KOPERASI SMK BUKIT TINGGI BERHAD 28750 BENTONG PAHANG ATURAN-ATURAN : 1. Tabung Pendidikan 2. Tabung Kebajikan 3. Tabung Derma
ATURAN-ATURAN KECIL PENGGUNAAN WANG TABUNGAN 1.0 PENGENALAN Kumpulan Wang atau Tabung yang diwujudkan untuk manfaat anggota-anggotanya. Dana yang terkumpul di dalam tabung ini adalah melalui keuntungan yang diperolehi oleh Koperasi dari setahun ke setahun dan penyaluran wang ke dalam setiap jenis Tabung adalah berdasarkan cadangan sebagaimana yang telah dipersetujui bersama antara Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). 2.0 TAFSIRAN 2.1 Di dalam Aturan ini, melainkan ada sesuatu perkara atau perkataan yang berlainan maknanya maka tafsiran berikut adalah dipakai: 2.1.1 anggota maknanya anggota-anggota yang telah sah diterima menjadi anggota mengikut Undang-Undang Kecil Koperasi; 2.1.2 derma maknanya pemberian wang secara ikhlas yang dikeluarkan daripada Tabung Anggota Koperasi ini mengikut Peraturan-peraturan ini; 3.0 MATLAMAT Memberi perkhidmatan dan manfaat kepada anggota-anggota Koperasi SMK Bukit Tinggi Berhad secara khasnya dan kepada pihak Sekolah secara amnya terhadap perkara-perkara yang melibatkan isu kebajikan ALK dan anggota, kehilangan ahli keluarga, bencana alam, keceriaan koperasi dan persekitaran sekolah serta membiayai program-program pembangunan sahsiah diri serta kecemerlangan anggota. 4.0 OBJEKTIF 4.1 Membantu anggota-anggota koperasi yang kurang berkemampuan; 4.2 Meringankan beban sara hidup anggota-anggota semasa sakit ataupun ditimpa kemalangan; 4.3 Menghargai sumbangan Anggota Pengurusan Koperasi (APK) , Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Pengawas Koperasi; 4.4 Memberi insentif kepada anggota atau keluarga anggota yang lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan awam, peperiksaan peringkat sekolah atau peperiksaan ikhtisas serta peninggian taraf akademiknya; 4.5 Membantu pihak pengurusan sekolah menceriakan persekitaran sekolah dan melaksanakan aktivitiaktiviti yang melibatkan warga sekolah; 4.6 Menderma kepada badan-badan kebajikan yang diiktiraf atau yang dianjurkan oleh kerajaan bagi meneruskan aktiviti-aktiviti kebajikannya dan membangunkan masyarakat.
5.0 JENIS-JENIS TABUNGLima jenis Tabung tersebut adalah :- i) Tabung Pendidikan ii) Tabung Kebajikan iii) Tabung Derma 6.0 ATURAN PENGGUNAAN 6.1 Tabung Pendidikan 6.1.1 Jumlah peruntukan i)Jumlah peruntukan adalah 10% dari keuntungan bersih Koperasi setelah ditolak peruntukan bagi Kumpulan Wang Rizab. 6.1.2 Diberikan dengan tujuan : i) Membiayai sebarang bentuk aktiviti pendidikan melibatkan anggota atau Guru Koperasi seperti menghadiri kursus, bengkel, seminar atau lawatan berkaitan hal ehwal koperasi. ii) Pemberian berupa wang, baucer atau peralatan kepada anggota yang cemerlang dalam peperiksaan SPM atau peperiksaan peringkat sekolah. 6.1.3 Cara pembahagian bantuan i) Cara pembahagian bantuan adalah mengikut kadar yang dipersetujui dalam mesyuarat ALK selepas bermulanya sesuatu tahun kewangan yang baru. ii) Dibahagi-bahagikan kepada Persatuan/Kelab/Badan Beruniform yang menguruskan yang menguruskan bantuan berkenaan. 6.2 Tabung Kebajikan 6.2.1 Jumlah peruntukan : i) Jumlah peruntukan adalah 10% dari keuntungan bersih Koperasi setelah ditolak peruntukan bagi Kumpulan Wang Rizab. ii) Derma daripada ahli-ahli koperasi sama ada honorarium yang tidak dituntut atau saham dan dividen ahli berhenti yang tidak dituntut. iii) Derma-derma daripada pihak lain. 6.2.2 Diberikan dengan tujuan : i) Derma khairat kematian anggota atau keluarga anggota ii) Derma kepada anggota atau keluarga anggota yang ditimpa kemalangan.
