The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by gambardakwahkedah, 2022-01-12 23:04:25

JHEAIK ANUAL REPORT E Book

LAPORAN TAHUNAN 2021




























































































JHEAIK 51

2021 LAPORAN TAHUNAN





























































































52 JHEAIK

LAPORAN TAHUNAN 2021




























































































JHEAIK 53

2021 LAPORAN TAHUNAN





























































































54 JHEAIK

LAPORAN TAHUNAN 2021




























































































JHEAIK 55

BAHAGIAN





PENGURUSAN






MASJID & SURAU

Pengurusan masjid negeri kedah


Pengurusan Masjid Negeri, Masjid Daerah dan Masjid Kariah diletakkan dibawah pen-
tadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah yang berpangkalan di Alor Setar.


JHEAIK menguruskan pelantikan, penamatan, pembangunan, kebajikan dan pengimarah-
an masjid-masjid di negeri ini. Secara asasnya pengurusan masjid ini di uruskan oleh Pega-
wai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (melibatkan keterlibatan anak kariah setempat).


Pentadbiran hal ehwal berkaitan masjid ini dibawah kuasa Enakmen Pentadbi-
ran Undang-Undang (Kedah Darul Aman) 2008 di Bahagian V bermula Seksy-
en 59 sehingga Sekyen 68. Ia juga diperkemaskan dengan Peraturan-Peraturan Pega-
wai Masjid dan Peraturan-Peraturan Jawatankuasa Kariah (Kedah Darul Aman) 2020.


imam / pengerusi jawatankuasa








pegawai masjid jawatankuasa kariah

bilal bilal siak siak timb. pengerusi setiausaha bendahari ahli









ahli ahli ahli ahli

2021 LAPORAN TAHUNAN





kariah MASJID DI NEGERI KEDAH



Kedah mempunyai 12 daerah, maka
kubang pasu : 76
kariah masjid yang telah mendapat
perkenan KDYMM Tuanku Sul-
Langkawi : 29
tan Kedah untuk diwujudkan ada-
padang terap : 34
lah sebayak 578 Kariah Masjid


sik : 30
kota setar : 97

pokok sena : 31
pendang : 50

yan : 34


kuala muda : 75 baling : 66






kulim : 40
bandar baharu : 16










peperiksaan pegawai masjid

negeri kedah darul aman




Pelantikan Pegawai Masjid Negeri Kedah diuruskan oleh BPMS JHEAIK mengikut tatacara sep-
erti rajah dibawah ini:

























58 JHEAIK

LAPORAN TAHUNAN 2021




mesyuarat jawatankuasa
pemilihan pegawai masjid kedah 2021




Jawatankuasa ini bermesyuarat 4 kali setahun
secara lazimnya atau mesyuarat khas bagi
memilihan calon Pegawai Masjid yang layak
mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Setelah itu, keputusan mesyuarat akan di-
panjangkan kepada KDYMM Tuanku Sultan
Kedah Darul Aman bagi permohona perkenan
pelantikan.
























statistik pegawai masjid kedah

(imam, bilal & siak)




Kemaskini Data: 30/12/2021
kekosongan pegawai masjid

siak (18%)
bilal (11%)

Imam (11%) bilal (86%)





lantikan pegawai masjid




Siak (82%)



Imam (89%)



JHEAIK 59

2021 LAPORAN TAHUNAN



guru takmir

negeri kedah darul aman





Penyampaian ilmu agama kepada masyarakat di
negeri Kedah Darul Aman diuruskan oleh Unit Tak-
mir Negeri Kedah dengan bantuan oleh JAKIM.


Ia merupakan salah satu inisiatif kerajaan mem-
berikan ilmu asas kegamaan kepada masyarakat
mengikut aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang tel-
ah digazet oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.


Oleh itu, di negeri Kedah seramai 359 orang telah dilan-
tik bagi melaksanakan tugas ini. Diharap ilmu agama
terus disampaikan kepada setiap lapisan masyarakat.








Silibus kurikulum yang telah
ditetapkan oleh JAKIM







temuduga guru takmir 2021



Tahun 2021, telah dilaksanakan temudu-
ga guru takmir bagi menggantikan Guru Takmir
yan telah meninggal dunia atau telah bersara.


Temuduga ini dijalankan di seluruh negeri Kedah
untuk dilantik bagi sesi 2022 hingga 2024.

Panel temuduga telah dipilih daripada Jabatan
Mufti Negeri Kedah dan Pegawai Hal Ehwal Is-
lam Negeri Kedah. Seramai 290 orang calon
guru takmir telah ditemuduga untuk dilantik.















