SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7
KOTA DAMANSARA, JALAN NURI 7/3, 47810 PETALING JAYA SELANGOR
MINIT MESYUARAT UNIT KURIKULUM
BILANGAN 2 TAHUN 2021
TARIKH : 16 FEBRUARI 2021
HARI : SELASA
MASA : 2.15 – 5.30 PETANG
TEMPAT : GOOGLE MEET – DI KEDIAMAN MASING-MASING
BIL KEHADIRAN:-
Bil Nama Jawatan
1 En. Zulkifli bin Noordin Guru Besar (Pengerusi)
2 Pn Nadrah Bt Othman PK Pentadbiran
3 En. Mohammad Razi b Halim PK Kokurikulum
4 En. Asmadi bin Asad PK HEM
5 Pn Murniza Bt Yunus PK Petang
6 Pn Siti Arpah Bt Md Noor S/U Kurikulum / KP RBT & TMK
7 Pn. Azfarina binti Ahmad B&K / Peny SUKSeS / Dialog Prestasi
8 Pn. Maznita binti Muhd Zaid KP Bahasa Melayu
9 Cik Nor Asmah binti Zakaria KP Bahasa Inggeris / PLC
10 Pn. Julailawati binti Yahaya KP Matematik
11 Pn Zamzilawati bt Muhamad KP Sains
12 En. Muhamad Roszaidi bin Salaman KP PSV
13 Pn. Rosiahyati binti Abdullah KP Pendidikan Islam
14 En. Mohd Amin bin Mohd Isa KP Bahasa Arab
15 Pn Narlinah A/P Chinniah KP Bahasa Tamil
16 Pn. Alang Wima A/P Bah Alang KP Pendidikan Moral
17 Pn. Zuriah binti Jusoh KP PJK
18 Cik Lee Ee Pei KP Pendidikan Muzik
19 Pn Azira Bt Mad KP Sejarah
20 Pn Nor Zawani Bt Mohamed S/U Peperiksaan Dalaman
21 En. Mohd Soffey bin Samion S/U UPSR
22 Pn Rosfazaniah Bt Ismail Penyelaras KSSR & PBS / PBD
23 En. Muhamad Irwan b Zakaria Penyelaras Jadual Waktu (Pagi) / ICT
24 En. Dzulkefly bin Ibrahim Penyelaras Jadual Waktu (Petang)
25 Pn. Norsiha binti Saad Peny T1/Transisi T1 & Guru Penyayang
26 Pn. Nurazren binti Muhamed Penyelaras Tahun 2 / MBMMBI
27 Pn. Azizah binti Ali Penyelaras Tahun 3
28 Pn. Norziati Hanim binti Abdul Hamid Penyelaras Tahun 4
29 Pn. Paruwadi A/P Subramaniam Penyelaras Tahun 5
30 Pn. Eileen Tay Pei Ngoh Peny T6 / Program Peningkatan UPSR
31 En. Mohd Nasir b Azizan Pra-Sekolah
32 Pn Siti Noor Fatiyhah bt Mohamed Rashid Pemulihan
33 Pn. Wan Nor Haswiza Bt Wan Mahmod Program Peningkatan Tahap 1
34 Pn Theepa A/P Asualingam Google Classroom
35 Pn Nor Atirah bt Ahmad Melindungi Masa Instruksional
36 Pn. Nurraha binti Abdul Majid Pusat Sumber Sekolah
37 Cik Anis Munirah Bt Mohd Nor Program Nilam
38 En. Mohamad Haris bin Hambali SEGAK
39 En. Muhammad Wafiyuddin B Halim Fauzi
40 En Ahmad Syazwan Afiq Bin Mohamed Zuhri
1
41 Pn. Mazni binti Tuhit
42 Pn. Maslina binti Salleh
43 Pn. Nor Liana binti Alias
44 Pn. Suhaida binti Musahudin
45 Pn. Norhaslina binti Hamzah
46 Pn. Surayawati binti Sulaiman
47 Pn. Nor Aznifa binti Mohd Noor
48 Pn. Soebardini Bt Hj Aini
49 Pn. Yusnah binti Yusof
50 En. Hanafi bin Mohd Nooh
51 Pn. Mastura binti Jaafar
52 Pn. Noorfakehas bt Mat Yusof
53 Pn. Wan Arinawani binti Wan Mahmud
54 Pn. Siti Huzaifah binti Syed Alias
55 Pn. Jawahir binti Md Yussof
56 Pn. Nur Ilyana binti Mohd Nasir
57 Cik Nazariah Bt Ali
