The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOTA MOTOR AC 3F-LANGKAH2X SELENGGARA MOTOR SANGKAR TUPAI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yusnezawati85, 2022-01-19 06:35:33

NOTA MOTOR AC 3F-LANGKAH2X SELENGGARA MOTOR SANGKAR TUPAI

NOTA MOTOR AC 3F-LANGKAH2X SELENGGARA MOTOR SANGKAR TUPAI

ETE 4012 – PENYENGGARAAN PERALATAN 3 FASA

ETE 4012

PENYENGGARAAN
PERALATAN 3 FASA

MOTOR SANGKAR TUPAI

1

ETE 4012 – PENYENGGARAAN PERALATAN 3 FASA

1 Terangkan bahagian-bahagian dalam motor sangkar tupai 3 fasa dan fungsinya beserta gambar
berkaitan.

Contoh motor 3 fasa sangkar tupai

Suis empar

Pemutar

Bahagian dalam Motor aruhan 3 fasa sangkar tupai

2

ETE 4012 – PENYENGGARAAN PERALATAN 3 FASA

PEMEGUN
Pemegun ialah bahagian yang tidak bergerak,disini ditempatkan belitan utama dan belitan
tambahan.Pemegun diperbuat daripada besi tuang.Belitan utama berada berada di sebelah bawah
sementara belitan tambahan di bahagian atas permukaan pemegun.Pemegun berfungsi sebagai teras
dan pelegkap litar magnet.Belitan utama dan tambahan yang dibelitkan pada pemegun akan
menghasilkan gabungan medan bergerak mengelilingi permukaan pemegun.Fluks magnet ini lebih
dikenali sebagai medan magnet berputar.Medan ini amat perlu bagi membolehkan pemutar berputar
mengikut arah putaran medan magnet itu.

PEMUTAR
Pemutar ialah bahagian yang berputar.Pemutar ini tidak mempunyai belitan sepeti angker dalam mesin-
mesin a.t. tetapi mempunyai batang-batang pengalir yang telah dipaterikan pada bahagian-bahagian
hujungnya atau dipanggil sebagai pemutar sangkar tupai.Pemutar berfungsi sebagai bahagian yang akan
bertindak balas dengan medan magnet berputar dan membolehkan aci\motor berputar.Pemutar ini
akan menjadi magnet hasil daripada kearuhan saling di antara belitan medan di pemegun dengan
batang-batang pengalir di pemutar.Medan magnet yang dihasilkan akan menarik\menolak medan
magnet berputar dan seterusnya ia akan terkunci oleh sifat-sifat kekutuban magnet yang terjadi
diantara dua medan magnet itu menyebabkan motor berputar.

SUIS EMPAR
Suis ini dipasangkan pada bahagian pemutar dalam motor.Suis ini adalah daripada jenis kutub tunggal
dan dikendalikan secara daya empar yang diperolehi apabila pemutar berputar.Dalam keadaan
biasa,suis ini tertutupdan ia akan terbuka apabila motor ini telah bekerja.Semasa motor ini mula
dihidupkan,tugas suis ini ialah untuk memutuskan litar tambahan/litar pemula setelah pemutar berputar
sehingga kelajuan antara 75% dan 80% kelajuan medan magnet berputar atau 2/3 hingga 3/4 kelajuan
sebenar motor.Setelah motor hidup,suis ini dubukakan bagi mengelakkan arus lebih yang diperlukan
oleh litar tambahan/litar pemula daripada terus mengair yang boleh membakar atau merosakkan beltan
tambahan itu.

3

ETE 4012 – PENYENGGARAAN PERALATAN 3 FASA

PERISAI HUJUNG
Dua perisai hujung dilekapkan kepada rangka motor bersama-sama galas bebola bagi menyokong aci
pemutar.Terdapat pelbagai jenis perisai hujung.Dua jenis yang umum ialah tutupan terbuka dan tutupan
sepenuhnya. Tugas penutup tepi ialah untuk memegang pemutar dan galas bebola.Penutup juga
memberikan perlindungan kepada motor daripada sentuhan ke bahagian-bahagian dalam motor.Jika
tempat itu berair,motor yang mempunyai penutup jenis tutupan rapi paling sesuai digunakan.

KUK
Kuk motor-mtor aruhan ini diperbuat darripada besi tuang.Pemegun motor akan dipasangkan pada kuk
ini.Disamping itu,ada juga kuk yang dibuat bersirip bagi memerangkap udara sejuk untuk menyejukkan
motor.Haba motor akan keluar secara sinaran terus melalui kuk.Kuk ini diperbuat mengikut saiz
pemegun kerana tugas utamanya ialah untuk memegang pemegun di samping menjadi pelengkap litar
magnet dan pelindung kepada motor daripadaa bahaya sentukan atau kerosakan mekanikal.

KIPAS
Kipas ini dipasangkan pada bahagian hadapan dan belakang pemutar.Satu daripada dua kipas ini
mempunyai pembilah besar dan satu lagi pembilah kecil.Kipas yang kecil melekat terus ke bahagian
pemutar sementara yang besar melekat pada aci dihadapan pemutar.Kipas boleh meniup atau
menyedut udara mengikut bentuk pembiahnya.Dalam motor ini kipas yang besar bertugas sebagai
peniup keluar udara panas yang terdapat dalam motor sementara kipas kecil sebagai penyedut udara
luar masuk ke motor bagi menyejukkan motor.

