The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MATPPUMS14, 2020-12-04 11:13:43

Buku atur cara MATPPUMS14

Buku Atur Cara MATPPUMS14

Perutusan
Naib Canselor

Assalamualaikum,
WBT, Salam Sejahtera, Salam UMS Kampus Rahmah.

Syabas kepada PPUMS atas kejayaan penganjuran Mesyuarat
Agung Tahunan PPUMS kali ke-14 ini. Ternyata, para pegawai
pengurusan dan profesional UMS berjaya menyesuaikan cara
kerja dan aktiviti berpersatuan dalam kebiasaan baharu ini.

Sememangnya perubahan global semasa yang melanda dunia
telah memberi impak kepada institusi pengajian tinggi.
Perubahan ini seterusnya mengubah gaya kerja kita mengikut
norma baharu. Sebagai barisan pentadbir di universiti ini, kita
harus bersedia menghadapi perubahan dengan memainkan
peranan masing-masing. Situasi VUCA (volatility, uncertainty,
complexity, ambiguity) yang sedang kita hadapi di mana berlaku
segala ketidakstabilan, ketidaktentuan, kerumitan dan kekaburan
memerlukan kita mengadaptasi diri. Justeru, kita perlu bersikap
dinamik, cekap dan bersedia dalam menyelesaikan sebarang
masalah yang timbul ekoran daripada perubahan yang tidak
menentu.

Kita harus bersikap fleksibel dan bertindak mengikut keperluan semasa, iaitu berupaya mengubah suai
cara melaksanakan tugas kebiasaan. Kerja yang sebelum ini dilakukan secara manual atau melibatkan
kontak secara fizikal, kini dibuat secara dalam talian lantaran bekerja dari rumah (BDR).

Sebagai pembimbing perubahan, bersikaplah prihatin, selain mengutamakan kecekapan organisasi dan
melaksanakan strategi perubahan. Pada tempoh sukar ini, kita memerlukan kekuatan jiwa dalam
menghadapi dugaan khasnya yang bersangkut paut dengan pekerjaan-emosi.

Marilah kita kekal teguh bersatu menjalankan tugas dan amanah kepada UMS dan negara amnya.
Mantapkanlah ikatan sesama ahli dalam persatuan PPUMS dengan mengukuhkan segala aktiviti dan
perancangan yang bermanfaat untuk para ahli dan UMS umumnya.

Sekian, wassalam.

PROFESOR DATUK CHM. DR TAUFIQ YAP YUN HIN
Naib Canselor
Universiti Malaysia Sabah

Kata Aluan
Presiden PPUMS

Assalamualaikum
WBT dan Salam Ukhuwah.

Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Pelaksana MAT ke-14 yang
telah bertungkus lumus menjayakan mesyuarat agung pada tahun ini
walaupun terpaksa berhadapan dengan cabaran besar pandemik
COVID-19, di mana kaedah mesyuarat telah disesuaikan dengan
norma baharu ini.

Sepanjang April 2019 hingga Disember 2019, Jawatankuasa Eksekutif
PPUMS Sesi 2019/2021 telah berjaya mengadakan pelbagai aktiviti
merangkumi aspek peningkatan profesionalisme, kemahiran,
kebajikan ahli serta rekreasi serta ukhuwah dan persefahaman untuk
dimanfaatkan bersama semua ahli.

PPUMS telah bekerjasama dengan Jabatan Pendaftar khasnya
Bahagian Sumber Manusia dalam penganjuran bengkel khusus untuk
meningkatkan profesionalisme dan kemahiran para pegawai UMS.
Beberapa siri kunjungan hormat kepada pegawai utama universiti
juga telah dibuat bertujuan untuk bertukar idea dan pendapat
berkenaan hal ehwal semasa universiti dan aspirasi persatuan.

Langkah ini dibuat agar kita dapat bergerak seiring dengan universiti, lebih-lebih lagi para pegawai
P&P adalah tulang belakang UMS. Dalam semangat berpersatuan dan menjaga kebajikan, kita juga
telah menghulurkan sumbangan kepada ahli yang ditimpa musibah, menyumbang kepada ahli yang
menimang cahaya mata pada tahun 2008 hingga 2018, menyumbang khairat kematian kepada
pegawai yang kehilangan ahli keluarga dan sumbangan kepada pegawai yang mendirikan rumah
tangga. Bagi mengeratkan ukhuwah dan persefahaman dalam kalangan ahli, PPUMS telah
mengadakan aktiviti gotong-royong, menyambut dwiperayaan, di samping menganjurkan aktiviti
rekreasi.

Berhadapan dengan cabaran semasa memerlukan persatuan digerakkan mengikut norma baharu. Apa
pun keadaannya, marilah kita mengurus perubahan ini secara profesional dan meningkatkan
produktiviti masing-masing dengan mengutamakan integriti dan tanggungjawab, memaksimumkan
penggunaan teknologi, kreatif dan menyesuaikan kerja dengan tanggungjawab harian. Marilah kita
sama-sama mengubah minda dan beradaptasi dengan norma baharu ini.
Sekian, wassalam. Terima kasih.