60 JHEAIK

LAPORAN TAHUNAN 2021




pengimarahan bpms bersama anak kariah keda wang
tok rendong, langkawi


18 Nov - Slot Pengimarahan Mas-
jid Bpms Jheaik di Masjid As-
sofiah Kariah KEDA Wang Tok
Rendong Langkawi, Tazkirah ber-
tajuk Kelebihan Mengimarahkan
Rumah Allah, disampaikan oleh
Tuan Syeikh Mohd Ashraf b Hj
Muhsin, PP BPMS, turut hadir staf
BPMS dan PPMD seluruh Kedah.

































bengkel pemurnian garis panduan takmir
negeri kedah darul aman 2021

18 Nov - Unit Takmir bersama BPMS,
JHEAIK melakukan pemurnian Garis
Panduan Takmir Negeri Kedah Darul
Aman Tahun 2021 bagi dipanjang-
kan kepada Jawatankuasa Pengu-
rusan Takmir Negeri Kedah un-
tuk implimentasi pada tahun 2022















JHEAIK 61

2021 LAPORAN TAHUNAN






kursus media baharu guru takmir














































LAWATAN TAPAK PERKUBURAN MASJID KARIAH KUALA SALA


22 Dis - Pegawai Agama Daerah, Tuan Syeih Ah-
mad Faisol melakukan lawatan tapak perkubu-
ran Islam Masjid Kariah Kuala Sala yang dimak-
lukan sudah padat dan perlu tindakan segera.


Permohonan untuk Naik taraf Menambun tanah
dan lain-lain, dan melawat tanah perkuburan
yang baru.





















62 JHEAIK

LAPORAN TAHUNAN 2021




muzakarah imam negeri kedah darul aman tahun 2021


09 Dis - Pejabat Yang Berhormat Ahli Maj-
lis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Agama,
Pendidikan dan Sumber Manusia) dengan ker-
jasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Kedah melalui Bahagian Pengurusan Masjid
dan Surau telah menganjurkan Program Mu-
zakarah Imam Negeri Kedah Tahun 2021 bagi
Zon Selatan di Dewan Eksperimental, Univer-
siti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim
Mua’dzam Shah (UniSHAMS), Kuala Ketil.

Program dilaksanakan bemula dengan
pendaftaran peserta dari kalangan Imam dan
Guru Takmir pada jam 8.00 pagi diikuti den-
gan dua slot pembentangan kertas kerja.
Slot pembentangan pertama disampaikan oleh
Yang Berbahagia Dr. Akli bin Ahmad, Dekan
Kulliyyah Syariah dan Undang-undang, Un-
iSHAMS dengan tajuk Hubungan Imam Den-
gan Masyarakat, manakala slot pembentangan
kedua bertajuk Penyampaian Khutbah Yang
Dinamik disampaikan oleh Yang Berbahagia
Dr. Mohamad Hazli bin Ismail, Pensyarah Kulli-
yyah Usuluddin dan Sains Al-Quran, UniSHAMS.



Majlis Perasmian Penutup Muzakarah
Imam Negeri Kedah Tahun 2021 bagi Zon
Selatan ini dirasmikan oleh Yang Berhor-
mat Brigedier Jeneral ( Dato’ Haji Najmi
bin Haji Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Ker-
ajaan Negeri Kedah merangkap Pengeru-
si Jawatankuasa Tetap Agama, Pendi-
dikan dan sumber Manusia Negeri Kedah.

Yang Berbahagia Dato’ Pengarah Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Negeri Kedah diwaki-
li oleh Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Ismi
Anuar bin Haji Abdul Halim, Timbalan Pen-
garah (Operasi) Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Negeri Kedah bagi menyampaikan
Ucapan Aluan di dalam majlis tersebut.
Program berjalan dengan lancar dengan
kehadiran kira-kira 300 orang peserta
dari kalangan Imam dan Guru Takmir ser-
ata daerah di Zon Selatan Negeri Kedah


JHEAIK 63

2021 LAPORAN TAHUNAN




ucapan tahniah kepada ybhg, dato, pengarah jheaik di
atas pengurnian pingat darjah dato setia diraja kedah


01 Nov - BPMS, JHEAIK mengucapkan tahniah kepada YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md. Daud
(Pengarah JHEAIK) diatas pengurniaan pingat darjah Dato’ Setia Diraja Kedah.



































pemantauan pengkebumian Jenazah covid,19 secara
perkuburan berpusat


07 Sept - Pemantauan Pengkebumian Jenazah
COVID-19 Perkuburan Berpusat Daerah Kulim
Masjid As-Sobirin Kariah Padang Cina.


Terima kasih kepada semua yang melancarkan
proses pengkebumian.



























64 JHEAIK

LAPORAN TAHUNAN 2021





KUNJUNG HORMAT JAKIM, YADIM BERSAMA JHEAIK BAGI
MENYALURKAN BANTUAN KEPADA GOLONGAN ASNAF DAN B40


19 OGS - Kunjung hormat berhubung
kerjasama strategik antara JAKIM,
YADIM bersama JHEAIK bagi men-
yalurkan bantuan kepada golon-
gan asnaf dan B40 di negeri Kedah.

































PEMANTAUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN TAHUN 2021


19 OGS - Kunjung hormat berhubung
kerjasama strategik antara JAKIM,
YADIM bersama JHEAIK bagi men-
yalurkan bantuan kepada golon-
gan asnaf dan B40 di negeri Kedah.



























JHEAIK 65

2021 LAPORAN TAHUNAN





PEMANTAUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN TAHUN 2021


21 Jul - Syeikh Zainul Jamal (KPP BPMS) di
iringi Ust Mohd Helmi Salleh (Penyelaras
Masjid Daerah Baling) bagi pemantauan
ibadah korban di daerah Baling . Peman-
tauan dilakukan bagi mendapat maklum
balas secara lansung dari lapangan kearah
penambahbaikan SOP pada masa hadapan.
Semoga pemantauan ini dapat memban-
tu petugas barisan hadapan (Frontlin-
ers) dalam mengekang penularan wabak
COVID-19. Bersama memutuskan COVID 19.





















22 Jul - Syeikh Zainul Jamal (KPP BPMS)
bersama Tuan Khairil (APM bandar Ba-
haru) melakukan pemantauan di Mas-
jid Al-Halimi, Bandar Baharu. Ust Zu-
lkifli (Imam) menerangkan kaedah
pelaksanaan korban secara di lapangan
dengan mengikut SOP Ibadah JHEAIK.
Pelaksanaan ibadah kordan di Mas-
jid Al-Halimi ini mendapat pujian dar-
ipada agensi Banteras Covid (APM
Bandar Baharu) diatas pematuhan
SOP yang ditetapkan oleh JHEAIK.
Disamping itu, pemantauan ini dilak-
sanakan bagi penambahbaikan SOP
sedia ada dimasa hadapan. Ber-
sama memutuskan COVID 19.














66 JHEAIK

LAPORAN TAHUNAN 2021




konvensyen murabbi ummah peringkat kebangsaan
tahun 2021


15 Jul - Konvensyen Murabbi Um-
mah Peringkat Kebangsaan Tahun 2021















































































JHEAIK 67

2021 LAPORAN TAHUNAN




ucapan warga bpms,jheaik kepada kdymm tuanku sultan
kedah darul aman sempena hari keputeraan





















































































68 JHEAIK

LAPORAN TAHUNAN 2021




pemantauan pemathuan sop aktiviti dan pengimarahan
masjid dan surau negeri kedah


13 Jun - Bahagian Penguatkuasaan Un-
dang-undang Syariah, JHEAIK (Penguatkua-
saan Jheaik) sentiasa mengadakan Operasi
Pemeriksaan Pematuhan SOP di sepanjang
tempoh PKP ini, di masjid dan surau seluruh
negeri Kedah.


Tindakan yang tegas akan diambil kepada
mereka yang melanggar arahan pihak berkua-
sa agama, tindakan yang akan dikenakan
adalah berdasarkan peruntukan dibawah
Seksyen 9, Enakmen Kesalahan Jenayah Syari-
ah (Kedah Darul Aman) 2014.


Dengan peningkatan kes jangkitan covid di
negeri ini, bahagian penguatkuasaan jabatan
agama ditugaskan utk memantau pematuhan
SOP di masjid dan surau di negeri Kedah. Sila
laporkan kepada pejabat agama daerah, jika
terdapat masjid atau surau yg melanggar SOP
yg telah ditetapkan. Kita cuba perbetulkan,
sebelum keadaan menjadi lebih parah.
KITA JAGA KITA


pemakluman oleh pejabat agama daerah PENUTUPAN
masjid dan SURAU YANG TERLIBAT dengan penularan
covid,19


































JHEAIK 69

2021 LAPORAN TAHUNAN




taklimat tatacara permbersihan dan disfensi masjid
daerah pendang


5 Mei - Pihak PKD Pendang mengucapkan
jutaan terima kasih kepada Pejabat Agama
Pendang dan Tuan² Imam serta AJK Kesihatan
masjid-masjid Pendang diatas pengajuran
Taklimat Tatacara Pembersihan Dan Disinfek-
si Masjid Daerah Pendang pada hari ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada Dato’ Dr
Mohd Hayati EXCO Kesihatan Kedah, serta
Tuan Imam dan AJK Masjid Sultanah Haminah
Pendang.


Majlis turut dihadiri Tuan Syeikh Sayuthi,
Pegawai Agama Pendang, Dr Mhod Lutpiyu-
din Pegawai Kesihatan Daerah dan Ust Kadir,
selaku wakil YB Dr Mohd Hayati.
Kita doakan agar masjid-masjid di daerah
kita bebas dari COVID-19 dan tidak menjadi
punca penularan penyakit ini.

