SK SEKSYEN 7 KOTA DAMANSARA
47810 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
KERTAS KERJA
PROGRAM PENINGKATAN ILMU
MURID
PANITIA PENDIDIKAN MORAL
PROGRAM MARI MEMBACA
TARIKH :
2 JANUARI - 1 DISEMBER 2021
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7 KOTA DAMANSARA
47810 PETALING JAYA SELANGOR
PROGRAM PENINGKATAN ILMU MURID
MARI MEMBACA
PANITIA PENDIDIKAN MORAL
TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6
PENDAHULUAN
Membaca merupakan kaedah untuk menimba pengetahuan dan diaplikasi dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, ujian dan peperiksaan.Oleh itu, panitia
Pendidikan Moral mengadakan program Mari Membaca yang bertujuan untuk murid belajar
mengenal dan menyebut bahasa Melayu dengan betul serta dapat mengukuhkan pemahaman
mereka. Di samping itu juga ,murid dapat meneruskan amalan membaca baik di sekolah atau di
rumah.
OBJEKTIF
Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.
Membina tabiat membaca di kalangan murid moral.
Memantapkan lagi pembacaan dan penulisan murid moral.
Meningkatkan peratus kehadiran murid.
Meningkatkan keyakinan diri dalam murid untuk menampilkan diri di hadapan orang
lain.
Memupuk minat dan membuka minda murid terhadap subjek pendidikan moral.
PELAKSANAAN : 2 Januari – 1 Disember 2021
Tarikh : Di waktu PDPR /Di dalam kelas waktu pdpc
Masa : Di kediaman masing-masing/Bilik Moral
Tempat
SASARAN
Semua murid Moral Tahun 1 hingga 6 SK Seksyen 7 Kota Damansara.
AKTIVITI DAN AJK
AKTIVITI PENDIDIKAN MORAL
DI WAKTU PDPR /DI DALAM KELAS WAKTU PDPC
DAN
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA AKTIVITI
Tahun 1 PN ALANG WIMA A/P BAH ALANG
Tahun 2
Tahun 3 PN ALANG WIMA A/P BAH ALANG
Tahun 4
Tahun 5 Mari Membaca PN THEEPA A/P ASUALINGAM
Tahun 6 ( 30 minit seminggu ) PN SITI ARPAH BINTI MD NOOR
PN NARLINAH A/P CHINNIAH
PN NARLINAH A/P CHINNIAH
CARA PELAKSANAAN :
DI WAKTU PDPR
1. Guru menyediakan butiran lengkap tentang aktiviti yang akan dijalankan.
2. Guru akan memasukkan butiran aktiviti dalam aplikasi whatsapp atau google classroom
kelas murid masing-masing.
3. Murid membaca buku cerita semasa waktu meet dijalankan selama 5 minit.
4. Guru perlu merekod penyertaan murid.
5. Guru membuat laporan berkenaan dengan penglibatan dan kesungguhan murid.
DI DALAM KELAS WAKTU PDPC
1. Guru memberi satu murid satu buku cerita.
2. Murid membaca buku cerita selama 5 minit.
3. Guru membimbing murid yang tidak tahu membaca.
4. Guru merekod penyertaan murid.
5. Guru membuat laporan berkenaan dengan penglibatan dan kesungguhan murid.
PENUTUP
Adalah diharapkan semoga program ini dapat meningkatkan prestasi murid-murid dan
menggalakkan pembacaan murid di rumah atau di sekolah. Kerjasama daripada semua ibu bapa
amatlah perlu bagi menjayakan program ini.Penglibatan dan komitmen daripada semua murid
amatlah diharapkan agar program ini berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Kesungguhan
dan daya usaha daripada semua murid amatlah dihargai. Anak-anak merupakan pemangkin
pada masa hadapan.
“BERILMU, BERBAKTI, BERDIKARI”
Disediakan oleh,
(ALANG WIMA A/P BAH ALANG)
Ketua Panitia Pendidikan Moral,
SK Seksyen 7 Kota Damansara