengan kesan serius bagi jaminan makanan
(Sahabat Alam Malaysia, 2021). Peningkatan paras laut akibat pemanasan iklim dijangka
memburukkan lagi banjir, ribut, hakisan dan bahaya pantai lain, dengan itu mengancam sumber
semula jadi yang penting, komuniti persisiran pantai, infrastruktur dan penempatan.
Oleh itu, pekebun kecil, petani sara hidup dan nelayan akan mengalami kesan perubahan
iklim tempatan dan kompleks dan akan terjejas secara tidak seimbang oleh keadaan iklim yang
ekstrem. Bagi kumpulan rentan ini, perubahan kecil dalam iklim sekalipun akan memberikan kesan
buruk ke atas kehidupan mereka.
Dengan demikian, adalah penting komuniti mempunyai keupayaan dan mampu bertindak
balas terhadap kesan perubahan iklim yang dijangkakan dan yang dialami, membuat penyesuaian
atau perubahan dalam gaya hidup atau mata pencarian yang mengurangkan kerentanan kepada
ancaman iklim dan meningkatkan daya ketahanan mereka.
Pemuliharaan dan perlindungan biodiversiti demi memastikan ekosistem berfungsi dengan
baik boleh membina daya ketahanan komuniti (Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, 2022).
Contohnya, model ekologi pengeluaran pertanian, yang berasaskan prinsip yang mewujudkan tanah
yang subur, memupuk kepelbaqaian biologi dan mengutamakan pengetahuan tradisional petani,
merupakan daya ketahanan terhadap iklim. Sistem pertanian in yang dikenali sebagai agroekologi
mempunyai kedua-dua sifat mitigasi dan penyesuaian kepada perubahan iklim.
Komuniti di Malaysia yang menyedari manfaat agroekologi yang sihat telah mula mengambil
langkah untuk lebih tahan kepada iklim, dan mengambil inisiatif untuk memulihara biodiversiti dan
mengguna sumber asli secara lestari.
Laporan ini akan membincangkan tindak balas komuniti dan cabaran dalam pertembungan
antara perubahan iklim dengan pemuliharaan dan penggunaan lestari biodiversiti. Penyelesaian
berasaskan komuniti perlu ditingkatkan, dan bukannya 'penyelesaian' palsu didorong korporat
seperti 'pertanian pintar iklim', atau 'penyelesaian berasaskan alam semula jadi' atas nama
mencapai pengurangan 'sifar pelepasan' yang meminggirkan komuniti tempatan serta melemahkan
hak mereka kepada tanah dan sumber asli.
2.0 Fasa Perancangan
Fasa perancangan melibatkan perancangan kertas kerja cadangan. Pada fasa ini, beberapa
aspek dalam merangka kertas kerja cadangan turut dipertimbangkan seperti matlamat dan
objektif program, cadangan aktiviti pelaksanaan, anggaran perbelanjaan serta peruntukan.
2.1 Pemerhatian / kajian ringkas:
Berdasarkan pemantauan saya sepanjang berada di kampung halaman, saya mendapati
kebanyakan petani mengamalkan konsep agroekologi iaitu bersumberkan bahan semulajadi,
walaubagaimanapun masih terdapat segelintir petani yang lebih menjurus kepada penggunaan
produk berasaskan bahan kimia seperti baja kimia dan racun serangga perosak di kebun mereka.
2.2 Berikut merupakan kertas kerja cadangan yang telah dirangka bagi menjayakan program
ini.