58 Pn Norsakinah binti Abdullah
59 En Mohd Hafizi Haniff bin Baharuddin
60 En. Nasyaron bin Hasan
61 Pn. Farah Waheeda bt Mat Shafiee
62 En. Muhamad Khairi b Jamil
63 Pn Nor Haida Bt Othman
64 Pn Rosida Bt Ishak
65 En Muhamad Hanafi Bin Tabrani
66 Cik Hanis Nabilah Bt Roslan
67 Siti Rabiatul Ashikin Binti Jamaludin
68 Nur Hatiyah Binti Ahamad
69 Guru Praktikum – Dalila (IPBA)
70 Guru Praktikum – Nisha (IPBA)
71 Guru Praktikum – Syafiqah (IPBA)
72 Guru Praktikum – Syazwani (IPBA)
73 Guru Praktikum – Renugha (SEGI University)
TURUT HADIR
Tiada
TIDAK HADIR (BERSEBAB)
1. Pn. Suhaili binti Sulaiman – Cuti Sakit
URUS SETIA MESYUARAT:-
1. Siti Arpah Bt Md Noor – Setiausaha Kurikulum
1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 En Zulkifli Bin Noordin selaku pengerusi majlis mengucapkan salam dan terima kasih serta
mengalu-alukan kehadiran guru ke mesyuarat Unit Kurikulum bilangan 2/2021.
2
1.2 Beliau juga mengucapkan selamat datang kepada guru baharu yang melaporkan diri ke SK
Seksyen 7 Kota Damansara iaitu Siti Rabiatul Ashikin Binti Jamaludin (Opsyen: Pemulihan)
dan Nur Hatiyah Binti Ahamad (Opsyen: Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran), 5 orang
guru praktikum iaitu kepada guru-guru praktikum, Cik Renugha (SEGI University), Dalila,
Nisya, Syafiqah dan Syazwani (IPBA).
1.3 Beliau menasihatkan supaya guru-guru baharu dan praktikum dapat belajar cara
pembelajaran secara norma baharu dan boleh bertanyakan kepada guru-guru lain untuk
rujukan.
Tindakan: Makluman
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit mesyuarat yang lalu telah disahkan.
Cadangan : En. Muhamad Roszaidi bin Salaman.
Sokongan : En. Nasyaron bin Hasan.
3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit.
4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN
4.1 Jadual Waktu
4.1.1 Pn Nadrah selaku PK Kurikulum membentangkan tentang surat siaran pemakluman
berhubung manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 dan panduan
4.1.2 pelaksanaan jadual waktu pengajaran dan pembejaran di rumah kepada semua
guru.
4.1.3 Beliau menyatakan bahawa semua guru hendaklah menggunakan panduan
4.1.4 pelaksanaan jadual waktu PdPR yang telah dibentangkan oleh KPM dan guru-guru
4.1.5 diminta menggunakan jadual waktu terkini. Dengan itu, bermaksud jadual waktu
yang terdahulu adalah terbatal.
4.1.6 Pn Nadrah juga menyatakan bahawa peruntukan masa PdP diselang dengan
4.1.7 peruntukan masa tutorial agar murid tidak berterusan berada di hadapan layar.
4.1.8 Memperuntukkan Waktu Rehat Pendek (Short break) pada setiap 30 minit sesi
PdPR (2-5 minit) dan pada waktu peralihan mata pelajaran (5-10 minit) dengan
meminta murid melakukan aktiviti seperti regangan atau senaman ringan.
Tutorial boleh dilaksanakan sama ada secara dalam talian atau luar talian.
