The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 827-25-nurulshakirahzolkepli, 2022-04-18 19:58:43

Tugasan 3 GAPD1032

ASAS PEMBELAJARAN DIGITAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TAWAU

NAMA SISWA PENDIDIK : NURUL SHAKIRAH BINTI ZOLKEPLI

NOMBOR ANGKA GILIRAN : 2021052310022

NOMBOR KAD PENGENALAN : 030818-03-0802

KUMPULAN / UNIT : PENDIDIKAN ISLAM 1

KOD / NAMA KURSUS : GAPD 1032 / ASAS PEMBELAJARAN DIGITAL

NAMA PENSYARAH : DR. NORJANAH BINTI AMBO

TARIKH HANTAR : 29.3. 2022

0

ISI KANDUNGAN 2
2
1.0 PENGENALAN 3
2.0 ISU JENAYAH SIBER 4
3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 5
4.0 ANALISIS SWOT
5.0 PENUTUP

RUJUKAN

1

1.0 PENGENALAN
Kewarganegaraan digital atau juga lebih dikenali sebagai digital citizenship merupakan
peraturan-peraturan yang sesuai dan sikap kebertanggungjawaban masyarakat ke arah
menggunakan teknologi dengan betul. Digital citizenship ialah salah satu konsep yang
membantu para pengguna teknologi seperti guru, pemimpin teknologi dan ibu bapa
memahami apa yang patut diketahui oleh pelajar atau anak-anak atau pengguna teknologi
untuk menggunakan teknologi dengan sewajarnya. Hal ini kerana semakin hari semakin
banyak isu-isu yang timbul akibat penyalahgunaan teknologi daripada fungsi teknologi yang
sebenar. Oleh itu, dalam penulisan kerja kursus ini saya akan mengupas satu isu yang hangat
diperkatakan pada masa ini iaitu jenayah siber di Malaysia.

2.0 ISU JENAYAH SIBER
Fungsi media sosial yang pelbagai telah menarik minat para pengguna teknologi untuk
berkomunikasi, menyampaikan atau berkongsi maklumat, berjual beli dan lain-lain lagi. Dalam
pada itu, terdapat pelbagai masalah dan cabaran dalam melayari media sosial ini seperti
jenayah siber (Norhayati Mat Ghani & Suriati Ghazali, 2021). Jenayah siber merupakan
jenayah komputer yang terdiri daripada unsur pencurian maklumat, penggodaman, kerosakan
atau pengubahsuaian program, penipuan dan sebagainya.

Rajah 1 menunjukkan Bilangan kes jenayah siber di Malaysia pada tahun 2019.

2

Berdasarkan statistik di atas, isu penipuan amatlah tinggi berbanding isu jenayah siber
yang lain. Kes ini berlaku dengan cara menyalurkan maklumat-maklumat palsu yang tidak
sahih kepada pengguna. Hal ini menyebabkan ramai pihak yang akan mendapat maklumat
yang tidak betul dari sumber yang berautoriti sehingga dapat menimbulkan fitnah. Sebagai
contohnya, sebagaimana baru-baru ini negara kita dilanda wabak penyakit Covid-19, boleh
dikatakan seluruh rakyat menanti-nantikan berita terkini daripada pihak kerajaan seperti berita
tentang bilangan kes terbaru, perkembangan mengenai kajian vaksin serta kes kematian
harian. Namun, muncul pula manusia yang tidak bertanggungjawab membuat dan
menyebarkan berita palsu mengenai kes-kes ini. Lantas, mencetuskan kepanikan dalam
kalangan masyarakat.

Hal ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya ialah sikap manusia yang
susah untuk dikawal. Jenayah siber biasanya dilakukan oleh manusia yang mempunyai sifat
tanggungjawab dalam diri dan berperilaku negatif . Fikiran mereka masih tidak matang untuk
berfkir tentang akibat yang perlu ditanggung oleh mereka dengan kes jenayah yang mereka
lakukan (Mohd Dahlan A. Malek & Ida Shafinaz Mohamed Kamil, 2010). Oleh itu, lebih ramai
remaja yang melakukan jenayah penipuan ini berbanding dewasa. Mereka tidak memikirkan
akibat yang akan berlaku jika melakukan perkara sebegitu.

