The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-86215069, 2022-08-25 22:16:38

ARTIKEL 5 LEFTENAN ADNAN PEWIRA BANGSA

ARTIKEL 5 LEFTENAN ADNAN PEWIRA BANGSA

Sumber: Berita Tentera Darat Malaysia, The Patriots



Keberanian Lt Adnan diakui
General Yamashita yang
mengatakan “Jika ada 10
orang lagi seperti Lt.

Adnan, Jepun memerlukan
10 batalion lagi untuk

menakluk Tanah Melayu.”

Adnan bin Saidi dilahirkan di
Sungai Ramal, Kajang pada 1915.
Pada 1933 apabila Rejimen Askar
Melayu Diraja (RAMD) ditubuhkan,
beliau yang ketika itu berusia 18
tahun antara orang pertama yang

menyertainya.

Adnan menjadi pegawai tentera
Melayu pertama apabila

dinaikkan pangkat sebagai Sarjan
pada 1936 seterusnya menjadi
Kompeni Sarjan Mejar pada 1937.
Beliau menjadi Leftenan selepas
mengikuti kursus di Singapura &

dilantik mengetuai Platun 7
Kompeni C RAMD.

Pada Disember 1941, Jepun
mendarat di pantai timur Tanah
Melayu, pantas mara ke selatan &

berjaya menakluk seluruh
semenanjung dalam masa hampir
2 bulan, memaksa tentera British
berundur ke Singapura sebelum

Jepun sampai ke situ pada 7
Februari.

Meletus Pertempuran Pasir
Panjang pada 13 Februari,
menyaksikan Jepun berjaya
menembusi barisan pertahanan
pertama. Pada lewat malam itu,
Kompeni C berkekuatan 42
anggota pimpinan Lt. Adnan
diarahkan untuk bertahan Bukit

Candu.

Pertempuran diteruskan
keesokan paginya & awal
petang itu, Lt. Adnan berjaya
mematahkan serangan

berhelah Jepun yang
menyamar sebagai tentera
Sikh. 2 jam selepas berundur,
Jepun hadir semula dengan

gelombang serangan
penghabisan.

Kompeni C kehabisan peluru &
semakin ditekan, namun tidak
dapat berundur kerana tali air
yang dicemari minyak terbakar
memisahkan mereka dengan

barisan belakang. Maka Lt.
Adnan mengarahkan

pasukannya untuk lawan hingga
ke hujung nyawa.

Akhirnya Lt. Adnan yang cedera
parah ditangkap Jepun, diseksa

& digantung/diikat pada
sebatang pokok ceri lalu ditikam

dengan bayonet sehingga
menemui ajalnya di usia 27
tahun. Jepun berjaya menakluk
Singapura esok harinya, pada 15

Februari 1942.


Click to View FlipBook Version