Sekiranya guru memilih untuk melaksanakan tutorial secara luar talian, guru
hendaklah bersedia (on-call) menerima sebarang pertanyaan daripada murid
sepanjang tempoh tutorial tersebut.
Perancangan aktiviti PdP serta penyediaan bahan pembelajaran yang sesuai
berdasarkan gaya pembelajaran murid (visual, audio atau kinestetik) agar dapat
memberi impak yang lebih tinggi terhadap tahap penguasaan murid.
Pn Nadrah juga menerangkan tentang perbezaan antara PdPR secara Online,
Offline dan Off-Side
Jadual baharu akan disediakan oleh En Irwan dan En Dzulkifli dan akan dimasukkan
ke dalam Google Classroom. Guru diminta menggunakan jadual terbaharu pada 22
Feb 2021.
3
Alamat jaringan tentang pelaksanaan jadual waktu PdPR:-
https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/surat-siaran-
pemakluman-berhubung-manual-pdpr-versi-2-dan-panduan-pelaksanaan-jadual-
waktu-pdpr
Tindakan: Semua guru
4.2 Takwim Unit Kurikulum 2021
4.2.1 Takwim unit kurikulum 2021 dibentangkan oleh Pn Nadrah.
4.2.2 Perjumpaan Ibu bapa Tahun 6 ditangguhkan memandangkan tempoh PKP dan
4.2.3 akan dilaksanakan pada tarikh yang akan diberitahu kemudian.
4.2.4 Guru Besar mencadangkan bahawa semua program yang memerlukan perjumpaan
bersemuka ditangguhkan buat sementara waktu sehingga dibenarkan oleh KPM.
4.2.5 En Zulkifli juga mencadangkan bahawa ujian yang berkaitan dengan pentaksiran
ditangguhkan kerana beliau merasa tidak adil bagi murid yang tidak dapat
mengikuti pembelajaran di rumah kerana kekangan peranti atau sebagainya.
Pn Zamzilawati juga menyatakan bahawa program peningkatan murid tidak sesuai
dijalankan secara atas talian kerana kemungkinan penyampaian sesuatu maklumat
dan penerimaan pemahaman murid juga kurang berkesan. Perkara ini telah
dipersetujui oleh Pn Maznita.
Tindakan: Makluman
4.3 Minggu Panitia
4.3.1 Pn Julailawati selaku ketua panitia matematik, menanyakan bahawa jika sehingga
4.3.2 bulan April masih lagi dalam tempoh PKP, adakah kita perlu jalankan projek mudah
4.3.3 seperti tahun sebelum ini sebagai aktiviti minggu panitia.
Pn Nadrah menjawab persoalan Pn Julailawati bahawa projek mudah tersebut
boleh dikategorikan sebagai penilaian PBD, perlu ada pemeringkatan tugasan
kepada murid supaya hasil kerja murid itu mencapai TP yang ditetapkan.
Beliau juga menegaskan bahawa projek mudah ini sangat digalakkan dijalankan
supaya dapat membantu murid sekurang-kurangnya mencapai TP 3.
Tindakan: Ketua Panitia MP
4.4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
4.4.1 Pn Rosfazaniah selaku penyelaras PBD 2021 membentangkan analisis PBD akhir
4.4.2 tahun 2020 untuk semua mata pelajaran. Dapatan daripada analisis tersebut, masih
4.4.3 ada murid yang mendapat TP 1 dan TP 2.
Beliau meminta kepada semua ketua panitia membincangkan program yang perlu
4.4.4 dijalankan untuk menyelesaikan masalah murid yang mendapat TP 1 dan TP2 ini dan
sekali gus dapat meningkatkan prestasi murid pada mesyuarat panitia kali ke-2.
Pn Nadrah meminta ketua panitia mengenal pasti murid yang mendapat TP1 ini
adakah mereka ini memang mempunyai masalah pembelajaran atau sebaliknya dan
perlu mengambil tindakan supaya murid yang mendapat TP1 dan TP2 ini dapat
diatasi.
En Zulkifli menyatakan bahawa jika terdapat satu atau dua intervensi daripada
perbincangan antara guru-guru, perlulah disediakan bukti laporan untuk dilihat oleh
PPD nanti.
