5.0 DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas
responden terhadap soal selidik yang berkaitan masalah penglihatan dalam kalangan
pelajar Tingkatan 6 di SMK Tinggi Melaka.
5.1 Demografi Responden
Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada kalangan pelajar Tingkatan
6 SMK Tinggi Melaka, Bandar Hilir, Melaka yang pernah atau sedang mengalami
masalah penglihatan telah disoal selidik dari aspek jantina, kaum, jangka masa
responden mengalami masalah penglihatan dan adakah responden menerima rawatan
atas masalah penglihatan. Hal ini untuk mengenal pasti jenis-jenis masalah penglihatan
dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 di SMK Tinggi Melaka, mengenal pasti kaedah-
kaedah rawatan yang diterima untuk merawat masalah penglihatan dalam kalangan
pelajar Tingkatan 6 di SMK Tinggi Melaka, mengkaji punca-punca masalah
penglihatan dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 di SMK Tinggi Melaka.
5.1.1 Jantina
Jadual 1 dan Rajah 1 menunjukkan bilangan responden yang mengalami masalah
penglihatan mengikut jumlah dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 di SMK Tinggi
Melaka, Bandar Hilir, Melaka.
Jadual 1 : Bilangan responden mengikut jantina
Jantina Bilangan (orang) Peratus (%)
Lelaki 14 46.67
Perempuan 16 53.33
Jumlah 30 100
Sumber : Kajian Lapangan 2020
JANTINA Petunjuk
47% Lelaki
53% Perempuan
Jumlah Responden : 30 orang
Rajah 1 : Bilangan responden mengikut jantina
Sumber : Kajian Lapangan 2020
Jadual 1 dan Rajah 1 menunjukkan bilangan responden mengikut jantina. Berdasarkan
Jadual 1 dan Rajah 1, responden yang terdiri daripada lelaki ialah 14 orang (46.67%)
manakala responden yang terdiri daripada perempuan ialah 16 orang (53.33%).
Keputusan ini telah menunjukkan bilangan responden lelaki dan perempuan adalah
lebih kurang sama. Hal ini disebabkan pengkaji mengedarkan borang soal selidik secara
rawak mudah tanpa mengira jantina dan responden yang menerima borang tersebut
terdiri daripada kedua-dua jantina.
5.1.2 Kaum
Jadual 2 : Bilangan responden mengikut kaum
Kaum Bilangan Responden (orang) Peratus (%)
Melayu 11 36.67
14 46.67
Cina 5 16.67
India 0 0
Lain-lain 30 100
Jumlah
Sumber : Kajian Lapangan 2020
KAUM
17% 0% Petunjuk
36% Melayu
Cina
47% India
Lain-lain
Jumlah Responden : 30 orang
Rajah 2 : Bilangan responden mengikut kaum
Sumber : Kajian lapangan 2020
Jadual 2 dan Rajah 2 menunjukkan bilangan responden mengikut kaum. Berdasarkan
Jadual 2 dan Rajah 2, bilangan responden yang berbangsa Melayu adalah sebanyak 11
orang (36.67%) manakala responden yang berbangsa Cina mempunyai bilangan yang
tinggi iaitu 14 orang (46.67%). Seterusnya, bilangan responden yang berbangsa India
adalah sebanyak 5 orang (16.67%) dan tiada responden bagi kaum yang lain-lain.
Berdasarkan Rajah 2, responden berbangsa Cina merupakan kumpulan yang paling
banyak kerana kebanyakan responden di kalangan pelajar Tingkatan 6 yang berada di
lokasi kajian adalah berbangsa Cina.
