The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by deenadamanhur, 2021-08-03 06:37:02

BUKU SKRAP MUZIK NUR AINA ATHIRAH (6S)

Disediakan Oleh :

NUR AINA ATHIRAH BT JAMALUDDIN / 6 SEROJA

Nama Guru :

PN SALWATI BT ZAINAL ABIDIN (GURU PEND.MUZIK)



NOBAT

PENGENALAN NOBAT

Nobat adalah barisan alat muzik yang digunakan untuk menyambut raja dan sultan kerajaan-
kerajaan Melayu serata Asia Tenggara diterapkan dalam pelbagai jenis adat istiadat termasuk
pertabalan, sambutan ketibaan orang ternama serta majlis-majlis perkahwinan, kelahiran dan
kematian dalam kerabat diraja. Seni yang dibawa dalam pemainan lagu-lagu beralat ini
merupakan kesinambungan daripada budaya muzik Islam yang ada di seberapa rantau dunia
lain termasuk kerajaan-kerajaan Umaiyah, Andalusia dan Mughal.

Nobat dipercayai melambangkan kedaulatan seseorang sultan seterusnya meninggikan
kedudukan sultan dalam masyarakat Melayu tidak sahaja dari cara alat-alat ini dimainkan
mendatangkan rasa gerun rakyat - semakin gah muzik nobat dimainkan, semakin besarlah
daulat sultan - malah bagaimana alat-alat tersebut dikendali dan dijaga.

SEJARAH NOBAT

Sejarah Nobat ialah keterangan daripada sejarah Melayu. Mengikut keteangan yang dimuatkan di dalam majalah ‘Malaya In
History’, keluaran Julai 1962, menyimpulkan bahawa Nobat Kedah dan Perak telah mula diketahui sejak lebih kurang empat
kurun yang lalu. Di dalam sejarah Melayu 1658 diceritakan bahawa negeri Melaka ketika di bawah pemerintahan Sultan
Muhammad Shah 1435 juga telah menggunakan Nobat. Mengikut sejarah Melayu lagi, Nobat diperkenalkan oleh permaisuri
Bentan. Baginda mengurniakan Nobat kepada raja yang mula-mula sekali membuka Singapura dan Temasik iaitu raja yang
bergelar Sri Tri Buana. Sejak itu Nobat mula dimainkan.

Walau bagaimananapun, rata-rata orang perseorangan yang ditemui, menolak perkaitan antara cerita dongeng rakyat dengan
asal-usul Nobat. Ini kerana menurut mereka, cerita dongeng tidak mempunyai fakta sejarah logik yang mampu membuktikannya.
Hasil dari kajian ini, didapati kemungkinan bahawa seni muzik Nobat ini dibawa oleh pedagang atau penyebar agama Islam
adalah lebih tinggi berikutan fakta seperti berikut :

•Pada zaman dahulu terdapat pedagang Arab yang datang ke rantau ini dan turut meninggalkan pengaruh kebudayaan mereka.
•Puak Arab yang datang ada yang berketurunan raja. Apabila mereka singgah berdagang di India, mereka telah membawa
sejenis alat bunyian yang disebut sebagai Naubat di India.
•Not-not lagu Nobat yang dipanggil “dai” ditulis dalam tulisan Jawi.
Waktu Nobat dimainkan adalah pada waktu solat seperti Maghrib, Isyak, Subuh serta hari Jumaat.

LAGU DALAM NOBAT

Dalam Istiadat Pertabalan, tiga lagu Nobat dimainkan iaitu Raja Berangkat semasa
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong berangkat masuk ke Balairung Seri, Menjunjung Duli semasa Alat-
alat Pertabalan dibawa masuk ke Balairung Seri, RajaBertabal selepas Seri Paduka
Baginda mengangkat Sumpah Diraja dan Raja Berangkat sekali lagi apabila Seri
Paduka Baginda berdua berangkat pulang dari Balairung Seri. Nobat Subuh, Nobat
Khamis dan Nobat Raja hanya boleh dimainkan di sebelah pagi dan petang dan Puteri
Mandi Mayang dimainkan semasa menyambut ketibaan bulan Ramadan tiga petang
berturut-turut, iaitu petang 28, 29 dan 30 dalam bulan Syaaban tiap-tiap tahun.

