PERLEMBAGAAN
MAJLIS GURU BESAR DAERAH HULU SELANGOR, NEGERI SELANGOR
HUSELIAN, SEHATI MENGUNGGULI PRESTASI
FASAL 1
1. NAMA DAN ALAMAT
1.1. Nama Majlis ini ialah Majlis Guru Besar Daerah Hulu
Selangor, ringkasnya MGBD dan selepas itu disebut
Majlis.
1.2. Pejabat Majlis ini ialah di sekolah Setiausaha bertugas
atau ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Tadbir Majlis.
1.3. Tempat mesyuarat Majlis akan ditentukan oleh Ahli
Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke semasa.
FASAL 2
2. DEFINISI
2.1. Perkataan Guru Besar bermaksud semua guru yang dilantik
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Guru Besar di
sekolah rendah dalam Daerah Hulu Selangor.
2.2. Pendaftar maknanya Pengarah Pendidikan Negeri Selangor.
Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor
Muka surat 1/18
2.3. Penasihat maknanya Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Hulu Selangor.
2.4. Pegawai Perhubungan maknanya Timbalan Pegawai
Pendidikan Daerah (Sektor Pengurusan Sekolah) Daerah Hulu
Selangor.
2.5. Ahli maknanya semua Guru Besar sekolah rendah dalam Daerah
Hulu Selangor.
2.6. Pegawai Tadbir Majlis maknanya Guru Besar yang dipilih atau
dilantik dalam Mesyuarat Agung Majlis yang terdiri daripada
Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha,
Penolong Setiausaha dan Bendahari.
2.7. Ahli Jawatankuasa maknanya Guru Besar yang dipilih dalam
Mesyuarat Agung Majlis.
2.8. Jawatankuasa Tadbir Majlis merupakan sebuah jawatankuasa
yang bertanggungjawab mentadbir urus Majlis dengan
diketuai oleh Pengerusi dan barisan Pegawai Tadbir Majlis yang
lain bersama-sama dengan barisan Ahli Jawatankuasa.
2.9. Majlis Guru Besar Negeri Selangor (MGBS) maknanya Majlis
peringkat negeri yang menggabungkan semua Majlis Guru Besar
Daerah dalam Negeri Selangor.
FASAL 3
3. TUJUAN
3.1 Mengeratkan hubungan muhibah di antara Guru-guru Besar di
semua peringkat dan semua jenis sekolah rendah dalam daerah
Hulu Selangor.
Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor Muka surat 2/18
3.2 Bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pengalaman
pentadbiran dan pendapat yang boleh meningkatkan prestasi
pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah rendah Daerah
Hulu Selangor.
3.3 Menyokong dan bekerjasama dengan Majlis Guru Besar Selangor
dan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia.
3.4 Memberi kerjasama kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu
Selangor, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Kementerian
Pendidikan Malaysia bagi melicinkan pelaksanaan dan keperluan
Dasar Pendidikan Kebangsaan serta program dan aktiviti
pendidikan.
3.5 Mendukung dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara
dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3.6 Berusaha meningkatkan kerja berprestasi tinggi dalam
perkhidmatan dan profesion guru besar.
3.7 Berusaha meningkatkan kebajikan, kemasyarakatan dan tatasusila
guru besar.
FASAL 4
4. KEAHLIAN
4.1. Keahlian Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor adalah terdiri
daripada Guru-Guru Besar sekolah rendah kerajaan dan sekolah
rendah bantuan kerajaan dalam Daerah Hulu Selangor,
Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor Muka surat 3/18
FASAL 5
5. KEWAJIBAN AHLI
5.1. Mematuhi Perlembagaan
5.2. Menjelaskan Yuran Tahunan mengikut kehendak
perlembagaan Fasal 11 Ceraian 2.
5.3. Melaksanakan segala keputusan yang telah ditetapkan
oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis dalam mesyuarat agung biasa
atau luar biasa.