5.1.3 Jangka Masa Mengalami Masalah Penglihatan
Jadual 3 : Jangka masa responden mengalami masalah penglihatan
Jangka Masa Bilangan responden (orang) Peratus (%)
Kurang 1 tahun 4 13.3
2 6.7
1-2 tahun 0 0
3-4 tahun
5-6 tahun 13 43.3
7-8 tahun 5 16.7
9-10 tahun 2 6.7
Lebih 10 tahun 4 13.3
Jumlah 30 100
Sumber : Kaijian Lapangan 2020
JANGKA MASA MENGALAMI MASALAH
PENGLIHATAN
Lebih 10 tahun Kurang 1 tahun
13% 13%
9-10 tahun 1-2 tahun
7% 3-74%tahun
0%
7-8 tahun
17%
5-6 tahun
43%
Jumlah Responden : 30 orang
Rajah 3 : Bilangan responden mengikut jangka masa mengalami masalah penglihatan
Sumber : Kaijian Lapangan 2020
Jadual 3 dan Rajah 3 menunjukkan bilangan responden mengikut jangka masa
mengalami masalah penglihatan. Berdasarkan jadual dan rajah tersebut, terdapat 13
orang responden (43.3%) mengalami masalah penglihatan selama 5 hingga 6 tahun, Ia
merupakan bilangan yang tertinggi dalam soalan ini bahawa dalam kalangan pelajar
Tingkatan 6 mula mengalami masalah penglihatan semasa Tingkatan 1 atau Tingkatan
2. Selain itu, terdapat 4 orang pelajar (13.3%) mengalami masalah penglihatan telah
melebihi 10 tahun ke atas. Ia merujukkan masalah tersebut dialami sejak kecil sampai
sekarang.
5.2 Jenis-jenis masalah penglihatan
Jadual 5 dan Rajah 5 menunjukkan jenis-jenis masalah penglihatan dalam
kalangan pelajar Tingkatan 6 di SMK Tinggi Melaka.
Jadual 5 : Jenis-jenis masalah penglihatan
Bil Jenis masalah Ya Tidak Tidak
pasti
penglihatan Peratus(%)
Bil Peratus(%) Bil Peratus(%) Bil 6.7
6.7
1 Rabun jauh 21 70 7 23.3 2 10
20
2 Rabun dekat 9 30 19 63.3 2 6.7
10
3 Rabun silau 14 46.7 13 43.3 3 6.7
16.7
4 Astigmatisme 9 30 15 50 6
5 Rabun warna 3 10 25 83.3 2
6 Rabun malam 15 50 12 40 3
7 Juling 2 6.7 26 86.7 2
8 Ambiplia (mata 10 33.3 15 50 5
malas)
Sumber : Kaijian Lapangan 2020
Rajah 5 : Jenis-jenis masalah penglihatan
Jenis-jenis masalah penglihatan
25
20
15
10
5
0
Petunjuk
Ya
Sumber : Kaijian Lapangan 2020
Merujuk hasil kajian di atas, rabun jauh merupakan masalah penglihatan yang
paling ramai dialami dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 di SMK Tinggi Melaka.
Seramai 21 orang bersamaan 70% responden mengalami masalah rabun jauh sementara
hanya 8 orang bersamaan 30% tidak mengalami masalah penglihatan tersebut ataupun
tidak pasti. Berdasarkan rujukan daripada Internet, rabun jauh adalah salah
satu kelainan refraksi mata. Kondisi ini terjadi karena mata yang tidak dapat
memfokuskan cahaya pada tempat yang semestinya, iaitu pada retina mata. Gejala
utama rabun jauh adalah kaburnya penglihatan ketika melihat benda-benda yang jauh,
misalnya tulisan di papan tulis atau rambu lalu lintas. Ia merupakan sebahagian masalah
kesihatan awam bagi seluruh masyarakat dunia sejak berdekad lalu. Sebagaimana di
negara Asia seperti Singapura dan Taiwan didapati rabun jauh melibatkan 85% dan 90%
daripada kalangan orang muda. Masalah penglihatan yang ditimbul tanpa mengira
jantina, kaum ataupun agama masing-masing.
Seterusnya, seramai 15 orang bersamaan 50% memberi maklum “Ya” dalam
masalah rabun malam. Sementara terdapat 12 orang bersamaan 40% memberi maklum
“Tidak” dan 3 orang responden bersamaan 10% memberi maklum “Tidak pasti” dalam
masalah penglihatan rabun malam. Dengan itu, rabun malam merupakan masalah kedua
ramai orang yang dialami oleh responden dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 di SMK
Tinggi Melaka. Keadaan ini yang dipanggil sebagai Niktalopia oleh doktor, merupakan
keadaan yang menyebabkan anda sukar untuk melihat dengan baik pada waktu malam
atau dalam cahaya yang sedikit. Berdasarkan rujukan daripada Internet, rabun malam
bukanlah sejenis penyakit, tetapi lebih kepada satu gejala bagi masalah lain seperti
masalah rabun yang tidak dirawat. Oleh itu, masalah rabun malam biasanya dialami
tidak dijangka.
