The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dayah1505, 2022-03-11 08:27:39

01 BUKU PENGURUSAN 2022 SETA

01 BUKU PENGURUSAN 2022 SETA

BUKU PENGURUSAN SMK SETA | 2022/2023

6.1.11 Pelajar hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan.

6.2 Tatacara guru
6.2.1 Guru perlu peka terhadap semua surat pekeliling berkenaan yang diedarkan.
6.2.2 Guru mesti memahami dan mematuhi tatacara tindakan sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan.
6.2.3 Guru hendaklah memeriksa semua peralatan yang akan digunakan.
6.2.4 Guru hendaklah mengagihkan tugas mengikut kemampuan pelajar.
6.2.5 Guru hendaklah merekodkan kehadiran pelajar.
6.2.6 Guru hendaklah mengenalpasti pelajar yang tidak sihat dan bermasalah untuk dikecualikan daripada mengambil

bahagian atau meneruskan aktiviti.
6.2.7 Guru hendaklah sentiasa memantau dan membuat penilaian terhadap tugasan.
6.2.8 Guru hendaklah memastikan pelajar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan (peraturan sekolah / aktiviti).
6.2.9 Guru hendaklah sentiasa memastikan kawasan yang digunakan dalam keadaan selamat dan selesa.

7.0 Kegiatan Luar Lawatan Sambil Belajar

7.1 Tatacara pelajar
7.1.1 Pelajar melengkapkan borang kebenaran ibu bapa.
7.1.2 Pelajar dikehendaki menyediakan pakaian yang secukupnya mengikut aturcara.
7.1.3 Pelajar dikehendaki mematuhi semua syarat dan peraturan berkaitan.
7.1.4 Pelajar dikehendaki sentiasa menjaga nama baik sekolah.
7.1.5 Pelajar dikehendaki sentiasa peka kepada arahan dan peraturan tempat lawatan.
7.1.6 Pelajar sentiasa berada dalam kumpulan.
7.1.7 Sekiranya pelajar terpisah daripada kumpulan, tunggu di satu tempat dan minta bantuan.
7.1.8 Pelajar dikehendaki melaporkan sebarang kecemasan yang berlaku.
7.1.9 Pelajar dikhendaki membuat persediaan awal untuk program lawatan.
7.1.10 Pelajar dikehendaki membuat catatan sepanjang program.
7.1.11 Pelajar dikehendaki menulis laporan / esei selepas program lawatan.

194

BUKU PENGURUSAN SMK SETA | 2022/2023

7.2 Tatacara guru / penasihat
7.2.1 Guru / penasihat dikehendaki menyediakan kertas kerja program dan dihantar untuk proses kelulusan pihak

pentadbir.
7.2.2 Guru / penasihat dikehendaki mendapatkan kebenaran daripada JPNJ.
7.2.2 Guru / penasihat dikehendaki memastikan program berjalan mengikut jadual.
7.2.3 Guru / penasihat sentiasa memantau tentang bilangan pelajar setiap sesi.
7.2.4 Guru / penasihat memainkan peranan untuk memastikan program berjaya.
7.2.5 Guru / penasihat melibatkan pelajar secara aktif dalam setiap atur cara.
7.2.6 Guru / penasihat dikehendaki menyediakan cenderamata untuk tempat-tempat lawatan (jika perlu).
7.2.7 Guru / penasihat dikehendaki sentiasa mengawasi disiplin pelajar.
7.2.8 Guru / penasihat dikehendaki sentiasa menjaga kebajikan dan kesihatan pelajar.
7.2.9 Guru / penasihat dikehendaki mengambil langkah berjaga-jaga yang tinggi dalam semua perkara (meramal

risiko).

