PERJALANAN AKTIVITI
DAN
PROGRAM BULAN OGOS
Pada 5 hingga 7 Ogos 2022, Pihak asrama telah mengadakan satu Program Motivasi Daie Muda
bersama pelajar-pelajar dari UIA di bawah anjuran Biro Kerohanian Asrama SMT Kuantan yang
melibatkan semua pelajar asrama SMT Kuantan. Program dijalankan oleh AFM Training And
Consultancy yang melibatkan pelajar dan pensyarah daripada UIA Kuantan, Pahang.
Pihak surau aspuri telah menerima sumbangan pendingin hawa sebanyak tiga buah untuk
diletakkan di dalam surau Aspuri bagi keselesaan pelajar.
Pemasangan bendera Malaysia dan bendera negeri Pahang bagi persediaan menyambut bulan Kemerdekaan
yang diketuai oleh Ust. Fadzil dan dibantu oleh pelajar lelaki dan perempuan.
• Bilangan elajar yg terlibat ialah seramai 40 orang pelajar
Tingkatan Lima
• Tempat: MAEPS SERDANG
• TARIKH: 11 Ogos 2022
• Rombongan diketuai oleh En Amaluddin, Pengetua SM
Teknik Kuantan bersama-sama empat orang guru pengiring
yang telah hadir ke program yang telah dianjurkan oleh pihak
BPLTV .
BENGKEL PENYEDIAAN PELAPORAN PBD PERTENGAHAN TAHUN 2022
TARIKH: 10 OGOS 2022
HARI: RABU
MASA: 2.30 PETANG HINGGA 4.00 PETANG
TEMPAT: BILIK GERAKAN SMTK
SASARAN: SEMUA GURU KELAS TINGKATAN 4 & 5
Pertandingan kelas telah diadakan pada
beberapa bulan yang lalu. Pada setiap
minggu, kelas 4A3 telah memenangi
kelas yang terbersih dan ceria.
Pada 12 Ogos 2022 bersamaan hari Jumaat, Bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah
mengadakan satu bengkel untuk pengaturcaraan Arduino pada jam 2:30 petang sehingga jam 5:00
petang. Bidang PKEE telah menjemput penceramah daripada KV Kuantan untuk memberikan tunjuk
ajar kepada para pelajar cara untuk membuat pengaturcaraan Arduino.
• Bengkel KBAT & i-THINK
telah dijalankan pada 13
Ogos 2022 (Sabtu). Dua
mata pelajaran yang terlibat
iaitu Sejarah bagi pelajar
tingkatan 4 dan Matematik
bagi pelajar tingkatan 5
Suasana sekitar bengkel KBAT & i THINK Sejarah
Suasana sekitar bengkel KBAT & i-THINK Matematik
Pada 15 Ogos 2022 (Isnin), Cikgu Ilyias selaku Penyelaras EKSA telah memberikan penerangan
kepada semua guru mengenai EKSA yang perlu dilaksanakan di sekolah bermula pada tahun ini.
Pada 17 Ogos 2022 bersamaan hari Rabu, satu ceramah mengenai kesihatan di bawah Program Pembangunan
Sahsiah Diri Murid serta anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling dan JK Pengurusan Disiplin telah
dilaksanakan pada jam 2:30 petang sehingga jam 4:30 petang bertempat di Dewan Ibnu Khaldun. Program ini
bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahayanya rokok dan vape dalam kalangan pelajar.
Semoga semua pelajar mendapat iktibar dan kesedaran mengenai bahayanya rokok dan vape.
Pada 19 Ogos 2022 bersamaan hari Jumaat, majlis perpisahan En Amaluddin bin Che Mat, Pengetua SM Teknik
Kuantan telah diadakan bertempat di Dewan Ibnu Khaldun kerana beliau akan memulakan perkhidmatan di
Pejabat Pendidikan Daerah Bachok sebagai SIP+ Coaching dalam Pendidikan. Untuk rekod sekolah, En
Amaluddin bin Che Mat telah mula berkhidmat di SMT Kuantan pada 8 Ogos 2019. Sepanjang beliau
menyandang tugas sebagai pengetua di SM Teknik Kuantan, beliau merupakan seorang pengetua yang sangat
budiman, mengambil cakna terhadap perkembangan pelajar dan guru-guru serta kakitangan sekolah. Semoga
En Amaluddin terus unggul dan selamat maju jaya di tempat baharu.
