The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipgp22161730, 2025-03-14 02:53:56

ANALISIS PERKEMBANGAN SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

SOSIOLOGI DI MALAYSIA DALAM PENDIDIKAN

Analisis Perkembangan Sosiologi dalam Pendidikan di Malaysia Tugasan 2 Penghasilan produk EDUP3143 Sosiologi dalam Pendidikan


Apa itu Sosiologi Pendidikan? Sosiologi pendidikan ialah kajian tentang bagaimana institusi pendidikan mempengaruhi masyarakat dan bagaimana faktor sosial mempengaruhi proses pembelajaran. Kepentingan Sosiologi Pendidikan Membantu memahami peranan pendidikan dalam membentuk masyarakat Menyedari pengaruh stratifikasi sosial terhadap peluang pendidikan Memahami budaya sekolah untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran 1.0 Pengenalan


2.0 STRATIFIKASI SOSIAL DAN INSTITUSI SOSIAL DI MALAYSIA Definisi Sistem pembahagian masyarakat kepada kategori sosial yang diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya Berlaku dalam semua masyarakat dengan ketidaksamaan berdasarkan etnik, gender, umut, politik, agama, pekerjaan, dan pilihan individu. Stratifikasi Sosial di Malaysia Kekal menjadi cabaran sejak merdeka, terutamanya dalam aspek ekonomi dan perpaduan etnik. Faktor utama yang menyumbang adalah ekonomi, kesan daripada pengurusan ekonomi kolonial British. Pengaruh Ekonomi dalam Stratifikasi Sosial Zaman penjajahan British menyebabkan pemisahan aktiviti ekonomi berdasarkan etnik: Melayu – Tertumpu dalam sektor pertanian luar bandar. Cina & India – Mendominasi sektor perniagaan dan perkilangan di bandar. Mewujudkan jurang ekonomi dan sosial yang berpanjangan. 2.1 Stratifikasi Sosial di Malaysia


Kesan Stratifikasi Sosial Kumpulan etnik Melayu yang menguasai politik mengalami ketertinggalan dalam bidang: Pendidikan tinggi Pekerjaan profesional Pemilikan dan kawalan ekonomi Jurang sosio-ekonomi mencetuskan ketegangan antara etnik. Tindakan Kerajaan Melaksanakan dasar ekonomi berasaskan etnik. Menyelaraskan peluang ekonomi antara etnik. Menyusun semula penempatan untuk menghapuskan stratifikasi geografi. Matlamat Dasar Ekonomi Berasaskan Etnik: Kekal menjadi cabaran sejak merdeka, terutamanya dalam aspek ekonomi dan perpaduan etnik. Faktor utama yang menyumbang adalah ekonomi, kesan daripada pengurusan ekonomi kolonial British. 2.0 Stratifikasi Sosial dan Institusi Sosial di Malaysia 2.1 Stratifikasi Sosial di Malaysia


2.0 STRATIFIKASI SOSIAL DAN INSTITUSI SOSIAL DI MALAYSIA Definisi Institusi Sosial Sistem yang mengandungi peranan sosial dan norma sosial yang saling berkait. Dibentuk untuk memenuhi keperluan dan fungsi sosial dalam masyarakat. Jenis-Jenis Institusi Sosial: Institusi Agama – Mengatur kepercayaan dan amalan keagamaan. Institusi Perkahwinan & Kekeluargaan – Menjaga kestabilan dan nilai kekeluargaan. Institusi Ekonomi – Mengawal pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan sumber. Institusi Politik – Mengurus kuasa, pemerintahan, dan pentadbiran negara. Institusi Pendidikan – Menyediakan ilmu dan kemahiran untuk pembangunan individu dan masyarakat. Institusi Kebudayaan & Kemasyarakatan – Memelihara identiti budaya dan menggalakkan keharmonian sosial. 2.2 Institusi Sosial di Malaysia


2.0 Stratifikasi Sosial dan Institusi Sosial di Malaysia 2.2 Institusi Sosial di Malaysia Peranan Pendidikan dalam Institusi Sosial: Faktor utama kejayaan individu dalam menghadapi cabaran pekerjaan. Mempengaruhi sektor politik, pentadbiran, ekonomi, dan agama. Jawatan pentadbiran hierarki sering diisi oleh individu berprestasi akademik tinggi. Individu berpendidikan tinggi dihormati dan sering menjadi penasihat dalam masyarakat serta institusi tertentu. Institut Sosial Malaysia (ISM): Ditubuhkan untuk menyediakan latihan ikhtisas dan separa ikhtisas dalam bidang: Latihan Penyelidikan Pendidikan sosial Berperanan melatih pekerja sosial dari dalam dan luar negara.