ENCIK MOHAMAD EDRUS OTHMAN, C.A (M)
Presiden
Pegawai Pengurusan dan Profesional Universiti Malaysia Sabah (PPUMS)
Sesi 2019/2021

Atur cara Majlis

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

KALI KE-14 (MATPPUMS14) 2020
Tarikh : 14 Disember 2020 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi
Medium : Secara Atas Talian

PENDAFTARAN AHLI KE MESYUARAT 9:00 am
9.30 am
MAJLIS PERASMIAN MATPPUMS14

Nyanyian Lagu Negaraku & Sabah Tanah Airku
Bacaan Doa
Ucapan Alu-aluan oleh En. Mohamad Edrus bin Othman, Presiden PPUMS
Ucapan Perasmian oleh YBhg. Prof. Datuk ChM. Dr. Taufiq Yap Yun Hin,
Naib Canselor UMS
Pelancaran Buletin PPUMS Isu 1 2019/2020
Penyampaian Cenderamata Perasmi
Penyampaian Sijil kepada Pengarang e-buletin – paparan sijil penerima
Tayangan Video Aktiviti PPUMS
Sesi Bergambar
Cabutan Bertuah

MESYUARAT AGUNG BERMULA 10.30 am

Alu-aluan Pengerusi Mesyuarat
Pengesahan Minit Mesyuarat Agung MATPPUMS13
Perkara-perkara berbangkit
Pembentangan Laporan Tahunan 2019 oleh Presiden PPUMS
Pembentangan dan perbahasan usul
Ucapan penangguhan Mesyuarat oleh Pengerusi Mesyuarat

MAJLIS PENUTUPAN 12.30 pm
2.00 pm
Cabutan Bertuah

MAJLIS DIJANGKA SELESAI

Senarai Jawatankuasa Pelaksana
MATPPUMS14/2020

ENCIK MOHAMAD EDRUS BIN OTHMAN

Penasihat

PUAN SALFARAH ABDULLAH

Pengerusi

PUAN JUNAINAH ISMAIL

Setiausaha

PUAN NORAZMAYATI BINTI KASSIM

Penolong Setiausaha

ENCIK EDDY BIN ALFREN JALIUS

Bendahari

PENDAFTARAN & PUBLISITI
Puan Norhanas Lamit (K)

Puan Rozaidah Amir Hussein (TK)

TEKNIKAL DAN SIARAYA
Encik Abdul Latif Matali (K)
Encik Gahzali Nurillah (TK)

TEKS UCAPAN & BUKU PROGRAM
Puan Ainun Jamil (K)

Puan Herlina Jupiter (TK)

PROTOKOL & SAMBUTAN
Puan Petherine Anak Jimbau (K)

Puan Flora Anne Ansalin (TK)

LOGISTIK
Encik Mohd Ridzuan Bin Ahmad Ibrahim (K)

Encik Hazwan Bin Hasan (TK)

PENGACARA MAJLIS
Encik Rakam Singh A/L Karam Singh
Puan Nursharmie Amira binti Yamin

JAMUAN & CENDERAMATA
Puan Nurhani Binti Sugianto (K)
Puan Sharifah Rofidah Binti Habib Hasan (TK)

TAJAAN & PENJANAAN
Encik Mohd Aiddy Suffian Abd Rashid (K)

Puan Liew Chun Fong@Vivien (TK)

PEMBACA DOA
Ustaz Md. Razali Saibin

PENCATAT MINIT
Encik Mohd. Khairul Hazzizie Harun
Puan Armawaty Natasha Binti Abdul Rahman

Nota: (K) – Ketua, (TK) – Tim. Ketua

Senarai Jawatankuasa Eksekutif
PPUMS SESI 2019/2021

ENCIK MOHAMAD EDRUS BIN OTHMAN

Presiden

PUAN ZURAINI HAMDIN

Naib Presiden

PUAN ROSNITAH GUMPAR

Setiausaha

PUAN AINUN JAMIL

Penolong Setiausaha

PUAN HANNAH CHAN

Bendahari

PUAN NAZRAH UMDAN

Penolong Bendahari

Ahli Jawatankuasa

BIRO TUGAS-TUGAS KHAS
Encik Muhin Haji (K)

Encik Sylvencent Pokhan

BIRO LATIHAN & PEMBANGUNAN KERJAYA
Encik Mohd. Jamal Atong (K)

Encik Muhammad Syafaruddin Mahali

BIRO KEBAJIKAN & KHIDMAT SOSIAL
Puan Juliza Ramzi (K)
Encik Mas Adi Alimin

BIRO KEROHANIAN & KILANAN KERJAYA
Encik Muhammad Jumrat Minsun (K)
Puan Nurazean Sheir

BIRO EKONOMI & PENJANAAN
Encik Charles Thomas (K)

Encik Mohd Ridzuan Ahmad Ibrahim

BIRO PENERANGAN & PUBLISTI
Puan Salfarah Abdullah (K)

Encik Bernard Tzing Ziang Vui

BIRO SUKAN & REKREASI
Encik Rakam a/l Karam Singh (K)

Puan Anita Arsad

BIRO DATA & MAKLUMAT
Encik Chong Tze Chien (K)
Puan Nursharmie Amira binti Yamin

PEMERIKSA KIRA-KIRA
Molly Donna Awang Sham

Agnessera Boitol

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI DAN PROFESIONAL
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

URLs:
https://tinyurl.com/y4zm9kb4
https://qrgo.page.link/zXNCQ

Bertekad Cemerlang

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version