SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (P) SULTAN IBRAHIM
80000, JOHOR BAHRU, JOHOR
LAPORAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 3 2021
TAJUK :
AMALAN KITAR SEMULA DI TAMAN GEMBIRA,
JOHOR BAHRU, JOHOR
NAMA : NOR AIN FAHIRA BINTI MUHAMAD FARIQ
TINGKATAN : 3 DLP
NAMA GURU : PUAN NORMALA BINTI HARON
JADUAL KERJA
BIL TARIKH PERKARA CATATAN
- PDPR
1. 1/9/2021 Mendengar taklimat daripada
(Rabu) guru Geografi, Puan Normala - Di rumah
binti Haron tentang Kajian - Di rumah
Lapangan Geografi
Tempatan 2021. - Di rumah
- Di rumah
2. 10/9/2021 Menyediakan borang soal - Di rumah
(Jumaat) selidik (GOOGLE FORM) - Di rumah
- Di rumah
3. 12/9/2021 Mengedarkan borang soal
- Di rumah
(Ahad) selidik (GOOGLE FORM)
secara atas talian melalui
aplikasi WhatsApp.
4. 24/9/2021 Mengambil screenshot peta
(Jumaat) kawasan perumahan melalui
aplikasi google maps.
5. 4/10/2021 Melukis dan mentafsir graf.
(Isnin)
6. 6/10/2021 Menulis penghargaan dan
(Rabu) pendahuluan.
7. 8/10/2021 Menulis objektif kajian,
(Jumaat) kaedah kajian dan rujukan.
8. 9/10/2021 Menulis dan menghuraikan
(Sabtu) konsep kitar semula dan
kepentingan amalan kitar
semula.
9. 12/10/2021 Menulis dan menghuraikan
(Selasa) masalah untuk melaksanakan
amalan kitar semula dan
langkah untuk mengatasi
masalah kitar semula.
1
10. 13/10/2021 Penulisan pelaporan. - Waktu tutorial
(Rabu)
- GOOGLE
11. 15/10/2021 Menghantar Kajian Lapangan CLASSROOM
(Jumaat) Geografi.
- GOOGLE
12. 18/10/2021 Saya menghantar semula CLASSROOM
(Isnin) Kajian Lapangan Geografi
selepas membetulkan
beberapa perkara.
2
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN M/S
4
1.0 Penghargaan 5
6
2.0 Pendahuluan
7
3.0 Objektif Kajian 7
4.0 Kawasan Kajian 8
- Lokasi Kawasan Kajian 8
- Peta Kawasan Kajian 8
5.0 Kaedah Kajian 9
- Pemerhatian 9
- Borang Soal Selidik 10
- Rujukan 11
6.0 Hasil Kajian 12
- Konsep Kitar Semula
- Jenis-jenis Sisa Domestik 14
- Kepentingan Amalan Kitar Semula 16
- Masalah yang Menyebabkan Amalan Kitar
Semula Tidak Dapat Dilakukan 17
- Langkah yang Boleh Diambil untuk 17
Menerapkan Amalan Kitar Semula dalam 17
Kalangan Penduduk 18
- Jadual, graf dan tafsiran graf
7.0 Rumusan
8.0 Rujukan
8.1 Buku
8.2 Borang Soal Selidik (GOOGLE FORM)
8.3 Internet
9.0 Lampiran
3
1.0 PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua SMK (P) Sultan
Ibrahim, Puan Hajah Rosliza binti Taib kerana telah memberi
kebenaran untuk melaksanakan kajian lapangan ini. Saya juga
ingin berterima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi
saya iaitu Puan Normala binti Haron kerana telah membantu
saya dalam penghasilan laporan kajian lapangan ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa
saya iaitu Encik Muhamad Fariq bin Yatiman dan Puan
Norhasimah binti Che Mat yang memberi bantuan dari segi
tenaga dan kewangan untuk menjayakan kajian lapangan ini.
Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada
responden-responden saya yang sudi menjawab soalan-soalan
dalam borang soal selidik secara atas talian.
4
2.0 PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kajian tentang amalan kitar semula di
Taman Gembira, Johor Bahru, Johor.
Kajian lapangan ini dilakukan bagi memenuhi silibus Geografi
Tingkatan 3 dan dilaksanakan selama 7 minggu bermula 1
September 2021 hingga 15 Oktober 2021. Kajian lapangan ini
dilakukan di rumah (PDPR) semasa pembelajaran Geografi.
5
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Mengkaji konsep dan takrifan konsep kitar semula.
3.2 Menyatakan dan menghuraikan jenis sisa domestik.
3.3 Menyatakan dan menghuraikan kepentingan amalan kitar
semula di kawasan kajian.
3.4 Menyatakan dan menghuraikan masalah untuk
melaksanakan amalan kitar semula di kawasan kajian.
3.5 Menyatakan langkah yang boleh diambil untuk mengatasi
masalah yang dihadapi untuk menjalankan amalan kitar
semula di kawasan kajian.
6
4.0 KAWASAN KAJIAN
Lokasi kawasan kajian :
- Taman Gembira, Johor Bahru, Johor.