Moga usaha kecil kita dapat dilihat Allah se-
bagai amal kebajikan dan moga Allah angkat
wabak ini dari kita semua.



bengkel deskripsi tugas imam bilal ,siak dan guru takmir
peringkat kebangsaan



03 Mei - Bengkel Deskripsi Tugas Imam, Bilal,
Siak/ Noja/ Merbut Dan Guru Takmir Seluruh
Malaysia.


Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Darul Aman diwakili oleh Ustaz Ahmad Zaki
bin Bharudin (Kie Takmir Kedah) dan Ustaz
Mohd Shauki bin Bakhari.



















70 JHEAIK

LAPORAN TAHUNAN 2021

















































RAKAMAN TAUJIHAT SEMPENA BULAN RAMADAN
OLEH KPP BPMS JHEAIK


11 Apr - Syeikh Zainul Jamal sudi menyam-
paikan taujihat sempena bulan ramadan
1443H































JHEAIK 71

2021 LAPORAN TAHUNAN



TAKLIMAT PERATURAN,PERATURAN PEGAWAI MASJID , JAWATANKUA,
SA KARIAH ,KEDAH DARUL AMAN, 2020 ,anjuran PEJABAT AGAMA
Daerah Kulim

11 Apr - Syeikh Mohd Haizan Bin Hamzah
(Pegawai Agama Daerah Kulim) telah menga-
dakan taklimat kepada Pegawai Masjid dan
ahli Jawatankuasa Kariah daerah Kulim ber-
kaitan peraturan yang baru diwartakan oleh
kerjaan Negeri Kedah.


Taklimat ini dianjurkan oleh Pejabat Ag-
ama Daerah Kulim. Taklimat dibuat setelah
bengkel bacaan undang-undang enakmen dan
peraturan bersama Penasihat Undang-Un-
dang Negeri Kedah
















BENGKEL PENGUKUHAN PENARAFAN BILIK AIR , TEMPAT WUDUK
DAERAH KUALA MUDA ,KATEGORI MASJID BANDAR,



07 Apr - Pejabat Agama Daerah Kuala Muda
telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan
Penarafan Bilik Air dan Tempat Wuduk. Majlis
dirasmikan oleh Syeikh Mohd Noor Ismardi
bin Ismail (Pegawai Agama Daerah Kuala
Muda), turut hadir Syeikh Hakimin Hassan
(Penolong Pegawai Agama Daerah).


























72 JHEAIK

LAPORAN TAHUNAN 2021



KURSUS INSPEKTORAT PEMATUHAN KESELAMATAN PEJABAT ,07 ,
08 APRIL 2021,


7 Apr - Bahagian Pengurusan Pen-
tadbiran Perkhidmatan & Kewan-
gan menganjurkan kursus inspek-
torat pematuhan keselamatan pejabat.
























MAJLIS SUMBANGAN BANTUAN KHAS ,ONE,OFF, PEGAWAI MASJID
YANG MENERIMA ELAUN KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
7 Apr - Yang Amat Berhormat Menteri Besar
Negeri Kedah sudi menyampaikan SUMBAN-
GAN BANTUAN KHAS “ONE-OFF” PEGAWAI
MASJID YANG MENERIMA ELAUN KERAJAAN
NEGERI KEDAH.






































JHEAIK 73

2021 LAPORAN TAHUNAN





kursus jati diri umam muda




9 Apr - BPMS, JHEAIK menganjurkan kursus
jati diri di Sedim kepada Imam Muda (Lanti-
kan Negeri Kedah Darul Aman)




































bengkel bacaan undang,undang enakmen,serta peratur,
an pegawai masjid dan jawatankuasa kariah



04 Apr - Penjelasan & Perkongsian oleh yang
Berhormat Tuan Nik Azhan Hakim bin Mah-
mood (Penasihat Undang-Undang Negeri
Kedah) berhubung undang-undang berkaitan
masjid di Negeri Kedah

























74 JHEAIK

LAPORAN TAHUNAN 2021





bengkel perancangan tahunan bpms jheaik




29 Mac - BPMS menganjurkan Bengkel Per-
ancangan Tahunan kepada bahagian untuk
kelancaran program dan pembangunan ber-
kaitan pegawai masjdi, jawatankuasa kariah
serta takmir.






























LAWATAN PENARAFAN BILIK AIr TEMPAT WUDUK DAERAH LANG,
KAWI



30 Mac - Lawatan penarafan bilik air dan
tempat wuduk di daerah langkawi melibatkan
30 buah rumah






























JHEAIK 75

2021 LAPORAN TAHUNAN




pengagihan buku peraturan pegawai masjid dan
jawatankuasa kariah setelah diwartakan


27 Mac - Wakil-wakil daripada Pejabat Ag-
ama Daerah seluruh negeri Kedah diminta
hadir ke BPMS untuk mengambil buku.



































MESYUARAT PENGURUSAN PENTADBIRAN



Mesyuarat Penyelarasan Tugas Program-Pro-
gram yang akan dilaksanakan oleh Bpms
Jheaik dalam masa terdekat.


