MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA &
PERADABAN
TAJUK TUGASAN
RUKUN NEGARA SEBAGAI ASAS PENYATUPADUAN
NAMA PENSYARAH
PUAN HAJJAH AZIZAH BINTI MOHAMAD
NAMA PELAJAR NO MATRIK
NUR SARAH IRDINA BINTI 25DPM21F2023
MOHAMAD AZIM 25DPM21F2021
NUR SYARAH NAWWARAH BINTI
25DPM21F2020
RAMLI
SITI NORSHAMIRA BINTI 25DPM21F2018
MOHAMAD ROSLI
NUR ALEYA NATASHA BINTI
HELLMI
1
SENARAI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 PENGENALAN 3
2 OBJEKTIF TUGASAN 3
3 SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
4-5
PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA
4 TUJUAN RUKUN NEGARA DIWUJUDKAN 6-8
9 - 11
5 ASPIRASI 1: MENCAPAI PERPADUAN
YANG LEBIH ERAT DALAM KALANGAN 11 - 12
SELURUH MASYARAKATNYA 12 - 13
13 - 14
6 ASPIRASI 2: MEMELIHARA CARA HIDUP
DEMOKRASI
7 ASPIRASI 3: MENCIPTA MASYARAKAT
YANG ADIL
8 ASPIRASI 4: MENJAMIN SATU CARA
LIBERAL TERHADAP TRADISI
KEBUDAYAAN YANG KAYA DAN
BERBAGAI CORAK
9 ASPIRASI 5: MEMBINA SATU 14 - 15
MASYARAKAT PROGRESIF
15
10 KESIMPULAN 16
11 LAMPIRAN 17
12 RUJUKAN 18
13 JADUAL PEMBAHAGIAN TUGASAN
2
1.0 PENGENALAN
SEJAK beberapa tahun belakangan ini, kita sering membaca dalam
pelbagai media tentang keperluan Rukun Negara diperkenalkan dalam
Perlembagaan Persekutuan kita. Terdapat segelintir pihak yang
mempunyai pandangan, seandainya Malaysia ingin maju di persada
antarabangsa, merentasi struktur politik, ekonomi dan sosial, maka isu
bangsa dan agama tidak patut dipolitikkan. Apatah lagi sebagai
sebuah negara berbilang kaum dan agama.
Oleh itu, kedua-dua pihak berpendapat, pastinya perpaduan rakyat
menjadi tonggak dan wujudnya dasar keutuhan negara melalui satu
sistem demokrasi bersepadu bagi pemerintahan berlandaskan sistem
nilai yang dapat menghakis isu perkauman dan agama yang
menggugat perpaduan.
Oleh yang demikian, untuk negara bangkit semula, maka kita harus
menitikberatkan setiap persoalan daripada berasaskan perkauman
kepada suatu yang berteraskan nilai. Sememangnya kita mempunyai
formula kejayaan ini dalam rupa bentuk Rukun Negara ataupun
prinsip nasional kita.
2.0 OBJEKTIF TUGASAN
1. Untuk menjelaskan sejarah pembentukan Rukun Negara.
2. Menjelaskan tujuan Rukun Negara diwujudkan di Malaysia.
3. Menghuraikan bagaimana hendak mencapai perpaduan yang lebih
erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya.
4. Menjelaskan hal memelihara cara hidup demokrasi.
5. Menganalisis cara mencipta masyarakat yang adil.
6. Menghuraikan hal yang menjamin iaitu satu cara liberal terhadap
tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai corak.
7. Menghuraikan cara membina satu masyarakat progresif.
3
3.0 SEJARAH & LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN
RUKUN NEGARA
Kedatangan Inggeris dan dasar imigrasi liberal yang
diperkenalkan telah menukar bentuk masyarakat negara ini. Kerajaan
Inggeris telah menggalakkan kemasukan tenaga buruh dari China dan
India untuk bekerja di lombong dan estet serta berniaga di bandar.
