INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) [BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] (AMBILAN JUN 2022) -PENTAKSIRAN BERTERUSANSEMESTER 1, TAHUN 2 SESI OGOS-DISEMBER 2023 NAMA PELAJAR : NUR IFAH IDZATUL KADIJAH NO. KAD PENGENALAN : 020908120300 ANGKA GILIRAN : 2021072340407 KUMPULAN / UNIT : BM SK6 KOD / NAMA KURSUS : PKES3123 PERTOLONGAN CEMAS TAJUK TUGASAN TUGASAN 2 (40%) LAPORAN TARIKH MULA 22/09/2023 TARIKH HANTAR 22/10/2023 NAMA PENSYARAH : ENCIK K.RAJA M.KANAPATHY JABATAN / UNIT : JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Dengan ini saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas dari pensyarah kerja kursus ini dan saya telah merujuk dan memahaminya. TANDA TANGAN TARIKH Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: (Diisi selepas menerima gred dan maklumbalas daripada pensyarah)
PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini mengikut masa yang telah ditetapkan. Saya dedikasikan sekalung penghargaan kepada ENCIK K.RAJA M.KANAPATHY pensyarah kursus Pertolongan Cemas di atas kepercayaan beliau dengan memberikan tugasan ini kepada saya dan rakan-rakan saya. Beliau juga telah banyak membantu saya sepanjang proses menyempurnakan tugasan ini secara langsung mahupun tidak langsung. Turut saya sertakan ucapan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak mendorong saya untuk terus bersemangat dalam melaksanakan segala tugasan yang diberikan. Di samping itu, saya ingin memberikan sekalung terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah membantu saya dalam menjana pelbagai idea bersama-sama. Akhir sekali, saya dapat memahami lebih mendalam tentang topik tugasan ini dan juga saya dapat mempelajari beberapa pengajaran sepanjang penyiapan kerja kursus ini.
ISI KANDUNG Muka surat PENGHARGAAN 1 1.0 PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS 3 2.0 TAKSIR SITUASI KECEDERAAN 3 3.0 KECEDERAAN YANG DIALAMI 4 4.0 PROSEDUR PERTOLONGAN CEMAS 5 5.0 RUMUSAN 7 6.0 RUJUKAN 7 7.0 LAMPIRAN 8
LAPORAN AMALI 1.0 PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS Pertolongan cemas membawa maksud sokongan awal yang diberikan kepada seseorang untuk membantu mereka bertahan sehingga bantuan profesional tiba. Pertolongan cemas ini merupakan prinsip dan prosedur yang digunakan untuk individu yang masih dalam keadaan sedar ataupun tidak sedar. Antara prinsip dan prosedur yang digunakan yang bersesuaian mengikut situasi kecemasan adalah T.O.T.A.P.S, R.I.C.E dan juga D.R.A.B.C yang menjadi panduan untuk mengaplikasi dan mengurus kecederaan. Pengaplikasian kaedah D.R.A.B.C ini dilihat melalui situasi kecederaan seperti kes kecederaan bagi atlet yang lemas dan diikuti dengan prosedur resusitasi kardiopulmunari. 2.0 TAKSIR SITUASI KECEDERAAN Perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum memeriksa dan membantu mangsa dengan lebih lanjut, pembantu mula hendaklah melakukan penilaian terhadap situasi kecederaan mangsa terlebih dahulu. Penilaian ini bertujuan agar pembantu mula dapat merancang dan melaksanakan tindakan mengikut langkah yang sesuai. Penilaian dibuat melalui kaedah D.R.A.B.C dan seterusnya bertindak mengikut taksiran yang dibuat terhadap mangsa. Contoh situasi kecederaan mangsa adalah pengsan, pernafasan dan denyutan nadi tidak berfungsi. Seterusnya, dengan menggunakan kaedah D.R.A.B.C. pembantu mula hendaklah menaksir terlebih dahulu situasi kecederaan yang dialami oleh seorang atlet yang lemas. Pertama sekali pembantu mula perlu memastikan keadaan persekitaran selamat untuk bertindak dan mulakan pertolongan. Langkah pertama ini terdapat dalam kaedah D.R.A.B.C iaitu bahaya ( Danger ) yang mana pembantu mula memeriksa keadaan terlebih dahulu. Seterusnya, tindak balas ( Response ) langkah ini memerlukan pembantu mula untuk memeriksa tindak balas daripada mangsa dengan goncangkan sedikit badan mangsa dan bertanyakan soalan kepada mangsa situasi yang berlaku dengan nada yang sedikit kuat. Jika tiada tindak balas, pembantu mula haruslah bertenang dan hubungi talian kecemasan seperti pihak hospital mahupun klinik yang terdekat. Langkah 3 iaitu pemeriksaan saluran