MESYUARAT BAHAGIAN PENGURUSAN MAS-
JID & SURAU
Perbincangan dan penyusunan gerak atur
kerja bagi tahun 2021 dalam menyampaikan
perkhidmatan, pengurusan, pemantapan
kepada:
1. Pegawai Masjid (Imam, Bilal dan Siak),
2. Pengurusan Jawatankuasa Kariah,
3. Pembangunan Masjid dan Surau,
4. Kursus/ Seminar/ Program/ Aktiviti
Semoga tahun 2021 ini menjadi tahun ke-
cemerlangan pengurusan masjid dan surau








76 JHEAIK

LAPORAN TAHUNAN 2021




Lawatan Tapak Bagi Permohonan Mewujudkan Kariah Ba,
haru ,Kariah Kampung Batu Besar Daerah Sik


28 Mac - Lawatan Tapak Bagi Permohonan
Mewujudkan Kariah Baharu (Kariah Kam-
pung Batu Besar) Daerah Sik

































Lawatan Tapak Bagi persempadanan Semula Kariah Bagi
Penduduk Kampung Kongsi Wee Daerah Sik


28 Mac - Lawatan Tapak Bagi Permohonan
Mewujudkan Kariah Baharu (Kariah Kam-
pung Batu Besar) Daerah Sik































JHEAIK 77

2021 LAPORAN TAHUNAN




MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN MAS,
JID ANGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN



25 Mac - Bahagian Pengurusan Masjid dan
Surau JHEAIK telah menganjurkan Majlis
Menandatangani Memorandum Persefa-
haman Masjid Angkat Negeri Kedah Darul
Aman.


Majlis yang dilaksanakan membabitkan
pengelibatan sebanyak 10 buah masjid terpi-
lih seluruh negeri kedah. Program ini dirang-
ka sebagai program perintis untuk menjalink-
an kerjasama strategik antara masjid-masjid
terlibat dalam memacu kecemerlangan pen-
gurusan dan pengimarahan masjid secara
umum.


Sebanyak 5 buah masjid dari 5 buah daerah
dipilih sebagai Masjid Mentor untuk melak-
sanakan kerjasama dan perkongsian bersama
5 buah lagi masjid terpilih dari daerah yang
sama sebagai Masjid Mentee.
Majlis menandatangani memorandum terse-
but turut disaksikan oleh YBhg. Tuan Pen-
garah JHEAIK. Hadir bersama pada majlis
tersebut ialah YBhg. Dato’ Timbalan Pengarah
Operasi JHEAIK, YBhg. Tuan Ketua Penolong
Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan
Surau JHEAIK, Ashabul Fadhilah Tuan-tuan
Pegawai Agama Daerah serta wakil-wakil
masjid terlibat.






























78 JHEAIK

LAPORAN TAHUNAN 2021




Bengkel Semakan Undang,Undang Lembaga Tabung Pega,
wai,Pegawai Masjid ,Kedah Darul Aman,



24 Mac - Lembaga Tabung Pegawai Masjid
bersama BPMS dan Pegawai Undang-Un-
dang MAIK telah melakukan semakan BUn-
dang-Undang Lembaga Tabung Pegawai-Pega-
wai Masjid (Kedah Darul Aman) untuk di
kemaskinikan semula.










































MESYUARAT PENGURUSAN UNIT TAKMIR NEGERI KEDAH



07 Jan - Mesyuarat Pengurusan Unit Takmir
Negeri Kedah.


Perancangan bagi tahun 2021 yang disusun
atur kepada guru-guru takmir.















JHEAIK 79

2021 LAPORAN TAHUNAN




lawatan tapak bagi permohonan pandangan fatwa ker,
ja menaik taraf tanah perkuburan masjid al,ghufran


18 Mac - Lawatan tapak oleh Jabatan Mufti
Negeri Kedah mengenai permohonan pan-
dangan fatwa cadangan kerja menaiktaraf
tanah perkuburan Masjid Al Ghufran, Akar
Peluru, Daerah Kota Setar.

Syeikh Mohd Ashraf b. Hj. Mohsin mewakili
Bpms Jheaik bagi lawatan tapak tersebut.



























lawatan tapak bagi permohonan pandangan fatwa Un,
tuk Pengubahsuaian Masjid Al,Ubudiyah, Kariah Kg, Per,
ing, Daerah Kubang Pasu


17 Mac - Lawatan Tapak Bagi Permohonan
Pandangan Fatwa daripada Jabatan Mufti
Negeri Kedah Untuk Pengubahsuaian Mas-
jid Al-Ubudiyah, Kariah Kg. Pering, Daerah
Kubang Pasu.
Lawatan diketuai oleh YBhg. Dato’ Paduka SS
Mufti Negeri Kedah, Timbalan Mufti, Pegawai
Agama Daerah Kubang Pasu, Penolong Pen-
garah BPMS dan lain-lain bagi mendengar
taklimat daripada Jawatankuasa Kariah.
