Di bawah dasar pecah dan perintah Kerajaan Kolonial Inggeris,
ketiga-tiga kumpulan etnik ini telah dipisahkan dari segi tempat
tinggal dan pekerjaan. Kebanyakan orang Melayu tinggal di desa dan
bekerja disektor pertanian, sementara orang Cina tinggal di bandar
dan melibatkan diri dalam perniagaan. Orang India pula tinggal dan
bekerja di estet-estet, hanya sebilangan kecil sahaja yang tinggal di
bandar. Ketiga-tiga kumpulan etnik ini pula dipisahkan dari segi
aliran pendidikan dengan mempunyai sekolah aliran masing-masing
tanpa sukatan pelajaran atau kurikulum yang sama. Keadaan ini
berterusan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos
1957.
Pada tahun 1956, iaitu setahun sebelum kemerdekaan,
kekacauan telah berlaku di Pulau Pinang semasa perayaan pemberian
taraf Bandaraya kepada Pulau Pinang. Perbalahan yang sama turut
berlaku di Pulau Pangkor (1960), di Bukit Mertajam (1966) dan Pulau
Pinang sekali lagi (1967). Peristiwa kekacauan ini hanya berlaku
secara kecil –kecilan sahaja. Langkah dan usaha yang serius iaitu
peristiwa ini, Kerajaan telah mengambil langkah tegas untuk mencari
satu formula bagi mengatasi masalah tersebut supaya tidak berulang
lagi.
Berikutan itu Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan oleh
Pengarah MAGERAN di bawah Undang-Undang Darurat yang
diwartakan pada 29 Januari 1970.
Anggota –anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada
seorang Pengerusi (Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussein
merangkap Pengarah MAGERAN), tiga orang menteri (Allahyarham
Tun Dr Ismail Bin Dato’ Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew
4
Cin dan mendiang Tun V.T. Sambanthan), wakil-wakil Kerajaan
Negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh agama, badan-badan
profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan,
persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil.
Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 27 Januari 1970
yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN, Allahyarham Tun
Abdul Razak Bin Dato’ Hussein.Setelah berbincang serta mengkaji
sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perundingan
Negara telah merumuskan bahawa satu ideologi yang mampu
mengatasi garis pemisah antara kaum perlu diwujudkan di negara ini.
Berasaskan keputusan tersebut, maka lahirlah Rukun Negara yang
telah diisytiharkan oleh yang di-Pertuan Agong Keempat pada 31
Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara.
Setiap warganegara Malaysia hendaklah menjadikan Rukun
Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini.
Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni seperti
nilai keagamaan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, kepatuhan
kepada Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta membentuk
masyarakat yang mengamalkan nilai Kesopanan dna Kesusilaan.
Rukun Negara juga menjadi pedoman kepada seluruh rakyat
Malaysia yang berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan
nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat, seterusnya
melahirkan sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu,
demokratik, adil, liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan
kepercayaan.Prinsip-prinsip Rukun Negara adalah kunci kepada
masyarakat majmuk negara ini untuk memelihara serta mengekalkan
keharmonian dan perpaduan kaum demi kesejahteraan rakyat dan
kemakmuran negara.
5
3.1 TUJUAN RUKUN NEGARA DIWUJUDKAN
Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama, iaitu membentuk
perpaduan kukuh dalam kalangan rakyat dan menjadi identiti rakyat
Malaysia.
Antara matlamat Rukun Negara ialah mewujudkan masyarakat
Malaysia ke arah mencapai perpaduan lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakat. Bagi mencapai matlamat ini, digariskan lima
prinsip Rukun Negara yang perlu difahami dan dihayati setiap lapisan
masyarakat. Satu daripadanya adalah Keluhuran Perlembagaan.
Keluhuran Perlembagaan bermaksud setiap rakyat perlu dan wajar
menerima Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi dan
setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.
Perlembagaan adalah sumber rujukan tertinggi bagi segala hal
berkaitan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak
sosioekonomi rakyat.
