The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku skrap kuih bakul limau mandarin
-Fatin hanis

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haniss, 2022-02-05 11:47:32

kuih bakul limau mandarin

Buku skrap kuih bakul limau mandarin
-Fatin hanis

kuih bakul
limau

mandarin

FATIN HANIS BINTI MOHD NAZRI
1 NASAIE

ISI KANDUNGAN

____________________________

PENGHARGAAN
SINOPSIS CERPEN
TEMA DAN PERSOALAN
WATAK DAN PERWATAKAN
LATAR
NILAI PENGAJARAN
SUMBER RUJUKAN

PENGHARGAAN

________________________

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru
matapelajaran Bahasa Melayu, iaitu Puan Siti
Suziana Binti Mohamed kerana telah memberi
tunjuk ajar dan membimbing saya untuk
melengkapkan buku skrap ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada ibu
bapa dan rakan-rakan yang telah memberikan
sokongan dan membantu saya untuk
menyiapkan tugasan ini dengan lancar.

SINOPSIS CERPEN

_____________________________

Mengisahkan Sim Pau, seorang ibu yang gembira
apabila menerima panggilan telefon daripada Lim
Meng yang hendak pulang beraya. Namun berita
gembira itu tidak disenangi oleh Lim Pooi, si ayah
yang masih menyimpan kemarahan terhadap anak
perempuannya itu. Anak bongsu keluarga berbangsa

Cina dipersalahkan atas segala musibah yang
menimpa keluarga mereka termasuklah kematian
anak sulung lelaki mereka, Lim Foong. Sim Pau yang
selama ini bersabar, akhirnya bersuara menentang

suaminya. Lim Pooi terkejut melihat keberanian
isterinya. Sim Pau menceritakan segala-galanya
termasuklah punca kematian Lim Foong. Lim Pooi
menginsafi kesalahannya. Sehari sebelum Tahun Baru
Cina, kepulangan Lim Meng disambut dengan
perasaan terharu. Akhirnya, mereka berkumpul

sebagai sebuah keluarga semula.

TEMA_________

Kasih sayang keluarga yang
kembali terjalin. Buktinya Lim Pooi,
Sim Pau dan Lim Meng berkumpul

semula sebagai sebuah keluarga
setelah mereka melupakan konflik

yanag melanda mereka.

PERSOALAN

___________

Kepercayaan kepada perkara khurafat.
Keegoan seorang bapa.
Keberanian menyuarakan pendapat.
Keinsafan seorang bapa.

WATAK DAN PERWATAKAN

________________________

Sim Pau

Isteri kepada Lim Pooi.
Ibu kepada Lim Foong dan Lim Meng.
Memiliki keberanian menyatakan
kebenaran.

Lim Pooi

Suami kepada Sim Pau.
Ayah kepada Lim Foong dan Lim
Meng.
Memiliki sikap suka berdendam.
Seorang yang ego.

Lim Meng

Anak bongsu daripada dua beradik.
Bertanggungjawab.
Selalu mengalah.
Pemaaf.

Lim Foong

Anak sulung daripada dua beradik.
Anak kesayangan Lim Pooi.
Suka berjudi.
Mati lemas.

LATAR

__________

Latar Masa

Sehari sebelum Tahun Baru Cina.

Latar Tempat

Dapur.
Kedai.
Stor di belakang kedai.

Latar Masyarakat

Masyarakat yang berdendam.
Masyarakat yang menginsafi
kesalahan.
Masyarakat yang sabar
menghadapi masalah.

NILAI

__________

I. Nilai keberanian

Contoh : Sim Pau berani menyatakan
kebenaran bahawa Lim Meng tidak
bersalah atas kematian Lim Foong.

II. Nilai keikhlasan

Contoh : Sudin ikhlas membantu
menyelamatkan Lim Meng daripada
lemas.

III. Nilai kasih sayang

Contoh : Lim Meng mencuba
menyelamatkan Lim Foong yang
lemas atas dasar kasih sayang sesama
keluarga.

NILAI PENGAJARAN___________________________

I. Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap
seseorang tanpa usul periksa.

Contoh : Lim Pooi berprasangka buruk
terhadap Lim Meng yang menurutnya
menjadi penyebab kematian Lim
Foong.

II. Kita mestilah bersikap jujur.

Contoh; Lim Meng bersikap jujur
apabila memberitahu Lim Pooi tentang
kecurian wang di kedai yang dilakukan
oleh Lim Foong.

III. Kita mestilah mengelakkan sikap yang
tidak bermoral.

Contoh : Lim Foong berjudi yang
menyebabkan dia dikejar oleh orang
yang menagih hutang.

SUMBER RUJUKAN

________________________

Buku antologi Kuingin
Berterima Kasih - Cerpen
Oren.
https://lamankomsas.blog
spot.com/2015/05/kuih-
bakul-limau-
mandarin.html

BUKU SKRAP KUIH BAKUL
LIMAU MANDARIN
-TAMAT-


Click to View FlipBook Version