MESYUARAT AGUNG
PIBG
SK KUALA KUBU BHARU, JALAN SEKOLAH, 44000 KUALA KUBU BHARU
TARIKH : 23 OKTOBER 2021
HARI : SABTU
MASA : 9.00 PAGI
MEDIUM : DALAM TALIAN (gMEET)
LOKASI : KEDIAMAN MASING-MASING
PERASMI : PUAN SARIPAH BINTI BAKAR
AHLI MAJLIS PERBANDARAN
HULU SELANGOR
TENTATIF PROGRAM
8.30 pagi - Pendaftaran kehadiran ibu bapa / penjaga dan guru
secara dalam talian
- Kehadiran jemputan secara dalam talian
- Bacaan Doa
- Ucapan Aluan Guru Besar SK Kuala Kubu Bharu
- Ucapan Aluan YDP PIBG SK Kuala Kubu Bharu
- Ucapan Perasmian Oleh Puan Saripah binti Bakar
(Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor)
- Mesyuarat Agung PIBG bermula
NOTIS MESYUARAT AGUNG
JAWATANKUASA PIBG
Penasihat : Cikgu Hariani binti Mohd Hamdan
Yang DiPertua : Encik Syaiful Hazrill bin Halim
Naib Yang DiPertua : Puan Rabiatul Aisha binti Yusni
Setiausaha : Cikgu Noralasikin binti Md. Din
Bendahari : Cikgu Norlela binti Abu
Ahli Jawatankuasa : 1. Encik Sharom bin Mohameddin
Ibubapa 2. Encik Mohd Fadzli bin Abdul Wahi
3. Encik Shahrilhazlan bin Che Othman
4. Puan Noor Azizah Maulad bin Zainol Abidin
5. Puan Nor Liyana Fitri binti Mohd Hasnan
6. Puan Zarifah binti Muhamad Zainal
Ahli Jawatankuasa : 1. Cikgu Nur Husnaa binti Abd Rahim
Guru 2. Cikgu Norazila binti Ismail
3. Cikgu Fadilah binti Ahmad
4. Cikgu Nur Diana binti Amran
Juruaudit : 1. Encik Nik Mohd Azeim bin Nik Aziz
2. Cikgu Muniswary a/p Nadarajan
AGENDA MESYUARAT
8.30 pagi : Pendaftaran kehadiran ibu ,bapa, penjaga, guru
: Kehadiran jemputan secara atas talian
: Bacaan doa
: Ucapan Guru Besar SK KKB
: Ucapan YDP PIBG SK KKB
: Ucapan Perasmian
: Mesyuarat Agung PIBG bermula
MAJLIS PERASMIAN
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-43
UCAPAN GURU BESAR – PN HARIANI BINTI MOHD HAMDAN
1. Pn Hariani mengalu-alukan kedatangan Encik Siri Vickneshwaran A/L Narayani, iaitu
Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 43.
2. Beliau juga mengucapkan salam kepada semua hadirin serta merakamkan ucapan terima
kasih atas kehadiran ibu bapa serta penjaga kerana sudi meluangkan masa ke mesyuarat
kali ini.
3. Pihak sekolah dan PIBG memohon maaf kerana mesyuarat tidak dapat dijalankan pada
hari Sabtu. Berdasarkan perancangan di dalam takwim sekolah, mesyuarat agung
dirancang pada 15 Februari tetapi pihak sekolah menerima surat arahan di mana setiap
sekolah tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti pada minggu pertama dan ketiga. Pada
22 Februari pula, guru besar terlibat dengan peperiksaan CEFR. Mesyuarat agung perlu
dilaksanakan sebelum bulan 3, maka sekolah terpaksa membuat ketetapan pada 20
Februari iaitu hari Khamis petang untuk menjalankan Mesyuarat Agung PIBG. Surat
panggilan mesyuarat yang diedar telah disertakan sekali dengan Surat Pekeliling Iktisas
iaitu surat pelepasan majikan di mana pekerja diberi kebenaran untuk hadir ke mesyuarat
PIBG sekolah.
4. Kehadiran ibu bapa tidak perlu ditulis pada hari ini, ibu bapa hanya perlu mengimbas QR
Code di meja pendaftaran. Buku program juga perlu diimbas pada QR Code yang diberi
oleh jawatankuasa pendaftaran di mana ianya disertakan sekali nombor cabutan bertuah.
Beliau mengharapkan ibu bapa dan penjaga dapat menunggu sehingga akhir mesyuarat
kerana terdapat 50 hamper cabutan bertuah yang disediakan.
5. Beliau memaklumkan kepada hadirin, sepanjang tahun 2019, banyak aktiviti yang
dijalankan diperingkat sekolah, pencapaian UPSR sekolah mencapai 91% iaitu merupakan
rekod sekolah dan merupakan pencapaian yang sangat cemerlang untuk SKKKB. Beliau
amat berharap dan sama-sama berdoa semoga rekod ini dikekalkan pada tahun ini.
Pencapaian ini tidak akan tercapai tanpa sokongan daripada ibu bapa dan amat
mengharapkan sokongan dan penglibatan ibu bapa dan penjaga diteruskan demi
kecemerlangan anak-anak di masa hadapan bukan di dalam akademik sahaja malahan di
dalam bidang kokurikulum. Ini kerana sekolah tidak boleh berdiri sendiri tanpa bantuan
ibu bapa dan penjaga disamping guru–guru juga berperanan sebagai tulang belakang.
6. Beliau mengalu-alukan ibu bapa yang berbakat untuk sama-sama melatih murid bersama
guru-guru untuk meningkatkan pencapaian murid dalam kokurikulum.
7. Beliau memaklumkan bahawa pada tahun 2020, sekolah SKKKB diangkat untuk Program
TS25 Kohort 5. Ini merupakan satu pengiktirafan kepada sekolah di mana sekolah akan
membuat banyak aktiviti dan ini memerlukan banyak dana yang sangat besar. Guru-guru
akan melalui 8 modul yang merangkumi akademik, kemenjadian, prasarana sekolah
termasuk sarana ibu bapa. Untuk menjadi TS25, sekolah memerlukan kerja kuat bukan
sahaja daripada guru-guru malahan juga penglibatan ibu bapa, wakil rakyat dan Ahli
Majlis untuk sama-sama membantu kecemerlangan sekolah.