Daripada 30 orang responden yang diedarkan borang soal selidik, seramai 14
orang bersamaan 46.67% mengalami masalah rabun silau. Sementara 13 orang
bersamaan 43.3% tidak mengalami masalah rabun silau dan 3 orang responden
bersamaan 10% tidak pasti adakah dirinya mengalami masalah penglihatan tersebut.
Berdasarkan rujukan daripada Internet, rabun silau adalah masalah gangguan
penglihatan yang disebabkan oleh kelengkungan kornea atau kelengkungan kanta mata
yang tidak sekata. Keadaan ini akan mengakibatkan penglihatan kabur pada sebarang
jarak. Rabun silau boleh dialami pada sebarang peringkat umur. Selalu terjadi semasa
lahir dan kadang-kadang terjadi selepas kecederaan atau pembedahan mata. Hampir
semua orang mengalami rabun silau tetapi pada tahap keterukan yang berbeza. Rabun
silau selalunya datang bersama-sama rabun jauh dan rabun dekat.
Bagi masalah penglihatan yang lain, seramai 26 orang bersamaan 86.7% yang
tidak mengalami masalah juling. Sementara 2 orang bersamaan 6.7% yang mengalami
masalah juling dan 2 orang bersamaan 6.7% yang memberikan maklum “Tidak pasti”
dalam masalah penglihatan tersebut. Berdasarkan rujukan daripada Internet, mata
juling terjadi apabila kedua-dua belah mata tidak selari dan melihat ke arah yang
berlainan. Satu mata memandang ke hadapan manakala mata di sebelahnya
memandang sama ada ke dalam, ke luar, ke atas atau ke bawah. Mata juling boleh juga
dikaitkan dengan keturunan. Ia terjadi di kalangan 2-5% kanak-kanak. Dengan itu,
bilangan responden yang mengalami masalah juling dianggap sedikit akibat tiada sebab
yang diketahui.
Selain itu, seramai 25 orang bersamaan 83.3% yang memberi maklum “Tidak”
dalam masalah rabun warna. Sementara 3 orang bersamaan 10% yang memberi
maklum “Ya” dan 2 orang bersamaan 6.7% yang memberi maklum “Tidak pasti” dalam
masalah penglihatan tersebut. Berdasarkan rujukan daripada Internet, Rabun dekat
terjadi apabila imej sesuatu objek yang dilihat, terfokus di belakang retina. Mata letih
dan sakit kepala terutamanya selepas melakukan kerja dekat atau membaca. Justeru itu,
seramai 19 orang bersamaan 63.3% yang tidak mengalami masalah rabun dekat.
Sementara 9 orang bersamaan 30% yang mengalami masalah rabun dekat dan 2 orang
bersamaan 6.7% tidak pasti adakah dirinya mengalami masalah penglihatan tersebut.
Berdasarkan rujukan daripada Internet, individu rabun warna masih boleh mengenal
pasti warna tetapi persepsi warnanya sahaja yang berbeza dengan orang yang
mempunyai penglihatan warna normal. Mereka mempunyai kesukaran membezakan
warna terang dan warna gelap. Masalah rabun warna bergantung kepada tahap
keseriusan rabun warna seseorang.
Akhir sekali, seramai 15 orang daripada 30 orang responden bersamaan 50%
tidak terlibat dalam masalah astigmatisme. Sementara 9 orang bersamaan 30%
mengalami masalah astigmatisme dan yang lain pula memberi maklum tidak pasti
dalam masalh penglihatan tersebut. Berdasarkan rujukan daripada Internet,
astigmatisme disebabkan oleh kelainan pada kelengkungan kornea atau lensa mata.
Belum diketahui apa yang memicu kelainan tersebut, namun diduga terkait dengan
faktor keturunan. Di samping itu, bilangan responden yang memberi maklum “Tidak”
dalam masalah ambiplia (mata malas) sama dengan masalah astigmatisme iaitu 15
orang bersamaan 50%. Sementara 10 orang bersamaan 33.3% orang mempunyai
masalah ambiplia dan yang lain pula tidak pasti dengan masalah penglihatan tersebut.
Berdasarkan rujukan daripada Internet, Ambliopia selalunya terjadi akibat daripada
kegagalan kedua-dua mata untuk melihat pada masa yang sama secara serentak.
Pegawai Optometri dan Oftalmologis (Pakar Mata) di hospital Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) atau praktis swasta boleh mengesan masalah ambliopia melalui
pemeriksaan mata yang kompreshensif termasuk pemeriksaan tahap penglihatan dan
pemeriksaan kuasa cermin mata.
