The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-10869581, 2021-05-28 08:23:01

BUKU SKRAP SEJARAH TAHUN 6

PERAYAAN-PERAYAAN DI MALAYSIA

BUKU SKRAP
PERAYAAN MC ASYARAKAT

MALAYSIA

KAJIAN KES SEJARAH

BUKU SKRAP SEJARAH

NAMA : JEREMIAH JUITIN
KELAS : 6 IXORA
SEKOLAH : SK MALAWA
GURU MATAPELAJARAN : CIKGU SITI HAJAR BINTI JIRUN

2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. TAJUK 1-2
2. ISI KANDUNGAN 3
3. BIODATA MURID 4
4. PENGHARGAAN 5
5. OBJEKTIF KAJIAN 6
6. KAEDAH KAJIAN 7
7. PENGENALAN 8
8. LAPORAN KAJIAN 9-25
9. RUMUSAN 26
10. LAMPIRAN 27-29
11. RUJUKAN
30

3

BIODATA MURID

Nama saya ialah Jeremiah Juitin. Saya ialah murid kelas 6 Ixora. Nama
sekolah saya ialah SK Malawa, Kota Kinabalu. Saya adalah anak yang
pertama dari dua orang adik beradik. Saya dilahirkan di Klang, Selangor
pada 31 Mac 2009. Keluarga saya berpindah ke Sabah pada tahun 2016
kerana mengikut ibubapa saya berpindah tempat pekerjaan. Hobi saya
ialah bermain permainan komputer dan membaca komik. Saya bercita cita
menjadi seorang mekanik yang berjaya.

4

PENGHARGAAN

Setinggi tinggi terima kasih saya ucapkan kepada guru sejarah saya iaitu cikgu Siti Hajar
kerana mengajar dan memberi panduan kepada saya untuk buat buku skrap sejarah
ini.
Terima kasih juga untuk ibubapa saya kerana membimbing saya di rumah untuk
menyiapkan buku skrap ini.

5

OBJEKTIF KAJIAN

1. Menyatakan perayaan utama masyarakat di negara Malaysia.
2. Menjelaskan tujuan sambutan perayaan di Malaysia.
3. Membandingkan amalan sambutan perayaan dahulu dan kini.
4. Menghuraikan keunikan sambutan perayaan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

6

KAEDAH KAJIAN

Projek buku skrap ini telah dijalankan pada ketika Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) kerana penularan covid 19 di seluruh negeri Sabah. Banyak perayaan-
perayaan sambutan pelbagai kaum khususnya di Sabah ini telah di sambut dengan
cara norma baharu. Tahun ini adalah tahun kedua saya tidak berkesempatan untuk
merayakan sambutan perayaan secara bersemuka seperti tahun-tahun yang lepas.
Maka kaedah kajian saya ini lebih banyak berasaskan sumber maklumat dari internet.
Sumber dari internet adalah sangat luas dan tidak terbatas. Dengan melayari internet
saya telah dapat mengumpul banyak maklumat yang saya perlukan untuk menyiapkan
projek ini.
Kaedah lain yang saya gunakan adalah dengan membaca petikan di surat khabar dan
majalah yang berkaitan.

7

PENGENALAN

Negara kita terdiri daripada pelbagai agama, kaum dan budaya. Sebagai masyarakat
yang berbilang kaum, kita meraikan pelbagai jenis perayaan pada setiap tahun. Ada
perayaan yang disambut untuk memenuhi tuntutan agama, memperingati peristiwa
penting atau mengekalkan budaya yang diwarisi.

Oleh itu, kita harus berasa bangga dengan pelbagai keunikan yang ada di negara kita.
Keunikan ini amat dikagumi oleh masyarakat antarabangsa.

Tidak banyak negara di dunia yang mempunyai kelebihan seperti di negara kita.

8

1. PERAYAAN UTAMA DI MALAYSIA

Setiap perayaan di Malaysia akan disambut dengan gembira. Sambutan ini juga turut
dimeriahkan oleh kaum-kaum lain. Oleh itu, kerajaan telah memutuskan sebanyak enam
perayaan agama dan kepercayaan dijadikan sebagai perayaan utama rakyat
Malaysia.
Perayaan ini disambut di seluruh negara dan diraikan dengan mengadakan Rumah
Terbuka Malaysia. Matlamat utama Rumah Terbuka Malaysia adalah untuk memupuk
perpaduan dan mewujudkan suasana harmoni.