8. Beliau menyatakan pada hari ini juga akan dilaksanakan pemberian bantuan persekolahan
selepas Mesyuarat Agung PIBG selesai dan guru besar mohon semua ibu bapa tunggu
sehingga majlis selesai.
9. Beliau mengucapkan tahniah kepada 179 buah keluarga yang telah membuat sumbangan
PIBG bagi tahun 2019, namun malangnya seramai 44 buah keluarga tidak membuat
bayaran. Ini merupakan satu jumlah yang besar.
10. Beliau juga memaklumkan, program keceriaan kelas yang telah diluluskan dalam
mesyuarat lepas iaitu sebanyak RM15 setahun bagi setiap murid. Seramai 85 murid tidak
membayar.
11. Beliau juga memaklumkan berkaitan bantuan kertas A4, 125 orang tidak melunaskan.
12. Beliau berharap tahun ini ibu bapa dapat membantu pihak sekolah agar anak-anak dapat
belajar dengan lebih selesa.
13. Di akhir ucapan beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
jawatankuasa PIBG kerana bertungkus lumus membantu pihak sekolah sepanjang tahun
2019.
14. Beliau juga mendoakan semoga usaha dan sumbangan ibu bapa di rahmati Allah. Semoga
Allah memberkati kerjasama yang terjalin antara sekolah dan PIBG demi membina insan
yang berilmu.
UCAPAN DARIPADA YDP PIBG – EN SYAIFUL HAZRILL BIN HALIM
1. En. Syaiful Hazrill memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran terhadap Allah S.W.T di atas
limpah kurniaNya mesyuarat Agung PIBG kali ke-43 dapat diadakan.
2. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran Encik Siri Vickneshwaran A/L Narayani, iaitu
Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor serta kepada semua ibu bapa dan mengucapkan terima
kasih kerana sudi melapangkan masa untuk hadir ke mesyuarat kali ini.
3. Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada guru-guru SKKKB yang dipimpin oleh
Puan Hariani kerana telah mendidik murid untuk Berjaya sehingga mengikut standard
yang teah ditetapkan sehingga telah diiktiraf antara sekolah yang cemerlang di Daerah
Hulu Selangor di dalam peperiksaan UPSR 2019.
4. Beliau mewakili ahli jawatankuasa PIBG mengucapkan terima kasih kepada puan guru
besar dan SKKKB serta ahli jawatankuasa PIBG kerana sentiasa memberi kerjasama yang
baik dalam apajua program yang dianjurkan samada oleh PIBG mahupun pihak sekolah.
5. Beliau berharap kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa dan Encik Siri Vickneshwaran
dapat dijalinkan dari semasa ke semasa dalam merealisasikan wawasan dan matlamat
pendidikan nasional. Beliau berharap apajua bentuk bantuan atau sumbangan daripada
pihak Encik Siri Vickneshwaran amat dihargai.
6. Beliau memaklumkan kepada Encik Siri Vickneshwaran bahawa pihak sekolah telah
berulang kali membuat permohonan bonggol di hadapan sekolah dan status terkini pihak
JKR dan Majlis Daerah tidak meluluskan permohonan pada tahun 2019. Beliau berharap
Encik Siri Vickneshwaran dapat pertimbangkan dan membantu agar permohonan ini dapat
direalisasikan pada tahun 2020.
7. Beliau juga memaklumkan jika Encik Siri Vickneshwaran dapat mempertimbangkan
pemasangan bumbung di hadapan balai pengawal samada pondok atau laluan susur gajah
untuk murid-murid menunggu ibu bapa ketika pulang daripada sekolah.
8. Beliau memetik kata-kata Pn. Hariani binti Mohd Hamdan, Guru Besar SKKKB semasa
Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa tempoh hari iaitu tabung kewangan PIBG tidaklah begitu
banyak jika hendak dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang lebih besar dan ramai
pelajar, tetapi setakat ini dengan sumbangan ibu bapa serta penyumbang-penyumbang
luar, kewangan PIBG SK KKB tidaklah begitu tenat dan masih mampu menampung.
9. Beliau memaklumkan bahawa tahun ini tahun pemilihan tampuk pimpinan dan
jawatankuasa PIBG yang baharu. Untuk itu, beliau mengharapkan hadirin dapat memilih
jawatankuasa bagi tahun 2020 hingga 2022 dengan bijak demi kemajuan dan
pembangunan Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu.
10. Beliau akhiri ucapan dengan lafaz wabillahitaufik walhidayah w.b.t
UCAPAN PERASMIAN – EN SIRI VICKNEHSWARAN A/L NARAYAN
1. En. Siri Vicknehswaran mengucapkan terima kasih kerana memberi penghormatan kepada
beliau untuk berucap pada hari ini.
2. Beliau mengucapkan tahniah kepada guru besar dan pihak sekolah kerana menggunakan
QR Code sebagai pengganti kertas dalam menyediakan buku program dan pendaftaran.
3. Beliau memohon ibu bapa untuk memberi penghormatan kepada guru-guru di sekolah
kerana tidak mudah untuk menjaga anak-anak, seorang guru perlu menjaga 46 orang
murid.
4. Beliau turut menyatakan bahawa guru-guru menegur anak-anak adalah untuk kebaikan
anak-anak di masa hadapan.
5. Beliau menyatakan bahawa terdapat banyak kes denggi di Kuala Kubu Bharu, Selangor
dan seluruh Malaysia.
6. Beliau juga meminta agar ibu bapa dan guru untuk meluangkan sedikit masa bagi
membersihkan kawasan rumah masing-masing agar dapat menghapuskan pembiakan
nyamuk aedes.
7. Beliau memaklumkan bahawa 28 Januari 2020 sehingga 27 Februari 2020 pihak Majlis
Daerah Hulu Selangor mengadakan Program Publisiti dan Penyertaan Awam.
8. Beliau meminta ibu bapa dan guru untuk membuat semakan dan memberi pendapat
tentang kawasan penempatan masing-masing dan 10 hingga 15 tahun akan datang ibu bapa
dan guru dapat melihat penaikkan taraf di kawasan masing-masing.