Tindakan: Semua Guru
4
4.5 Program Pemulihan
4.5.1 Murid yang mendapat TP1 dan TP2 ini boleh lah mengikuti program pemulihan.
4.5.2 Pn Siti Noor Fatiyhah selaku penyelaras pemulihan membentangkan program
pemulihan yang perlu dijalankan untuk tahun 2021.
4.5.3 Murid yang terlibat adalah dari murid kelas 2 Ceria dan 3 Ceria untuk mata
pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu.
Kelas Bahasa Melayu Matematik
2 Ceria 15 orang 12 orang
3 Ceria 11 orang 9 orang
4.5.4 Dapatan data diatas, Pn Siti Noor Fatiyhah menyatakan 4 orang murid merupakan
4.5.5 calon MBK (masalah komunikasi-pelat) dan 3 orang murid merupakan masalah
kehadiran.
Cara pembelajaran yang dijalankan adalah secara Google meet, Google classroom
dan video call.
Tindakan: Makluman
4.5.6 Pn Nadrah mencadangkan guru kelas tahun 4 cerdik 2021 dan murid pemulihan
tahun 3 2021 perlu menjalankan saringan diagnostik dengan menggunakan modul
saringan linus 2018 untuk menilai tahap pencapaian murid ini.
Tindakan: Guru Kelas 4 Cerdik 2021 dan Guru Pemulihan
4.6 Analisis Pencapaian Program J-Qaf Jun 2020
4.6.1 Ustazah Noorfakehas selaku penyelaras J-Qaf menyatakan peratus program
keseluruhan mencapai 73.01% (Gred B) dan boleh dilihat dalam setiap kategori
model di bawah;-
Tindakan: Makluman
4.7 Highly Immersive Programme (HIP)
4.7.1 Puan Soebardini selaku penyelaras membentangkan tentang program HIP yang
4.7.2 akan dijalankan pada tahun 2021.
HIP merupakan program yang diperkenalkan atas dasar MBMMBI yang bertujuan
4.7.3 untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid melalui
pendedahan bahasa inggeris yang lebih tinggi.
Ia juga bertujuan memupuk sikap positif di kalangan murid-murid terhadap
pembelajaran dan penggunaan bahasa inggeris.
5
4.7.4 Ada 4 kategori program HIP yang boleh dijalankan di kalangan murid:-
4.7.5 i) Dalam kelas – project based learning, singing, screening video
ii) Luar kelas – minggu panitia (story reading, story telling, etc), video
4.7.6
4.7.7 screening
iii) Kelas tambahan – seminar, bengkel, teknik menjawab soalan, motivasi
iv) Program jangkauan – kolaborasi bersama individu atau syarikat luar
melalui kewangan, kepakaran dan sumbangan.
Beberapa cadangan aktiviti HIP 2021;
i) Story reading / telling
ii) Poem recitation
iii) Public speaking
iv) Essay writing
v) Master chef
vi) Reading the news
vii) Word missing
viii) Maze / crossword puzzle
ix) Scavenger hunt
x) HIP corner / English corner
xi) Watching videos
xii) Movie screening
Laporan aktiviti HIP perlu dihantar kepada PPD sebanyak 2 kali setahun. Guru-guru
dari mana-mana panitia juga digalakkan menjalankan aktiviti ini, tidak terhad
kepada guru bahasa inggeris.
Pn Nadrah mencadangkan guru-guru boleh menggalakkan murid-murid menonton
You-tube untuk mempelajari perkataan dan sebutan bahasa inggeris. Dan sekali
gus dapat menarik minat murid akan bahasa inggeris dan dapat meningkatkan
peratus pencapaian bahasa inggeris.
Tindakan: Makluman
4.8 Kunjung Bantu SKPMg2
4.8.1 Sekolah akan didatangi oleh pegawai dari PPD untuk pemantauan SKPMg2 pada 1
Julai 2021. Semua Ketua Panitia diminta menyediakan program peningkatan ilmu
4.8.2 guru dan program peningkatan prestasi murid sekurang-kurangnya 4 program
4.8.3 setiap satu.