Peta kawasan kajian :
7
5.0 KAEDAH KAJIAN
Pemerhatian
- Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian untuk
mengenalpasti jenis sisa domestik yang terdapat di
kawasan kajian.
Soal selidik (GOOGLE FORM)
- Saya telah menggunakan kaedah soal selidik untuk
mengenalpasti kepentingan amalan kitar semula di
kawasan kajian. Selain itu, kaedah ini digunakan untuk
mengetahui masalah untuk melaksanakan amalan kitar
semula dan langkah yang boleh diambil untuk mengatasi
masalah yang dihadapi untuk menjalankan amalan kitar
semula di kawasan kajian. Soal selidik juga digunakan
untuk mendapatkan pendapat tentang langkah yang boleh
diambil untuk menerapkan amalan kitar semula dalam
kalangan penduduk.
Rujukan
- Saya telah merujuk internet untuk mengetahui konsep dan
takrifan kitar semula. Saya juga telah rujuk buku teks dan
responden untuk mengetahui masalah dan cadangan
untuk melaksanakan amalan sekitar.
8
6.0 HASIL KAJIAN
Konsep dan takrifan kitar semula
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, kitar semula merupakan
kaedah atau teknik memproses bahan seperti tin, botol, kertas
yang telah digunakan supaya dapat digunakan semula. Kitar
semula wajar dilakukan kerana amalan kitar semula amat
mudah dilakukan dan boleh dilaksanakan oleh semua peringkat
umur.
Jenis-jenis sisa domestik
Jenis-jenis sisa yang terdapat di kawasan kajian adalah sisa
makanan, kertas, plastik, tin dan kaca.
Bahan yang diperbuat daripada kertas seperti surat khabar
lama, kotak bungkusan barang dan majalah antara
penyumbang terbesar dalam pembuangan kitar semula. Selain
itu, terdapat juga bahan plastik, tin dan kaca seperti botol
minuman, tin makanan dan botol-botol kaca. Akhir sekali, sisa
makanan yang terdapat di semua rumah.
9
Kepentingan amalan kitar semula
Kepentingan amalan kitar semula adalah seperti berikut :
Dapat mewujudkan persekitaran yang sihat, bersih dan selesa.
- Melalui pemerhatian saya, amalan kitar semula dapat
mewujudkan persekitaran yang sihat, bersih dan selesa.
Ini kerana bahan terbuang akan dikitar semula dengan
betul. Antaranya, bahan buangan akan dikumpulkan
mengikut kategori seterusnya akan dikumpulkan oleh
pihak berkuasa untuk dilupuskan di tempat pelupusan.
Dapat mengurangkan pencemaran bau.
- Melalui pemerhatian saya, amalan kitar semula dapat
mengurangkan pencemaran bau kerana amalan kitar
semula dapat mengurangkan pengumpulan sampah yang
terlalu banyak di tong sampah.
Menceriakan persekitaran rumah.
- Melalui pemerhatian saya, amalan kitar semula
menceriakan persekitaran rumah kerana kita dapat
menjadikan bahan buangan seperti botol mineral atau
tayar terpakai sebagai pasu bunga dan ditempatkan di
halaman rumah.
Dapat mengurangkan wabak penyakit.
- Melalui pemerhatian saya, amalan kitar semula dapat
mengurangkan wabak penyakit seperti demam denggi
kerana kurangnya tempat pembiakan nyamuk aedes
akibat daripada kurangnya bahan buangan yang boleh
menakung air.
10
Masalah yang menyebabkan amalan kitar semula tidak
dapat dilakukan.
Sikap penduduk yang kurang mempedulikan tentang amalan
kitar semula.
- Melalui pemerhatian saya, sikap penduduk yang kurang
mempedulikan tentang amalan kitar semula merupakan
salah satu masalah yang dihadapi kerana ramai penduduk
yang sibuk bekerja tidak mengambil tahu tentang amalan
kitar semula seterusnya mengabaikan tentang kebersihan
tempat tinggal.
Tong kitar semula terlalu jauh dari rumah.
- Melalui pemerhatian saya, tong kitar semula terlalu jauh
dari rumah merupakan masalah bagi penduduk. Ini kerana
ramai penduduk di sini yang sudah berumur tidak
mempunyai masa untuk pergi ke tong kitar semula.
Kurang ilmu pengetahuan tentang amalan kitar semula.
- Melalui pemerhatian saya, kurang ilmu pengetahuan
tentang amalan kitar semula merupakan masalah paling
utama kerana kebanyakkan penduduk di sini sudah
berumur dan kurang pendedahan tentang amalan kitar
semula.
Pengurusan bahan kitar semula yang kurang sistematik.
- Melalui pemerhatian saya, pengurusan bahan kitar semula
yang kurang sistematik merupakan masalah kerana lori
pengumpulan bahan kitar semula akan ada tetapi tidak
lalu secara kerap ke kawasan perumahan.
11
Langkah yang boleh diambil untuk menerapkan amalan
kitar semula dalam kalangan penduduk
Mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan amalan
kitar semula.