3.1 BUDAYA SEKOLAH Budaya sekolah boleh didefinisikan sebagai suasana persekitaran sekolah yang berhubung kait dengan norma, matlamat, hubungan sesama manusia, corak pengajaran dan pembelajaran, kepimpinan dan struktur organisasi. Budaya sekolah yang sihat dan positif dapat meningkatkan perkembangan pembelajaran yang lebih efektif serta dapat melahirkan generasi yang cemerlang. Menurut Best et.al (2018), budaya sekolah adalah sesuatu yang kompleks kerana sekolah mempunyai sistem sosial yang pelbagai yang tersendiri selari dengan misi dan visi organisasi. Kewujudan budaya sesebuah sekolah adalah kerana mempunyai unsur nilai, kepercayaan, pengetahuan dan kepimpinan sesebuah organisasi. 3.0 Impak Stratifikasi Sosial Terhadap Budaya Sekolah Budaya sekolah merupakan salah satu corak sosial yang diwujudkan hasil daripada cara kepimpinan guru dan pelajar itu sendiri. Oleh itu terdapat dua jenis budaya sekolah iaitu budaya formal dan tidak formal. Budaya formal ialah budaya yang memberi penekanan terhadap pencapaian akademik murid. Budaya tidak formal pula boleh ditakrifkan sebagai cara bertutur, berpakaian, berbahasa dan Iain-lain. Perkara ini dibentuk melalui subbudaya guru, murid, pentadbir, pekerja sokongan secara tidak langsung. Kebiasaannya, budaya tidak formal ini disisipkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru.


Guru berperanan penting dalam melahirkan generasi madani yang berilmu, beradab, dan berjati diri kuat. Dengan stratifikasi sosial, guru dapat membentuk karamah insaniah dalam kalangan murid melalui akal budi dan akhlak mulia, menjadikan budaya sekolah lebih baik dan pembelajaran lebih selesa. Menurut Abdul Halim (2023), tema Hari Guru 2023, "Guru Insani Pemangkin Generasi Madani," bertujuan meningkatkan profesionalisme guru berlandaskan Falsafah Pendidikan Guru yang menekankan jati diri, semangat, dan ilmu. Oleh itu, stratifikasi sosial memberi impak positif dalam melahirkan murid qudwah hasanah. 3.2 IMPAK STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP BUDAYA SEKOLAH Impak stratifikasi sosial dalam budaya sekolah membantu murid menerapkan nilai murni dalam diri mereka untuk menjadi generasi qudwah hasanah yang berakhlak mulia. Kepelbagaian bahasa dalam etnik Malaysia membentuk murid yang menghormati, bekerjasama, dan menyayangi antara satu sama lain. Menurut Muhammad Zuhair (2023), bahasa mencerminkan kesopanan serta menjadi alat utama dalam pembentukan peradaban dan pewarisan ilmu. Oleh itu, stratifikasi sosial amatlah penting dalam membangun sikap hormat dan keterbukaan murid terhadap kepelbagaian bahasa dan etnik di sekolah.


3.3 PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH Perkembangan sosiobudaya merujuk kepada perubahan dan interaksi sosial yang berlaku dalam sesebuah institusi pendidikan. Sekolah merupakan tempat di mana pelajar dari pelbagai latar belakang sosial dan budaya berinteraksi, belajar, dan membina identiti mereka. Oleh itu, seorang bakal guru perlulah memahami bagaimana perkembangan sosiobudaya mempengaruhi tingkah laku dan pencapaian pelajar. Pemahaman ini membolehkan bakal guru menggunakan pendekatan pengajaran yang bersifat inklusif dan bersesuaian terhadap kepelbagaian budaya. Sebagai contoh, dengan memahami latar belakang budaya pelajar, seorang guru dapat mengintegrasikan elemen-elemen budaya dalam pengajaran untuk menjadikan pembelajaran lebih relevan dan menarik. Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan motivasi pelajar, malah membantu mereka merasa dihargai dan diterima dalam persekitaran sekolah.