9. Beliau juga menyatakan bahawa beliau ingin mengetahui sebab pihak Jabatan Kerja Raya
tidak meluluskan pembinaan bonggol di hadapan sekolah dan akan cuba membuat
permohonan kepada Majlis Daerah Hulu Selangor bagi menjamin keselamatan murid-
murid di sekolah ini.
10. Beliau menyatakan bahawa beliau bersama sahabatnya akan memberikan sumbangan
sebanyak RM2000 untuk mengecat lantai.
11. Beliau mengucapkan terima kasih kepada PIBG, pihak sekolah dan guru besar kerana
menjemput beliau untuk merasmikan Mesyuarat Agong kali ke – 43 di sekolah yang
bersejarah.
12. Beliau merasmikan Mesyuarat Agong PIBG kali ke – 43.
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-43
SESI 2020
Tarikh : 20 Februari 2020
Hari : Khamis
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Pendeta Za’aba SK Kuala Kubu Bharu
Perasmi : Encik Siri Vikneshwaran A/L Narayani
Kehadiran :
1. Puan Hariani binti Mohd Hamdan - Penasihat
2. Encik Syaiful Hazrill bin Halim - YDP PIBG
3. Puan Rabiatul Aisha binti Yusni - NYDP PIBG
4. Puan Noralasikin binti Md Din - Setiausaha
5. Puan Norlela binti Abu - Bendahari
6. Encik Sharom bin Mohameddin - AJK ( Ibu bapa )
7. Encik Shahrilhazlan bin Che Othman - AJK ( Ibu bapa )
8. Puan Noor Azizah Maulad Binti Zainol Abidin- AJK ( Ibu bapa )
9. Puan Nor Liyana Fitri binti Mohd Hasnan - AJK ( Ibu bapa )
10. Puan Zarifah binti Muhammad Zainal - AJK ( Ibu bapa )
11. Puan Nur Husnaa binti Abd Rahim - AJK ( Guru )
12. Puan Norazila binti Ismail - AJK ( Guru )
13. Puan Fadilah binti Ahmad - AJK ( Guru )
14. Cik Nur Diana binti Amran - AJK ( Guru )
15. Encik Nik Mohd Aziem bin Nik Aziz - Juruaudit ( Ibu bapa )
16. Puan Munishwary A/P Nadarajan - Juruaudit 9 Guru )
17. Puan Nursanty binti Hassan Berseri - GPK Pentadbiran
18. Encik Ismail bin Jamil - GPK HEM
19. Puan Nurol Wahidah binti Hassan - GPK Kokurikulum
20. Encik Maswadi bin Mohd Milatussamsi - GPK PPKI
Guru-guru dan Ibu Bapa / Penjaga
21. Azmir bin Abdullah
22. Farhana binti Mohamad Noh
23. Kamnishwary a/p Kathasivam
24. Nik Khairul Azman bin Abd Rahim
25. Nur Husnaa bin Abd Rahim
26. Rohaizad bin Aziz
27. Pugiyah
28. Farah Maziz binti Mohamad Ghazali
29. Nurul Izzah binti Hassan
30. Noor Suaziera binti Sabari
31. Nafisah binti Mohamad said
32. Noor Aliza binti Sarif
33. Nurul Nazuha binti yahya
34. Normah binti Uyub
35. Siti Aisah binti Tajul Arus
36. Nor Azura Mohd Hashim
37. Shaiful Azizan b Roslee
38. Muhammad Khairul bin Mohamad Sani
39. Mohd Shahrizan bin Mokhtar
40. Junidah binti Abdul Majid
41. Zarina binti Mohd Asar
42. Hermawati binti Ibrahim Ali
43. Idahni binti Mohd Arif
44. Rashidah Bibi binti Mohamad Yusof
45. Mahfuzah binti Mohamad
46. Juliana binti bahari
47. Noraziana binti Husin
48. Masni binti Tumi
49. Norhazimah binti Idris
50. Azmi Azhar bin Ahmad
51. Nurul Farah Natasya bt Mohd Tahir
52. Bachan Kaur
53. Noraidah binti Tahar
54. Rahimah a/p Tera
55. Evelyn Kinta
56. Rosnah binti Kamarudin
57. Norhatikah bt Idris
58. Noorlina bt Nasir
59. Noradilah bt Idris
60. Aimy Nadiah binti Ahmad Shapingi
61. Zulhusni b Mohd Rais
62. Rohana bt Abdullah
63. Mawarni binti Suaid
64. Ahmad Zaim Zikri bin Zainudin
65. Siti Khadijah binti Abdul Razak
66. Muhammad Nazri bin Samsury
67. Farah Safura binti Samithi
68. Jufiza bt Abd Mutalib
69. Rusli Shaari
70. Fadlyatul bt Rosli
71. Noraini bt Zahri
72. Hairul Izam bin Bakarudin
73. Sharom bin Mohamedin
74. Siti Hawa Sabari
75. Liza bt Azli
76. Noorhayati Rosli
77. Vimaladevi
78. Azian binti Ramli
79. Mohd Norfarhanif bin Ramly
80. Mohd Fadzli bin Abdul Wahi
81. Nurina Shahira bt Jamel
82. Mohamad Kamarul Nizam
83. Nurul Imaniyah binti Khairullah
84. Noor Mohd Zaki b Mohamad Zain
85. Siti Asmah binti Mat Wasis
86. Zakiah Hani bt Anuar
87. Shahizatul Niza bt Azman Shah
88. Mohd Adanan bin Jaafar
89. Aini Khairunisa bt Ahmad Kamal
90. Said Sobrie bin Said Kasim
91. Marni bt Misbah
92. Zailidah binti Hassan
93. Norakmal binti Muhammad Ghani
94. Azilah binti Aziz
95. Nur Khairunisa binti Mohd Khailani
96. Mohd Zahirudin bin Zolkifeli
97. Norzalina bt Hassan
98. Akhmarullah bin Hairi
99. Siti Hajar binti Ismail
100. Nur Ashikin binti Othman
101. Nor Hazira bt Mat Hanifiah
102. Norzuliana binti Amir
103. Mohd Hasnuri b Achni
104. Junaidah binti Yahaya
105. Idawaati bt Abd Manap
106. Suhana bt Mohd Yusop
107. Nur Dalila binti Khozari
108. Nur Nadia binti Hassan
109. Idris bin Hj Razali
110. Mohd Ashraf bin Shukor
111. Normadi bin Mahfool
112. Mohamad Asrul Idham b Mohd Asri
113. Mahanis bt Mazelan
114. Suriana binti Tapa
115. Abdul Razak bin Maskon