• Bengkel KBAT & i-THINK telah dijalankan pada
hari Sabtu bersamaan 27 Ogos 2022.
Sebanyak dua mata pelajaran terlibat iaitu
Pengajian PKA, PKEE, PKM dan PKU bagi
pelajar tingkatan 4 dan Bahasa Melayu bagi
pelajar tingkatan 5
Suasana sekitar bengkel KBAT & i THINK Pengajian PKA,PKEE,PKM &PKU
Suasana sekitar bengkel KBAT & i THINK Bahasa Melayu
• Hari terbuka PPD Kuantan telah
diadakan pada 27 dan 28 Ogos
2022 bertempat di Kuantan Parade
pada jam 11:00 pagi sehingga 5:00
petang. SMT Kuantan telah
menerima jemputan untuk
membuat pameran mengenai
kursus yang ditawarkan di SMT
Kuantan.
Pada 22 Ogos 2022 bersamaan hari Isnin, SMT Kuantan telah mendapat jemputan daripada KV Kuantan untuk bersama-sama
mengadakan pameran di KV Kuantan sempena Hari TVET. Bidang yang terlibat dengan program tersebut ialah Bidang
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Mekanikal. Setiap mata pelajaran tersebut telah
menghantar dua orang wakil pelajar untuk memberikan penerangan mengenai mata pelajaran masing-masing dengan
mempamerkan projek mengikut kursus masing-masing. Guru pengiring iaitu Cikgu Hartini selaku guru untuk jurusan PKM,
Cikgu Farida selaku guru jurusan PKEE, Cikgu Rosmidi selaku guru jurusan PKA dan Cikgu Rosmariani selaku guru Inovasi serta
Cikgu Yusrizal selaku kaunselor.
• Pada 28 Ogos 2022 bersamaan hari Sabtu,
seramai empat orang guru sekolah SMT
Kuantan telah menyertai Pertandingan 3 minit
PdP Pitching yang telah diadakan di Kuantan
Parade. Guru yang menyertai pertandingan ini
ialah Cikgu Ilyas, Cikgu Amirah, Cikgu Umar
dan Dr. Chong. Tahniah atas penyertaan ini.
Semoga terus berjaya.
Muhammad Hafidz bin Muhammad Kheri
pelajar kelas 4E1 berjaya mewakili sekolah
untuk mewakili pasukan Pahang dalam
kejohanan MSSM yang akan berlangsung
di Kelantan
Muhammad Hafidz bin Muhammad Kheri Pasukan kriket SMT Kuantan telah memperoleh kejayaan dalam
(4KE1) MSSD (Tempat ke-2)
MSSP (Tempat ke-4)
Seorang pelajar SMT berjaya mewakili MSSM Team Pahang
TAHNIAH diucapkan kepada PASUKANKRIKET!!!!!
Pasukan Ragbi SMT Kuantan telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir MSSD Ragbi bagi tahun 2022.
Pada 11 ogos 2022 (Khamis), pasukan ragbi SMT Kuantan telah menentang SBPI Kuantan pada jam 10:00 pagi di Padang SBPI
Kuantan. Kejayaan pasukan ragbi SMT Kuantan ke perlawanan akhir setelah berjaya menewaskan SMKA AL Maarif Bukit Goh
dengan mata 7-0, SEMSAS 12-10 dan KV Kuantan 17-5
Pasukan Ragbi akhirnya Berjaya merangkul Naib Johan
peringkat MSSD bagi tahun 2022 selepas tewas kepada SBPI
26-0
PEMANTAUAN
Pada 30 Ogos 2022 bersamaan hari Selasa, pihak asrama telah menerima tinjauan daripada TPSA Kuala krai,
Pengkala Chepa dan juga Tanah Merah yang datang memantau untuk melihat dan menilai tahap kegemilangan
asrama SMT Kuantan.