Peranannya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat
mengenai hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap
warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai dan
memahami maksud serta kandungan dan latar belakang sejarah
pembentukan Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan digubal berasaskan kesepakatan semua
kaum dan semua pihak di negara ini yang dikenali sebagai kontrak
sosial. Menerusi kontrak sosial ini, orang bukan Melayu diberikan hak
kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli.
Orang Melayu pula diperuntukkan dalam Perlembagaan mengenai
agama Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta
kedudukan Raja-Raja Melayu atau apa yang dipanggil sebagai tiang
seri dalam Perlembagaan.
6
Penggunaan istilah tiang seri Perlembagaan lebih tepat dan wajar
kerana isu agama Islam, kedudukan istimewa orang Melayu dan
bahasa Melayu sering menjadi konflik dalam masyarakat.
Ia menggambarkan pentingnya perkara ini dihayati supaya tidak
timbul sebarang pertikaian dalam pelbagai etnik di Malaysia dan
berbezanya perkara ini dengan Perlembagaan yang ada di negara lain.
Dari perspektif hubungan etnik di Malaysia, perkara yang dianggap
menguntungkan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan
diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan
kepada etnik bukan Melayu.
Perkara yang menetapkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan
diimbangi dengan peruntukan kebebasan bagi setiap rakyat menganut
dan mengamalkan apa-apa agama dalam suasana aman dan harmoni.
Begitu juga perkara yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, juga diimbangi dengan peruntukan bahawa tidak ada
seorang pun yang boleh dilarang daripada menggunakan (melainkan
bagi maksud rasmi) atau mengajar atau mempelajari apa-apa bahasa
lain.
Hal sama juga berlaku ke atas perkara yang menetapkan kedudukan
istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah serta Sarawak
diimbangi dengan peruntukan bahawa kerajaan tidak boleh melucut,
menarik balik atau menyebabkan hak kaum lain terhakis.
Maka, perkara ini perlu difahami setiap lapisan masyarakat,
khususnya generasi muda supaya sentiasa berlapang dada dalam
sesuatu isu membabitkan bahasa Melayu, Islam dan orang Melayu
dalam Perlembagaan.
Ini seperti pernah dinyatakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-215,
iaitu Islam dan orang Melayu adalah asas utama pembentukan
Malaysia.
Justeru, konsep memasyarakatkan Perlembagaan di bawah payung
Keluhuran Perlembagaan perlu digembar-gemburkan.
7
Konsep memasyarakatkan Perlembagaan ini bererti masyarakat perlu
didedahkan Perlembagaan bukan hanya dari aspek perundangan
semata-mata, tetapi dari perspektif sejarah, budaya, agama, politik,
undang-undang dan hubungan etnik.
Ini dinyatakan Laporan Suruhanjaya Reid yang menekankan
pentingnya mengambil kira faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial
yang wujud pada 1957 dalam merangka Perlembagaan.
Program Pemekaan Kontrak Sosial perlu dilaksanakan bertujuan
mewujudkan kepekaan rakyat Malaysia terhadap pengetahuan dan
kefahaman mengenai kontrak sosial.
Ini boleh dilakukan menerusi kerjasama jabatan kerajaan, pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) dan komuniti serta pihak swasta dengan
mengambil kira faktor di atas.
Untuk itu, penekanan perlu diberikan kepada rasional kenapa sesuatu
peruntukan itu termaktub dalam Perlembagaan.
Penekanan kepada rasional sesuatu perkara itu lebih menyebabkan
masyarakat mudah menerima kerana masyarakat sekarang lebih
terdedah dengan sesuatu isu melalui media sosial dan mempunyai
pemikiran yang kritis dan terbuka terhadap sesuatu isu.
Tuntasnya, rakyat perlu bersama menghayati maksud Keluhuran
Perlembagaan sebagai asas perpaduan dan pembinaan negara bangsa
di Malaysia.
8
3.2 ASPIRASI 1: MENCAPAI PERPADUAN YANG LEBIH
ERAT DALAM KALANGAN SELURUH MASYARAKATNYA
Kepelbagaian merupakan hakikat di semua negara di seluruh dunia
terutamanya di negara yang pernah dijajah oleh kuasa-kuasa Barat.