116. Faridah bt Maskon
117. Mohd Azmir bin Mohd Aziz
118. Mohd Shafiq bin Isnil Aizar
119. Muhammad Al Baqir
120. Mohd Safnas b Mohd Hashim
121. Norrita bt Harun
122. Nor Rashidah binti Zainal Rashid
123. Zuraidah binti Sallehudin
124. Nor Fadzilah binti Ridzwan
125. Saifullah b Mohd Zain
126. Mohd Saiful Azuan b Jasmin
127. Mohd Khairul Hafsham bin Abdul Jamil
128. Nurulaini binti Kusmaniirat
129. Izatul Aiza binti Ismail
130. Siti Ashikin bt Ashaari
131. Nursyaza binti Mohd Ali
132. Rosliza binti Ariffin
133. Nordin bin Ahmad
134. Mohd Harif bin Musa
135. Azizah binti Mat Amin
136. Azmi Azhar bin Ahmad
137. Nura binti Derasit
138. Laili Juhana binti Aliasak
139. Rosmimi binti Zulkifflee
140. Siti Hawa Shuhada binti Abd Shukor
141. Siti Nur Nadhirah bt Radzulai
142. Noridayu bt Halim
143. Ponnamah/Perumal
144. Zahari bin Ismail
145. RabiatulAisha binti Yusni
146. Md Senin bin Hamil
147. Samsurita Sabarudin
148. Ridzuan b Rahmat
149. Mohd Nazri b Che Ali
150. Mohd Nasroum b Mohd Nasib
151. Amalia bintii Amran
152. Ahmad Mazwani b Bahrudin
153. Mohd Dzulkifli bin Yaacob
154. Haslinda bt Sabli
155. Nurul Jannah binti Alias
156. Jurita bt Zulkifli
Ucapan Aluan YDP PIBG (En. Syaiful Hazrill bin Halim)- kak rosnah
En. Syaiful Hazrill bin Halim selaku YDP PIBG memberikan ucapan alu-aluan
atas kehadiran semua ibu bapa dan guru untuk menjayakan mesyuarat Agung
tahunan PIBG kali ini.
Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-42
Minit mesyuarat telah dibentangkan oleh YDP PIBG berpandukan Agenda
Mesyuarat Agung Kali ke-42 sesi 2019.
Ucapan Aluan YDP PIBG (Encik Syaiful Hazrill Bin Halim)
Membentangkan dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG kali
ke-42
Membentang dan menerima laporan aktiviti tahunan
Membentangkan dan menerima penyata kewangan PIBG SKKKB 2019
Pembubaran Jawatankuasa PIBG 2018/2020
Perlantikan Pengerusi Sementara Mesyuarat
Perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG SKKKB 2020/2022
Pembentangan Usul
Hal-hal lain
Ucapan Penangguhan
Pengesahan minit dicadangkan oleh : Pn. Rabiatul Aisha binti Yusni
Pengesahan minit disokong oleh :Pn. Noor Azizah Maulad Bin Zainol Abidin
Membentangkan dan Menerima Laporan Aktiviti Tahunan
Laporan telah dibentangkan oleh Pn. Nur Atiqah binti Adni selaku Setiausaha
PIBG SKKKB
Membentangkan dan Menerima Penyata Kewangan PIBG SKKKB 2019
Penyata kewangan telah dibentangkan oleh Bendahari PIBG, Pn Nurulaini binti
Kusmaniirat.
Ralat pada muka surat 28 pada bahagian Laporan Akaun Tumpang: Dana Tahun
5 iaitu baki pendapatan tolak perbelanjaan= RM 4 200.00 – RM 1 600= RM2
600.00
Pengesahan dengan pembetulan penyata kewangan dicadangkan oleh:
Pn. Bachankaur A/P Pantasingh
Pengesahan dengan pembetulan penyata kewangan disokong oleh:
Pn.Mahfuzah bt Muhammad
Membentangkan dan Membahaskan Usul
Usul 1 – En. Subramaniam A/L Romzalinyam
a) Harap membaiki tandas yang rosak.
Maklum balas PK Hal Ehwal Murid :
Tandas akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Awal tahun 2019, ada ibu bapa
yang membaiki tandas yang rosak. Kerosakkan yang kecil biasanya pihak
sekolah akan perbaiki tetapi jika kerosakan yang melibatkan kos yang tinggi,
sekolah memerlukan peruntukan yang besar.
b) Mohon guru kelas dapat membuka “group whatsapp” untuk berkongsi
maklumat.
Maklum balas PK Hal Ehwal Murid :
Terdapat kelas yang membuka “group whatsapp” dan ada yang tidak.
Sebenarnya “group whatsapp” adalah tidak wajib. Jika kelas tiada “group
whatsapp”, ibu bapa boleh datang ke sekolah untuk mendapatkan maklumat
dengan lebih jelas dan lebih wajar.
Usul 2 – En. Mohd Yuszaidy
a) Jumlah sumbangan PIBG tidak ditetapkan lebih dari RM30
memandangkan bebanan ekonomi dan tanggungan ibu bapa.
Maklum balas :
- Pembawa usul tiada.
Usul 3 – Pn. Faridah Maskon
a) Sila pantau harga makanan di kantin sekolah.
Maklum balas PK HEM :
- Pihak sekolah khususnya unit HEM sentiasa memantau harga makanan di
kantin. Untuk pengetahuan, minuman ada 2 kategori iaitu minuman gelas
tanpa susu contohnya air sirap harganya RM0.50 dan manakala air
minuman campur susu seperti air sirap bandung harganya RM1.00. Bagi
harga makanan, harganya berpatutan. Jika nasi lemak , ¼ telur rebus dan
timun harganya RM1.00. Begitu juga dengan mee dan bihun RM1.00 pada
kuantiti yang sesuai. Manakala jika ditambah dengan telur mata atau ayam
harganya RM2.00. Kuih pula ada yang harga RM0.50 dan RM0.40
bergantung kepada saiz. Setiap hari, guru yang bertugas di kantin akan
memantau kantin samada dari segi harga, kuantiti dan kebersihan.
