The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EFOLIO PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirahnuha1712, 2022-12-07 07:56:21

ADAT SEBAGAI HUKUM

EFOLIO PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM

ADAT SEBAGAI HUKUM
MPU 23072 PELANCONGAN DAN

HOSPITALITI DALAM ISLAM



NOR AMIRAH NUHA BT MOHD ZAWAVI
( 29DHF2hu1gF2004 )

NUR SYAZWINA IRDINA BT MAT KHUZAINY
( 29DHF21F2048 )

NUR SYARAH SYAHIRAH BT MD YUSNI
(29DHF21F2036 )

SITI NUR ALISHA BT MAT LAZIN
( 29DHF21F2032 )

PENGENALAN

Adat sebagai sumber rujukan hukum adalah merupakan
kaedah fiqh asas yang kelima daripada kaedah fighiyyah
yang asas atau utamayang yang disebut sebagai kaedah
kubra.

Ulama mengiktirafkan kaedah ini apabila dalam keadaan
ketiadaan dalil atau dengan kata lain, sesuatu uruf atau
adat tidak boleh diterima sebagai hukum, sekiranya
perkara itu mempunyai dalil tertentu. Begitu juga,
sekiranya adat itu bercanggah dengan dalil atau nas, maka
ia akan ditolak kerana bertentangan dengan kaedah
syarak.

Aplikasi kaedah ini adalah cukup meluas oleh ulama dalam
pelbagai fhiqhiyyah seperti tradisi, muamalat dan
penghakiman. Oleh itu, topik ini akan memblincangkan
pengertian dan penghuraian kaedah, contoh penggunaan
kaedah, sumber asal atau dalil kaedah, kategorinya dan
syarat untuk mengamalkan adat dan uruf. Tidak
ketinggalan, kita juga akan mempelajari dan memahami
tiga pecahan adat dan melihat bagaimana kaedah ini
dipratikkan dalam sistem muamalat di Malaysia

Adat dari sudut bahasa



• Adat dari segi bahasa bermakna berulang
kali. Ia merupakan nama kepada

pengulangan perbuatan berkali-kali



Adat dari sudut istilah

Apa sahaja yang menjadi amalan
kebiasaan orang ramai atau segolongan

daripada mereka, sesuatu perbuatan
atau perkataan yang berterusan

dilakukan oleh manusia yang mana ia
dapat diterima oleh akal manusia atau

sesuatu yang dilakukan secara
berulang-ulang

PENGERTIAN ADAT

SEBAGAI HUKUM

Tahukan anda asal atau dalil bagi kaedah ini?
Asal atau dalil bagi kaedah ini adalah

bersumberkan kepada dalil al Quran dan hadis
seperti yang disenaraikan dalam jadual.



DALIL KAEDAH
Adat yang diamalkan dalam sesebuah

masyarakat, sama ada ianya berbentuk umum
atau Khusu ianya akan menjadi sumber

rujukan hukum apabila ia tidak ada penjelasan
hukum yang berkaitan daripada syarak.

CONTOH APLIKASI
KAEDAH

ADAT PENENTUAN KADAR
MAHAR

Adat penetuan kadar mahar atau mas
kahwin yang merupakan pemberian
waiib daripada suami kepada isteri
sebagai simbol penghargaan dalam
perkahwinan yang suci. Islam tidak
mengehadkan mahar kepada harta
tertentu atau jumlah tertentu sama

ada minimum atau maksimum.
Sesuatu yang bernilai dan memenuhi
syarat yang digariskan dan mengikut

panduan syariat Islam adalah
diharuskan.

Di samping itu, mahar juga perlu
berasakan kepada aspek kemampuan

dan keredaan antara dua pihak.

ADAT PEMAKAIAN

Adat pemakaian dalam masyarakat haruslah
memakai pakaian yang sopan, tidak kira

sama ada berlainan jantina, kaum mahupun
agama. Dari segi hukum agama, setiap agama

pasti ada hukum yang dirujuk dan telah
dinyatakan untuk berpakaian sopan agar

tidak berlaku sebarang masalah atau
keburukan kepada diri sendiri. Sebagai
contoh, pakaian trandisional Melayu ialah
baju kurung dan baju melayu malah pakaian
tradisional bagi kaum China pula ialah
cheongsam dan samfoo. Manakala bagi kaum
India pula pemakaiannya ialah sari dan kurta

pyjama.

ADAT MAIN KUTU

Permainan kutu ini boleh dikatan sebagai
"akad wadiah" yang diguna pakai oleh ahli berkenaaan

iaitu semasa menyerahkan wang kutu kepada ketua
kumpulan yang dilantik.



Permainan in merupakan amalan bagi kebanyakkan
masyarakat setempat di Malaysia Satu kumpulan
dibentuk dan diketuai oleh seorang ketua di mana
setiap bulan, semua ahli akan menyumbangkan

wang mengikt jumlah yang dipersetujui satu undian
akan dibuat untuk menentukan giliran siapa yang
akan mendapat wang terkumpul tersebut


Oleh itu, setiap seorang daripada ahli kumpulan

tersebut akan menerima wang terkumpul mengikut
giliran masing masing: Amalan ini diamalkan

bertujuan untuk saling membantu anatara satu
sama lain dalam mengatasi masalah kewangan dan

untuk mengumpul modal.

ADAT TERBAHAGI KEPADA 4
BAHAGIAN

1. ADAT AM : Sesuatu kebiasaan diterima umum
sebagai sesuatu yang memberi maksud tertentu.

CONTOHNYA :
i) menggunakan e-mel
ii) menggunakan surat sebagai bukti

2. ADAT KHUSUS : Perkara yang terpakai dan
difahami oleh sesetengah masyrakat atau negeri
atau dalam kalangan golongan tertentu.

CONTOHNYA : membincangkan tentang isu enjin
kenderaan sama ada kereta,motosikal, dan
sebagainya.

3. ADAT SAHIH : Adat yang tidak bercanggah dengan
nas syarak atau prinsip syariat,tidak menghalalkan yang

haram,tidak membatalkan yang wajib atau
menghilangkan kemaslahatan dalam syariat.



CONTOHNYA : Seseorang mengguna khidmat
SMS,ATM,pejabat pos,perbankan untuk membayar zakat

fitrah.



4. ADAT FASID ATAU ROSAK : Adat yang berlawanan
atau bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat
atau menghalalkan yang haram atau membatalkan yang
wajib atau menghilangkan kemaslahatan dalam syariat.



CONTOHNYA : Bentuk-bentuk perandingan yang
menggunakan sistem pesanan ringkas yang mempunyai

unsur pertaruhan

CIRI-CIRI HUKUM ADAT
-Hukum adat umumnya hukum yang

tidak tertulis.
-Norma-norma hukum adat tertuang
dalam petuah-petuah yang memuat

asas-asas peri kehidupan dalam
masyarakat

-Asas-asas itu dirumuskan dalam
bentuk pepatah-pepatah, petitih-
petitih, seloka-seloka, cerita-cerita,

dan perumpamaan.
-Kepala adat selalu dimungkinkan
ikut campur tangan dalam segala

urusan.
-Faktor-faktor dari segala
kepercayaan atau agama sering kali
tidak bisa dipisahkan lantaran era
terjalin dengan segi hukum dalam

arti sempit.


Click to View FlipBook Version