pernafasan ( Airways ). Pada langkah ini, pembantu mula hendaklah memeriksa saluran pernafasan mulut dan hidung mangsa supaya bebas dari benda yang menghalang oksigen masuk ke paru-paru mangsa. Seterusnya, condongkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagunya untuk membuka salur udara. Kedudukan tersebut akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak untuk tidak menghalang laluan udara. Langkah seterusnya pernafasan ( Breathing ), jika mangsa kecederaan tidak bernafas, pembantu mula hendaklah melakukan pernafasan bantuan agar oksigen dapat mengalir ke dalam darah mangsa. Langkah terakhir pula ialah peredaran darah ( Circulation ), sekiranya jantung mangsa terhenti pemampatan dada hendaklah dilakukan untuk memaksa darah beredar menerusi jantung dan ke seluruh anggota badan. Cara ini hendaklah dilakukan bersama-sama dengan pernafasan bantuan supaya oksigen dapat mengalir ke seluruh badan. Setelah memeriksa pernafasan mangsa, perkara yang perlu dilakukan untuk memeriksa nadi adalah pertama sekali, condongkan kepala mangsa kebelakang dan sorotkan jari-jari ke arah bahagian ruang halkum dan otot-otot belikat dan rasa pergerakan nadi karotid. Kemudian rasa selama lima saat sebelum membuat keputusan sama ada terdapat pergerakan nadi ataupun tidak. 3.0 KECEDERAAN YANG DIALAMI Merujuk kepada situasi mangsa daripada atlet yang lemas disebabkan oleh terdapat gangguan pada sistem jantung dan pembuluh darah. Menurut Dr. Andriato yang merupakan pakar penyakit jantung dan pembuluh darah menyatakan bahawa seseorang yang melakukan olahraga dengan dengan keadaan fizik yang yang berat dan dilakukan dalam masa yang lama akan memberi kesan yang negatif terhadap jantung. Di samping itu, atlet yang tidak sedarkan diri juga disebabkan genetik, seperti serangan aritmia dan penyakit jantung. Sekiranya, seseorang mengalami serangan aritmia yang fatal akan menyebabkan jantung berhenti secara mendadak. Kebiasaannya, seseorang itu pengsan akan mengalami beberapa gejala seperti jantung sering berdebar, sering rasa pening, menghadapi gangguan pernafasan walaupun melakukan aktiviti yaang ringan.
4.0 PROSEDUR PERTOLONGAN CEMAS Setelah melakukan penilaian menggunakan kaedah D.R.A.B.C. langkah yang perlu dilakukan oleh pembantu mula adalah langkah kedudukan pemulihan. Langkah ini bertujuan untuk menghalang lidah mangsa daripada menutupi tekak. Oleh kerana kedudukan kepala lebih rendah sedikit daripada badan menyebabkan cecair mengalir dari mulut sekaligus mengurangkan risiko mangsa menyedut kandungan perut. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah pembantu mula hendaklah membongkok di sisi mangsa, buka saluran udara dengan mencondongkan kepala dan angkat dagu mangsa. Letakkan lengan mangsa yang paling hampir dengan anda ddalam sudut yang tepat. Seterusnya, angkat lengan yang satu lagi ke atas dada, pegang dada mangsa dengan keadaan tapak tangan ke atas dan letakkannya ke atas pipinya. Dengan menggunakan sebelah tangan pembantu mula tersebut, pegang paha mangsa yang jauh. Kemudian angkat lutut mangsa ke atas dan pastikan tapak kakinya terletak mendatar di atas tanah. Tarik paha mangsa dan dalam keadaan mangsa mengiring. Condongkan kepala mangsa ke belakang untuk memastikan salur udara sentiasa terbuka dan betulkan tangan di bawah pipi. Kemudian betulkan bahagian atas kaki supaya kedua-dua paha dan lutut terbengkok pada sudut tepat. Kedudukan pemulihan merujuk gambar adalah seperti berikut. Gambar rajah 1