Usul 4 – Pn. Vimaladevi Ramarak
a) The class mirror has to be changed.
Maklum balas :
- Pembawa usul tiada.
Usul 5 – En. Shamsul bin Samah
a) Penyelarasan waktu tamat sekolah di antara tahap 1 dan tahap 2.
b) Ketetapan masa tamat sekolah. Ibu bapa menunggu terlalu lama untuk anak
keluar dari kelas.
Maklum balas :
- Pembawa usul tiada.
Usul 6 – En. Abd Razak
a) Minta pihak sekolah untuk memantau harga makanan dan minuman di
sekolah. Harga terlalu mahal (harga yahudi). Saya yang bekerja mencari duit
beli air sirap gelas besar RM1, tetapi anak beli air gelas kecil RM1 di sekolah
kerajaan bukan private school. Kuih lagi besar dijual di tepi jalan berbanding
di kantin sekolah. Harap kantin tidak menyusahkan ibu bapa.
Maklum balas :
- Pembawa usul tiada.
Usul 7 : En. Mohd Safnas Bin Mohd Hashim
a) Tidak perlu menjual air yakult kerana wang yang diberi untuk makan tidak
digunakan untuk makan tetapi disimpan untuk membeli air yakult.
Maklum balas
- Pembawa usul tiada.
Usul 8 : Pn. Rabiatul Aisha Binti Yusni
a) Penyimpanan buku teks di dalam storage box di setiap kelas murid.
- Menggalakkan pelajar tidak membawa beg yang berat selain dari terlupa
membawa buku subjek tersebut seperti yang dijadualkan.
- Storage box ditandanama dan bergambar dan dipertanggungjawabkan
kepada setiap murid untuk memastikan susun aturnya kemas.
Maklum balas oleh GB
- Menurut GB, sekolah-sekolah besar memang ada menyewa kotak
sebanyak RM150.00 setahun untuk meletakkan buku-buku murid di
dalam kelas. Namun pihak sekolah tidak mahu membebankan PIBG
memandangkan kewangan tidak mengizinkan. Jika ibu bapa beli
sendiri akan wujud pelbagai warna dan saiz kotak nanti. Oleh itu
undian telah dibuat dan 13 orang ahli mesyuarat telah bersetuju untuk
membuat bayaran bagi pembelian kotak yang seragam. Walau
bagaimanapun GB menegaskan agar tidak wujud nanti masalah kerja
rumah murid tidak siap kerana buku tertinggal di sekolah. Ibu bapa
juga perlu menyemak buku anak-anak di rumah untuk memastikan
kerja rumah siap. Jumlah kutipan ialah RM30.00 bagi setiap murid.
YDP meminta supaya percubaan dilakukan untuk sebuah kelas bagi
kepraktikalan kotak tersebut. Kelas yang dipilih adalah sebagai kelas
rintis.Jika berjaya akan diteruskan.
Usul 9 : En. Mohd Shafiq Bin Isnil Aizar
a) Minta kerjasama dari semua penjaga untuk sediakan 1 Murid 1 Box
untuk simpan barang-barang pelajar. Tujuannya bagi meringankan
beban pelajar membawa buku ke sekolah.
Maklum balas YDP
- Usul ini sama seperti usul 8. Rujuk maklum balas usul 8.
Usul 10 - Pn Zarifah Binti Mohd Zainal
a) Mencadangkan laluan pejalan kaki berbumbung untuk para pelajar.
Maklum balas Guru Besar
Mengikut rekod PIBG sebelum ini, kertas kerja laluan pejalan kaki
berbumbung pernah dibuat dan pernah dapat peruntukan daripada parti
pembangkang. Tetapi pihak sekolah tidak dibenarkan mengambil wang
peruntukan itu. PIBG akan berusaha sekali lagi untuk membuat
permohonan laluan berbumbung ini.
b) Membezakan pelajar dengan tanda nama yang berlainan warna
mengikut tahun
Maklum balas Guru Besar
Akan dibincangkan dengan pihak pengurusan dan melihat kesesuaian
kerana tanda nama diuruskan oleh kedai buku.
c) Mengukuhkan kewangan PIBG dengan mengambil alih penjualan tali
leher dan tanda nama kepada pelajar.
Maklum balas YDP
YDP mohon usul ini diserahkan dan diberi mandat kepada jawatankuasa
yang baharu.
d) Hari Anugerah Kecemerlangan : menyediakan hadiah yang lebih sesuai
seperti plak atau piala yang lebih mudah disimpan sebagai kenangan.
Maklum balas YDP
Berdasarkan undian ibu bapa, cadangan usul ini dipersetujui oleh
majoriti ibu bapa di dalam mesyuarat.
Usul 11- Pn Nurulhusna Binti Majid
a) Beg anak-anak terlalu berat. Saya cadangkan buku teks dibenarkan untuk
ditinggalkan di sekolah.
Maklum balas YDP
Usul telah dijawab dan sama seperti usul 8.
Usul 12 - En Mohd Bahauddin Zurkafly
a) Mesyuarat akan diadakan pada hujung minggu.
Maklum balas YDP
- Sebelum ini mesyuarat dijalankan pada hujung minggu, tetapi apabila
dijalankan pada sebelah petang hari bekerja kehadiran ibu bapa lebih ramai
daripada sebelum ini. Tahniah kepada semua.
Usul 13 – En. Mohd Azmir bin Mohd Aziz
a) Menyediakan kemudahan menyimpan buku di sekolah bagi mengurangkan
beban murid membawa buku yang berat (yang mana boleh menyebabkan
masalah lain seperti masalah tulang belakang bengkok – scoliosis) dalam
jangka masa yang lama.
Maklum balas :
- Pembawa usul tidak hadir – usul yang sama seperti usul 8.
Usul 14 – Pn. Nor Liyana Fitri binti Mohd Hasnan
a) Masalah : beg berat dan buku tertinggal
Cadangan penyelesaian : menyediakan kotak simpanan untuk pelajar.
Diletakkan di sudut belakang kelas.
- Setiap pelajar dibekalkan dengan kotak untuk menyimpan barangan
serta buku masing-masing. Bila diperlukan, hanya perlu keluarkan dari
kotak yang sentiasa ada di dalam kelas.