KERTAS KERJA CADANGAN
PROGRAM PENGHIJAUAN: AGROEKOLOGI
DI
KAMPUNG KUALA AKOB (KEBUN)
TARIKH: 15 OKTOBER 2022
DISEDIAKAN OLEH: TUN SHAZIRA ASYIKIN BINTI TON MANSOR
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Matlamat
3.0 Objektif
4.0 Rasional
5.0 Cadangan pelaksanaan
5.1 Butiran program
6.0 Rancangan aktiviti
7.0 Carta alir pelaksanaan Program Penghijauan: Pemuliharaan dan Penggunaan Lestari
Biodiversiti
8.0 Kewangan
8.1 Anggaran perbelanjaan
8.2 Peruntukan
9.0 Penutup
1.0 Pengenalan
Program penghijauan melalui pemuliharaan dan penggunaan lestari biodiversiti merupakan
salah satu aktiviti lestari alam sekitar yang berupaya meningkatkan kesedaran masyarakat akan
kepentingan aktiviti penghijauan dan penjagaan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar tidak
eksklusif untuk bilik darjah sahaja malah aktiviti yang mendidik dan menerapkan rasa hormat
dan menjaga alam sekitar di kawasan pertanian yang melibatkan penanaman juga lebih
membantu dan sangat digalakkan.
2.0 Matlamat
Program ini adalah untuk melahirkan komuniti yang cintakan alam sekitar dengan
mempraktikkan amalan pengurangan penggunaan bahan kimia di samping menerapkan
penggunaan bahan semula jadi dalam meningkatkan kesuburan tanah dan produksi hasil
tanaman yang akan membantu menangani krisis perubahan iklim. Aktiviti ini juga dijalankan
bertujuan untuk memupuk kesedaran para petani dan masyarakat setempat akan kepentingan
pemuliharaan dan penggunaan lestari biodiversiti sebagai salah satu inisiatif dan amalan gaya
hidup lestari bagi memastikan alam sekitar terpelihara.
3.0 Objektif
Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk:
i) Menyahut seruan kerajaan Malaysia supaya mengekalkan kelestarian alam sekitar
melalui program penghijauan.
ii) Melatih komuniti petani untuk mempraktikkan amalan tanaman bergilir, tanaman
campuran, dan menggunakan sisa haiwan, tumbuhan sebagai baja.
iii) Mengurangkan penggunaan bahan kimia.
iv) Memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan petani dan komuniti
setempat.
4.0 Rasional
Program penghijauan di kebun yang bakal dilaksanakan ini adalah diharapkan supaya dapat
mencetuskan semangat untuk mengurangi dan tidak bergantung sepenuhnya kepada
pendekatan agrokimia dan sebagainya. Selain itu, diharapkan aktiviti ini dapat memberi
kesedaran dalam kalangan masyarakat setempat tentang impak perbuatan mereka terhadap
alam sekitar dan perhutanan.
5.0 Cadangan pelaksanaan
5.1 Butiran program
Tarikh: 15 Oktober 2022
Tempat: Kg Kuala Akob (Kebun)
Sasaran: 15 orang petani
Cadangan nama program: Program Penghijauan: Protect the Earth
6.0 Rancangan aktiviti
Beberapa aktiviti akan dirancang bagi menjayakan program. Perancangan aktiviti-aktiviti
tersebut merangkumi proses perbincangan mengenai bahan yang diperlukan,
pengenalpastian kaedah pelaksanaan, lokasi aktiviti dilaksanakan dan bilangan petani yang
akan terlibat. Proses ini memerlukan inspirasi dari pelbagai platform seperti YouTube,
Facebook dan banyak lagi.
7.0 Carta alir pelaksanaan Program Penghijauan: Agroekologi
Perancangan Pengenalpastian Pelaksanaan
aktiviti kaedah aktiviti
pelaksanaan
8.0 Kewangan Kuantiti Kos (RM) Jumlah (RM)
8.1 Anggaran perbelanjaan:
Item
Sarung tangan 1 4.00 4.00
- 0.00 0.00
Alatan sedia ada - 0.00 0.00
petani
Bahan semula jadi RM4.00
JUMLAH
KESELURUHAN
8.2 Peruntukan
Peruntukan daripada: Sendiri
9.0 Penutup
Sumber makanan utama penduduk kampung datang dari hasil pertanian. Oleh itu, semua penduduk
setempat digalakkan memainkan peranan untuk menjaga kesuburan tanah dan menghasilkan hasil
pertanian yang organik dan asli dalam memupuk kesedaran terhadap alam sekitar. Amalan lestari
seperti ini tidak semestinya mengharapkan guru, pihak sekolah atau pihak kerajaan yang mengambil
tindakan. Bahkan, anak-anak juga boleh meluangkan masa untuk membantu ibu-bapa menjayakan
pemuliharaan dan penggunaan biodiversiti.