iii) Sumbangan untuk melaksanakan program-program sekolah bagi tujuan yang khusus melibatkan anggota-anggota seperti Hari Sukan Tahunan, Hari Graduasi Pelajar, sambutan Hari Guru dan lain-lain. iv) Sumbangan di atas khidmat APK, ALK dan Pengawas Koperasi .v) Memberi bantuan kepada mana-mana anggota yang mempunyai inisiatif untuk mengubahsuai atau menceriakan bangunan atau persekitaran kedai koperasi untuk manfaat semua ahli vi) Menampung perbelajaan menaik taraf kemudahan-kemudahan di kedai koperasi 6.2.3 Cara pembahagian bantuan : i) Mengikut kadar yang dipersetujui dalam mesyuarat ALK selepas bermulanya sesuatu tahun kewangan yang baru. ii) Tuntutan semula saham, dividen atau honorarium oleh ahli-ahli yang berhenti atau diberhentikan. 6.3 Tabung Derma 6.3.1 Jumlah peruntukan i) Jumlah peruntukan adalah 10% dari keuntungan bersih Koperasi setelah ditolak peruntukan bagi Kumpulan Wang Rizab. 6.3.2 Diberikan dengan tujuan : i) membantu menjelaskan yuran peperiksaan anggota dan bukan anggota yang tidak berkemampuan yang difikirkan sesuai oleh APK .ii) Memberi bantuan dalam bentuk pakaian, peralatan dan buku-buku pelajaran kepada anggota dan bukan anggota yang tidak berkemampuan yang difikirkan sesuai oleh APK. iii) Derma kebajikan kepada pihak-pihak luar dan bukan ahli bagi kes-kes istimewa yang difikirkan sesuai oleh APK seperti kes ditimpa bencana alam dan lain-lain. 6.3.3 Cara pembahagian bantuan i) Agihan tabung boleh diberikan dalam merupakan bentuk wang tunai, mengikut kadar yuran peperiksaan semasa dan bagi bantuan bukan berbentuk wang. ii)kadar adalah sebagaimana dipersetujui dalam mesyuarat ALK selepas bermulanya sesuatu tahun kewangan yang baru.
7.0 PENTADBIRAN TABUNGAN 7.1 Tabung Anggota Koperasi ini hendaklah ditadbirkan oleh Jawatankuasa Kecil Wang Tabungan yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-Undang Kecil 43 (w) koperasi ini. 7.2 Jumlah ahli-ahli Jawatankuasa Kecil ini hendaklah seramai tidak lebih dari 5 orang. 7.3 Mereka-mereka yang diberikuasa mengeluarkan wang oleh Undang-Undang Kecil Koperasi adalah dengan sendirinya menjadi ahli Jawatankuasa Kecil ini. 8.0 KELAYAKAN PEMOHON 8.1 Anggota-anggota Koperasi ini yang telah menjadi anggota 6 bulan dengan tidak putus-putus, adalah layak untuk memohon bantuan dari Tabung Anggota Koperasi ini. 8.2 Waris bagi anggota yang meninggal dunia adalah layak memohon bantuan Tabung Derma Dan Sumbangan dengan syarat bahawa anggota yang meninggal dunia itu telah menjadi anggota Koperasi ini selama 6 bulan dengan tidak putus-putus. Kelayakan ini akan tamat tempohnya selepas 6 bulan dari tarikh kematian ahli itu. 8.3 Pihak pentadbir sekolah yang menjadi premis Koperasi ini. 8.6 Individu bukan anggota atau pihak luar yang difikirkan layak memohon oleh APK atau pihak pentadbir sekolah. 8.7 Anggota-anggota tidaklah boleh menuntut mana-mana bantuan dalam Tabung Anggota Koperasi ini sebagai satu haknya. 9.0 PERMOHONAN 9.1 Semua permohonan untuk mendapatkan bantuan dari Tabung Anggota Koperasi ini hendaklah dibuat di dalam borang yang disediakan oleh Lembaga. 9.2 Permohonan-permohonan tersebut hendaklah dikepilkan bersama dengan kenyataan-kenyataan yang sah yang boleh menyokong akan permohonannya itu. 10.0 KADAR BANTUAN 10.1 Bantuan berbentuk kewangan kepada pemohon-pemohon yang layak adalah mengikut kadarkadar yang ditetapkan oleh Lembaga 10.2 Had maksimum yang boleh dibayar adalah ; (a) Tabung Pendidikan RM500 (b) Tabung Kebajikan RM500 (c) Tabung Derma RM500
10.3 Kadar yang boleh dibayar oleh Lembaga kepada sesuatu permohonan itu bergantunglah pada kedudukan kewangan Tabung Anggota Koperasi ini, 11.0 PINDAAN ATURAN 11.1 Anggota Lembaga Koperasi akan diberi mandat atau dibenarkan untuk meminda sebarang syarat dalam Aturan-Aturan Tabung ini dari semasa ke semasa berdasarkan kepentingan dan mengikut keadaan kewangan semasa koperasi. Di akui aturan ini telah dibentang, dibincang dan diterima di dalam Mesyuarat Agung pada