- Setiap kotak diletakkan gambar dan maklumat murid. Modal untuk
membeli kotak adalah dari ibu bapa dan kotak pelajar boleh dibawa balik
pada akhir tahun.
- Perlukan bantuan dan pantauan dari guru kelas tentang penggunaan dan
penjagaan.
Maklum balas YDP:
- Pembawa usul tidak hadir – usul yang sama seperti usul 8.
Usul 15 – Pn. Siti Asmah binti Mat Wasis
a) Bayaran kertas A4 termasuk dalam yuran PIBG.
Maklum balas YDP:
- Pembawa usul tidak hadir – usul yang sama seperti usul 8.
Usul 16 - Pn Rashidah Bibi bt Muhamad Yusof
a) Harap kesesakan depan sekolah dapat di atasi dengan cepat.
Menghadapi kesukaran apabila menurunkan anak dan mengambil
kerana tiada ruang untuk u-turn balik sehingga terpaksa menunggu
lama.
Maklum balas YDP
- Kesesakan jalan raya berlaku di luar kawasan sekolah. Oleh itu,
keselamatan murid-murid di luar pagar bukan tanggungjawab guru.
Namun pihak sekolah amat berterima kasih kepada En. Azlan yang
banyak membantu menjaga keselamatan murid semasa datang dan
balik dari sekolah. YDP mohon kerjasama semua ibu bapa supaya
dapat saling membantu dan memahami ketika menghantar dan
mengambil anak untuk mengelakkan kesesakan di hadapan sekolah.
Usul 17 : Pn. Mawarni Binti Suaid
a) Wakaf tikar gulung
Mencari dana untuk membeli tikar gulung untuk kegunaan aktiviti-
aktiviti sekolah seperti solat hajat, bacaan yaasin perdana, sambutan hari
raya dan sebagainya. Wakaf ini dibuka dari bulan Februari hingga bulan
Jun. Wakaf boleh berbentuk wang tunai atau tikar gulung.
Maklum balas YDP
- Ahli mesyuarat telah diminta membuat undian dan mesyuarat
sebulat suara bersetuju untuk membuat wakaf tikar gulung.
Walau bagaimanapun tiada paksaan, terpulang kepada individu
yang ingin menyumbang.
b) Mengekalkan yuran PIBG RM50 setahun bagi setiap keluarga.
Maklum balas YDP
- Mesyuarat sebulat suara bersetuju yuran PIBG dikekalkan sebanyak
RM50.00.
Usul 18 – Pn Nurol Wahidah bt Hassan
a) Memohon sumbangan sebanyak RM5 seorang murid untuk Kejohanan
Sukan Tahunan Peringkat SK KKB yang akan diadakan pada 28 Mac
2020.
Maklum balas YDP
- Mesyuarat sebulat suarat bersetuju untuk menjelaskan RM5.00 untuk
setiap murid bagi Kejohanan Sukan Sekolah.
b) Memohon sumbangan sebanyak RM100 untuk Program Perkhemahan
Perdana Unit Beruniform Peringkat SK KKB yang akan diadakan di luar
sekolah pada 19 dan 20 Jun 2020 (murid tahap 2 yang berminat).
Maklum balas YDP
- YDP memaklumkan perkhemahan boleh diadakan di luar kawasan
sekolah dan bayaran sebanyak RM100 perlu dibuat jika sekiranya
murid berminat.
Usul 19 – Pn. Nursanty Binti Hassan Berseri
a) Mencadangkan agar ibu bapa atau penjaga menyumbang untuk
Program Kecemerlangan Tahun 5 dan 6 sebanyak RM264 setahun
(Persetujuan dalam Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru tahun 5
dan 6 bagi tahun 2020).
b) Sumbangan untuk Program Knowledge Camp (Murid SUKSES dan Jati
Dari) tahun 5 dan 6 sebanyak RM80.
Maklum balas YDP
- Usul ini telah dijalankan dan telah dipersetujui. Hanya untuk
diminitkan di dalam Minit Mesyuarat Agung PIBG tahun 2020.
Usul 20 – Pn. Fadilah Binti Ahmad
a) Mengekalkan sumbangan 1 murid 1 rim kertas A4 untuk kegunaan
murid (PBD, ujian, peperiksaan dan lembaran kerja).
Maklum balas YDP
- Berdasarkan undian ibu bapa dalam mesyuarat ini, majoriti
bersetuju dengan usul ini.
b) Mengekalkan sumbangan 1 murid RM5 untuk keceriaan kelas.
Maklum balas YDP
- Berdasarkan undian ibu bapa dalam mesyuarat ini, majoriti
bersetuju dengan usul ini.
c) Mencadangkan diadakan 1 hari untuk hari gotong-royong menceriakan
kelas (ibu bapa datang membantu guru).
Maklum balas Guru Besar
- Minta jasa ibu bapa untuk membantu guru-guru hanya
bersama-sama bergotong-royong menceriakan kelas pada satu tarikh
yang akan diberitahu kemudian.
Usul 21 – Pn. Noralasikin Binti Md Din
a) Memandangkan tiada bonggol jalan disediakan oleh pihak JKR/MHDS,
pengawal keselamatan sekolah terpaksa mengawal lalu lintas dan
keselamatan murid sewaktu datang dan balik sekolah sedangkan ianya
tidak termasuk dalam bidang tugas pengawal keselamatan sekolah.
- Mencadangkan saguhati RM100 seorang setiap bulan untuk 2 orang
pengawal keselamatan (seorang pagi dan seorang tengah hari) yang
menjaga lalu lintas dan keselamatan murid.
Maklum balas YDP
-YDP mencadangkan usul ini diserahkan dan diberi mandat kepada
jawatankuasa yang baharu untuk membuat keputusan.
Pembubaran dan Perlantikan Semula AJK PIBG SKKKB Sesi 2020
Pembubaran dan perlantikan semula AJK PIBG bagi sesi 2020
- YDP mohon mandat untuk menjadi pengerusi sementara.
- YDP memberi mandat kepada guru besar sebagai penasihat PIBG SKKKB
untuk melantik semula ajk yang sedia ada bagi menyelesaikan agenda dan
tugas bagi sesi 2020.
