MASALAH TINGKAH
LAKU KANAK-
KANAK: AGRESIF
5 – 7 TAHUN
KAA3023 - Bimbingan Tingkah Laku
Kanak-kanak
KUMPULAN A
E-BOOK PERKEMBANGAN
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
DISEDIAKAN OLEH:
Nama: Anis Nabihah Binti
Aslam
No. Matrik: D20182085995
PENSYARAH: PROFESOR
MADYA DR. ABDUL HALIM
BIN MASNAN
ISI KANDUNGAN
Bil Kandungan Muka Surat
4–5
1 Definisi Agresif 6–7
2 Ciri-ciri tingkah laku 8
Agresif
3 Kesan tingkah laku
Agresif terhadap
kanak-kanak
4 Pencegahan dan 9
Intervensi tingkah laku
Agresif
5 Kesimpulan 10
➢ Defini tingkah laku agresif
kebanyakkannya membawa maksud
seseorang itu mempunyai “niat”
untuk mendatangkan kesakitan dan
kecederaan kepada individu yang
lain (Crick et al, 2004)
➢ Walaubagaimanapun, “niat” bukan
sahaja sukar diukur dalam setiap
peringkat umur, namun tingkah
laku agresif dianggap sebagai
tingkah laku bermasalah pada
peringkat awal kanak-kanak
(Hartup, 2005)
➢ Awal kanak-kanak memahami bahawa
apabila mereka bertingkah laku secara
agresif, perhatian akan diberikan
sepenuhnya kepada mereka. Ini
bermakna, kanak-kanak tersebut
berperlakuan agresif bukan dengan niat
untuk mencederakan rakan yang lain
tetapi tujuan mereka adalah untuk
meraih perhatian individu sekeliling
(Sroufe, 1995)
Sambungan…
➢ Awal kanak-kanak meneroka sekeliling
mereka untuk mempelajari karakter dan fungsi
sesuatu objek. Ini akan melibatkan tingkah
laku seperti menggoncang, membaling,
menolak, memanjat dan juga memukul.
Namun tingkah laku ini adalah bertujuan untuk
meneroka alam sekeliling mereka dan tidak
boleh diklasifikasikan sebagai tingkah laku
agresif.
➢ Temper tantrums adalah salah satu tingkah
laku yang sering di salah anggapsebagai
tingkah laku agresif. Temper tantrums
mempunyai karakter yang sama dengan
tingkah laku agresif secara fizikal seperti
menghentak kaki dan menggoncang tangan
(Mesman et al, 2008)
➢ Tingkah laku ini sering ditonjolkan oleh kanak-
kanak bertujuan untuk menyatakan keinginan
mereka terhadap sesuatu perkara.
➢ Perlakuan ini merupakan salah satu mediuam yang
digunakan kanak-kanak untuk menyampaikan
mesej kepada individu berdekatan sebagai contoh,
seorang kanak-kanak akan mempamerkan temper
tantrums apabila ibunya tidak memberikan
perhatian terhadap kemahuan kanak-kanak
tersebut seperti menukar lampin, memberi susu
atau permainan.
➢ Temper tantrums adalah perkara yang sering
berlaku di peringkat awal kanak-kanak dan adalah
amat penting supaya dapat membezakan antara
temper tantrums dan tingkah laku yang agresif.
CIRI-CIRI TINGKAH
LAKU AGRESIF
▪ Tingkah laku agresif muncul di
sekitar awal umur pra sekolah.
Tingkah laku agresif yang paling
biasa terjadi ialah instrumental
aggression, di mana kanak-kanak
mahukan objek, perhatian, ataupun
ruang, di mana untuk
mendapatkannya, mereka menolak
sesame sendiri dan menjerit,
ataupun mereka akn menyerang
individu yang menghalang
kemahuan mereka itu.