80 JHEAIK

LAPORAN TAHUNAN 2021





Anugerah Perdana standard penarafan Masjid Malaysia
Tahun 2020

ANUGERAH PERDANA SEMPENA ANUGERAH
MASJID MALAYSIA TAHUN 2020
Tahniah kepada pengurusan Masjid Sharifah
Fatimah diatas penganugerahan yang diter-
ima. Semoga dapat diperkembangkan usaha
yang dilakukan.







































































JHEAIK 81

2021 LAPORAN TAHUNAN






Program Taklimat Penubuhan Koperasi Kariah Masjid


Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHE-
AIK dengan kerjasama Suruhanjaya Koper-
asi Malaysia Cawangan Negeri Kedah telah
mengadakan Program Taklimat Penubuhan
Koperasi Kariah Masjid Wilayah Kota Setar
dan Pokok Sena Tahun 2021.
Program diadakan di Raia Hotel & Convention
Centre Alor Setar pada 10 Mac 2021 bermula
jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Program
diisi dengan 3 slot ceramah yang disampaikan
oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Cawangan Negeri Kedah. Slot pertama dis-
ampaikan oleh En. Muhammad Shukur bin
Md Saffar, Timbalan Pengarah Suruhanjaya
Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Kedah
dengan tajuk Peranan dan Tanggungjawab
Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Slot kedua
bertajuk Pengenalan Koperasi disampaikan
oleh Puan Hajjah Yusnita binti Othman, Tim-
balan Pengarah Institut Koperasi Malaysia
(IKM) Zon Utara, sementara slot terakhir iaitu
Taklimat Kefahaman dan Penubuhan Koper-
asi dikendalikan oleh Puan Khairufiza binti
Kasim, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi,
Bahagian Statutori dan Pendaftaran Koperasi
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan
Negeri Kedah.
Program melibatkan penyertaan sejumlah 24
masjid iaitu 20 buah masjid sekitar Daerah
Kota Setar dan 4 buah masjid dari daerah
Pokok Sena dengan jumlah jemputan wakil
masjid seramai 72 orang peserta.
Majlis Perasmian Penutup disempurnakan
oleh YBhg. Puan Norzila binti Nayan, Pengar-
ah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan
Negeri Kedah. YBhg. Tuan Pengarah JHEAIK
diwakili oleh YBhg. Tuan Syeikh Zainul Jamal
bin Abdul Ghani, Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHE-
AIK di dalam majlis tersebut.











82 JHEAIK

LAPORAN TAHUNAN 2021






majlis serah nota tugas penolong pengarah bpms jheaik



01 Mac - Majlis Serah Nota Tugas Penolong
Pengarah Bpms Jheaik
Diantara Syeikh Mohd Sa’di bin Said dan Sye-
ikh Mohd Ashraf bin Haji Mohsin di saksikan
oleh Ketua Penolong Pengarah, Bpms Jheaik
(Syeikh Zainul Jamal bin Abdul Ghani)






































































JHEAIK 83

2021 LAPORAN TAHUNAN




LAWATAN PENANDA ARAS DARIPADA BAHAGIAN DAKWAH, JAKIM
KE MASJID SHARIFAH FATIMAH


22 Feb - Bahagian Dakwah JAKIM melakukan
lawatan penanda aras ke Masjid Sharifah
Fatimah, Kariah Kemunting Jitra sempena
Anugerah Standard Penarfan Masjid Terbaik
Malaysia






























PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP BAGI SOLAT JUMAAT 12,2,2021 ,
DAERAH PADANG TERAP


12 Feb - BPMS bersama PAD Padang Terap
melakukan pemantauan pematuhan SOP bagi
Solat Jumaat dalam tempoh PKP Fasa 1































84 JHEAIK

LAPORAN TAHUNAN 2021





KEDAH SMART MASJID



12 Jan - Mesyuarat Pembangunan Sistem
Kedah Smart Masjid (KSM) Kali 1/2021, ianya
merupakan platform pengurusan kepada
masjid-masjid di Negeri Kedah dan anak
kariah setempat bagi mengetahui informasi
berkaitan masjid,wakaf, hebahan kuliah/cera-
mah, sumbangan secara on-line, serta aduan
berkaitan masjid.
Satu pasukan pembangunan aplikasi ini telah
dibentuk, kerjasama diantara Majlis Agama
Islam Negeri Kedah (MAIK), Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK)
dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).















MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM PERKADERAN FUQAHA
GURU TAKMIR ZON UTARA ,KEDAH, PULAU PINANG, PERAK DAN
PERLIS, SIRI 1 , 2021

11 Jan - Mesyuarat Penyelarasan Program
Perkaderan Fuqaha Guru Takmir Zon Utara
(Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis) Siri
1 / 2021 dijalankan di Tasik Pedu, Daerah
Padang Terap, Kedah.

Program Perkaderan Fuqaha Guru Takmir
adalah salah satu program pemantapan ke-
pada guru takmir dalam menyampaikan ilmu
kepada masyarakat.


















JHEAIK 85

2021 LAPORAN TAHUNAN




MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM PERKADERAN FUQAHA
GURU TAKMIR ZON UTARA ,KEDAH, PULAU PINANG, PERAK DAN
PERLIS, SIRI 1 , 2021


11 Jan - Mesyuarat Penyelarasan Program
Perkaderan Fuqaha Guru Takmir Zon Utara
(Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis) Siri
1 / 2021 dijalankan di Tasik Pedu, Daerah
Padang Terap, Kedah.


Program Perkaderan Fuqaha Guru Takmir
adalah salah satu program pemantapan ke-
pada guru takmir dalam menyampaikan ilmu
kepada masyarakat.
































MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
JHEAIK



05 Jan - Majlis Penyampaian Anugerah Perkh-
idmatan Cemerlang JHEAIK

Syeikh. Mohd Sa’di bin Md. Said (Pen. Pengar-
ah Bpms Jheaik ) telah dianugerahkan sebagai
staff cemerlang tahun 2019.















86 JHEAIK

LAPORAN TAHUNAN 2021











































MAJLIS KEBERANGKATAN DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA
MUDA KEDAH MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID AL,HUDA,
KARIAH ALOR PUDAK, DAERAH PENDANG



01 Jan - Majlis Keberangkatan Duli
YangbTeramat Mulia Raja Muda Kedah
Menunaikan Solat Jumaat Di Masjid Al-Huda,
Kariah Alor Pudak, Daerah Pendang.

Majlis Bergambar Kenang-Kenangan DYTM Tu-
anku Raja Muda Kedah bersama Pegawai Masjid
dan Jawatankuasa Kariah serta Keberangkatan
Pulang DYTM Tuanku Raja Muda Kedah.

























JHEAIK 87

2021 LAPORAN TAHUNAN































































facebook youtube




























88 JHEAIK

LAPORAN TAHUNAN 2021































































youtube instagram



























JHEAIK 89

masjid zahir








masjid negeri kedah darul aman

78 PENGENALAN







78-79 sejarah pembinaan







80-81 gambar lama masjid





zahir

2021 LAPORAN TAHUNAN






PENGENALAN




Masjid Ini Dibina Pada Hari Isnin 11 Mac 1912 Bersamaan 22 Rabiul Awal 1330 H Atas Usaha YTM.
Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah (Pemangku Sultan). Ahli-Ahli Majlis
Ketika Itu Ialah Tunku Ibrahim Ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Syed Hassan Shahabuddin Yang
Merupakan Hakim Besar Ketika Itu, Muhammad Ariffin Bin Muhammad Arshad Yang Bertugas Sebagai
Setiausaha Kerajaan, W.G. Maxwell Iaitu Penasihat British Dan G. Gorman Sebagai Jurutera Negeri.



sejarah pembinaan



Sejarah Pembinaan Masjid Zahir Bermula Pada Tahun 1735 Iaitu Melalui Tapak Asal Yang Dibina Dengan
Sebuah Masjid Yang Dikenali ‘Masjid Lama’. Masjid Lama Ini Telah Dibina Di Zaman Pemerintahan Al-Mar-
hum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Alidin II Yang Juga Dikenali Sebagai Marhum Kota Setar. Masjid Ini
Telah Dibina Di Atas Perkuburan Orang-Orang Islam Yang Mati Syahid Semasa Siam Melanggar Kedah.


Senibina Masjid Lama Itu, Adalah Senibina Melayu Yang Berbumbung Atap Nipah Dan Diper-
buat Daripada Kayu. Reka Bentuk Masjid Ini Seperti Masjid Kampung Laut Di Kelantan. Mas-
jid Pengkalan Kakap Di Kuala Muda, Kedah Dan Masjid Ulu Melaka, Langkawi. Masjid Lama
Hanya Boleh Dimuat Ahli Jemaah Seramai 600 Orang Sahaja. Disebabkan Penduduk Yang Se-
makin Meningkat Dan Raja Inginkan Sebuah Masjid Yang Cantik, Maka Kerja-Kerja Pembi-
naan Masjid Baru Dijalankan Dan Masjid Lama Dipindahkan Ke Alor Merah Pada Tahun 1912.

