Perbezaan dari segi kaum, agama, kelas sosial, tahap pendidikan,
bahasa, generasi, jantina, fahaman dan faktor ruang (bandar – luar
bandar) kerap menjadi titik cetusan kepada pergeseran, perselisihan
dan konflik. Hal ini tidak terkecuali bagi negara yang terdiri daripada
kaum, budaya dan bahasa yang sama. Dengan kemajuan sistem
pengangkutan dan teknologi komunikasi pada zaman kini, sifat
kepelbagaian dan interaksi antara manusia menjadi semakin ketara
dan kompleks.
Oleh itu, adalah penting bagi kita menerima hakikat kepelbagaian
yang wujud dan cuba sedaya upaya untuk hidup bersama secara
harmoni dalam kepelbagaian. Menurut hujah ahli akademik, Profesor
Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, perpaduan yang
berbentuk “perpaduan dalam keseragaman” (unity in uniformity)
merupakan suatu impian yang belum tercapai dan sukar
direalisasikan. Perpaduan hanya dapat dicapai sekiranya semua warga
bersetuju dan mencapai kata sepakat dalam sebahagian besar isu
masyarakat. Apa yang dicapai kini ialah kesepaduan sosial, suatu
keadaan yang aman, stabil dan makmur sejahtera di dalam masyarakat
berbilang kaum. Ini merupakan salah satu prasyarat kepada perpaduan
Meskipun perpaduan belum tercapai, Malaysia masih menjadi pujian
dan teladan di mata dunia dari segi kemakmuran ekonomi, kestabilan
politik dan keharmonian hubungan antara etnik. Semua warga
Malaysia dapat berunding, bertolak ansur, saling memahami dan
akomodasi demi mewujudkan keharmonian dan ikatan sosial. Usaha
ini wajib diteruskan dan dipertingkatkan agar keharmonian dan
keamanan dapat dinikmati oleh semua warga Malaysia secara
berterusan. Identiti bangsa Malaysia harus diutamakan berbanding
dengan sifat perbezaan dari segi perkauman, agama, budaya, bahasa
dan sebagainya walaupun ianya merupakan aspek penting yang tidak
boleh dipertikaikan.
9
Untuk merealisasikan aspirasi perpaduan, prinsip kepercayaan kepada
tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara serta kesopanan dan
kesusilaan harus diamalkan dalam kehidupan seharian. Agama dan
kerohanian mendorong kita ke cara hidup yang mulia, mencinta
keamanan dan prihatin kepada orang lain. Walaupun wujud perbezaan
doktrin dan teologi di antara agama, penganut agama yang berbeza
masih dapat hidup secara harmoni dengan fokus kepada nilai-nilai
murni sejagat yang terkandung di dalam agama. Persefahaman dan
penerimaan antara satu sama lain dapat dipertingkatkan melalui
interaksi positif penganut pelbagai agama dan mengelakkan salah
faham. Apabila semua warga dapat saling memahami, pergeseran dan
ketidakpuasan dapat dielakkan atau dapat ditangani melalui
perundingan, perbincangan dan mediasi untuk menghasilkan situasi
yang menang-menang.
Pencapaian dan kemajuan sesebuah negara adalah hasil daripada
sumbangan kolektif setiap warganegara. Maju atau mundur sesebuah
akan dirasai dan dialami oleh setiap rakyatnya. Oleh itu, semangat
kekitaan dan mencintai negara mesti wujud di dalam hati setiap
warganegara Malaysia. Kita harus bangga sebagai warga Malaysia
dan inginkan negara kita maju, stabil, makmur dan harmoni supaya
kita semua dapat menikmati bersama segala yang baik daripada
negara, Bah kata pepatah “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”,
kita harus ambil iktibar daripada peristiwa sejarah pahit yang pernah
berlaku di dalam dan luar negara bahawa konflik dan keganasan tidak
akan mendatangkan hasil yang memanfaatkan. Apabila negara dalam
keadaan huru-hara, rakyat turut menderita.