5.4 Menyokong segala usaha, aktiviti dan program yang dianjur
dan dikelolakan oleh Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor.
FASAL 6
6. HAK AHLI
6.1. Mendapat faedah mengikut Fasal 3
6.2. Hak bersuara
6.3. Hak mengundi (tertakluk kepada Yuran Tahunan telah dijelaskan).
FASAL 7
7 . PELUCUTAN KEAHLIAN
7.1. Mana-mana ahli yang tidak mematuhi perlembagaan, peraturan
atau arahan Jawatankuasa Tadbir Majlis maka keanggotaannya
boleh digantung atau diberhentikan daripada menjadi ahli setelah
diputuskan oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis..
7.2. Mana- m ana ahl i yang t el ah di gantung at au
diberhentikan keanggotaannya maka ia boleh membuat
rayuan bertulis kepada Pengerusi untuk dipertimbangkan dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis. Keputusan majoriti
Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis adalah muktamad.
Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor Muka surat 4/18
7.3. Mana-mana ahli yang telah bersara, berhenti tugas oleh
pendaftar, pindah tugas di luar Daerah Hulu Selangor,
pindah tugas ke Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah atau lain-lain agensi
telah lucut keahlian.
FASAL 8
8. PENTADBIRAN
8.1. Penasihat
8.2. Pegawai Penyelaras Perhubungan
8.3. Majlis Guru B esar Daerah Hulu S elangor akan dita dbir
oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis yang terdiri daripada:
8.3.1. Enam orang Pegawai Tadbir
8.3.1.1. Seorang Pengerusi
8.3.1.2. Seorang Timbalan Pengerusi
8.3.1.3. Seorang Naib Pengerusi
8.3.1.4. Seorang Setiausaha
8.3.1.5. Seorang Penolong Setiausaha
8.3.1.6. Seorang Bendahari
8.3.2. Tujuh orang Ahli Jawatankuasa
8.4. Semua Anggota Jawatankuasa Tadbir Majlis hendaklah dipilih dalam
Mesyuarat Agung Tahunan Biasa tiga tahun sekali.
Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor Muka surat 5/18
8.5. Pegawai Tadbir Majlis ini diberi kuasa untuk melantik mana-
mana Pegawai Tadbir Majlis atau Ahli Jawatankuasa jika berlaku
kekosongan jawatan Pegawai Tadbir Majlis.
8.6. Jawatankuasa Tadbir Majlis ini diberi kuasa untuk melantik mana-
mana ahli jika berlaku kekosongan jawatan Jawatankuasa.
8.7. Jawatankuasa Tadbir Majlis diberi kuasa menubuhkan
Jawatankuasa Kecil.
8.8. Secara automatik Pengerusi dan Setiausaha akan mewakili
daerah untuk menjadi Anggota Jawatankuasa Tadbir Majlis
Peringkat Negeri. Sekiranya berlaku keadaan di mana Pengerusi
atau Setiausaha enggan menjadi Anggota Jawatankuasa Tadbir
Majlis Peringkat Negeri, ia perlu menulis surat rasmi kepada
Jawatankuasa Tadbir Majlis
8.8.1. Jawatankuasa Tadbir Majlis hendaklah bermesyuarat
untuk memilih pengganti berdasarkan merit,
kesesuaian dan keperluan.
8.8.2. Memaklumkan secara rasmi kepada Jawatankuasa
Tadbir Majlis Peringkat Negeri.
8.9. Sekiranya Pengerusi atau Setiausaha Majlis Guru Besar Daerah
Hulu Selangor yang dipilih/dilantik menjadi Pegawai Tadbir
Majlis Negeri Selangor, maka Majlis perlu menggantikan kuota Ahli
Exco Majlis Negeri bagi Hulu Selangor berdasarkan jawatan yang
disandang oleh Pegawai Tadbir Majlis atau Ahli Jawatankuasa Tadbir
tersebut berdasarkan merit, kekananan, keperluan dan
kepentingan kepada Majlis Guru Besar Negeri Selangor ataupun
Majlis guru Besar Daerah Hulu Selangor.
Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor Muka surat 6/18
FASAL 9
9. MESYUARAT-MESYUARAT
9.1. Mesyuarat Agung Majlis hendaklah diadakan sekali setiap tahun
sebelum bulan April tahun tersebut kecuali mendapat kebenaran
bertulis daripada Pendaftar.
9.2. Mesyuarat Agung Tahunan Majlis ini diadakan untuk membentang dan
meluluskan hal-hal seperti berikut:
9.2.1. Menerima dan mengesahkan Peringatan Mesyuarat Agung
Perwakilan Negeri yang lepas.
9.2.2. Menerima dan mengesahkan Laporan Tahunan Jawatankuasa
Tadbir Majlis.
9.2.3. Membentang dan menerima Penyata Kewangan Tahunan
Majlis.
9.2.4. Membentang dan menerima Anggaran Pendapatan dan
Perbelanjaan Tahunan
9.2.5. Setiap tiga (3) tahun memilih Pegawai-Pegawai Tadbir Majlis
bagi jawatan dalam Fasal 8 (Ceraian 8.3.1.1 hingga 8.3.1.3) iaitu
Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Naib Pengerusi.
9.2.6. Jawatan dalam Fasal 8 (Ceraian 8.3.1.4 hingga 8.3.1.6) iaitu
Setiausaha, Bendahari dan Penolong Setiausaha adalah
lantikan oleh Pengerusi dari kalangan mana-mana Ahli
Jawatankuasa atau ahli..
9.2.7. Setiap tiga (3) tahun memilih dua orang Juruaudit Dalam. Tidak
boleh dipilih dari kalangan mana-mana anggota Jawatankuasa
Tadbir Majlis
9.2.8. Menerima cadangan-cadangan dan usul-usul oleh perwakilan
atau daripada Jawatankuasa Tadbir.
9.2.9. Sekiranya berlaku kekosongan jawatan mana-mana Juruaudit
Dalam, Jawatankuasa Tadbir Majlis ini diberi kuasa untuk
melantik dengan kadar segera mana-mana ahli untuk
menggantikannya.
Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor Muka surat 7/18
9.3. Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis hendaklah diadakan sekurang-
kurangnya tiga (3) bulan sekali. Mana-mana Ahli Jawatankuasa Tadbir
Majlis yang tidak dapat hadir perlu dinyatakan secara bersurat.
9.4. Mesyuarat Agung Tahunan Luar Biasa boleh diadakan dalam mana-
mana keadaan berikut:
9.4.1. apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Tadbir
9.4.2. atas permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya 1/3 daripada
jumlah ahli Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor.
9.4.3. atas arahan Pendaftar
9.5. Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa
9.5.1.hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan
Jawatankuasa Tadbir, atau tarikh penerimaan permintaan Ahli Majlis Guru
Besar atau tarikh arahan Pendaftar mengikut mana yang berkenaan.
9.5.2.Notis Bertulis Mesyuarat Agung Tahunan Luar Biasa hendaklah di
kemukakan kepada perwakilan selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh
persidangan hendak diadakan dan perlu menyatakan tujuan mesyuarat
tersebut diadakan.
9.5.3. Urusan Mesyuarat Agung Tahunan Luar Biasa hendaklah dihadkan
kepada tujuan mesyuarat tersebut sahaja.
9.6. Mesyuarat Agung Tahunan Biasa dan Luar Biasa dipengerusikan oleh
Pengerusi Majlis atau seseorang yang dilantik dalam Mesyuarat Agung
berkenaan.
9.7. Pengerusi mempunyai hak undi pemutus yang muktamad sekiranya
tiada majoriti
Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor
Muka surat 8/18
FASAL 10
10. KUORUM
10.1. Ahli-ahli Mesyuarat Agung Tahunan adalah terdiri daripada:
10.1.1. Semua Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Tadbir Majlis
10.1.2. Semua ahli
*Hanya mereka yang telah membayar Yuran Tahunan layak.