8.0 Kegiatan Luar Perkhemahan

8.1 Tatacara pelajar
8.1.1 Pelajar dikehendaki melengkapkan borang kebenaran ibu bapa.
8.1.2 Pelajar mesti patuh kepada arahan dan berada di tempat yang ditentukan.
8.1.3 Pelajar dikehendaki mematuhi semua syarat dan peraturan yang ditetapkan.
8.1.4 Pelajar mesti menyediakan semua peralatan yang diperlukan.
8.1.5 Pelajar mesti menyediakan pakaian secukupnya dan bersesuaian.
8.1.6 Pelajar mendirikan khemah di kawasan yang dikenal pasti selamat.
8.1.7 Pelajar dikehendaki membersihkan kawasan persekitaran dan menabur belerang di sekeliling khemah.
8.1.8 Pelajar dilarang merosakkan / menebang sebarang pokok / tumbuhan.
8.1.9 Hentikan aktiviti sekiranya cuaca buruk akan berlaku.
8.1.9 Pelajar dikehendaki melaporkan kepada guru sekiranya ada gangguan daripada haiwan liar, gigitan serangan dan

kecemasan.

195

BUKU PENGURUSAN SMK SETA | 2022/2023

8.1.10 Sekiranya sakit berterusan keluar dari kawasan perkhemahan untuk mendapatkan rawatan di hospital / klinik.
8.1.11 Pelajar dilarang menjalankan aktiviti di air tanpa pngawasan guru / penyelamat kelemasan.
8.1.12 Pelajar mesti memakai jaket keselamatan untuk menjalankan aktiviti di air.

8.2 Tatacara guru / penasihat
8.2.1 Guru / penasihat perlu ada sijil yang berkaitan untuk sesuatu program .
8.2.2 Guru / penasihat mesti mendapatkan kebenaran daripada pihak yang terlibat.
8.2.3 Guru / penasihat mesti menyediakan syarat, peraturan, dan senarai keperluan untuk semua aktiviti yang akan

dijalankan.
8.2.4 Guru / penasihat perlu membuat kajian / tinjauan tentang kawasan / lokasi aktiviti (perkhemahan / air).
8.2.5 Guru / penasihat perlu mengatur pengisian program dengan teliti.
8.2.6 Guru / penasihat perlu menyediakan pembantu / pegawai secukupnya.
8.2.7 Guru / penasihat perlu membuat penyeliaan dan pengawasan rapi.
8.2.8 Guru / penasihat perlu mengambil sebarang langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang kecemasan /

kemalangan.

9.0 Perjumpaan Mingguan (Hari Gerak Kerja Kokurikulum)

9.1 Tatacara pelajar
9.1.1 Pelajar mesti hadir ke sekolah seperti biasa dengan mengenakan pakaian yang dibenarkan / pakaian seragam.
9.1.2 Pelajar mesti melaporkan kehadiran kepada pemimpin / penasihat untuk setiap sesi mengikut jadual.
9.1.3 Pelajar dilarang meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran.
9.1.4 Pelajar bertanggungjawab terhadap keselamtan diri masing-masing.
9.1.5 Pelajar hanya dibenarkan makan di kantin pada waktu rehat.
9.1.6 Pelajar hendaklah mematuhi peraturan sekolah.
9.1.7 Pelajar digalakkan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti yang diadakan.
9.1.8 Ketua / pengerusi unit / kelab mesti membuat laporan dan kemaskinikan maklumat perjumpaan dalam buku /

fail gerko.

196

BUKU PENGURUSAN SMK SETA | 2022/2023

9.2 Tatacara Pemimpin / Penasihat
9.2.1 Pemimpin / penasihat hendaklah hadir ke sekolah seperti biasa.
9.2.2 Pemimpin / penasihat mesti mengambil kedatangan pelajar setiap sesi.
9.2.3 Pemimpin / penasihat Unit Pakaian Seragam mesti mengenakan pakaian seragam masing-masing atau pakaian

yang sesuai untuk penasihat yang lain.
9.2.4 Pemimpin / penasihat mesti mengendalikan perjumpaan mingguan mengikut jadual yang ditetapkan.
9.2.5 Pemimpin / penasihat mesti mengemukakan aktiviti/perancangan kepada penyelaras sebelum pelaksanaan.
9.2.6 Pemimpin / penasihat hendaklah memastikan peraturan sekolah dipatuhi oleh semua pelajar.
9.2.7 Pemimpin / penasihat hendaklah memastikan keselamatan pelajar terkawal sewaktu aktiviti

dijalankan.