Kesopanan dan kesusilaan merupakan kunci kepada penjalinan
hubungan yang baik apabila kita berinteraksi dengan orang lain.
Seseorang yang bersopan santun dan bertatasusila dapat dicerminkan
melalui tingkah laku dan pertuturannya. Masyarakat akan menjadi
lebih harmoni dan aman sekiranya prinsip kesopanan dan kesusilaan
dapat diamalkan oleh semua warga di setiap lapisan masyarakat
supaya pertengkaran, pergeseran dan konflik akan dapat
10
diminimumkan dan segala isu dapat ditangani dengan cara yang
rasional dan berhemah.
3.3 ASPIRASI KEDUA: MEMELIHARA CARA HDUP
DEMOKRATIK
Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen di bawah pentadbiran Raja berperlembagaan. Demokrasi
adalah satu sistem kerajaan di mana semua rakyat di sesebuah negara
terlibat dalam pemerintahan melalui undi untuk memilih wakil-wakil
bagi perhimpunan atau parlimen. Antara ciri-ciri demokrasi adalah
kerajaan dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya, warganegara bebas
menyertai politik atau gerakan sivil, semua rakyat dilindungi oleh hak
asasi manusia dan wujudnya kaedah undang-undang dan prosedur
yang digunakan sama rata terhadap semua rakyat.
Tambahan kepada sistem demokrasi, sistem Raja berperlembagaan
juga diamalkan di Malaysia di mana Yang Dipertuan Agung sebagai
Ketua Negara dan Raja Perlembagaan mengikut peruntukan
Perlembagaan Persekutuan. Baginda mempunyai bidang kuasa yang
meluas dan memainkan peranan yang penting dalam tiga cabang
kerajaan – eksekutif, perundangan dan kehakiman. Berbanding
dengan sistem monarki mutlak di mana Raja memiliki kuasa mutlak
dalam pemerintahan sesebuah negara, kuasa Yang Dipertuan Agung
adalah berdasarkan perkara-perkara yang termaktub di dalam
Perlembagaan Persekutuan. Di peringkat negeri, 9 buah negeri yang
mempunyai Raja diketuai oleh Sultan, Raja atau Yamtuan Besar
manakala 4 negeri yang tidak beraja, Yang Dipertua yang dilantik
oleh Yang Dipertuan Agung sebagai lambang kepada negeri yang
berkenaan.
Prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan
dan kedaulatan undang-undang adalah relevan dengan aspirasi
demokrasi di mana semua rakyat memiliki hak-hak dan kebebasan
11
berdasarkan peruntukan Perlembagaan dan undang-undang. Rakyat
bebas untuk melakukan segala aktiviti ekonomi, sosial, politik dan
sebagainya dengan syarat tidak melanggar undang-undang negara.
Untuk merealisasikan aspirasi ini, semua rakyat wajib memahami
hak-hak mereka selaras dengan peruntukan Perlembagaan
Persekutuan dan undang-undang yang berkuat kuasa. Penyalahgunaan
sistem demokrasi boleh menjejaskan kestabilan dan memusnahkan
demokrasi negara. Apabila negara berdepan dengan masalah dan
cabaran, kepentingan bangsa dan negara harus diutamakan lebih
daripada kepentingan kaum, puak dan kelompok demi kesejahteraan
dan kedaulatan negara.
3.4 ASPIRASI KETIGA: MENCIPTA SATU MASYARAKAT
YANG ADIL DI MANA KEMAKMURAN NEGARA AKAN
DAPAT DINIKMATI SECARA ADIL DAN SAKSAMA
Aspirasi masyarakat yang adil akan wujud apabila semua rakyat
diberikan peluang yang sama untuk menikmati kemakmuran dan
kekayaan negara. Semua rakyat harus diberi peluang yang sama untuk
mencipta kekayaan, menerima kebajikan, mendapatkan pendidikan,
perlindungan undang-undang, capaian kepada kemudahan dan
mengamalkan adat resam, budaya dan sebagainya.