Tambahan daripada itu, pernafsan bantuan juga turut dilakukan memberi oksigen kepada mangsa. Mengikut situasi mangsa yang telah dinyatakan iaitu pernafasan dan denyutan nadinya berhenti, pembantu mula hendaklah mendapatkan bantuan terlebih dahulu kemudian lakukan pernafasan bantuan beserta dengan tekanan dada. Dimulakan dengan pernafasan bantuan dari mulut ke mulut. Dengan keadaan mangsa baring melentang, pembantu mula hendaklah membuang sebarang halangan dari mulut mangsa. Seterusnya buka salur udara dengan mencondongkan kepala ke belakang dan dagu diangkat ke atas. Kemudian, tutup lubang hidungg mangsa dengan memicitnya menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Tarik nafas sepenuhnya dan letakkan bibir anda di sekeliling mulut mangsa. Letakkan bibir di sekeliling mulut mangsa dan lekatkan mulut ke atas mulut si mangsa dengan rapat. Kemudian tiup ke dalam mulut mangsa sehingga dada mangsa bergerak naik aan ambil masa lebih kurang 2 saat untuk inflasi sepenuhnya. Akhir sekali, alihkan bibir dan biarkan dada mangsa turun dengan perlahan-lahan. Bagi penekanan dada pula sorotkan jari ke atas sehingga titik tengah pertemuan sempadan tulang selangka dan tulang dada dan letakkan jari tengah ke atas titik ini dan jari telunjuk anda ke atas tulang dada. Kemudian letakkan bahagian tapak tangan yang satu lagi ke atas tulang dada, sorot ke bawah sehingga sampai kepada jari telunjuk dan lakukan tekanan pada titik tersebut. Seterusnya, tindihkan tapak tangan dan selang-selikan jari. Dengan keadaan lengan yang lurus, tekan lebih kurang 4-5 cm kemudian lepaskan tekanan tanpa mengangkat tangan. Ulangi tekanan sehingga kadar kira-kira 80 tekanan seminit dicapai. Gambar rajah 2
Kombinasi teknik pernafasan bantuan dan tekanan dada ini dinamakan “pemulihan pernafasan peparu-jantung” ataupun resusitasi kardiopulmunari. Teknik pemulihan pernafasan ini haruslah dibuat dengan bersungguh-sungguh saama ada sehingga denyutan nadi pulih ataupun bantuan pakar tiba. Senarai semak untuk pelaksanaan resusitasi kardiopulmunari ini boleh dirujuk di bahagian lampiran. 5.0 RUMUSAN Tuntasnya, pengetahuan tentang pertolongan cemas ini penting bagi membantu orang ramai memberikan pertolongan awal untuk mangsa-mangsa yang tercedera. Pertolongan cemas juga merupakan satu kemahiran yang berasaskan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Oleh hal yang demikian, pengetahuan tentang langkahlangkah bantu mula ini hendaklah disebarluas. Selain daripada itu, salah satu kebaikan melakukan pertolongan cemas ini adalah ianya dapat memberi kesedaran kepada diri sendiri dan juga orang lain untuk sentiasa berhati-hati tidak kira di mana jua kita berada. 6.0 RUJUKAN St. John Ambulan, Persatuan Ambulan St.Andrew, Palang Merah British. ( 2000 ). Manual Pertolongan Cemas. Golden Books Centre SDN. BHD.
7.0 LAMPIRAN SENARAI SEMAK PERTOLONGAN CEMAS Bil. Prosedur Ada Tiada 1. Periksa respon mangsa dan hubungi 999 2. Dongakkan kepala mangsa dan periksa sama ada mangsa bernafas atau tidak 3. Lakukan tekanan dada jika tiada nadi atau pernafasan 4. Berikan bantuan pernafasan jika mangsa tidak bernafas 5. Teruskan tekanan dada dan bantuan pernafasan sehingga ambulans tiba atau sehingga mangsa sedar.