5.3 Kaedah-kaedah rawatan yang diterima untuk merawat masalah penglihatan
Jadual 6 dan Rajah 6 menunjukkan kaedah-kaedah rawatan yang diterima untuk
merawat masalah penglihatan dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 di SMK Tinggi
Melaka.
Jadual 6 : Kaedah-kaedah rawatan yang diterima untuk merawat masalah penglihatan
Bil Jenis kaedah rawatan Ya Tidak
Bil Peratus(%) Bil Peratus(%)
1 Pemakaian cermin mata 29 96.7 1 3.3
2 Pemakaian kanta lekap 14 46.7 16 53.3
3 Pembedahan lasik 5 16.7 25 83.3
4 Rawatan perubatan 14 46.7 16 53.3
5 Rawatan laser 6 20 24 80
6 Pengambilan makanan 19 63.3 11 36.7
supplemen
Sumber : Kaijian Lapangan 2020
Rajah 6 : Kaedah-kaedah rawatan yang diterima untuk merawat masalah penglihatan
Jenis kaedah rawatan
35
30
25
20
15
10
5
0
Pemakaian Pemakaian kanta Pembedahan Rawatan Rawatan laser Pengambilan
cermin mata lekap lasik perubatan makanan
supplemen
Petunjuk
Ya
Sumber : Kaijian Lapangan 2020
Merujuk hasil kajian di atas, kaedah-kaedah rawatan yang diterima oleh paling
ramai untuk merawat masalah penglihatan adalah pemakaian cermin mata. Seramai 29
orang bersamaan 96.7% yang memakai cermin mata untuk menghadapi masalah
penglihatan. Hanya seorang yang tidak memilih pemakaian cermin mata sebagai
kaedah rawatan. Pemakaian cermin mata merupakan kaedah rawatan masalah
penglihatan yang biasa dijumpai dalam kalangan pelajar kerana kos membeli cermin
mata di pasaran adalah berpatutan dan tidak terbeban terhadap keluarga. Kaedah ini
diterima untuk membolehkan orang yang mengalami masalah penglihatan rabunn dapat
melihat dengan jelas serta tidak akan menyebabkan mata anda mendapat penyakit mata
tetapi ia akan menyebabkan anda sakit kepala dan mata tidak selesa. Seterusnya,
pemakaian cermin mata dapat merehatkan mata dan mengelakkan daripada melakukan
kesilapan ketika melakukan kerja seperti menulis, menaip dan menjahit. Berdasarkan
rujukan daripada Internet, penyakit mestilah memilih cermin mata yang sesuai dirinya
supaya masalah penglihatan dapat diselesaikan dalam keadaan yang selesa.
Selain itu, seramai 19 orang bersamaan 63.3% mempunyai pengambilan
makanan supplemen sebagai kaedah rawatan masalah penglihatan. Sementara 11 orang
bersamaan 36.7% tidak terlibat dalam pengambilan makanan supplemen. Dengan itu,
penyakit boleh mengutamakan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh,
susu dan produk susu tanpa lemak atau rendah lemak merangkumi daging, ikan,
kekacang dan telur serta makanan yang rendah lemak, kolesterol, garam dan gula
tambahan. Merujuk kepada hasil dari kajian oleh National Eye Institute, AREDS (The
Age-Related Eye Disease Study) telah menunjukkan kombinasi agen antioksidan yang
tinggi bersama Vitamin A, C dan E serta mineral mampu menurunkan risiko masalah
penyakit mata Degenerasi Makula (Macular Degeneration) dan katarak. Pengambilan
makanan supplemen ini juga memperlahankan perkembangan penyakit degenarsi.
Di samping itu, seramai 14 orang (46.7%) daripada 30 orang responden
memakai kanta lekap sebagai kaedah rawatan. Sementara 16 orang bersamaan 53.3%
tidak memilih pemakaian kanta lekap. Jika dibandingkan dengan cermin mata, kanta
lekap menyediakan medan penglihatan yang lebih luas dan ia jenis lembut sesuai
digunakan untuk aktiviti sukan dan aktiviti lasak. Kanta lekap lebih ringan dan tidak
mudah kelihatan. Kos pembelian kanta mata juga berpatutan dan boleh diterima dalam
kalangan pelajar. Berdasarkan rujukan daripada Internet, kanta lekap disarankan
digunakan selama 8 jam sehari pada waktu siang dan ditanggalkan sebelum tidur
Rawatan perubatan juga salah satu kaedah rawatan. Seramai 14 orang (46.7%)
daripada 30 orang responden menerima rawatan perubatan untuk merawat masalah
penglihatan. Sementara 16 orang bersamaan 53.3% tidak memilih rawatan perubatan
untuk merawat masalah penglihatan. Data pengambilan rawatan perubatan sama
dengan data pemakaian mata lekap. Perubatan merangkumi pelbagai amalan penjagaan
kesihatan yang bercambah untuk mengekalkan dan mengembalikan kesihatan melalui
pencegahan dan rawatan bagi masalah penglihatan.