10.0 Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

10.1 Merancang dan menjalankan program / aktiviti integrasi pelbagai kaum di kalangan pelajar.
10.2 Memastikan semua akitiviti sekolah mengutamakan penyertaan pelajar dari pelbagai kaum.
10.3 Memastikan kedudukan pelajar di tapak perhimpunan dan dalam kelas mematuhi peraturan

RIMUP.
10.4 Memastikan pelajar dalam kelas, ahli kelab / persatuan, permainan, Badan Beruniform, Pengawas sekolah dan

Pusat Sumber mengikut kuota ras yamg ditetapkan oleh sekolah.

11.0 Koperasi
11.1 Mengatur rancangan untuk kegiatan koperasi sepanjang tahun.
11.2 Mengawasi perjalanan koperasi seperti yang ditetapkan oleh Undang-Undang Kecil koperasi.
11.3 Menyediakan giliran bertugas AJK untuk menjaga koperasi dan memastikan mereka menjalankan tugas dengan

baik.
11.4 Memastikan koperasi sentiasa dalam keadaan selamat, bersih dan ceria.

PENGANUGERAHAN BIDANG KOKURIKULUM

12.0 Pemilihan Penerima Anugerah Kokurikulum.

12.1 Sijil Penyertaan

197

BUKU PENGURUSAN SMK SETA | 2022/2023

12.1.1 Wakil sekolah, sekurang-kurangnya ke pusingan suku akhir dalam sebarang
pertandingan.
12.1.2 Tidak memperoleh pencapaian tempat pertama, kedua atau ketiga dalam
sebarang pertandingan sebagai wakil sekolah.
12.1.3 Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan penampilan imej yang
terpuji.
12.1.4 Sijil dicetak oleh guru penasihat masing-masing dan diedar terus kepada
pelajar setelah ditandatangani oleh Pengetua.

12.2 Sijil Penghargaan

12.2.1 Telah memberi sumbangan dengan penuh dedikasi, khidmat yang cemerlang
kepada Kelab/Persatuan/Badan Beruniform.
12.2.2 Berkebolehan dalam pengurusan aktiviti mingguan atau projek khas
12.2.3 Mencapai gred kokurikulum minimum `B’ atau GPA 60 markah.
12.2.4 Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan penampilan imej yang
terpuji.
12.2.5 Sijil dicetak oleh guru penasihat masing-masing dan diedar terus kepada
pelajar setelah ditandatangani oleh Pengetua.

12.3 Sijil Pencapaian

12.3.1 Sijil Kepujian

12.3.1.1 Memperoleh pencapaian pada peringkat zon dan seterusnya
mewakili zon ke peringkat negeri.
12.3.1.2 Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab danpenampilan
imej yang terpuji.
12.3.1.3 Murid yang mempunyai rekod salahlaku berat dikira tidak layak

198

BUKU PENGURUSAN SMK SETA | 2022/2023

manakala yang mempunyai rekod salahlaku sederhana boleh
dipertimbangkan dengan kata putus ditentukan oleh pengetua.

12.3.2 Sijil Cemerlang

12.3.2.1. Memperoleh pencapaian Johan, Naib Johan atau tempat ketiga
pada peringkat negeri ATAU mewakili negeri ke peringkat
kebangsaan kebangsaan ATAU mewakili negara ke peringkat
antarabangsa.
12.3.1.2 Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan penampilan
imej yang terpuji.

12.4 Anugerah Pasukan Cemerlang Kokurikulum

• Badan Beruniform
• Sukan/Permainan
• Persatuan/Kelab
12.4.1 Peringkat penglibatan tertinggi dalam aktiviti
12.4.2 Tahap pencapaian tertinggi dalam pertandingan.
12.4.3 Menganjurkan program khas khususnya aktiviti khidmat sosial
12.4.4 Mengaplikasikan ICT dalam aktiviti yang dianjurkan.
12.4.5 Mempunyai fail kokurikulum yang serba lengkap.
12.4.6 Penglibatan ahli yang aktif secara menyeluruh.
12.5 Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum

12.5.1 Peringkat penglibatan/pencapaian yang tinggi dalam kokurikulum
12.5.2 Kebolehan mengendalikan pelbagai aktiviti.
12.5.3 Telah memberi sumbangan dengan penuh dedikasi serta telah memberi
khidmat cemerlang kepada pembangunan bidang kokurikulum di sekolah.