4.8.4 Beliau menegaskan jika sehingga bulan Julai, hanya ada dua program dijalankan,
4.8.5 ketua panitia hendaklah mengambil dua program tahun 2020 yang telah dijalankan
sebagai bukti atau evidens tujuan pemantauan nanti.
Tambahan, pegawai-pegawai dari PPD Petaling Utama akan memantau PdPR 10
orang guru terutamanya ketua panitia untuk dinilai oleh pegawai tersebut.
Fail panitia juga perlu dikemaskini untuk penilaian. Maklumat yang diperlukan
dalam pemantauan adalah seperti tahun lepas juga dan akan dikongsikan
kemudian.
Setiap laporan program mesti mengandungi gambar yang dilabelkan.
Tindakan: Ketua Panitia MP dan semua guru
4.9 RPT dan e-RPH
4.9.1 Guru yang menyediakan RPH 2021 hendaklah menghantar salinan lembut
(softcopy) ke dalam google drive PBS selewat-lewatnya pada 26 Feb 2021
bersamaan Jumaat.
4.9.2 Guru sesi pagi hendaklah menghantar e-RPH kepada Pn Nadrah manakala guru sesi
petang menghantar e-RPH kepada Pn Murniza.
Tindakan: Semua Guru
6
4.10 Pelan Strategik Organisasi (PSO)
4.10.1 Penerangan tentang pembikinan PSO dari Jadual 1 hingga Jadual 5 secara ringkas
oleh Pn Nadrah.
4.10.2 Guru-guru juga akan diberikan taklimat atau bengkel yang lebih jelas tentang
pembinaan PSO ini berdasarkan KPI sekolah jika bersemuka oleh Guru Besar.
4.10.3 Guru besar menyatakan bahawa sekolah akan memantapkan lagi pembinaan PSO
secara berperingkat kepada semua guru SK Seksyen 7 dan berharap 100% guru
dapat menguasai dan menggunakannya pada masa akan datang.
4.10.4 Beliau juga akan membimbing guru-guru dalam pembinaan PSO ini terutamanya
bahagian kurikulum dan kemudian disusuli oleh bahagian HEM dan Kokurikulum.
Tindakan: Makluman
5 HAL-HAL LAIN
5.1 Kelas PPKI
5.1.1 Pn Nadrah memaklumkan bahawa Cik Nur Hatiyah Binti Ahamad telah dilantik
5.1.2 sebagai penyelaras kelas pendidikan khas 2021.
5.1.3 Gotong-royong akan dijalankan untuk persediaan pembukaan bilik pembelajaran
5.1.4 kelas pemulihan (PPKI) yang bertempat pada kelas 4 Ceria sekarang.
5.1.5 Meja dan kerusi di kelas 4 Ceria hendaklah dihantar ke bilik seni untuk kelas
perdana.
5.1.6 Kelas PPKI ini hendaklah dikosongkan dan akan dibina 2 buah pintu di bahagian
belakang bagi pengurusan murid PPKI nanti.
Guru Besar juga menyatakan bahawa En Shahidan, Pegawai Pendidikan Khas telah
melawat kelas ini dan memaklumkan kelas ini akan mula beroperasi pada bulan
April.
Kemasukan murid PPKI akan bermula pada 5 April 2021 dan dimaklumkan setakat
ini hanya 5 orang murid sahaja.
Tindakan: Guru PPKI
5.2 Pelancaran Minggu Dakwah – Minggu Panitia Agama Islam 2021
5.2.1 Panitia Agama Islam telah melancarkan minggu dakwah sempena Minggu Panitia
5.2.2 Agama Islam yang diketuai olek ketua panitia, Pn Rosiahyati Abdullah.
Persembahan montaj telah dipersembahkan dan aktiviti yang telah dirancang akan
berjalan selama seminggu mengikut aliran masing-masing.
Tindakan: Guru-Guru PAI
6 PENUTUP
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.
Urus Setia
Setiausaha Kurikulum Unit Kurikulum
SK Seksyen 7, Kota Damansara
Tarikh: 22 Februari 2021
7