▪ Tingkah laku agresif yang kedua
ialah hostile aggression, iaitu
kanak-kanak tersebut memang
mempunyai niat dan tujuan untuk
mencederakan individu yang lain
(Berk, 2008).
▪ Perbandingan yang dapat
disimpulkan ialah, instrumental
aggression adalah tingkah laku
yang kelihatan normal dan tidak
mendatangkan kecederaan fizikal
dan mental yang serius jika
dibandingkan dengan hostile
aggression.
CIRI-CIRI TINGKAH
LAKU AGRESIF
CIRI-CIRI
TINGKAH LAKU
AGRESIF
Instrumental Agression
Kanak-kanak yang mahukan sesuatu objek, perhatian, ataupun
ruang, di mana untuk mendapatkannya, mereka menolak dan
menjerit, ataupun mereka akan menyerang individu yang
menghalang kemahuan mereka.
Physical Agression
Kanak-kanak menyakiti
individu lain melalui
kecederaan fizikal seperti
menolak, memukul, menyepak
ataupun menumbuk yang lain
ataupun memusnahkan barang.
Hostile Agression Verbal Agression
Kanak-kanak yang mahu Kanak-kanak menyakiti
mencederakan individu individu lain melalui ugutan
untuk mencederakan secara
yang lain. fizikal, panggilan nama ataqu
mengejek.
Relational Agression
Kanak-kanak merosakkan
perhubungan rakan sebaya yang
lain melalui pengasingan sosial,
khabar angin yang tidak benar
ataupun memanipulasi
hubungan persahabatan.
KESAN TINGKAH LAKU AGRESIF
TERHADAP AWAL KANAK-KANAK
▪ Sebahagian daripada kanak-kanak pada peringkat awal umur ini mula
menggunakan tingkah laku agresif sebagai alasan untuk mencapai sesuatu
matlamat, dimana sebahagian kanak-kanak yang lain pula mula
menggunakan tingkah laku agresif untuk mengawal kemarahan atau
tekanan (Murray-Close & Ostrov, 2009).
▪ Realitinya, kanak-kanak yang bertingkah laku agresif seringkali dipukul oleh
ibu bapa atau penjaga mereka. Contohnya dipasaraya, apabila kanak-kanak
bertindak agresif maka ibu bapa membuat tindakan pantas dengan memukul
atau mencubit kanak-kanak tersebut.
▪ Memukul, menyakiti kanak-kanak di bahagian punggung menggunakan tapak
tangan telah menjadi kebiasaan di dalam praktikal keibubapaan sejak dari
awal sejarah pendidikan awal kanak-kanak mula direkodkan (Scott, 1996).
▪ Tingkah laku agresif merupakan faktor awal yang boleh membawa kepada
beberapa msalah berantai terutama sekali pada waktu persekolahan
kanak-kanak di peringkat selanjutnya.
▪ Kanak-kanak yang tidak mempelajari kaedah untuk menggantikan tingkah
laku agresif pada peringkat awal supaya dapat bertingkah laku dengan
sewajarnya. Contoh berkomunikasi secara verbal, bertolak ansur dan
bekerjsama dengan individu lain.
▪ Adalah berisiko tinggi untuk terlibat dalam masalah disiplin di sekolah dan
berpotensi untuk digantung dan dibuang sekolah (Tremblay, 2003).
▪ Kanak-kanak yang bertingkah laku agresif mempunyai pemikiran yang
rendah, memiliki kemahiran sosial dan emosi yang sedikit, ia akan
menyukarkan mereka untuk diterima oleh rakan sebaya dan mudah
berkawan dan terpengaruh dengan rakan yang nakal dan mempunyai
kesukaran untuk bergaul dengan guru-guru mereka (Lacourse, 2006)
PENCEGAHAN DAN INTERVESI
TINGKAH LAKU AGRESIF
1. Untuk memberi peluang terbaik supaya kanak-kanak membesar dengan baik,
diet mereka perlulah seimbang dan kaya dengan nutrien peting seperti zat besi,
iodin, zink, asid folik, protein, vitamin dan lemak yang diperlukan (Tremblay &
Nagin, 2005). Antara contoh pemakanan yang mengandungi nutrien tersebut ialah
susu, daging, ikan, madu, kurma, anggur, buah delima, sayur-sayuran dan juga
air.