10.2. Kuorum Mesyuarat Agung Tahunan Biasa atau Luar Biasa hendaklah
tidak kurang daripada tiga kali jumlah bilangan Pegawai Tadbir Majlis
dan Ahli Jawatankuasa.
10.3. Kuorum Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah sekurang-kurangnya satu
perdua ( 1/2 ) daripada jumlah Pegawai Tadbir Majlis dan Ahli
Jawatankuasa.
Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor Muka surat 9/18
FASAL 11
11. TANGGUNGJAWAB
11.1. Pengerusi
11.1.1. Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
11.1.2. Mempunyai hak undi pemutus yang muktamad
11.1.3. Menandatangani Peringatan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis
yang diluluskan.
11.1.4. Mengawasi pentadbiran Majlis
11.1.5. Memerhati bahawa undang-undang yang termaktub dalam
perlembagaan ini dipatuhi oleh ahli.
11.1.6. Menghadiri dalam mana-mana majlis perjumpaan mesyuarat jika
diundang oleh mana-mana pihak.
11.1.7. Mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar, ulasan dan sebarang
maklumat mengenai per]alanan badan ini dari semasa ke semasa.
11.1.8. Menjadi penandatangan sebarang cek dan baucar pembayaran atau
pelulus transaksi dalam talian bagi pihak Majlis.
11.1.9. Menjadi Pengerusi Disiplin dan Tatatertib Majlis.
11.1.10.Menjadi Ahli Exco Majlis Guru Besar Selangor.
11.2. Timbalan Pengerusi
11.2.1. Men]alankan program atau melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa Tadbir Ma]lis dari semasa ke semasa..
11.2.2. Membantu Pengerusi dan men]alankan tugas Pengerusi semasa
ketiadaannya atau apabila diarahkan.
11.2.3. Tugas-tugasnya adalah seperti terkandung di dalam Fasal 11.1
kecuali 11.1.8
11.2.4. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor
Muka surat 10/18
11.3. Naib Pengerusi
11.3.1 Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke semasa.
11.3.2 Membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dan menjalankan
tugas Pengerusi / Timbalan Pengerusi semasa ketiadaan mereka atau
apabila diarahkan.
11.3.3 Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
11.4. Setiausaha
11.4.1. Bertanggungjawab secara langsung kepada Pengerusi.
11.4.2. Mencatat segala peringatan mesyuarat majlis.
11.4.3. Bertanggungjawab tentang hal surat-menyurat.
11.4.4. Menjalankan atau melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke semasa.
11.4.5. Menyedia Laporan Tahunan.
11.4.6. Menyimpan semua surat-menyurat atau semua dokumen Majlis.
11.4.7. Menyimpan semua data peribadi Pegawai dan Jawatankuasa
Tadbir.
11.4.8. Setiausaha hendaklah menandatangani semua cek, baucar dan
dokumen kewangan bersama-sama Bendahari semasa
ketiadaan Pengerusi.
11.4.9. Bertanggungjawab mengeluarkan sebarang maklumat dan siaran
berita, mengenai aktiviti Majlis kepada media massa setelah
mendapat persetujuan Pengerusi.
11.4.10. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
11.4.11. Memanggil Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis, Mesyuarat Agung
Tahunan Biasa dan Luar Biasa pada bila-bila masa yang dikehendaki.
11.4.12. Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat dan
dokumentasi.
11.4.13. Menjadi Ahli Exco Majlis Guru Besar Selangor.
Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor Muka surat 11/18
11.5. Penolong Setiausaha
11.5.1. Membantu kerja-kerja Setiausaha. atau
11.5.2. Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaannya
apabila diarahkan seperti FASAL 11.5 kecuali 11.5.8.
