KEPENTINGAN
MATLAMAT
HIDUP
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
Menurut satu kajian di University of Yale
(1974) terhadap 1000 orang pelajar university
tersebut, hanya ada 3 % sahaja pelajar yang
mempunyai matlamat yang mahu dicapai dan
mereka menulisnya di atas kertas.
Ini bermakna, daripada 1000 orang pelajar,
hanya 30 orang pelajar sahaja yang
meletakkan matlamat mereka di atas kertas.
Setelah 20 tahun, kajian itu menunjukkan
bahawa 30 orang yang menulis matlamatnya
jauh lebih berjaya jika dibandingkan dengan
970 yang tidak mempunyai matlamat dan
tidak menulis matlamat mereka.
Matlamat merupakan satu perkara
yang harus diberi keutamaan dalam
hidup dan ia mempunyai perkaitan
dengan pengurusan masa yang
efektif. Tanpa matlamat,
pengurusan masa tidak dapat
berfokus, bahkan kemungkinan
kehidupan bercelaru atau sesuatu
tugasan yang kurang penting
diselesaikan terlebih dahulu
sedangkan matlamat awal tidak
dapat dicapai.
Senaraikan seberapa banyak
matlamat yang penting dalam
kehidupan. Kemudian pilih
beberapa matlamat yang penting
dan susun ikut keutamaan.
Matlamat perlulah yang realistic
boleh dicapai dalam tempoh
tertentu, sesuai dengan
kemampuan diri, melibatkan
perancangan masa depan, ada
strategi dan bukan angan kosong
Dalam menentukan matlamat
hidup, perkara paling penting
adalah tanya diri anda soalan yang
releven mengenai apa yang anda
ingin capai.
Apa yang ingin anda capai hari ini?
Apa yang ingin anda capai 5 tahun,
10 tahun atau 20 tahun akan
datang?
Matlamat merupakan satu perkara
yang harus diberi keutamaan dalam
hidup dan ia mempunyai perkaitan
dengan pengurusan masa yang
efektif. Tanpa matlamat,
pengurusan masa tidak dapat
berfokus, bahkan kemungkinan
kehidupan bercelaru atau sesuatu
tugasan yang kurang penting
diselesaikan terlebih dahulu
sedangkan matlamat awal tidak
dapat dicapai.
PETUA UNTUK MENETAPKAN MATLAMAT
HIDUP
SUMBER: MYHEALTH.GOV.MY
NYATAKAN SETIAP MATLAMAT ITU SEBAGAI
KENYATAAN YANG POSITIF.
Ungkapkan matlamat anda dengan
positif
“Gunakan Teknik ini dengan baik” kerana
adalah matlamat yang lebih baik
daripada berkata “Jangan lakukan
kesilapan yang bodoh”
Buat kerja dengan teliti
Tetapkan matlamat dengan tepat.
Tetapkan Tarikh, masa dan jumlah
matlamat agar pencapaian anda boleh
diukur dan akan memuaskan hati anda.
Tetapkan keutamaan
Bila anda mempunyai beberapa
matlamat, susun ikut keutamaan yang
paling utama kerana ia membanti anda
dari berasa tertekan dengan adanya
terlalu banyak matlamat.
Ini seterusnya membantu anda
menumpukan perhatian kepada
matlamat yang lebih penting.
Tulis matlamat –matlamat anda
Dengan menulis matlamat, kita akan
lebih fokus dan jelas tentang perkara
yang ingin dicapai dan sentiasa bersedia
untuk memulakan langkah.
Pastikan matlamat itu ringkas dan mudah
dicapai
Matlamat yang ringkas dan mudah dapat
membantu kita untuk mencapai kejayaan
dan mendapatkan ganjaran yang lebih
besar.
Sekiranya matlamat itu besar dan sukar
untuk dicapai, nampak seakan-akan
anda tidak membuat apa-apa perubahan
ke arah mencapai matlamat tersebut.
Teruskan dengan matlamat yang ringkas
dan mudah agar anda akan mendapatkan
kejayaan yang diinginkan.
Tetapkan proses mencapai matlamat bukan
hasilnya
Sekiranya anda menetapkan matlamat
berdasarkan prestasi anda sendiri, anda
akan mengawal diri anda untuk
mencapai matlamat-matlamat tersebut,
dan mendapatkan kepuasan darinya.
Tetapkan matlamat yang wajar
Adalah penting untuk menetapkan
matlamat yang anda boleh capai,
matlamat yang sesuai dengan diri dan
minat anda.
SEKIAN TERIMA KASIH