Disediakan oleh,
…………………………….
(Tun Shazira Asyikin Binti Ton Mansor)
Rajah di bawah menunjukkan Carta Gantt dalam tempoh 22 September sehingga 19 Oktober 2022.
3.0 Fasa Pelaksanaan
Dalam projek untuk mempromosikan amalan agroekologi, beberapa aktiviti bagi komuniti
petani di Kg Kuala Akob telah dijalankan. Ciri utama agroekologi yang dipromosikan termasuklah
mengekalkan kesuburan tanah melalui langkah organik dan mengurangkan pergantungan kepada
agrokimia. Hal ini kerana, salah satu kelebihan agroekologi ialah menawarkan pilihan penyesuaian
yang membolehkan petani menggunakan apa yang ada di kebun atau sumber tempatan untuk
membina ketahanan daripada bergantung kepada input luaran yang mahal.
Terdapat pelbagai amalan pertanian yang boleh diguna pakai oleh komuniti, seperti tanaman
bergilir, tanaman campuran, menambah baik rekabentuk sistem pertanian, menambah baik
pengurusan nutrien dan baja seta mengekalkan kesuburan tanah. Komuniti pertanian mempunyai
proses semula jadi bersepadu seperti mengitar nutrien, penjanaan semula tanah, mengenali
serangga bermanfaat bagi kawalan biologi dan menggunakan penghalau makhluk perosak semula
jadi.
Komuniti melakukan tanaman bergilir (dari penanaman pokok cili ke anak pokok kelapa).
Petani di Kg Kuala Akob menggunakan alternatif penghalau makhluk perosak semula jadi.
Bahagian paling penting dalam sistem pertanian adalah tanah, yang menjadi aset modal
asas (Zaitie, 2020). Apabila tanah tidak subur, ia tidak boleh mengekalkan pertanian yang produktif.
Semasa tinjauan di kebun, didapati hasil pertanian rendah, disebabkan antara lain, keadaan tanah
yang rosak, terhakis dan tidak subur terutamanya kerana penggunaan baja kimia yang berlebihan.
Oleh itu, aktiviti memulih dan mengekalkan kesuburan tanah turut dijalankan dengan menggunakan
bahan organik dan cacing tanah yang menjadi alternatif kepada baja kimia yang memusnahkan dan
mahal.
Tanah di bawah pengurusan organik dengan ketara mengekalkan lebih banyak air hujan dan
kelembapan, oleh itu mampu bertahan dalam iklim kering. Peningkatan bahan organik tanah juga
meningkatkan kesuburan dan kualiti tanah (Ahmed, 2019). Semua faktor ini penting bagi
penyesuaian kepada perubahan iklim pada masa depan.
Langkah pertama bagi petani ialah memperbaiki kualiti tanah dengan menggunakan kompos,
kompos cacing atau baja dari haiwan seperti najis lembu, bergantung kepada ketersediaannya. la
juga penting untuk merangsang pertumbuhan organisma hidupan tanah. Sebaik sahaja
kepelbagaian semula jadi tanah dipulihkan semula dan optimum, tumbuhan akan lebih subur dan
produktif.
Pokok keladi dibaja menggunakan baja organik.
Petani juga melakukan sungkupan semula jadi kerana ia dapat memperkayakan dan
melindungi tanah. Contohnya, menyelerakkan potongan rumput, daun dan kepingan kulit kayu di
sekeliling pokok yang ditanam supaya dapat mencegah pertumbuhan rumpai, melindungi tanah
daripada hakisan, mengekalkan kelembapan tanah dan juga mengurangkan pemadatan tanah
akibat hujan lebat. Sungkupan yang sama ini secara perlahan mengurai dan memperkayakan tanah.
Sisa potongan daun dan rumput yang diletakkan di sekeliling pokok – dilakukan oleh
pesara pegawai perhutanan.