11.5.3. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
11.6. Bendahari
11.6.1. Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan.
11.6.2. Menerima dan menyimpan di bank yang diluluskan oleh
Jawatankuasa Tadbir segala wang kepunyaan Majlis.
11.6.3. Menyimpan dan mengemaskini segala buku kira-kira kepunyaan Majlis
ini.
11.6.4. Menyedia laporan kira-kira Tahunan Majlis ataupun kira-kira
semasa jika dikehendaki oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis.
11.6.5. Membentangkan akaun dalam mesyuarat jawatankuasa dan dalam
Mesyuarat Agung Tahunan.
11.6.6. Membayar bil-bil Majlis
11.6.7. Bendahari bersama-sama Pengerusi atau Setiausaha hendaklah
menandatangani cek dan baucar yang dikeluarkan oleh Majlis ini.
11.6.8. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
11.6.9. Melaporkan kepada Ahli-Ahli dan Jawatankuasa Tadbir Majlis
kedudukan harta, kewangan dan apa-apa milik Majlis.
11.6.10. Mengutip Yuran Tahunan Ahli sebelum bulan Mac setiap tahun
11.6.11. Memastikan pembayaran Yuran Tahunan Ahli dibuat kepada
Bendahari Majlis Guru Besar Selangor dan diselesaikan sebelum bulan
Mei setiap tahun.
Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor
Muka surat 12/18
11.7. Ahli Jawatankuasa Majlis
11.7.1. Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke semasa.
11.7.2. Membayar Yuran Tahunan setiap tahun sebelum bulan Mac
tahun berkenaan.
11.7.3. Menghadiri setiap Mesyuarat Agung Tahunan .
11.8. Jawatankuasa Tadbir Majlis
11.8.1. Mengawal perjalanan dan menyelesaikan masalah-masalah Majlis
Guru Besar Daerah Hulu Selangor.
11.8.2. Menetapkan tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir dan
Mesyuarat Agung Tahunan Biasa, Luar Biasa Majlis.
11.8.3. Mengawal dan menentukan perbelanjaan dan menamakan
mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan tempat
menyimpan wang.
11.8.4. Menunaikan dan melaksanakan segala syarat yang dikehendaki oleh
Perlembagaan.
11.8.5. Bekerjasama dengan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia,
Majlis Guru Besar Negeri Selangor, agensi-agensi yang
dibenarkan oleh Pendaftar, Jabatan dan Kementerian Pendidikan
Malaysia, Negeri Selangor dan Daerah-daerah.
Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor Muka surat 13/18
12. KEWANGAN
12.1. Tahun Kewangan Majlis
12.1.1. Tahunan Kewangan Majlis ini bermula daripada 1 Januari
hingga 31 Disember setiap tahun dan hendaklah diaudit oleh
Juruaudit Dalam.
12.2. Yuran
12.2.1. Yuran Tahunan bagi tiap-tiap Guru Besar ahli Majlis Guru
Besar Daerah Hulu Selangor ialah *RM50 (Ringgit: Lima
Puluh Sahaja)
12.2.2. Pecahan agihan yuran adalah seperti berikut:
12.2.2.1. *RM30 kepada Majlis Guru Besar Daerah Hulu
Selangor
12.2.2.2. *RM10 untuk Majlis Guru Besar Negeri Selangor
12.2.2.3 RM10 unt uk Gabungan Majlis Guru Besar
Malaysia.
12.2.3. Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan ahli selewat-lewatnya
14 hari sebelum bulan April atau tarikh Mesyuarat Agung
Tahunan mengikut mana yang terdahulu.
*Bergantung kepada Daerah dan Negeri masing-masing.
Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor
Muka surat 14/18
12.3. Derma
12.3.1. Dengan persetujuan daripada Pendaftar, Majlis dibolehkan
12.3.2. memungut derma atau sumbangan daripada orang ramai
atau syarikat bagi tujuan menambah kewangan.