- Keputusan mesyuarat -semua ahli mesyuarat bersetuju dengan perlantikan
semula ahli PIBG
Ahli Jawatankuasa PIBG SKKKB dikekalkan seperti berikut:
Penasihat : Pn. Hariani binti Mohd Hamdan
Yang Dipertua : En. Syaiful Hazrill bin Halim
Naib Yang Dipertua : Pn. Rabiatul Aisha Binti Yusni
Setiausaha : Pn. Noralasikin Binti Md. Din
Bendahari : Pn. Norlela Binti Abu
Ahli Jawatankuasa : En. Sharom Bin Mohameddin
Ibu bapa En. Mohd Fadzli bin Abdul Wahi
En. Shahrilhazlan Bin Che Othman
Pn. Noor Azizah Maulad Bin Zainol Abidin
Pn. Nor Liyana Fitri Binti Mohd Hasnan
Pn. Zarifah Binti Muhamad Zainal
Ahli Jawatankuasa : Pn. Nur Husnaa Binti Abd Rahim
Guru Pn. Norazila Binti Ismail
Pn. Fadilah Binti Ahmad
Cik Nur Diana Binti Amran
Juruaudit : En. Nik Mohd Azeim bin Nik Aziz
Pn. Muniswary A/P Nadarajan
Ucapan Penangguhan
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.40 pm.
Pencatat :
1. Pn. Nur Nadia Binti Hassan
2. Pn. Nurul Imaniyah Binti Khairullah
3. Pn. Rosnah Binti Kamaruddin
Disediakan oleh :
................................................
(NORALASIKIN BINTI MD DIN)
SETIAUSAHA PIBG SESI 2020
SK KUALA KUBU BHARU
LAPORAN PIBG
LAPORAN KEHADIRAN MESYUARAT PIBG
Mesyuarat AJK PIBG hanya dapat dilaksanakan sekali sahaja kerana arahan
penutupan sekolah dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) yang tidak
membenarkan sebarang mesyuarat dijalankan secara bersemuka atau dalam talian.
Tarikh mesyuarat
Bil. Ahli Jawatankuasa 15 April 2021
1. Puan Hariani binti Mohd Hamdan /
2. Encik Syaiful Hazrill bin Halim /
3. Puan Rabiatul Aisha binti Yusni /
4. Puan Noralasikin binti Md Din /
5. Puan Norlela binti Abu /
6. Encik Sharom bin Mohameddin 0
7. Encik Shahrilhazlan bin Che Othman 0
8. Puan Noor Azizah Maulad Binti Zainol Abidin /
9. Puan Nor Liyana Fitri binti Mohd Hasnan /
10. Puan Zarifah binti Muhammad Zainal /
11. Puan Nur Husnaa binti Abd Rahim 0
12. Puan Norazila binti Ismail /
13. Puan Fadilah binti Ahmad /
14. Cik Nur Diana binti Amran /
15. Encik Nik Mohd Aziem bin Nik Aziz 0
16. Puan Munishwary A/P Nadarajan /
PELANTIKAN AJK PIBG 2021/2022
Seorang YDP -
Seorang NYDP -
Seorang Setiausaha - Lantikan Sekolah
Seorang Bendahari - Lantikan sekolah
AJK Ibu Bapa - 6 Orang
AJK Guru - 3 Orang
Juruaudit - 1 Ibu bapa
Juruaudit - 1 Guru
PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG
SESI 2021 / 2022
Yang DiPertua :
Naib Yang DiPertua :
Setiausaha :
Bendahari :
AJK Ibubapa : 1.
2.
3.
4.
5.
6.
AJK Guru : 1.
2.
3.
Juruaudit (Ibubapa) : 1.
Juruaudit (Guru) : 2.
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Cikgu Hariani binti Mohd Hamdan
Yang DiPertua PIBG : Encik Syaiful Hazrill bin Halim
Timbalan Pengerusi : Cikgu Muhammad Faizal bin Sani
Naib Pengerusi 1 : Cikgu Nursanty binti Hassan Berseri
Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 2 : Cikgu Nurol Wahidah binti Hassan
Penolong Kanan Kokurikulum
Naib Pengerusi 3 : Cikgu Norzakiah binti Harun
Penolong Kanan PPKI
Setiausaha : Cikgu Noralasikin binti Md Din
Bendahari : Cikgu Norlela binti Abu
JAWATANKUASA PELAKSANA
Urusetia
Cikgu Noralasikin binti Md Din
Cikgu Norlela binti Abu
Cikgu Fadilah binti Ahmad
Pendaftaran
Cikgu Nurul Nazuha binti Yahaya
Cikgu Nurul Izzah binti Hassan
Cikgu Rosnah binti Kamaruddin
Pencatat Minit
Cikgu Nur Atiqah binti Adni
Ustazah Nafisah binti Mohamad Said
Cikgu Hani Munirah binti Mohamed Zulkifly
Bacaan Doa
Ustaz Rohaizat bin Aziz
Ustaz Zahari bin Ismail
Juruacara
Ustazah Mawarni binti Suaid
Cikgu Nur Husnaa binti Abd Rahim
Pengundian Jawatankuasa PIBG secara dalam talian
Cikgu Azmir bin Abdullah
Cikgu Rosliza binti Arifin
Cikgu Nor Rashidah binti Zainal Rashid
Teknikal / Peralatan /Multimedia
Cikgu Mohd Hakim bin Azaman @ Azman
Encik Abu Hanifah bin Zainudin
Cikgu Nurul Imaniyah binti Khairullah
Buku Program ( Anyflip )
Cikgu Noralasikin binti Md.Din
Cikgu Nurulaini binti Kusmaniirat
Dokumentasi / Jurugambar
Cikgu Nur Dalila binti Khozari
Cikgu Kamnishwary a/p Sathasivam
Cikgu Noor Syaziera binti Sabari
Sijil Penghargaan utk Jawatankuasa 2020/2021
Ustazah Nursyaza binti Mohd Ali
Ustazah Noor Aliza binti Sarif
Selingan / Persembahan
Cikgu Nur Atiqah binti Adni
Poster
Cik Fatimah Az-Zaharah binti Mazlan
JAWATANKUASA PELAKSANA
BIL JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
1 URUSETIA • Menguruskan semua surat menyurat
❖ Cikgu Noralasikin binti dan sistem atas talian berkaitan MAT
Md.Din PIBG .