- Melalui borang soal selidik (GOOGLE FORM),
mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan
amalan kitar semula dalam kalangan penduduk. Sebagai
contoh, menjemput pihak berkuasa untuk menganjurkan
kempen dengan menyediakan pelbagai aktiviti seperti
ceramah dan pertandingan sepanjang kempen
berlangsung.
Mengadakan aktiviti gotong-royong.
- Melalui borang soal selidik (GOOGLE FORM), aktiviti
gotong-royong boleh dilakukan bagi memupuk amalan
kitar semula dalam diri. Jawatankuasa kawasan boleh
mengadakan aktiviti ini sebagai salah satu aktiviti bulanan
supaya amalan kitar semula sentiasa diamalkan.
Menempatkan lebih banyak tong-tong kitar semula di kawasan
perumahan.
- Melalui borang soal selidik (GOOGLE FORM), tong-tong
kitar semula perlulah ditempatkan lebih banyak supaya
penduduk lebih mudah untuk meletakkan bahan kitar
semula. Ini juga boleh menjadikan penduduk lebih kerap
untuk mengumpulkan dan meletakkan lebih banyak bahan
kitar semula.
12
Membimbing penduduk untuk mengamalkan amalan kitar
semula.
- Melalui borang soal selidik (GOOGLE FORM), ahli
jawatankuasa atau pihak berkuasa perlulah memberi tunju
ajar kepada semua penduduk, lebih-lebih lagi kepada
penduduk yang sudah berumur supaya amalan kitar
semula dapat diamalkan oleh semua peringkat umur.
13
Jadual, graf dan tafsiran graf
Masalah untuk Melaksanakan Amalan Kitar Semula di
Taman Gembira,
Johor Bahru.
KEPENTINGAN AMALAN KITAR BILANGAN RESPONDEN
SEMULA (ORANG)
9
Kurang ilmu pengetahuan tentang 7
amalan kitar semula. 6
Tong kitar semula yang jauh dari 4
rumah. 26
Sikap penduduk yang kurang
mempedulikan tentang amalan
kitar semula.
Pengurusan bahan kitar semula
yang kurang sistematik.
JUMLAH
SUMBER - BORANG SOAL SELIDIK (GOOGLE FORM)
14
Masalah untuk Melaksanakan Amalan Kitar Semula di
Taman Gembira, Johor Bahru.
SUMBER - BORANG SOAL SELIDIK (GOOGLE FORM)
Graf menunjukkan masalah untuk melaksanakan amalan kitar
semula di Taman Gembira, Johor Bahru. Masalah yang tertinggi
merupakan kurang ilmu pengetahuan tentang amalan kitar semula
seramai 9 responden diikuti dengan masalah tong kitar semula yang
jauh dari rumah seramai 7 responden dan sikap penduduk yang kurang
mempedulikan tentang amalan kitar semula seramai 6 responden.
Masalah yang paling rendah adalah pengurusan bahan kitar semula
yang kurang sistematik seramai 4 responden.
Masalah yang tertinggi merupakan kurang ilmu pengetahuan
tentang amalan kitar semula kerana kebanyakkan penduduk di sini
merupakan golongan yang sudah berumur dan kurang pendedahan
tentang kepentingan amalan kitar semula.
Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama supaya
masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan segera.
15
7.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan amalan
kitar semula yang diamalkan seperti dapat mewujudkan
persekitaran yang sihat, bersih dan selesa. Di kawasan kajian
juga terdapat pelbagai masalh yang dihadapi seperti kurang
ilmu pengetahuan tentang amalan kitar semula namun masalah
yang dihadapi dapat diselesaikan dengan pelbagai langkah.
Contohnya kita boleh mengadakan kempen kesedaran supaya
semua penduduk dapat mengetahui dan mempelajari tentang
amalan kitar semula.
Saya bersyukur kerana saya dapat melaksanakan Kajian
Lapangan Geografi Tingkatan 3 dengan lancar. Saya berharap
kajian lapangan ini dapat memberi manfaat kepada seluruh
masyarakat.
16
8.0 RUJUKAN
Borang soal selidik (GOOGLE FORM)
- MUHAMAD FARIQ BIN YATIMAN, 46,
41, JALAN RIANG 12
- NORHASIMAH BINTI CHE MAT, 46,
41, JALAN RIANG 12
- NOR AIN FARISYA BINTI MUHAMAD FARIQ, 18,
41, JALAN RIANG 12
- ABDUL MANAF BIN HAMID, 56,
51, JALAN RIANG 12
- HAJAH MAIMUNAH BINTI ABDUL GHANI, 61,
48, JALAN RIANG 16
- KHADIJAH BINTI ABDUL SAMAD, 59,
9, JALAN RIANG 16
- HASSAN BIN HJ ABDULLAH, 44,
10, JALAN RIANG 13
- NUR HIDAYAH BINTI MUHAMMAD SHAMSUL, 40,
10, JALAN RIANG 13
- HAJI ABDUL LATIF BIN ALI, 64,
6, JALAN RIANG 13
- HAJAH KAMSIAH BINTI HAJI ROSLI, 60,
6 JALAN RIANG 13
Internet
- https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kitar+semula
17
9.0 LAMPIRAN
Borang soal selidik
18