12.3.3. Dengan persetujuan daripada Pendaftar, Majlis dibolehkan
12.3.4. membuat perjanjian dengan agensi perniagaan bagi
mencetak, mengedar bahan-bahan pengeluarannya atau
apa-apa jua kerjasama dengan mana-mana agensi yang
berkaitan.
Semua sumbangan derma yang diterima daripada mana-
mana pihak hendaklah diluluskan dan dipersetujui terlebih
dahulu oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis.
Wang Majlis ini hendaklah disimpan di mana-mana bank
yang diluluskan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Tadbir
Majlis.
Fasal 13
13. PINDAAN PERLEMBAGAAN
13.1. Sebarang pindaan Perlembagaan Majlis ini tidak boleh dilakukan kecuali
mendapat kelulusan sekurang-kurangnya dua per tiga (2/3) jumlah
perwakilan yang hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan Biasa atau
Luar Biasa.
13.2. Sebarang permohonan pindaan perlembagaan Majlis ini mengikut
FASAL 13.1 hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Majlis untuk
kelulusan terlebih dahulu.
13.3. Pendaftar berhak meluluskan atau tidak sebarang pindaan yang
dicadangkan.
13.4. Pindaan kepada perlembagaan akan berkuatkuasa mulai daripada
tarikh permohonan pindaan diluluskan oleh Pendaftar Majlis.
Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor Muka surat 15/18
Fasal 14
14. PEMEGANG AMANAH
14.1. Mana-mana Majlis Guru Besar sama ada Malaysia atau Negeri atau
Daerah/Jajahan mestilah membuka akaun di mana-mana Bank
Tempatan di Malaysia yang mudah bagi Pegawai-pegawai Majlis Guru
Besar menyimpan wang atau harta atau berurus niaga.
14.2. Pegawai-pegawai memegang amanah Majlis terdiri daripada Pengerusi
Setiausaha dan Bendahari (penandatangan cek).
14.3. Pengeluaran kewangan hanya dibenarkan jika ada dua daripada tiga
orang penandatangan cek.
14.4. Bendahari dibenarkan hanya memegang wang tunai Majlis ini tidak lebih
daripada RM500 dalam satu-satu masa.
14.5. Bendahari tidak dibenarkan mengeluarkan atau menggunakan wang
lebih daripada RM1000 tanpa kebenaran Jawatankuasa Tadbir Majlis.
14.6. Pengauditan Tahunan Kewangan Majlis ialah dari 1hb. Januari hingga
31 hb. Disember setiap tahun.
Fasal 15
15. PENTAFSIRAN
15.1. Jika terdapat sebarang kekeliruan berkaitan pentafsiran Perlembagaan
Majlis, maka hendaklah dirujukkan kepada Jawatankuasa Tadbir Majlis
ini. Pentafsiran yang dibuat oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis adalah
muktamad.
Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor Muka surat 16/18
Fasal 16
16. PEMBUBARAN
16.1. Gabungan Majlis ini tidak boleh dibubarkan tanpa mendapat persetujuan
daripada Pendaftar Majlis.
16.2. Sekiranya Majlis ini dibubarkan, segala hutang-hutang Majlis ini
hendaklah dijelaskan. Wang yang berlebihan itu hendaklah dibahagi-
bahagikan kepada ahli-ahli Majlis ataupun mengikut budi bicara dan
keputusan Jawatankuasa Tadbir Majlis bagi tujuan kepentingan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sekolah-sekolah rendah
seluruh daerah.
Fasal 17
17. PERTIKAIAN
17.1. Sebarang pertikaian yang berlaku tidak boleh dibawa ke mahkamah. Ia
hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan
oleh Pendaftar Majlis.
Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor Muka surat 17/18
MAJLIS GURU BESAR DAERAH HULU SELANGOR 2021
Dahlia/Raub, 1/2/2021
- TAMAT -
Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor
Muka surat 18/18