Selain itu, ramai individu sekarang yang kurang didikan agama. Mereka kurang ilmu
pengetahuan kerana sikap sesetengah ibu bapa yang tidak mementingkan perihal dan
mengabaikan ajaran agama kepada anak-anak ( Faridah Saleh & Zurina Ahmad Saidi, 2015).
Hal ini kerana kurangnya ajaran agama dalam diri akan menyumbangkan kepada masalah
tingkahlaku seperti jenayah siber ini.

3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pada pendapat saya, isu penipuan ini boleh ditangani dengan campur tangan pihak kerajaan
dengan memperketatkan Dasar Keselamatan Siber Negara (DSKN). Agensi Keselamatan
Siber Negara (NACSA) mestilah menyekat dan mengenakan denda kepada pengguna yang
mewujudkan info palsu serta mengenakan denda kepada pengguna yang menyebarkan
maklumat palsu dan yang mempunyai unsur penipuan agar masyarakat lebih takut untuk
berkongsi maklumat palsu tanpa bukti yang sah. Oleh itu, pihak kerajaan mestilah memainkan
peranan yang penting dalam hal ini untuk membanteras kes jenayah seperti ini dengan
caknanya.

Selain itu, hasil analisis dokumen juga mendapati terdapat beberapa undang-undang siber
yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ancaman siber seperti Akta Komunikasi dan

3

Multimedia 1998, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Perdagangan Elektronik 2006, Akta
Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Pindaan 2010)
(Muhammad Adnan Pitchan & Siti Zobidah Omar, 2019). Oleh itu, penguatkuasaan undang-
undang mestilah dibuat agar isu jenayah siber dapat diatasi.

Dalam pada itu, ibubapa juga mestilah sentiasa memantau dan mengawasi anak-anak
sewaktu mereka sedang leka bermain alat gajet. Hal ini kerana melentur bulu biarlah dari
rebungnya. Dengan cara itu dapat memastikan anak-anak menggunakan teknologi dengan
tujuan yang betul yang dapat memberikan faedah kepada mereka di samping para guru
menerapkan nilai-nilai murni di sekolah dan memberi tunjuk ajar tentang penggunaan IT yang
betul di sekolah.

4.0 ANALISIS SWOT

Analisis SWOT adalah identifikasi pelbagai faktor terhadap isu yang diketengahkan secara
sistematik untuk merumuskan strategi perusahaan dan ianya merupakan penilaian
menyeluruh terhadap kekuatan (strength), peluang (opportunity), kelemahan (weakness) dan
ancaman (treat) (Mohammad Rizal Nur Irawan, 2017). Menurut Imanuel Adhitya Wulanata
Chrismastianto (2017), analisis SWOT juga merupakan instrumen yang baik untuk melakukan
analisis strategi yang tepat. Kesimpulannya, analisis SWOT dapat membantu memudahkan
kita untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Perkara Analisis

S Dengan kewujudan MCMC iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) yang membudayakan amalan
(Strength/Kekuatan) “Tidak Pasti, Jangan Kongsi” untuk mengawal, memantau dan
juga menyekat aktiviti manusia. Oleh itu, pihak Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia mestilah memainkan
peranan penting dalam mengawal selia peraturan industri
berdasarkan kuasa yang termaktub di dalam Akta Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta
Komunikasi dan Multimedia (1998).

4

W Terlalu banyak berita palsu yang tersebar sehinggakan pihak
MCMC tidak cukup tangan untuk menyekat kerana para

penjenayah siber yang menyebarkan berita dan maklumat palsu

(Weakness/Kelemahan) lebih ramai berbanding kakitangan pihak MCMC. Oleh itu, amat
sukar untuk kakitangan pihak MCMC mencegah penularan

berita yang tidak sahih.

