SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI, JALAN
PENGKALAN, 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.
NAMA : THIVASHINEEY A/P RAVINDRAN
KELAS : 4 USM
SUBJEK : PENDIDIKAN MORAL
NAMA CIKGU : ENCIK AZEMAN JARANI
PENGURUSAN
PERBELANJAAN
SECARA BERETIKA
CARA CARA PENGURUSAN
PERBELANJAAN SECARA BERETIKA
1. Setiap kali terima gaji bulanan, pastikan anda mengasingkan sejumlah
wang sekurang-kurangnya 10% untuk dijadikan simpanan.
2. Utamakan keperluan berbanding kehendak diri. Jelaskan segala
komitmen bulanan seperti kereta, rumah dan bil-bil bulanan terlebih dahulu.
Kemudian baharu memasang niat untuk berbelanja ke arah memenuhi
kehendak diri.
3. Belanja mengikut kemampuan, elakkan berhutang untuk barang yang
bukan menjadi keperluan. Kecuali untuk membeli barang yang tidak
mampu dibeli secara tunai seperti kereta dan rumah..
4. Bebas daripada hutang jahat seperti kad kredit, pinjaman peribadi dan
seangkatan dengannya. Impak terikat dengan hutang sebegini hanya akan
mengakibatkan anda menanggung beban hutang yang mempunyai kadar
faedah yang tinggi.
5. Pastikan anda mempunyai pelan insurans yang mampu melindungi diri anda
dan keluarga secara komprehensif. Kita tidak dapat menjangka apa yang akan
berlaku pada masa depan. Jadi sebaiknya, mencegah lebih baik daripada
mengubati.
Kepentingan pengurusan kewangan
secara beretika
Membolehkan kita mencapai matlamat yang ditetapkan.
Mendisiplinkan diri dalam merancang penggunaan wang atau
perbelanjaan.
Membebaskan diri daripada bebanan hutang yang banyak.
Mengelakkan diri daripada ditipu
Mengelakkan pembaziran
Kesan pengurusan perbelanjaan
tidak beretika
Terpaksa berkongsi menanggung bebanan
hutang.
Meningkatkan perbelanjaan yang tidak
sepatutnya.
Melahirkan tabiat masyarakat yang boros dan
membazir.
Meningkatkan kuasa beli yang tidak
sewajarnya.
Meningkatkan kos pelupusan barangan yang
dibuang dan dibazirkan.
Cara anda menguruskan kewangan
anda.
Belajar untuk berkata tidak !
Ada antara kawan kita yang hidup mewah, datang
dari keluarga berada dan berkemampuan. Apabila,
mereka panggil kita kerap kali untuk makan di luar
dan tengok wayang pada hujung minggu kita
haruslah belajat untuk berkata tidak !
Cari diskaun pelajar
Banyak tempat dan servis yang memberikan
diskaun pelajar!
Oleh itu, kita tidak harus berasa segan untuk
minta diskaun pelajar.
Masukkan baki wang saku ke dalam tabung
Membeli barang keperluan sahaja dan tidak
belanja secara besar-besaran.
TERIMA
KASIH