Seterus itu, hanya 6 orang bersamaan 20% telah menerima rawatan laser untuk
merawat masalah penglihatan. Sementara 24 orang bersamaan 80% tidak menerima
kaedah rawatan tersebut. Selain daripada itu, kaedah rawatan yang diterima oleh paling
sedikit penyakit adalah pembedahan lasik. Hanya 5 orang bersamaan 16.7% memberi
maklum “Ya” dan seramai 25 orang bersamaan 83.3% yang memberi maklum “Tidak”.
Dengan itu, bilangan orang yang menerima kaedah rawatan perubatan dan pembedahan
lasik untuk merawat masalah penglihatan adalah paling sedikit kerana kos rawatan bagi
kedua-dua kaedah ini adalah paling tinggi. Ia akan terasa beban kepada keluarga atau
pelajar Tingkatan 6 zaman sekarang. Mereka belum mampu membayar kos yang begitu
tinggi untuk merawat masalah penglihatan. Dengan sesiapa yang menerima kaedah
rawatan tersebut, mereka patutlah mempunyai lingkungan pendapatan yang tinggi
untuk menanggung kos-kos rawatan.
5.4 Punca-punca masalah penglihatan
Jadual 7 dan Rajah 7 menunjukkan punca-punca masalah penglihatan dalam
kalangan pelajar Tingkatan 6 di SMK Tinggi Melaka.
Jadual 7 : Punca-punca masalah penglihatan
Bil Punca masalah Sangat tidak Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju
penglihatan setuju
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
1 Faktor genetik 1 3.3 5 16.7 8 26.7 11 36.7 5 16.7
2 Kerap terdedah 2 6.7 2 6.7 8 26.7 17 56.7 1 3.3
kepada
pancaran
ultraviolet 1 3.3 1 3.3 4 13.3 8 26.7 16 53.3
3 Penggunaan
gajet elektronik
terlalu lama 3 10 6 20 15 50 6 20 0 0
4 Kecederaan
pada bahagian
mata
5 Bermain telefon 1 3.3 3 10 2 6.7 6 20 18 60
pintar dalam
keadaan gelap 1 3.3 2 6.7 4 13.3 9 30 14 46.7
6 Melihat skrin
telefon pintar
dalam jarak
yang dekat
(kurang 25 cm)
7 Bermain 3 10 1 3.3 4 13.3 8 26.7 14 46.7
komputer
selama berjam-
jam tanpa rehat
8 Menonton TV 1 3.3 3 10 6 20 9 30 11 36.7
dalam keadaan
gelap 1 3.3 5 16.7 10 33.3 8 26.7 6 20
9 Menonton TV
dalam jarak
yang dekat
(kurang 25 cm) 3 6.7 4 13.3 5 16.7 11 36.7 8 26.7
10 Membaring
ketika membaca
buku 5 16.7 4 13.3 12 40 6 20 3 10
11 Kurang
pengambilan
makanan
supplemen
Sumber : Kaijian Lapangan 2020
Rajah 7 : Punca-punca masalah penglihatan
Punca-punca masalah penglihatan
20
18
16
14
12
10
8
6
4
2
0
Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju
Sumber : Kaijian Lapangan 2020
Dalam bahagian ini, analisis mendapati 5 orang bersamaan 16.7% sangat setuju
bahawa faktor genetik adalah punca-punca menjadikan masalah penglihatan dalam
kalangan pelajar Tingkatan 6 di SMK Tinggi Melaka, diikuti seramai 11 orang
bersamaan 36.7% bersetuju dengan pernyataan ini. Sementara seramai 8 orang
bersamaan 26.7% memberi maklum “Tidak pasti”, 5 orang bersamaan 16.7% tidak
setuju dan hanya seorang sangat setuju kepada pernyataan tersebut. Menurut Jamilah
K. A. Mohamed (2006), punca-punca kecacatan adalah termasuk, baka dan keturunan,
komplikasi semasa hamil dan semasa lahir, rubella, syphilis, kecederaan dan penyakit.