Pemilihan Kawasan Itu Untuk Didirikan Sebuah Masjid Pada Zaman Awalnya Adalah Dipen-
garuhi Oleh Beberapa Faktor. Di Samping Pembinaan Masjid, Sultan Juga Telah Membina Ista-
na Yang Berdekatan Dengan Masjid Iaitu Istana Kuning Atau Istana Pelamin. Konsep Membina
Istana Berdekatan Dengan Tempat Ibadat Iaitu Masjid Merupakan Konsep Asas Dalam Sesebuah Pe-
merintahan Itu. Ini Bertujuan Bagi Memudahkan Baginda Sultan Berulang-Alik Ke Masjid Setiap
Kali Menunaikan Solat. Tambahan, Masjid Adalah Yang Termasuk Dalam Elemen Istiadat Pertabalan
Diraja. Contohnya Sultan Muhammad Jiwa Apabila Ditabalkan Menjadi Sultan Di Balai Besar, Bag-
inda Akan Menaiki Gajah Menuju Ke Masjid Untuk Sembahyang. Jadi Kombinasi Di Antara Ista-
na, Masjid Dan Balai Besar Adalah Bertepatan Dengan Sesuatu Upacara Diraja Yang Dijalankan.



92 JHEAIK

LAPORAN TAHUNAN 2021




Sebagai Ibu Negeri, Masjid Perlukan Khidmat Dari Mufti Dan Kadi Besar Bagi Menjalankan
Sesuatu Perkara Yang Berlandaskan Hukum Agama. Oleh Itu, Terdapat Pertalian Yang Rapat
Di Antara Sultan Dengan Golongan Alim Ulama’ Dalam Merujuk Sesuatu Perkara. Jadi, Masjid
Amat Perlu Didirikan Berdekatan Dengan Istana Sultan. Adanya Sungai Kedah Yang Berhampi-
ran Dengan Kawasan Masjid Memudahkan Penduduk Di Sekitarnya Datang Bersembahyang. Ini
Kerana Sungai Pada Suatu Ketika Dahulu Alat Pengangkutan Yang Utama Disamping Memudah-
kan Para Jemaah Mengambil Wuduk.

Berdasarkan Beberapa Kelebihan Yang Terdapat Di Tapak Asal, Maka Pada Hari Isnin 11hb.
Mac 1912 Bersamaan 22 Rabiul Awal 1330H, Masjid Zahir Pun Telah Dibina Bagi Mengganti-
kan Masjid Lama. Masjid Ini Dibina Atas Daya Usaha YTM Al Marhum Tunku Mahmud Ibni
Almarhum Sultan Ahamad Tajuddin Mukarram Syah, Yang Menjadi Yang Dipertua Majlis
Mesyuarat Negeri Ketika Itu. Pembinaan Masjid Ini Dilakukan Ketika Baginda Memangku Tugas
Paduka Kekandanya, Almarhum Sultan Abdul Hamid Syah. Pada Tahun 1912 Masjid Ini Dikena-
li Sebagai Masjid Diraja Dan Masjid Ini Secara Rasminya Telah Dibuka Pada Tahun 1915. Pada
Tahun 1955 Barulah Masjid Ini Diiktiraf Sebagai Masjid Negeri. Oleh Itu, Masjid Zahir Ialah
Masjid Negeri Yang Pertama Dibina Di Negeri Kedah.

Tugas Membina Masjid Ini Telah Diamanahkan Kepada Lima Ahli Jawatankuasa Majlis Negeri
Iaitu:
1. Tunku Ibrahim Ibni Sultan Abdul Halim Syah.
2. Syeh Hassan Barakbah
3. Che Muhammad Ariffin (Setiausaha Kerajaan)
4. W.G Maxwell (Penasihat British)
5. J. Gorman (Jurutera Negeri)


Bagaimanapun Kerja-Kerja Melukis Plan Masjid Telah Ditugaskan Kepada J. Gorman Dan Pa-
kdin Oleh Baginda Sultan. Penggantian Masjid Lama Dengan Masjid Zahir Menjadikan Negeri
Kedah Antara Negeri Yang Mempunyai Masjid Tercantik Dan Tertua Di Samping Ciri-Ciri Yang
Lain. Lebih Menarik Lagi Ialah Pembinaan Masjid Ini Adalah Hasil Usaha Seorang Sultan Yang
Ingin Mengembangkan Syiar Islam Di Negeri Kedah.
































JHEAIK 93

2021 LAPORAN TAHUNAN






gambar lama masjid zahir





















































































94 JHEAIK

LAPORAN TAHUNAN 2021




























































































JHEAIK 95

BAHAGIAN





PENGUATKUASAAN





UNDANG-UNDANG





SYARIAH



2021 LAPORAN TAHUNAN





























































































98 JHEAIK

LAPORAN TAHUNAN 2021




























































































JHEAIK 99

2021 LAPORAN TAHUNAN





























































































100 JHEAIK


Click to View FlipBook Version