ALAT-ALAT NOBAT

SERUNAI NAFIRI

GONG

GENDANG IBU DAN
GENDANG ANAK

PEMAIN NOBAT

TUGAS-TUGAS PEMAIN NOBAT
Penghulu :
Penghulu merupakan orang yang bertanggungjawab menguruskansegala perkara yang berkitan
dengan kumpulan Nobat DiRaja Negeri Kedah.Antara tugas penghulu adalah mencari pengganti
jika berlaku kekosongan.

Kalau Besar :
Kalau Besar merupakan pembantu kepada penghulu. Ia juga akan mengetuai kumpulan Nobat.

Orang Nobat :
Orang Nobat adalah pemain-pemain dalam
kumpulan Nobat.



GAMELAN

PENGENALAN GAMELAN

Salah satu kekayaan budaya Indonesia yang terkenal dalam bidang musik adalah seni
gamelan. Gamelan banyak ditemui di berbagai daerah Indonesia. Musik gamelan terdapat
di Pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok. Tentu saja, varian alat musik yang digunakan
berbeda. Baik nama maupun bentuk.

Di Jawa, gamelan disebut dengan istilah gong. Terutama, sejak abad ke-18. Gamelan jawa
berasal dari bahasa Jawa, gamel, yang artinya adalah alat musik yang dipukul dan ditabuh.
Terbuat dari kayu dan gangsa, sejenis logam yang dicampur tembaga atau timah dan
rejasa. Alat musik pengiring instrumen gamelan terdiri dari kendang, bonang, panerus,
gender, gambang, suling, siter, clempung, slenthem, demung, saron, kenong, kethuk, japan,
kempyang, kempul, peking, dan gong.

SEJARAH GAMELAN

Perkataan ‘gamel’ dalam Bahasa Jawa
bermaksud memukul atau menabuh.
Manakala akhiran ‘an’ berfungsi membentuk kata
kerja. Gamelan diperkenalkan oleh masyarakat
Jawa pada zaman kerajaan Hindu-Buddha di
Indonesia. Gamelan Jawa berkembang pesat pada
zaman kerajaan Majapahit dan telah tersebar ke
beberapa daerah seperti Bali dan Sunda.

Selari dengan perkembangan muzik gamelan pada
masa itu, terdapat perbezaan muzik gamelan yang
ketara di antara daerah-daerah ini. Muzik Gamelan
Jawa memiliki nada yang lembut, Gamelan Bali
lebih cenderung kepada muzik yang lebih rancak
manakala muzik Gamelan Sunda lebih mendayu
dan didominasi oleh alat muzik seruling.

PERSEMBAHAN GAMELAN

ZAMAN DAHULU:

• Sebagai persembahan hiburan diraja
• Kesenian gamelan pada suatu masa dahulu hanya berpatronkan raja
•Hanya golongan istana sahaja yang dapat menyaksikan
persembahan gamelan

ZAMAN SEKARANG:

• Dimainkan dikhalayak ramai selepas mendapat kebenaran
daripada Tengku Mariam pada 1970
• Masih dimainkan dalam istiadat istana
• Dipersembahkan dalam majlis-majlis rasmi seperti majlis
konvokesyen ,majlis perkahwinan dan majlis penyampaian
anugerah
• Sebagai muzik iringan ketibaan tetamu

ALAT-ALAT GAMELAN

GENDANG SARON

KENONG GONG

BONANG

GAMBANG

Disediakan Oleh :


Click to View FlipBook Version