4

ETE 4012 – PENYENGGARAAN PERALATAN 3 FASA

2. Senaraikan langkah-langkah senggaraan motor sangkar tupai beserta gambar berkaitan.

Langkah-langkah Senggaraan Motor Sangkar Tupai

1. Catatkan semua maklumat atau butir-butir mengenai motor yang hendak
diselenggara.
• Pastikan butir-butir yang dicatat mengandungi perkara-perkara berikut :

a) No siri motor
b) Kuasa kuda/HP
c) Nilai arus/Ampere
d) Kadar pusingan seminit/RPM
e) Jenis mtor
f) Frekuensi
g) Voltan masukan dan voltan keluaran
h) Model

5

ETE 4012 – PENYENGGARAAN PERALATAN 3 FASA

2. Tandakan bahagian-bahagian motor yang hendak dibuka
• Pastikan setiap bahagian motor yang diceraikan ditanda menikut urutan dan bezakan
tanda-tanda tersebut jika terdapat bahagian sama.

3. Lakukan ujian rintangan penebatan gelung stator
• Gunakan meter Megger Ohm untuk melakukan pengujian.
• Pastikan nilai rintangan yang didapati mestilah dalam keadaan baik(infiniti atau tidak
kurang daripada 1 MΩ ).
6

ETE 4012 – PENYENGGARAAN PERALATAN 3 FASA

4. Lakukan ujian keterusan lilitan stator
• Gunakan meter Megger Ohm untuk menjalankan pengujian ini.
• Lakukan ujian-ujian penebatan terhadap sambungan pada gelung permulaan dan
gelung perjalanan.

5. Pemeriksaan pada punca-punca sambungan(Terminal Connection)
• Buka penutup kotak terminal blok dan bersihkan semua punca sambungan dan
pastikan tiada habuk atau berlaku kelembapan di Antara punca sambungan.
• Pastikan semua punca sambungan berada dalam keadaan dalam keadaan ketat dan
tidak berlaku sebarang sentuhan di Antara tamatan.
• Pastikan tiada berlaku sebarang pertukaran warna di semua punca sambungan.

7

ETE 4012 – PENYENGGARAAN PERALATAN 3 FASA

6. Pemeriksaan alas
• Pastikan tiada habuk atau kotoran masuk ke dalam bearing dan jangan sesekali
membersihkan alas semasa pemasangan di lakukan.

7. Pemeriksaan aci dan rotor
• Pastikan aci berada dalam keadaan baik.
• Pastikan keadaan kekunci baik dan tidak haus.
• Bersihkan permukaan stator dan rotor.

8

ETE 4012 – PENYENGGARAAN PERALATAN 3 FASA

8. Pemeriksaan kelawasan antara rotor dan stator
• Pastikan kedudukan rotor berada betul-betul di pusatnya(Centering).
• Periksa pelarasan kapeling(Allingnment) dan ketatkan jika perlu.
Kipas motor
sangkar tupai

9. Pemeriksaan kipas motor
• Bersihkan kipas dan pastikan tidak berlaku keretakan atau pecah.

10. Pemeriksaan Bolt dan Nat
• Pastikan bolt dan nat yang digunakan tidak berkarat.
• Pastikan bolt dan nat diikat dengan ketat dan kemas

9

ETE 4012 – PENYENGGARAAN PERALATAN 3 FASA

11. Memeriksa keseluruhan badan motor(Motor Frame)
• Periksa keadaan badan stator penejuk.
• Cuci dan bersihkan bahagian dalam tiub-tiub penyejuk.
• Pastikan tiada karat dan kerosakan pada badan mtor.

10

ETE 4012 – PENYENGGARAAN PERALATAN 3 FASA

3. Bina Jadual Senggaraan dan Rutin Penyelenggaraan.
Jadual Senggaraan Motor Elektrik

BIL. KETERANGAN YA TIDAK CATATAN
1. Catatkan maklumat atau butiran

mengenai motor
2. Tandakan bahagian motor yang hendak

dibuka
3. Periksa Perlindungan pada motor
4. Lakukan Ujian keterusan
5. Lakukan Ujian penebatan
6. Lakukan Ujian kekutuban
7. Periksa aci dan rotor
8. Pemeriksaan kelawasan antara rotor dan

stator
9. Pemeriksaan kipas motor
10. Pemeriksaan bolt dan nat

11

ETE 4012 – PENYENGGARAAN PERALATAN 3 FASA

Rutin Penyelenggaraan Motor Elektrik

Pemeriksaan

BIL. KETERANGAN 3 6 Tiap CATATAN

minggu bulan tahuan

1. Pemeriksaan komutator dan berus karbon

2. Periksa paras minyak pada bearing

3. Oil ring yang berpusing dengan aci

4. Pemeriksaan keatas litar kawalan seperti fius

suis dan sebagainya

5. Pastikan motor tersebut mencapai kelajuan

yang ditetapkan

6. Periksa bahagian aci yang terdedah

7. Bersihkan motor dengan membuang

kekotoran yang terdapat pada

belitan,komutator dan berus

8. Periksa komutator ‘clamping Ring’

9. Periksa berus karbon dan tukar jika perlu

10. Periksa tekanan pada berus dan posisinya

11. Bersihkan dan tukar minyak di dalam alas

sleeve

12. Periksa kelajuan motor beroperasi

13. Periksa semua alat perlindungan dan pastikan

dipasang dengan betul dan selamat

14. Periksa arus masukan

15. Periksa penyambungan pada motor dan

kawalannya

16. Periksa ruang udara

17. Periksa angker samaada ianya bengkok

18. Bersihkan lurah pada penukartertib

19. Pemeriksaan penyambungan antara

komutator dan gelung angker.

NAMA PEMERIKSA:
TARIKH:
JAWATAN:

DISAHKAN:

12


Click to View FlipBook Version