Seterusnya, sebagai satu amalan pertanian, aktiviti agroekologi turut dilaksanakan bagi
meniru proses semula jadi ke arah pertanian sara diri yang menanam pelbagai tanaman bagi
mengurangkan secara drastik input luaran dan mengitar semula nutrien (Harakah Daily, 2020). Ini
jelas memberikan manfaat baqi komuniti pertanian memandangkan kos pengeluaran akan
berkurang, dan mempelbagaikan aliran pendapatan dan hasil untuk dipasarkan atau menambah
baik pemakanan keluarga mereka. Petani juga mengumpulkan hasil hutan seperti pucuk dan ulam-
ulaman untuk kegunaan mereka sendiri dan untuk pendapatan tambahan mereka. Ulam dan pucuk
yang boleh dimakan ini juga menjadi diet harian tambahan para petani.
Ulam raja yang ditanam di kebun kecil.
Tambahan pula, melalui agroperhutanan untuk memperkayakan hutan komuniti, petani turut
menanam pelbagai jenis buluh memandangkan pucuk rebungnya boleh dimakan sementara buluh
boleh digunakan untuk membuat lemang. Hal ini demikian, majoriti komuniti di Kampung Kuala Akob
sinonim dengan penghasilan lemang yang dibuat sendiri di kediaman masing-masing menjelang
musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Malah terdapat penduduk yang menjana pendapatan
melalui penghasilan ini.
Buluh beserta rebung yang ditanam di tepian sungai.
Di samping itu, aktiviti mempromosikan agrobiodiversiti dan perkongsian benih telah
dijalankan ekoran benih merupakan input paling penting bagi petani. Selama beribu tahun, komuniti
pertanian telah memerhati, memilih, memelihara, membiak dan menyimpan biji benih. Di masa lalu,
pertukaran biji benih secara kerap dalam kalangan komuniti dan petani membolehkan tanaman
menyesuaikan dengan keadaan, iklim dan topografi yang berbeza (Suman, 2021).
Melalui aktiviti ini, petani secara kreatif membiak baka dan menanam pelbagai tanaman bagi
menangani masalah tanah, makhluk perosak dan penyakit yang berbeza. Kaedah pertanian
tradisional berskala kecil ini memaksimumkan penggunaan kepelbagaian genetik yang ada dengan
menanam tanaman yang berbeza dalam petak tanah yang sama untuk menstabilkan hasil jangka
panjang. Biodiversiti pertanian ini penting memandangkan ketahanan kepada bencana iklim berkait
rapat dengan biodiversiti pertanian (Rosmidzatul, 2007).
Pokok keladi, pokok pandan, dan pokok nenas yang ditanam dalam satu kawasan sama
yang bersaiz kecil.
4.0 Fasa Selepas Pelaksanaan
Akhir sekali, fasa selepas pelaksanaan pula merangkumi perbincangan postmortem yang
dijalankan pada akhir program. Perbincangan post-mortem tersebut melibatkan pengenalpastian
kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman dan cadangan penambahbaikan. Penulisan laporan
mengenai pelaksanaan program turut dilaksanakan pada fasa selepas pelaksanaan ini.
5.0 Analisis SWOT (Kekuatan, Kelemahan, Peluang, Ancaman)
5.1 Kekuatan
Kekuatan yang boleh dianalisis daripada program ini ialah menggunakan bahan sedia
ada, semulajadi dan rendah kos. Komuniti petani boleh memahami konsep dan pengajaran
yang ingin disampaikan dengan mudah melalui kerjasama antara para petani. Pertanian
bukan sahaja terjejas akibat perubahan iklim, malah merupakan penyumbang besar
pelepasan gas rumah hijau. Berbanding corak pengeluaran pertanian berskala besar dan
intensif yang terlalu bergantung kepada input agrokimia, pendekatan ekologi dalam pertanian
yang lebih menyeluruh boleh mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dengan berkesan.
Dengan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dalam sektor pertanian dan
menggunakan teknik pertanian yang menambah karbon tanah, pertanian boleh
menyumbang kepada mengurangkan perubahan iklim. Oleh itu, program ini berpotensi untuk
menyampaikan mesej utama melalui amalan lestari biodiversiti.
