Biologi Tingkatan 4
1.2TMK itMiveintgkkAaji struktur respirasi dalam serangga, Aktiviti:
8.1 katak dan tikus Pemerhatian
Bahan
Lipas, katak, tikus, kapas, kloroform, sarung tangan, beg sampah dan kertas tisu
Radas
Pisau yang tajam, kanta pembesar, papan bedah, pin, gunting, skalpel, forseps dan bikar
Prosedur
A) Lipas: Trakea
1 Tuang sedikit kloroform pada kapas. Kemudian, masukkannya ke dalam sebuah bikar yang
mengandungi seekor lipas. Kloroform akan membunuh lipas tersebut.
2 Letakkan lipas mati tersebut di atas papan bedah.
3 Buangkan semua kakinya dengan menggunakan gunting.
4 Pinkan lipas pada kedudukan dorsal di atas papan bedah.
5 Potong bahagian abdomen dan toraks dari bawah sehingga ke atas pada kedua-dua belah
dengan menggunakan gunting.
6 Buang bahagian dinding ventral. Kemudian, buang usus dan organ-organ pembiakan dengan
menggunakan forsep.
7 Setelah organ-organ dibuang, anda akan melihat trakea-trakea berisi udara yang berwarna
perak.
8 Kenal pasti susunan trakea yang bercabang dalam bahagian abdomen dan hubungan lateral ke
spirakel pada abdomen.
B) Katak: peparu
1 Masukkan seekor katak ke dalam sebuah bekas yang sesuai.
2 Tuang sedikit kloroform pada kapas dan masukkan kapas tersebut ke dalam bekas untuk
membunuh katak.
3 Selepas beberapa minit, keluarkan katak yang mati daripada bekas dan letakkannya di atas
papan bedah.
4 Pinkan anggota-anggota badan katak pada papan bedah.
5 Buat insisi pertama pada kulit sepanjang bahagian tengah katak untuk membahaginya kepada
dua.
6 Angkat kulit di tengah kaki belakang katak menggunakan forseps. Buat satu insisi kecil melalui
kulit menggunakan skalpel (Gambar foto 8.1(a)).
7 Gunakan gunting untuk meneruskan insisi sehingga bahagian dagu katak (Gambar foto 8.1(b)).
8 Buat dua insisi secara melintang pada kulit: insisi pertama di antara kaki depan dan insisi kedua
di antara kaki belakang (Gambar foto 8.1(c)).
9 Angkat kulit dengan forseps. Gunakan skalpel untuk mengasingkan kulit daripada otot di
bawahnya (Gambar foto 8.1(d)).
a bc d
1
Biologi Tingkatan 4
10 Selepas anda telah membuka kulit, pinkan kulit tersebut pada papan bedah.
11 Buat satu insisi kecil antara kaki belakang dengan skalpel (Gambar foto 8.1(e)).
12 Dengan menggunakan gunting, teruskan insisi di bahagian tengah sehingga bahagian bawah
kaki hadapan (Gambar foto 8.1(f)) dan potong melalui tulang dada.
13 Buat insisi ke sisi pada lapisan otot dengan skalpel. Insisi pertama ialah di antara kaki hadapan
dan insisi kedua di antara kaki belakang.
14 Pinkan lapisan otot pada papan bedah.
15 Kenal pasti peparu. Perhatikan permukaan peparu (Gambar foto 8.1(g)).
ef g
GAMBAR FOTO 8.1 Langkah-langkah membedah katak
C) Tikus: peparu
Jalankan pembedahan tikus dengan berpandukan kaedah pembedahan katak untuk memerhati
struktur peparu.
Perbincangan
Namakan struktur respirasi manusia, serangga, ikan, amfibia dan tikus. Bincangkan struktur respirasi
dalam semua organisma ini. Senaraikan ciri umum struktur respirasi serangga, amfibia dan tikus.
Kesimpulan
Cadangkan satu kesimpulan yang sesuai untuk pemerhatian ini.
2