199

BUKU PENGURUSAN SMK SETA | 2022/2023

12.6 Anugerah Tokoh Pelajar Cemerlang Kokurikulum

12.6.1 Pencapaian tertinggi sekurang-kurangnya peringkat kebangsaan
12.6.2 Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan penampilan imej yang
terpuji.

12.7 Anugerah Kokurikulum PIBG

12.7.1 Kategori Individu

12.7.1.1 Terpilih menerima sijil cemerlang dengan pencapaian minimun
pada peringkat kebangsaan.

12.7.2 Kategori Pasukan
12.7.2.1 Terpilih menerima Anugerah Pasukan Cemerlang

12.7.3 Kategori Guru
2.7.3.1 Terpilih menerima Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum

12.7.4 Anugerah Khas ICT
12.7.4.1 Penghasilan CD yang paling kreatif dan menarik untuk suatu
program khas atau aktiviti sepanjang tahun.

13.0 Pinjaman Peralatan atau Jersey.

13.1 Sebarang peminjaman peralatan kokurikulum mesti mengisi boring permohonan pinjaman sekurang-
kurangnya sehari sebelum alatan atau jersey diperlukan.

13.2 Alatan yang telah dipinjam mesti dipulangkan kembali dalam keadaan yang sempurna pada tarikh seperti
yang tercatat di dalam borang Permohonan pinjaman peralatan kokurikulum. Alatan yang rosak juga mesti
dipulangkan dan direkodkan.

13.3 Pemulangan jersey perlu lengkap dan akur dengan jumlah yang dipinjam. Sebarang kehilangan perlu diganti
dengan harga perolehan semasa jersey tersebut. Guru Penasihat diingatkan untuk berhati-hati dalam
pengedaran jersey dan memastikan bahawa setiap jersey yang diedarkan mesti direkodkan agar risiko
kehilangan dapat dielakkan.
200

BUKU PENGURUSAN SMK SETA | 2022/2023

13.4 Guru-guru penasihat sukan dan permainan hendaklah mengutip semula semua jersey selepas setiap
permainan untuk urusan pembersihan di kedai dobi oleh guru penasihat.
Bil dobi boleh dituntut daripada PK Kokurikulum. Tuntutan dobi dibenarkan untuk tujuan pertandingan
rasmi sukan sahaja. Ia juga adalah langkah untuk megurangkan risiko kehilangan.

14.0 Rumah Sukan Murid

14.1 Pemberian rumah sukan murid adalah dibawah bidang kuasa Setiausaha Sukan dan diselesaikan dalam
minggu pertama persekolahan sebelum Mesyuarat Agong Rumah Sukan.

14.2 Murid tingkatan 2, 3, 4, dan 5 yang merupakan murid lama telah diberi rumah sukan dan akan kekal pada
rumah sukan tersebut sepanjang tempoh persekolahannya di SMK sultanah Engku Tun Aminah.

14.3 Murid baru daripada tingkatan 1 atau tingkatan 4 atau mana-mana murid baru dari tingkatan lain perlu
diberi rumah sukan dengan Guru Tingkatan menyerahkan senarai pelajar murid baru kepada Setiausaha
Sukan.

14.4 Setiausaha sukan mesti bertindak dengan segera dalam pemberian rumah sukan bagi memastikan tiada
pelajar ketinggalan dalam peruntukkan rumah sukan.

15.0 Lain-lain

15.1 Tuntutan tambang bagi pelajar yang terlibat dalam apa-apa pertandingan di luar sekolah adalah mengikut
kadar tambang bas atau RM 5.00 seorang sehari dan tuntutan makan ialah RM 3.00 sehari jika masa
terlibat dari pagi hingga ke petang.

15.2. Tiap-tiap pasukan digalakkan menggunakan kemudahan penginapan yang disediakan oleh pihak penganjur.
Ini bertujuan untuk memudahkan pengurusan.

201

BUKU PENGURUSAN SMK SETA | 2022/2023
202


Click to View FlipBook Version