2. Pengetahuan dan ilmu mengenai tingkah laku awal kanak-kanak adalah
intervensi terbaik dalam mengawal dan mencegah tingkah laku tersebut. Ini
termasuklah mengenalpasti dengan betul pelaku dan mangsa, mengetahui dengan
baik apakah punca kepada perlakuan agresif, peka terhadap kekerapan tingkah
laku ini terjadi.
3. Kanak-kanak perlu diberitahu agar mereka faham mengapa dan kenapa mereka
perlu berkelakuan baik. Apabila kanak-kanak menggunakan tingkah laku agresif
secara proaktif, mereka perlu mengenal pasti kecederaan yang telah mereka
lakukan kepada mangsa dan mempelajari cara yang betul dan baik untuk
mendapatkan apa yang mereka inginkan (Tremblay, Gervais & Petitclerc, 2008).
4. Bahasa juga merupakan penawar alternatif untuk mengatasi tingkah laku
agresif supaya kanak-kanak berupaya mengekspresikan kemarahan dan tekan
mereka (Dionne, 2005). Kanak-kanak perlu dilatih agar sentiasa meluahkan apa
yang mereka rasa ketika itu dan membiasakan mereka supaya berkongsi dan
bercerita.
- Melalui kaedah ini, kanak-kanak akan menggunakan medium bahasa sebagai
penyelesaian untuk mendapatkan keperluan mereka dan tidak
mendapatkanya melalui perlakuan agresif.
- Ibu bapa, penjaga dan pendidik juga boleh mengadakan aktiviti seperti
bercerita, mengadakan aktiviti yang melibatkan kerjasama, menggalakkan
kaedah menunggu giliran dalam menggunakan alatan permainan dan
menunjukkan cara penyelesaian yang baik apabila konflik berlaku.
KESIMPULAN
Tingkah laku agresif pada peringkat awal kanak-kanak
merupakan kebiasaan yang dialami setiap ibu bapa dan
penjaga, malahan guru itu sendiri. Sama ada mereka
menghadapi situasi ini dengan pengetahuan atau tidak,
sudah tentu ia memberikan kesan yang amat ketara
terhadap mental dan emosi mereka kerana ia melibatkan
kemampuan individu dewasa dalam mengekalkan kestabilan
dan kawalan emosi dalam peringkat yang baik semasa
mengawal tingkah laku agresif kanak-kanak. Sudah tentu
berbagai kaedah kawalan dan pencegahan telah dikaji dan
terbukti berkesan.
Namun terdapat faktor luaran seperti tekanan
akan membuat individu dewasa tidak dapat berfikir dengan
rasional dan baik Ketika tingkah laku agresif ini tercetus.
Individu dewasa juga perlu memperbetulkan tanggapan
bahawa kanak-kanak memahami sepenuhnya apa yang
mereka ingin sampaikan. Hal ini kerana kanak-kanak
mempunyai tahap keterbatasan pemikiran pada peringkat
awal umur mereka. Justeru itu, ibu bapa, penjaga dan
pendidik haruslah merendahkan matlamat dan jangkaan
mereka terhadap kemampuan dan kebolehan kanak-kanak
pada awal usia mereka.
Sehubungan dengan itu, peranan individu yang
berada di sekeliling kanak-kanak amatlah penting dan
mereka harus mempunyai pengetahuan dalam menangani
tingkah laku kanak-kanak dengan baik. Kanak-kanak pada
peringkat awal ini amat memerlukan individu dewasa supaya
dapat membimbing mereka dengan baik.
THANK YOU
CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo,
including icons by Flaticon, and infographics & images by Freepik