9

6 perayaan utama di Malaysia adalah seperti dibawah:

i. Hari Raya Aidilfitri
ii. Tahun Baru Cina
iii. Deepavali
iv. Hari Krismas
v. Hari Gawai
vi. Tadau Kaamatan

10

i. Hari Raya Aidilfitri

•Disambut oleh golongan masyarakat beragama Islam
•Disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah, setelah anak bulan dapat dilihat
pada penghujung bulan Ramadhan
•Amalan kunjung-mengunjung dan rumah terbuka mengeratkan
hubungan masyarakat tanpa mengira bangsa
•Pelbagai juadah tradisional disediakan seperti ketupat, lemang, nasi
himpit dan sebagainya
•Amalan tradisi yang sentiasa diamalkan pada hari raya adalah
memberi duit raya kepada kanak-kanak dan amalan bermaaf-maafan

11

ii. Tahun Baru Cina

•Disambut oleh masyarakat Cina
•Menandakan kedatangan Tahun Baru mengikut kalendar Cina (terdapat 12 binatang
yang menaungi kalendar mereka)
•Pakaian Samfu dan Cheongsam
•Aktiviti Makan Besar diadakan pada malam Tahun Baru untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan
•Pemberian ‘Angpao’ kepada keluarga dan sahabat yang belum berkahwin
•Juadah di Hari Tahun Baru adalah kuih bakul dan buah limau mandarin
•Tarian Singa adalah untuk mendapatkan keberkatan

12

iii. Perayaan Deepavali

•Disambut oleh masyarakat Hindu & dirayakan pada bulan gelap Aippasi
•Mandi dengan minyak sebagai tanda menyucikan tubuh
•Memasang pelita (vilakku) di hadapan rumah
•Melukis ‘Ranggali’ di hadapan rumah dengan menggunakan beras
•Bersembahyang di kuil dan berkunjung ke rumah keluarga dengan membawa manisan

13

iv. Hari Krismas

• Disambut oleh penganut Kristian pada 25 Disember
• Aktiviti menghias pokok krismas dengan lampu bewarna-warni
• Berkumpul bersama ahli keluarga dan saling bertukar hadiah
• Bersembahyang di gereja pada pagi Krismas

14

v. Hari Gawai

•Disambut oleh peribumi Sarawak, terutama Iban, Bidayuh dan Orang Ulu
•Merupakan hari menyambut tahun baru yang menandakan telah berakhirnya musim
menuai padi dan bermulalah musim menanam padi yang baru
•Mengadakan upacara Ranyai sebagai tanda kesyukuran
•Menghidangkan makanan tradisional
•Mengadakan pertandingan Kumang dan Keling (pertandingan ratu cantik dan lelaki
perkasa
•Memakai pakaian tradisional

15

vi. Tadau Kaamatan

• Disambut oleh peribumi Sabah terutama oleh kaum Kadazan Dusun
• Mengadakan upacara “Magavau” yang memuja semangat padi iaitu “Bambazon”

sebagai tanda kesyukuran dan diadakan selepas selesai menuai padi
• Menjamu makanan tradisional dan air tapai (kinomol)
• Mengadakan tarian sumazau dengan memakai pakaian tradisional dan pertandingan

“Unduk Ngadau” (ratu cantik)

16

2. TUJUAN SAMBUTAN PERAYAAN DI
MALAYSIA

Selain enam perayaan utama yang disambut secara tradisi dan rumah terbuka,
terdapat juga perayaan yang disambut bagi tujuan (A) keagamaan, kepercayaan dan
(B) kebudayaan yang disambut di negara kita.
Selain toleransi dan saling menghormati membolehkan rakyat Malaysia mengamalkan
pelbagai perayaan dan adat resam tanpa sekatan. Perlembagaan Persekutuan juga
membenarkan kita mengamalkan tuntutan agama masing-masing.

17

A. Perayaan keagamaan dan
kepercayaan

i. Islam : Masyarakat yang beragama Islam merayakan Hari Raya Aidiladha
ii. Kristian : Penganut Kristian merayakan Hari Easter
iii. Hindu : Penganut Hindu merayakan Thaipusam
iv. Buddha: Masyarakat beragama Buddha merayakan Hari Wesak
v. Sikh : Masyarakat beragama Sikh merayakan Hari Vaisakhi