5.2 Kelemahan
Kelemahan yang boleh dibincangkan ialah, faktor kekurangan air ketika musim kemarau
hinggalah kepada tanaman tenggelam dan musnah akibat banjir. Cabaran ini menyebabkan
hasil pertanian yang dijalankan tetap berdepan kemusnahan meskipun pelbagai inisiatif telah
diambil jika musibah yang berlaku berada di tahap skala yang besar.
5.3 Peluang
Peluang (Opportunities) berdasarkan analisis SWOT, boleh dikatakan sebagai faktor
luaran yang boleh diambil pertimbangan dan dipergunakan sebagai pemangkin program ini.
Terdapat inisiatif untuk peningkatan yang boleh diambil dalam program ini, seperti undang-
undang Malaysia yang memberikan hak kepada petani kecil iaitu mereka yang mempunyai
keluasan tanah kurang daripada 0.2 hektar untuk menghasilkan benih dari bahan tuaian
pelbagai tumbuhan yang dilindungi di kebun mereka sendiri, pertukaran sejumlah benih yang
munasabah dalam kalangan mereka sendiri, dan juga menjual biji benih simpanan ladang
yang mereka tidak boleh gunakan disebabkan oleh faktor di luar kawalan mereka.
5.4 Ancaman
Antara ancaman yang boleh dibincangkan mengenai program ini ialah, pengaruh. Hal
ini kerana petani terpikat dengan promosi syarikat agrokimia yang agresif sehingga tertanam
dalam minda mereka bahawa mereka memerlukan baja kimia untuk mendapatkan hasil yang
lebih baik, dan menggunakan racun untuk menghapuskan makhluk perosak. Hal ini
menyebabkan komuniti petani terjerumus dengan promosi penjaja agrokimia ini dan
mengurangkan minat terhadap inisiatif agroekologi.
Disediakan oleh,
…………………………….
(Tun Shazira Asyikin Binti Ton Mansor)
RUJUKAN
Ahmed Osumanu Haruna. (2019, Oktober 15). Rejuvenasi Produktiviti Tanaman dan Tanah.
Retrieved from Universiti Putra Malaysia:
https://rmc.upm.edu.my/artikel/rejuvenasi_produktiviti_tanaman_dan_tanah-53183
Harakah Daily. (2020, November 29). Kempen pertanian untuk diri dan masa depan. Retrieved from
Harakah Daily: https://harakahdaily.net/index.php/2020/11/29/kempen-pertanian-untuk-diri-
dan-masa-depan/
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. (2022, Oktober 26). Biodiversiti. Retrieved from Kementerian
Tenaga dan Sumber Asli: https://www.ketsa.gov.my/ms-
my/teras/biodiversiti/Pages/default.aspx
Rosmidzatul Azila Mat Yamin. (2007, September 14). Biodiversiti dan Peranannya Terhadap
Keseimbangan Alam Sekitar. Retrieved from Institut Kefahaman Islam Malaysia:
https://www.ikim.gov.my/index.php/2007/09/14/biodiversiti-dan-peranannya-terhadap-
keseimbangan-alam-sekitar/
Sahabat Alam Malaysia. (2021, September 29). Terbitan baru: Isu perubahan iklim, pemuliharaan
dan penggunaan lestari biodiversiti. Retrieved from Sahabat Alam Malaysia: https://foe-
malaysia.org/my/articles/terbitan-baru-isu-perubahan-iklim-pemuliharaan-dan-penggunaan-
lestari-biodiversiti/
Suman, A. J. (2021, Disember 15). Asas Menanam Sayuran Daripada Biji Benih. Retrieved from
Borneo Daily Bulletin: https://www.borneodailybulletin.com/asas-menanam-sayuran-
daripada-biji-benih/
Zaitie Satibi. (2020, Januari 5). Teknologi pertanian tepat. Retrieved from MyMetro:
https://www.hmetro.com.my/agro/2020/01/532211/teknologi-pertanian-tepat