Masalah penglihatan ini boleh berlaku sejak bayi itu dilahirkan ataupun semasa zaman
kanak-kanaknya ataupun setelah ia dewasa. Masalah penglihatan ini boleh bertambah
buruk dari semasa ke semasa ataupun ianya akan kekal ataupun ianya akan bertambah
baik melalui proses pemulihan dan rawatan. Ianya boleh berlaku disebabkan oleh satu
atau lebih sistem penglihatan seseorang individu itu mengalami kerosakan ataupun
tidak berfungsi.
Seterusnya, kerap terdedah kepada pancaran ultraviolet juga salah satu punca
masalah penglihatan. Seorang daripada 30 orang responden sangat setuju kepada
pernyataan ini, diikuti seramai 17 orang bersamaan 56.7% bersetuju kerap terdedah
kepada pancaran ultraviolet akan mengakibatkan masalah penglihatan. Sementara 8
orang bersamaan 26.7% tidak pasti tentang punca masalah penglihatan ini, 2 orang
bersamaan 6.7% tidak setuju dan 2 orang lagi sangat tidak setuju kepada pernyataan ini.
Berdasarkan rujukan daripada Internet, pancaran ultraviolet bukan sahaja skan
merosakkan kulit, ia juga boleh menjejaskan mata. Kerosakan mata berlaku kerana kira-
kira 99 peratus sinar UV diserap oleh bahagian depan mata. Kesan kronik kerosakan
mata akibat pendedahan berlebihan kepada sinar UV juga boleh menyebabkan kebutaan.
Menurut Dr Choong, melindungi mata daripada kesan buruk sinar UV sebenarnya
mudah iaitu dengan memakai cermin mata gelap yang ada perintang sinar UV, tetapi
pemakaian cermin mata gelap untuk kanak-kanak juga tidak boleh dilakukan
sewenang-wenangnya dan memerlukan nasihat pakar mata kerana dikhuatiri
bersandarkan maklumat kurang tepat, tidak merasai manfaat penuh cermin mata gelap
dengan perintang sinar UV.
Selain daripada itu, seramai 16 orang bersamaan 53.3% sangat setuju dengan
penggunaan gajet elektronik terlalu lama adalah punca masalah penglihatan, diikuti 8
orang bersamaan 26.7% memberi maklum “Setuju” kepada pernyataan ini. Sementara
4 orang tidak pasti dengan punca penggunaan gajet elektronik terlalu lama, seorang
tidak setuju dan seorang lagi sangat tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Kajian
mendapati hampir satu bilion kanak-kanak berisiko tinggi mengalami rabun jauh atau
miopia menjelang 2050 akibat kerap terdedah kepada cahaya daripada telefon bimbit
atau gajet elektronik. Menurut pakar Oftamologi Katarak dan Refraktif, Dr Vienne Tai
Pih Yih, berkata menatap gajet terlalu lama boleh merosakkan penglihatan. Katanya,
mata menjadi letih disebabkan terlalu lama tertumpu kepada paparan skrin peralatan
elektronik, kesannya mereka tidak melakukan aktiviti fizikal di rumah. Setiap pelajar
perlu mengurangkan terdedah dengan peralatan elektronik kerana boleh menyumbang
kepada pemanjangan mata dan menggalakkan miopia. Malah dengan penggunaan gajet
elektronik pada tempoh lama menyebabkan mata menjadi tegang dan meningkatkan
miopia dan risiko juling.
Bagi pernyataan kecederaan pada bahagian mata, sebanyak 6 orang bersamaan
20% bersetuju dan tiada orang sangat setuju pada pernyataan ini. Sementara 15 orang
bersamaan 50 % tidak pasti bahawa kecederaan pada bahagian mata adalah punca
masalah penglihatan, diikuti 6 orang bersamaan 20% tidak setuju dan 3 orang
bersamaan 10% sangat tidak setuju pada pernyataan tersebut. Menurut Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO, 2002), kecederaan di bahagian mata adalah juga penyebab
utama boleh menjadikan kebutaan. Sebagai contoh, masalah penglihatan dan kebutaan
pada sebelah mata. Kecederaan mata sering berlaku di kalangan kanak-kanak, remaja
serta pekerja-pekerja industri. Kecederaan ini mengakibatkan risiko kehilangan
penglihatan, terutamanya kecederaan yang melibatkan tusukan ke dalam mata serta
kemasukan benda asing ke dalam bebola mata. Kecederaan pada mata boleh berlaku
disebabkan oleh kemalangan jalan raya, pergaduhan, bersukan, kemalangan di tempat
kerja, terdedah pada bahan kimia atau benda asing. Kecederaan pada mata boleh
mengakibatkan jangkitan kuman sekiranya ia tidak dirawat dengan segera.