18

B. Perayaan kebudayaan

Konsep kebudayaan merangkumi keseluruhan cara hidup yang dikongsi dan diwarisi
seperti Bahasa, agama, pakaian dan lain-lain.
i. Kaum Cina : Merayakan Cap Goh Mei
ii. Kaum India : Merayakan Sambutan Ponggal
iii. Masyarakat Siam : Merayakan Lay Krathong
iv. Masyarakat Portugis di Melaka : Merayakan San Pedro
v. Masyarakat Orang Asli : Merayakan Jis Pai (Tahun Baharu)

19

3. AMALAN SAMBUTAN PERAYAAN
DAHULU DAN KINI

Kemeriahan sambutan perayaan dalam kalangan masyarakat dahulu masih kekal dan
diteruskan sehingga kini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perubahan yang
berlaku disebabkan factor pembangunan, perkembangan teknologi dan perubahan
social dalam kalangan masyarakat di negara kita.

20

Hari Raya Aidilfitri

Masyarakat Melayu dahulu akan menyediakan kuih-muih tradisional. Kuih-muih ini
memerlukan kepakaran dan kesabaran untuk membuatnya. Penyediaan juga
memerlukan kerjasama ahli keluarga dan masyarakat sekampung. Contohnya amalan
mengacau dodol. Pada hari ini, kuih-muih tradisional boleh di beli pada bila-bila masa.
Golongan muda pula lebih berminat dengan kuih-muih moden. Sajian ini juga mudah
dibuat dan diperoleh.

Kini

Dahulu

21

Tahun Baru Cina
Amalan makan besar di rumah bersama-sama dengan ahli keluarga merupakan tradisi
turun-temurun yang masih diamalkan sehingga kini. Walau bagaimanapun, pada hari ini
ada keluarga yang berkumpul untuk makan besar di restauran atau hotel.

Kini

22

Hari Deepavali
Aktiviti melukis kolam ialah suatu aktiviti penting yang diwarisi turun-temurun apabila
menyambut Deepavali. Biasanya aktiviti ini akan dibuat oleh anak perempuan. Dahulu
Kalam dihasilkan daripada tepung yang berwarna putih sahaja. Kini pengunaan tepung
putih telah ditukar kepada beras atau hampas kelapa berwarna warni. Kalam yang
dihasilkan juga mempunyai corak yang lebih kreatif dan menarik.

23

Lain-lain
Setiap kali tibanya sesuatu perayaan, semua kaum di Malaysia akan menhantar ucapan
kepada kaum keluarga dan sahabat handai yang jauh. Zaman sekarang, ucapan
dihantar melalui kad ucapan elektronik e-kad atau melalui media social. Pada zaman
dahulu, ucapan dihantar dengan menggunakan kad ucapan melalui pos.

24

4. KEUNIKAN SAMBUTAN PERAYAAN 25
DALAM KALANGAN MASYARAKAT

MALAYSIA

• Sejak dahulu, masyarakat Malaysia menerima kepelbagaian budaya daripada kaum dan etnik
yang terdapat di negara ini. Sikap terbuka ini telah Berjaya mengekalkan keunikan dalam
setiap perayaan. Contohnya, perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Tadau
Kaamatan dan Hari Gawai dapat diraikan bersama-sama dalam masyarakat kita. Antara
keunikan sambutan perayaan dalam kalangan masyarakat kita ialah :

- Tradisi pulang ke kampong halaman

- Kepelbagaian makanan tradisional di hidang dan dinikmati bersama

- Amalan ziarah menziarahi tanpa mengira kaum dan agama

- Pemberian duit raya

- Pemberian angpow

- Bersyukur pada rezeki yang diterima sepanjang tahun

RUMUSAN

• Tradisi unik perayaan di Malaysia memberikan rasa kekitaan kepada setiap anggota
keluarga. Selain itu, tradisi ini memberikan kesedaran kepada generasi muda tentang
kekayaan dan kepelbagaian khazanah budaya di Malaysia. Warisan perayaan
masyarakat di Malaysia perlu dihargai agar kehidupan yang lebih harmoni dan
bersatu padu akan tercapai.

• Kepelbagaian kaum menyebabkan wujudnya pelbagai perayaan
• Perayaan-perayaan ini memupuk nilai-nilai murni dan saling menghormati antara satu

sama lain
• Mengeratkan perpaduan antara kaum yang menjadi tunjang keamanan negara

26

LAMPIRAN

27

LAMPIRAN

28

LAMPIRAN

29

Rujukan

• Buku teks Sejarah tahun 6 , Unit 6: Perayaan di Malaysia
• https://sejkssrt6t2u6.wordpress.com/pautan/
• https://fliphtml5.com/hcfl/dzat/basic

30


Click to View FlipBook Version