❖ Cikgu Norlela binti Abu • Membuat hebahan dan
❖ Cikgu Fadilah binti menggalakkan ibu bapa dan guru
Ahmad untuk hadir MAT PIBG secara atas
talian.
• Memastikan semua persediaan /
persiapan dibuat sebelum MAT
PIBG dilaksanakan.
• Menyelesaikan sebarang masalah
berkaitan mesyuarat sebelum MAT
PIBG dilaksanakan.
• Mengumpul data berkaitan usul,
pencalonan JK PIBG 2021/2022,
pengesahan kehadiran ibu bapa dan
lain-lain berkaitan.
• Memastikan laporan minit mesyuarat
MAT PIBG dan Penyata Kewangan
PIBG dihantar kepada JPN dan PPD
dalam tempoh 30 hari.
2 PENDAFTARAN • Memastikan ibu bapa dan guru
❖ Cikgu Nurul Nazuha membuat pengesahan kehadiran ke
binti Yahaya MAT PIBG selewat-lewatnya 3 hari
❖ Cikgu Nurul Izzah binti sebelum pelaksanaan.
Hassan • Mengumpul data pengesahan
❖ Cikgu Izatul Aiza binti kehadiran ke MAT PIBG selewat-
Ismail lewatnya 3 hari sebelum
pelaksanaan.
• Mengumpul borang usul dan
cadangan sebelum 04 Okt 2021
3 PENCATAT MINIT • Mencatat minit sepanjang mesyuarat
MESYUARAT MAT PIBG secara dalam talian.
❖ Cikgu Nur Atiqah binti
Adni • Menyerahkan catatan minit MAT
❖ Ustazah Nafisah PIBG kepada SU PIBG secepat
binti Mohd Said mungkin.
❖ Cikgu Hani Munirah binti
Mohamed Zulkifly
4 BACAAN DOA
❖ Ustaz Rohaizat bin Aziz Membaca doa sebelum majlis
❖ Ustaz Zahari bin Ismail
5 JURUACARA MAJLIS • Mengurus majlis perasmian
❖ Ustazah Mawarni binti pembukaan dan penutup.
Suaid • Menyediakan teks pengacara majlis.
❖ Cikgu Nur Husnaa
binti Abd Rahim
6 PENGUNDIAN • Menguruskan semua perkara
JAWATANKUASA PIBG berkaitan proses pengundian.
SECARA DALAM TALIAN • Menyediakan aplikasi pengundian.
❖ Cikgu Azmir bin Abdullah • Mengira undian secara dalam tallian.
❖ Cikgu Rosliza binti Arifin • Menyampaikan data keputusan
❖ Cikgu Nor Rashidah undian kepada Urusetia.
binti Zainal Rashid
7 TEKNIKAL / PERALATAN / • Menyediakan banner multimedia
MULTIMEDIA (jika perlu).
❖ Cikgu Azmir bin Abdullah • Menyediakan peralatan komputer
❖ Encik Abu dan kemudahan akses internet
Hanifah bin sepanjang tempoh MAT PIBG
Zainudin berlangsung.
❖ Cikgu Nurul Imaniyah binti • Menyediakan aplikasi
Khairullah GoogleMeet/YouTube
• Memastikan ibu bapa dan guru
masuk pautan MAT PIBG 30 minit
sebelum bermula.
8 BUKU PROGRAM • Menyediakan buku program MAT
❖ Cikgu Noralasikin binti PIBG dalam bentuk anyflip book /
Md.Din QR kod.
❖ Cikgu Nurulaini • Memastikan buku program
binti Kusmanirat disertakan dalam talian pada hari
mesyuarat.
9 POSTER • Menyediakan poster Mesyuarat
❖ Cik Fatimah Az-Zaharah Agung PIBG.
binti Mazlan • Memastikan poster diserahkan
kepada urusetia untuk diwar-
warkan kepad ibu bapa.
PENGHARGAAN
Yang Dipertua
dan AJK PIBG SK Kuala Kubu Bharu
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada
Guru Besar,
Semua Penolong Kanan,
Guru-guru dan Staf SK Kuala Kubu Bharu,
semua ibu/ bapa/ penjaga yang telah memberi
kerjasama dalam menjayakan
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2021
serta
semua pihak yang membantu dan menyokong dalam
melaksanakan mesyuarat ini dengan jayanya.
Semoga segala usaha akan diberkati Tuhan.
Anak pipit jangan tak dihirau Kedua, semua nasihat cam petua
Gusar esok ke sarang si rimau Ketua perlu jua, nak sihat sampai tua
Anak didik harusnya dirisau Masuk semua benua
Gusar esok engkau yang dipisau Pelusuk dalam luar
Hormat tanpa bersua
Walau darjah sempoa
Dulu tunggu diturut balik Tiga, lain liga lain cara
Dulu diam sekarang celik Elak geliga dalam rasa media massa
Dulu tahu waktu balik Dahulu kerna lidah badankan binasa
Dulu diam sekarang cerdik Sekarang kerna mata, jemari berbicara
Nak dilenturnya buluh Cara bicara yang keempat
Biar dari rebungnya Semua telinga harus peka
Kelak pasti mereka Nenek moyang yang nasihat majoriti ramai leka
Kan terjaga akhlaknya Terlena, dibuai mimpi dek dunia cereka
Hanyut dihempas ombak tinggi gah lupa mereka
Nak dibentukkan tubuh
Bukan dari bengkungnya Lima, usah dikira kanan kiri
Susun atur mereka Cermin untuk diri kerna hidup tiada siri
Sebelum kenal dunia Kerna hidup tiada sisi bila hati mula hitam
Lupakan kisah silam, nilam usah disiram
Habis main di tanah
Sebelum senja ke rumah Ku siram yang keenam
Takut nanti tersalah Biar mekar dalam hati
Bawa pulang masalah Ingati putus urat dan tenaga urat besi
Korbannya bukan calang
Tak hilang dimakan hari
Bajakan jasa-jasa mereka dengan budi
Tak endah yang sekarang
Cakap jangan sebarang
Elok awal dilarang
Untuk kau jadi orang
Satu, hendak berjaya mendada
jangan
Pastikan, jika malu bertanya sesat
jalan
Biar lapar sehari
Asalkan kenyang bertahun
Biar berkerut dahi
Asalkan minda beralun