3.4 IMPAK STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH Stratifikasi sosial mengelaskan masyarakat berdasarkan ekonomi, pendidikan, dan status sosial, memberi kesan ketara kepada pendidikan dan interaksi pelajar di sekolah. Ia mempengaruhi akses kepada sumber pembelajaran, hubungan sosial, dan pembangunan diri pelajar. Pelajar daripada keluarga berpendapatan tinggi lebih mudah memperoleh bahan pembelajaran berkualiti dan bimbingan akademik, manakala pelajar kurang berkemampuan sering menghadapi kekangan atau masalah yang boleh menjejaskan prestasi mereka. Perbezaan ini boleh menimbulkan jurang sosial yang menghalang perpaduan dan menimbulkan sikap pelajar yang prejudis. Selain itu, stratifikasi sosial mempengaruhi aspirasi pelajar, di mana mereka yang lebih berkemampuan cenderung mendapat pendedahan awal secara meluas, manakala pelajar yang kurang berkemampuan mungkin menghadapi kesukaran dalam membina keyakinan diri. Guru memainkan peranan penting dalam memastikan pendidikan yang inklusif, menggalakkan integrasi sosial, dan memberi sokongan kepada semua pelajar. Dengan pendekatan yang adil dan seimbang, sekolah dapat menjadi tempat pembelajaran yang menyokong pembangunan holistik pelajar tanpa mengira latar belakang mereka.


4.0 Manipulasi Impak Stratifikasi Sosial Terhadap Budaya Positif Sekolah Menurut kamus dewan edisi keempat (2010), manipulasi membawa maksud segala tindakan dan selok-belok untuk memperdayakan orang atau mempengaruhi perlakuan seperti pendirian orang Iain tanpa disedari orang itu. Manipulasi dalam stratifikasi sosial mempengaruhi budaya positif di sekolah secara tidak langsung dan memberi kesan berpanjangan kepada murid. Kepelbagaian etnik di sekolah melahirkan sifat keterbukaan, menjadikan murid lebih bersedia menghadapi cabaran kehidupan. Oleh itu, budaya positif perlu diperkukuh melalui aktiviti yang menggalakkan toleransi dan kerjasama antara pelajar. Menurut Windy et al. (2024), stratifikasi sosial menggalakkan murid bekerja keras dan tidak berputus asa melalui persaingan sihat. Murid termotivasi untuk meningkatkan prestasi, memahami nilai kerja keras, serta belajar bekerjasama dan menyelesaikan konflik secara produktif. Kemahiran ini penting untuk kejayaan akademik dan sosial mereka di masa depan.


PENUTUP Secara keseluruhannya, stratifikasi sosial memberi impak kepada budaya di sekolah. Namun begitu ia juga bergantung kepada kemahiran guru dalam mengendalikan startifikasi sosial tersebut dalam diri murid. Oleh itu, tidak dapat dinafikan guru memainkan peranan penting sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah. Pelbagai kaedah yang berkesan perlu digunakan oleh guru untuk mencetuskan kesedaran pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara dan kepentingan perpaduan dalam kalangan kaum. Persekitaran sekolah yang pelbagai etnik menyediakan ruang dan peluang bukan sahaja kepada murid, namun guru juga untuk mempelajari, merasai dan meraikan kepelbagaian budaya yang wujud di sekolah. Oleh itu, usaha untuk membina negara bangsa melalui pembentukan sikap dan perkongsian nilai perpaduan etnik wajar dilaksanakan di sekolah. Hal ini kerana sekolah berupaya menghubungkan semua kumpulan etnik di satu kawasan dan berpotensi menjadi pusat pembentukan semangat perpaduan etnik.


RUJUKAN EDUP 3143 Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dawama Sdn. Bhd Idrul Hisham Ismail, Rosly Kayar, & Mohd Hanapiah Khamis. (2024). Sosiologi dalam Pendidikan. Local Publications M Chairul Basrun Umanailo, Annisa Retrofilia Umanailo, & Askar Daffa Sophia Umanailo. (2021). Stratifikasi dan Diferensiasi Dalam Kehidupan Sosial. Authorea. Rosly Kayar & Mohd Hanapiah Khamis. (2025). Sosiologi dalam Pendidikan. Local Publications. Windy Divaci Anastasya, Wulan Say, Dini Sri Wahyuni, & Januar. (2024). Kesenjangan Prestasi di Sekolah: Faktor-Faktor Stratifikasi yang Berperan. Jurnal Pendidikan Dan Ilmu Sosial, 2(1), 171-181.


Click to View FlipBook Version