Ketidakadilan dan ketidaksaksamaan boleh mengundang rasa tidak
puas hati dan kemarahan daripada golongan yang terpinggir atau
dipertikaikan dan berkemungkinan mencetuskan konflik di dalam
masyarakat.
Adil dan saksama bukan bermaksud setiap warganegara diberikan
kemudahan atau agihan kebendaan yang sama dari segi kuantiti tetapi
mengikut keperluan masing-masing. Sikap inklusif, prihatin dan peka
harus diamalkan supaya mereka yang lemah diberi bantuan agar
memiliki peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak yang lebih
maju. Contohnya pendidikan khas kepada golongan yang mengalami
12
cabaran fizikal, bantuan keusahawanan kepada golongan miskin tegar
dan peluang pekerjaan kepada bekas banduan. Perkara ini penting
bagi memastikan tiada sesiapa yang dipinggirkan.
3.5 ASPIRASI KEEMPAT: MENJAMIN SATU CARA
LIBERAL TERHADAP TRADISI-TRADISI
KEBUDAYAANNYA YANG KAYA DAN BERBAGAI CORAK
Istilah liberal kerap menimbulkan polemik dalam kalangan
masyarakat Malaysia terutama yang konservatif. Ramai yang
berpersepsi bahawa perkataan ini bermaksud kebebasan untuk
melakukan apa-apa sahaja mengikut kehendak dan naluri masing-
masing. Ada juga yang menyamakan liberal dengan budaya barat
yang bersifat individualistik, hedonistik dan bebas melakukan apa-apa
sahaja tanpa batasan di atas nama demokrasi dan liberalisme.
Dalam konteks ini, liberal merujuk kepada kesudian untuk
menghormati dan menerima kelakuan atau pandangan yang berbeza
daripada dirinya sendiri dan terbuka kepada idea-idea yang baharu.
Dalam dunia ini kebebasan mutlak tidak wujud di mana-mana negara,
biarpun negara-negara Barat yang mempunyai ruang kebebasan yang
tinggi masih mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi
walaupun konteks sosial dan norma hidup negara-negara barat
mempunyai perbezaan yang ketara berbanding dengan negara-negara
timur. Kita perlu arif dan bijaksana dalam menilai apakah amalan baik
yang patut dicontohi seperti budaya ilmu, saintifik, penyelidikan,
inovasi, pemikiran kritis dan analitis, dan mengabaikan segala budaya
yang tidak sihat dan tidak sesuai untuk masyarakat Malaysia.
Kekayaan kebudayaan, tradisi, adat resam dan kepelbagaian agama
yang diamalkan oleh berbagai-bagai kaum adalah salah satu kekuatan
dan keunikan Malaysia. Bah kata “tak kenal maka tak cinta”. Sikap
yang liberal dan terbuka dapat menggalakkan penerimaan dan
hormat-menghormati di antara sama lain yang kondusif kepada
13
persepaduan sosial dan perpaduan negara. Selain itu, sikap yang
liberal juga menggalakkan interaksi dalam komuniti yang pelbagai
dan menggalakkan perkongsian pengalaman serta percambahan idea
baharu ke arah kemajuan negara.
3.6 ASPIRASI KELIMA: MEMBINA SATU MASYARAKAT
PROGRESIF YANG AKAN MENGGUNAKAN SAINS DAN
TEKNOLOGI MODEN
Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan sedang membangun,
Malaysia perlu mengekalkan daya saing dan berkembang maju seiring
dengan rentak pembangunan global. Penggunaan sains dan teknologi
adalah instrumen yang menentukan kemajuan dan daya saing
sesebuah negara dari segi tahap pembangunan dan kemakmuran.
Penggunaan sains dan teknologi moden dapat meningkatkan kualiti
dan produktiviti negara dan terus menyumbangkan kepada penjanaan
ekonomi negara. Dengan wujudnya ekonomi yang kukuh dan daya
saing yang kuat, proses pembangunan dapat dilaksanakan dengan
lebih rancak dan lebih banyak kekayaan negara dapat dikongsikan
kepada warga Malaysia yang membawa kepada kenaikan taraf hidup
rakyat.