O Dengan pencapaian negara kita sekarang, bertepatan dengan
Revolusi Industri 4.0 yang mana semua teknologi yang semakin
(Opportunities/Peluang) canggih ini, pihak bertanggungjawab mestilah mengambil
peluang yang terbuka luas ini untuk mencipta robot. Dengan
penciptaan robot semestinya dapat membantu untuk menyekat
penyebaran maklumat palsu dengan sekelip mata.

T Ketangkasan dan kecekapan pihak penjenayah dalam
penyebaran maklumat palsu mengalahi pihak yang mencegah
(Treat/Ancaman) tentang perkara ini. Pihak penjenayah lebih up-to-date dan
mempunyai strategi yang mantap berbanding pihak berkuasa.

5.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, semua pihak mestilah bertanggungjawab dan memainkan peranan
yang penting dalam membendung kes-kes jenayah siber agar teknologi tidak disalahguna
oleh masyarakat. Dengan itu, masyarakat dapat memanfaatkan teknologi dengan melakukan
perkara yang mendatangkan faedah. Dengan penggunaan teknologi yang betul, dapat
menambahkan ilmu pengetahuan seseorang (Priyono Mangunrejo, 2009). Oleh itu, penting
untuk kita menggunakan dan memanfaatkan teknologi dengan sebaik mungkin supaya kita
tidak akan rugi serta dapat menggunakan peluang hidup di zaman moden ini dengan betul.
Tambahan pula, sekiranya kes jenayah siber semakin berkurang, negara kita akan menjadi
lebih maju dengan teknologi yang semakin pesat berkembang pada zaman era digital
sekarang.

5

RUJUKAN

Faridah Saleh & Zurina Ahmad Saidi. 2015. Faktor Dan Peranan Institusi Keluarga Dalam
Mencegah Salahlaku Dan Devian Dalam Kalangan Remaja.
https://isre.prosiding.unri.ac.id/index.php/ISRE/article/view/3037/2967

Imanuel Adhitya Wulanata Chrismastianto. 2017. Analisis Swot Implementasi Teknologi
Finansial Terhadap Kualitas Layanan Perbankan Di Indonesia.
https://core.ac.uk/download/pdf/234029133.pdf

Mohammad Rizal Nur Irawan. 2017. Analisis Swot Untuk Menentukan Strategi Kompetitif
Pada Pd. Bpr. Bank Daerah Lamongan. Ekonika : Jurnal Ekonomi Universitas Kadiri,
2(1). https://doi.org/10.30737/EKONIKA.V2I1.17

Mohd Dahlan A. Malek & Ida Shafinaz Mohamed Kamil. 2010. Jenayah dan Masalah Sosial
di Kalangan Remaja: Cabaran dan Realiti Dunia Siber.
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/117

Muhammad Adnan Pitchan & Siti Zobidah Omar. 2019. Dasar Keselamatan Siber Malaysia:
Tinjauan Terhadap Kesedaran Netizen dan Undang-Undang (Cyber Security Policy:
Review on Netizen Awareness and Laws).
https://ejournal.ukm.my/mjc/article/view/30796

Norhayati Mat Ghani & Suriati Ghazali. 2021. Impak Media Sosial terhadap gangguan seksual
atas talian dalam kalangan wanita muda.
http://journalarticle.ukm.my/18107/1/46578-164869-1-PB.pdf

Priyono Mangunrejo. 2009. Cara Pintar Menghadapi Ujian Nasional 2009 Bahasa Indonesia
Smp/Mts.

6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU
PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama Siswa Pendidik: NURUL Angka Giliran : 2021052310022
SHAKIRAH BINTI ZOLKEPLI

Kod : GAPD 1032 Nama Kursus : PPISMP PENDIDIKAN
ISLAM

Pensyarah : DR. NORJANAH BINTI AMBO

Tarikh Hantar : 29 MAC 2022 Tarikh Terima :

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :
Perincian Maklum Balas Kerja Kursus
Moderator (jika berkaitan)
Pemeriksa Kekuatan :
Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :

Tandatangan : Tarikh : Tandatangan : Tarikh :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Catatan

Tandatangan Pelajar : Tarikh :

7


Click to View FlipBook Version