The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Audry IsAudry, 2018-09-05 05:25:38

Buku Program Majlis Restu 2018

#StepheniansNumberOne

Keywords: #StepheniansNumberOne,MRSMTMFS,MajlisRestu,2018

Mrsm tun mohammad fuad stephens,
sandakan

MAJLIS MOHON
RESTU

PT3 DAN SPM

Tarikh : 7 September 2018
Masa : 7.00 pagi - 11.30 pagi

Tempat :
Surau at-taqwa/ Perpustakaan baitul ‘ilmi/

dewan seraya kuning
Mrsm tun mohammad fuad stephens

Kata Alu-aluan

Pengetua
MRSM Tun Mohammad

Fuad Stephens

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran marilah kita panjatkan
ke hadrat Ilahi atas restu dan IzinNya Majlis Mohon Restu Kali Ke-5
dapat diadakan pada hari ini. Saya merakamkan ucapan terima
kasih kepada ibu bapa dan para jemputan atas kehadiran ke
majlis ini serta setinggi penghargaan buat Jawatankuasa Majlis
Mohon Restu 2018 atas penganjuran dan pengendalian majlis
pada kali ini.

Selain usaha yang bersungguh-sungguh dan doa yang
berterusan, kejayaan anak-anak pelajar Tingkatan 3 & 5 juga
bergantung kepada restu para guru dan ibu bapa pelajar. Ia
sebagai satu sokongan moral dan motivasi buat anak-anak
pelajar sebelum mereka menduduki peperiksaan PT3 dan SPM
tahun ini. Majlis ini amat signifikan untuk mempersiap siaga para
pelajar dari segi emosi, mental dan fizikal pada tahap tinggi agar
berupaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan nanti.

Pesanan saya agar anak-anak pelajar dengan penuh
keinsafan dan pengharapan yang tinggi untuk mengambil
peluang keemasan ini untuk memohon restu dan doa kejayaan
daripada guru dan ibu bapa dan tidak ketinggalan juga para
guru dan ibu bapa memberi restu dan memaafkan segala
kesalahan anak-anak pelajar. Sama-sama kita doakan agar
urusan anak-anak pelajar dipermudahkan dan mereka mencapai
keputusan cemerlang di dalam peperikaan PT3 dan SPM 2018.

Wisdom Towards Excellence

#StepheniansNumberOne

PENDAHULUAN

Majlis Mohon Restu merupakan langkah dan persediaan terakhir
calon PT3 dan SPM untuk menghadapi peperiksaan sebenar.
Program ini diadakan untuk menyediakan calon PT3 dan SPM dari
segi fizikal dan mental sebelum peperiksaan sebenar.

MATLAMAT

Matlamat program supaya pelajar dapat menyediakan diri dari
segi fizikal dan mental menerusi dorongan dan galkan daripada
ibu bapa dan guru. Bimbingan dan motivasi mampu menjadi
kekuatan kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan di
samping sokongan yang berterusan dari pihak ibu bapa dan
pihak sekolah.

OBJEKTIF

Antara objektif program :

 Memohon keberkatan untuk para pelajar atau calon-calon
PT3 dan SPM untuk menghadapi peperiksaan.

 Menimbulkan kesedaran dan keinsafan diri tentang peranan
dan tanggungjawab sebagai pelajar.

 Membina kematangan berfikir, bersyukur dan berterima kasih
kepada yang telah memberikan ilmu.

 Membina hubungan erat antara pelajar , ibu bapa dan guru
seterusnya memberi kelapangan dada kepada pelajar untuk
menghadapi PT3 dan SPM.

MASA PERKARA
7.00 pagi : Pelajar Muslimberkumpul di Surau At-Taqwa MRSM TMFS
: Pelajar non-muslim berkumpul di PSP

8.00 pagi : Ketibaan para guru dan ibu bapa (muslim/non-muslim)

8.30 pagi : Solat Hajat
: Bacaan Yassin
: Ceramah Motivasi

9.45 pagi : Rehat

10.15 pagi : Ibu Bapa, Guru-guru dan para pelajar berada di Dewan
Seraya Kuning
: Ucapan Wakil Pelajar Tingkatan 3 MRSM TMFS
: Ucapan Wakil Pelajar Tingkatan 5 MRSM TMFS
: Ucapan Wakil Ibu Bapa
: Ucapan Pengetua MRSM TMFS

11.30 pagi : Para pelajar memohon restu daripada guru-guru dan ibu
bapa

: Majlis bersurai

Penasihat : En. Mohd Rizalmi bin
Dahaman

Timbalan Pengetua : En. Norsham bin Abidin

Penyelaras : En. Sabdall bin Syamsuddin
: Pn. Nurdiyana bt Abd Latif
Setiausaha : Pn. Nor Aina bt Che Manaf
AJK Jamuan : Pn. Rianty binti Alik
AJK Dokumentasi /
Buku Program

AJK Jemputan dan : Pn. Hartini binti Jubidi
Sambutan

AJK Kawalan Pelajar : Cik Nur Asilla binti Hasnol Puad

AJK Keselamatan Lalu : En. Ghani bin Maruji
Lintas

AJK Peralatan : Mohammad Aliff bin Othman

AJK Persiapan Tempat : Pn. Maisarah binti Ibrahim

AJK Siaraya : En. Abdul Hafiz bin Abd Rashid

“Education is the most powerful
weapon which you can use to change the world “

“ There is no success without sacrifice and there is no
success without
hardness “

“ Excellence is not a skill. It is an
attitude”

“ Orang yang cemerlang melihat
setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah po-

tensinya manakala orang yang tidak cemerlang
menganggap setiap halangan sebagai alasan yang

menyebabkan kemundurannya ”

“Kecemerlangan adalah hasil
daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang

terbaik”

“ Kekuatan tidak datang daripada
kemampuan fizikal, tetapi ianya

datang dari semangat yang tidak pernah
mengalah”


Click to View FlipBook Version