Selain daripada penggunaan sains dan teknologi, Malaysia perlu
bertekad untuk menerajui sains dan teknologi dalam bidang-bidang
tertentu yang berpotensi supaya meningkatkan lagi daya saing dan
keluar daripada perangkap pendapatan tinggi sederhana. Sebagai
negara yang kaya dengan sumber asli, kepelbagaian biologi,
kemajuan dalam bidang-bidang ini berpotensi menjadi “lautan biru”
kepada Malaysia untuk mengatasi negara-negara lain sebagai
peneraju.
Untuk terus maju ke hadapan, Malaysia juga perlu menghasilkan
lebih ramai pakar-pakar pelbagai bidang dan mewujudkan ekosistem
yang baik bagi penyelidikan merentas bidang untuk mencari
penyelesaian kepada pelbagai isu di dalam negara. Peluang pekerjaan
14
yang lebih banyak dan lumayan juga perlu disediakan kepada pakar-
pakar bagi mengelakkan emigrasi pakar-pakar ke negara lain (brain
drain) yang merugikan negara.
4.0 KESIMPULAN
Rukun Negara yang terdiri daripada lima cita-cita dan lima prinsip
masih relevan kepada pembangunan negara Malaysia. Ianya masih
menjadi panduan kepada agensi kerajaan dalam penggubalan dasar-
dasar dan perangkaan undang-undang pada zaman kini. Aspirasi dan
prinsip-prinsip ini wajib diingati oleh semua warga Malaysia dan
diterapkan dalam kehidupan seharian. Hubungan negara dengan
rakyatnya adalah saling bersandaran. Segala kejayaan dan kegagalan
sesebuah negara adalah tanggungjawab kolektif setiap individu
warganegara dan semua akan terkesan daripadanya. Sebuah negara
yang stabil, berdaulat, makmur dan progresif adalah aspirasi semua
warga Malaysia dan aspirasi ini memerlukan komitmen yang padu
daripada setiap warga Malaysia untuk menjayakannya.
15
5.0 LAMPIRAN
PERISTIWA SEBELUM DIPERKENALKAN RUKUN
NEGARA
HAYATI RUKUN NEGARA KITA
SEMANGAT PERKAUMAN DITERAPKAN
16
6.0 RUJUKAN
PENGENALAN
- https://www.sinarharian.com.my/article/94454/SUARA-
SINAR/Analisis-Sinar/Rukun-Negara-yang-kian-tersisih
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN RUKUN
NEGARA
-http://kumpulanduapunya.blogspot.com/2014/10/sejarah-
pembentukan-rukunegara.html?m=1
TUJUAN RUKUN NEGARA DIWUJUDKAN
-https://www.bharian.com.my/amp/rencana/lain-
lain/2021/01/774092/rukun-negara-asas-perpaduan-pembinaan-
negara-bangsa
5 ASPIRASI
- https://belia.org.my/wp/2021/07/23/aspirasi-rukun-negara-
dalam-pembinaan-bangsa-malaysia/
BUKTI LAIN
17
JADUAL PEMBAHAGIAN TUGASAN
BIL NAMA TUGAS
MENCARI MAKLUMAT
1 NUR SARAH IRDINA BINTI
MOHAMAD AZIM MENCARI MAKLUMAT
2 SITI NORSHAMIRA BINTI MENCARI MAKLUMAT
MOHAMAD ROSLI
MENCARI MAKLUMAT
3 NUR SYARAH NAWWARAH
BINTI RAMLI
4 NUR ALEYA NATASHA BINTI
HELLMI
18
AHLI KUMPULAN
NUR SARAH IRDINA SITI NORSHAMIRA
BINTI MOHAMAD AZIM BINTI MOHAMAD ROSLI
(25DPM21f2023) (25DPM21F2020)
NUR ALEYA NATASHA NUR SYARAH NAWWARAH
BINTI HELLMI BINTI RAMLI
(25DPM21F2018) (25DPM21F2021)
19
20