Sesiapa yang bermain telefon pintar dalam keadaan gelap juga berisiko
mengalami masalah penglihatan. Seramai 18 orang bersamaan 60% sangat setuju
bahawa bermain telefon pintar dalam keadaan gelap merupakan punca masalah
penglihatan mereka, diikuti 6 orang bersamaan 20% setuju pada pernyataan ini.
Sementara 2 orang bersamaan 6.7% tidak pasti tentang punca masalah penglihatan ini,
3 orang bersamaan 10% tidak setuju dan seorang sangat tidak setuju dengan pernyataan
ini. Seterus itu, seramai 11 orang bersamaan 36.7% sangat setuju bahawa menonton TV
dalam keadaan gelap akan menimbulkan masalah penglihatan dan 9 orang bersamaan
30% bersetuju pada pernyataan ini. Sementara 6 orang bersamaan 20% tidak pasti
dengan pernyataan ini, 3 orang bersamaan 10% tidak setuju dan seorang sangat idak
setuju dengan menonton TV dalam keadaan gelap mengakibatkan masalah penglihatan.
Menurut seorang pakar mata di Zhenjiang, Zhao Bingkun berkata apabila seseorang
merenung skrin terang dalam gelap boleh menyebabkan otot ciliary terlebih
penggunaannya lalu memberi kesan kepada keupayaan untuk menampung perubahan
dalam kanta apabila melihat objek pada jarak yang berbeza. Kerosakan retina boleh
membawa kepada buta, ophthalmologists melihat peningkatan jumlah pesakit yang
mengalami keadaan itu selepas merenung skrin komputer dan telefon pintar terlalu lama.
Pada 23 Jun lalu, menerusi jurnal perubatan New England, para doktor menjelaskan
secara terperinci kes dua wanita yang berusia 22 tahun dan 40 tahun, yang menjadi
“buta sementara akibat penggunaan telefon” selama berbulan-bulan. Kedua-dua wanita
berkenaan mengadu hilang daya penglihatan sehingga 15 minit lamanya dan keadaan
itu berlaku berulang kali.
Di samping itu, seramai 14 orang bersamaan 46.7% sangat setuju dengan
melihat skrin telefon pintar dalam jarak yang dekat (kurang 25 cm) akan menyebabkan
masalah penglihatan, diikuti 9 orang bersamaan 30% bersetuju pada pernyataan ini.
Sementara 4orang bersamaan 13.3% tidak pasti bahawa melihat skrin telefon pintar
dalam jarak yang dekat (kurang 25 cm) adalah punca masalah penglihatan, 2 orang
bersamaan 6.7% tidak setuju dan hanya seorang yang sangat tidak setuju pada
pernyataan ini. Bagi punca masalah menonton TV dalam jarak yang dekat (kurang 25
cm), seramai 6 orang bersamaan 20% sangat setuju dan 8 orang bersamaan 26.7%
bersetuju pada pernyataan ini. Sementara 10 orang bersamaan 33.3% memberi maklum
“Tidak pasti”, 5 orang bersamaan 16.7% tidak setuju dan hanya seorang sangat tidak
setuju dengan punca masalah penglihatan ini. Kajian menunjukkan penggunaan alat
teknologi ini melebih dua jam sehari akan membawa risiko 90% kepada sindrom
tersebut serta menyebabkan pelbagai kesan sampingan terhadap mata dan penglihatan.
Berdasarkan rujukan daripada Internet, antara faktor yang menyumbang kepada risiko
mendapat penyakit ini adalah disebabkan imej yang tercipta pada skrin ‘visual display
terminal(VDT)’ adalah dalam bentuk piksel yang mana tahap kontras huruf-huruf pada
skrin tidak tajam seperti bahan bercetak. Ini menjadikan mata kita menghadapi
kesukaran untuk terus fokus pada skrin ketika membaca, seterusnya menyebabkan mata
seolah-olah dipaksa untuk kekal meneruskan pembacaan. Keadaan ini mewujudkan
ketegangan kepada otot-otot mata yang terlibat dalam proses pembacaan jarak dekat,
lantas mengakibatkan keletihan kepada mata.
