The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-12207666, 2022-08-03 00:49:06

10 QR TMK 10.1

10 QR TMK 10.1

Biologi Tingkatan 4

1.2TMK itMiveintgkkAaji kesan perubahan nisbah jumlah luas Aktiviti:
Eksperimen
permukaan / isi padu (JLP/I) terhadap kadar
10.1 resapan

Natrium hidroksida (NaOH) mengubah penunjuk fenolftalein dalam kubus agar menjadi merah jambu.
Selepas kubus direndam ke dalam larutan natrium hidroksida, anda akan dapat melihat berapa
banyak natrium hidroksida meresap ke dalam kubus berdasarkan kepada perubahan dalam warna.
Ini membolehkan anda menentukan hubungan antara resapan dengan nisbah jumlah luas permukaan
kepada isi padu kubus.

Pernyataan masalah
Bagaimanakah nisbah jumlah luas permukaan kepada isi padu mempengaruhi kadar resapan bahan

terlarut?

Hipotesis
Semakin besar nisbah jumlah luas permukaan kepada isi padu, semakin cepat kadar resapan bahan

terlarut.

Pemboleh ubah
Dimanipulasikan: Panjang sisi kiub
Bergerak balas: Peratus bahagian kiub yang berubah warna
Dimalarkan: Kepekatan larutan natrium hidroksida 0.2 M dan jenis agar

Bahan
Agar fenolftalein 1.0%, larutan natrium hidroksida 0.2 M, sekeping plastik tidak berwarna (contohnya

transparensi) dan kertas turas.

Radas
Piring petri, pembaris, gunting, pisau cukur dan jam randik

Prosedur 4 cm
• Lukis empat model sel (digunakan sebagai acuan untuk bentuk kubus) pada plastik tidak

berwarna berdasarkan pada corak dan dimensi yang ditunjukkan dalam Rajah 10.1.

1 cm 2 cm 3 cm

4 cm

2 cm 3 cm

RAJAH 10.1 Corak acuan bentuk kubus

1

Biologi Tingkatan 4

• Potong, lipat dan gamkan acuan bentuk kiub bersisi 1 cm,
2 cm, 3 cm dan 4 cm. Hitung jumlah luas permukaan dan isi padu setiap kubus dan rekod nilai-
nilai ini dalam jadual.

Tuang 1.0% agar fenolftalein ke dalam setiap acuan dan biarkan agar-agar membeku
(Gambar foto 10.1)

GAMBAR FOTO 10.1 Agar-agar membeku dalam acuan

• Apabila kubus agar-agar mula membeku, asingkan kubus dari acuan dengan cermat
(Gambar foto 10.2).

Letakkan setiap kubus ke dalam piring petri. Tuang 50 ml larutan natrium hidroksida 0.2 M ke
dalam setiap piring petri dan mulakan jam randik (Gambar foto 10.3 dan 10.4). Selepas 5 minit,
alihkan setiap kubus dan keringkan kubus menggunakan kertas turas.

Untuk setiap kubus, perhatikan dan anggarkan peratus bahagian kubus yang berubah warna
(Gambar foto 10.5).

GAMBAR FOTO 10.2 GAMBAR FOTO 10.3
Agar-agar yang dikeluarkan dari acuan Tuang larutan natrium hidroksida ke dalam piring petri

2

Biologi Tingkatan 4

GAMBAR FOTO 10.4 GAMBAR FOTO 10.5
Resapan natrium hidroksida Kubus agar -agar selepas 5 minit direndam dalam larutan
natrium hidroksida

Keputusan

Panjang Jumlah Isi padu Nisbah Panjang Peratus bahagian kubus yang
sisi setiap luas (cm3) jumlah luas resapan berubah warna =
permukaan
kubus permukaan kepada isi (cm) Panjang resapan x 100%
(cm) (cm2)
padu Jumlah panjang laluan resapan

1
2

Perbincangan
1 Apakah hubungan antara saiz kubus dan nisbah jumlah luas permukaan kepada isi padu

(JLP/I)?

2 Kubus yang manakah menunjukkan peratus bahagian yang berubah warna paling banyak
selepas 5 minit?

3 Apakah hubungan antara nisbah jumlah luas permukaan kepada isi padu dengan peratus
bahagian yang berubah warna selepas 5 minit?

4 Bagaimanakah nisbah jumlah luas permukaan kepada isi padu mempengaruhi pergerakan zat
terlarut seperti natrium hidroksida ke bahagian dalam kubus?

5 Cadangkan cara-cara meningkatkan pergerakan zat terlarut merentasi kubus tanpa mengubah
saiz kubus tersebut.

6 Apakah hubungan antara saiz organisma dan nisbah jumlah luas permukaan kepada isi padu?

7 Berdasarkan pada aktiviti ini, apakah inferens yang boleh dibuat berkaitan dengan masalah
yang dihadapi oleh organisma multisel untuk memperoleh keperluan sel? Bagaimanakah
organisma multisel mengatasi masalah ini?

8 Terangkan mengapa perlu ada sistem pengangkutan dalam sesetengah organisma multisel.

Kesimpulan
Adakah hipotesis tersebut diterima? Cadangkan satu kesimpulan yang sesuai.

3


Click to View FlipBook Version