Bermain komputer selama berjam-jam tanpa rehat juga salah satu punca
masalah penglihatan. Seramai 14 orang bersamaan 46.7% sangat setuju bahawa
bermain komputer selama berjam-jam tanpa rehat telah mengakibatkan masalah
penglihatan, diikuti 8 orang bersamaan 26.7% bersetuju dengan pernyataan ini.
Sementara 4 orang bersamaan 13.3% memberi maklum “Tidak pasti”, seorang tidak
setuju dan 3 orang bersamaan 10% sangat tidak setuju bahawa punca masalah
penglihatan tersebut. Teknologi komputer telah menjadi sebahagian daripada
kehidupan orang moden. Menurut kajian, orang biasa membelanjakan sehingga 3.5
bulan setahun di hadapan skrin TV atau monitor. Akibat dari kerja jangka panjang di
belakang monitor sering ketidakselesaan mata dan kerengsaan, perasaan "pasir" di mata,
dan pembakaran dan kesakitan di mata. Merujuk daripada Internet, otot mata mula
tegang ketegangan yang berterusan dari komputer, yang menyebabkan sakit pada mata
dan kekejangan. Biasanya, seseorang harus berkelip setiap 5 saat, iaitu kira-kira 11,000
kali sehari. Tetapi ketika kita melihat monitor dengan sengaja, kelopak mata menutup
sehingga 5 kali kurang kerap, kerana kita perlu menegangkan mata kita untuk melihat
imej yang sentiasa berkelip.
Justeru itu, seramai 8 orang bersamaan 26.7% sangat setuju bahawa membaring
ketika membaca buku adalah punca masalah penglihatan, diikuti 11 orang bersamaan
36.7% bersetuju pada pernyataan ini. Sementara 5 orang bersamaan 16.7%
menandakan “Tidak pasti”, 4 orang bersamaan 13.3% tidak setuju bahawa membaring
ketika membaca buku adalah punca masalah penglihatan dan 3 orang bersamaan 6.7%
sangat tidak setuju pada pernyataan ini. Kajian menunjukkan pada saat kita berbaring
telentang sambil membaca buku, mata kita akan tertuju pada sudut yang tidak biasa.
Para doktor mata menyarankan agar memegang buku atau bahan bacaan kita pada sudut
60 derajat dari mata kita, sudut terbaik tersebut tidak akan bisa dicapai jika kita
membaca sambil berbaring. Jika kita memegang bahan bacaan dengan posisi yang tidak
nyaman, hal tersebut dapat menegangkan otot di sekitar mata kita. Dengan ini, rasa
sakit itu disebut astenopia. Kemungkinan besar kondisi ini tidak akan berdampak
permanen terhadap mata kita, tetapi perlu diingat bahawa membaca sambil tiduran juga
akan menyebabkan gejala-gejala yang membuat tidak nyaman seperti mata terasa tidak
nyaman atau sakit serta menimbulkan masalah penglihatan yang berbagai.
Akhir sekali, bagi punca masalah kurang pengambilan makanan supplemen, 3
orang bersamaan 10% sangat setuju dan 6 orang setuju pada pernyataan ini. Sementara
sebanyak 12 orang bersamaan 40% tidak pasti bahawa kurang pengambilan makanan
supplemen adalah punca masalah penglihatan, 4 orang bersamaan 13.3% tidak setuju
dan 5 orang bersamaan 16.7% sangat tidak setuju pada pernyataan tersebut. Merujuk
kepada hasil dari kajian oleh National Eye Institute, AREDS (The Age-Related Eye
Disease Study) telah menunjukkan kombinasi agen antioksidan yang tinggi bersama
Vitamin A, C dan E serta mineral mampu menurunkan risiko masalah penyakit mata
Degenerasi Makula (Macular Degeneration) dan katarak. Pengambilan makanan
supplemen ini juga memperlahankan perkembangan penyakit degenarsi. Oleh itu,
penyakit boleh mengutamakan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh,
susu dan produk susu tanpa lemak atau rendah lemak merangkumi daging, ikan,
kekacang dan telur serta makanan yang rendah lemak, kolesterol, garam dan gula
tambahan. Dan juga memperbanyakkan pengambilan makanan supplemen yang
membawa manfaat kepada penglihatan kita.