PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
MPU21032
NAMA PENSYARAH :
USTAZ AHMAD RAFIEUDDIN BIN MOHAMMAD NAJIB
NAMA AHLI KUMPULAN :
MUHAMMAD ASYRAAF DANIAL BIN MOHD NASIR
(24DAM21F1006)
AHMAD SHOFI KUMAENI BIN ABDUL MUNIF
(24DAM21F1019)
MUHAMMAD HAZIQ HAZIRUL BIN MOHSIN
(24DAM21F1021)
THIVENESH KUMAR A/L SIVA KUMAR
(24DAM21F1034)
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
PENGENALAN
OBJEKTIF
LATAR BELAKANG TRAGEDI
13 MEI 1969
PUNCA BERLAKUNYA PERISTIWA
13 MEI 1969
KESAN DARIPADA PERISTIWA
13 MEI 1969
PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA
13 MEI 1969
KESIMPULAN
(1)
PENGHA
RGAAN
Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan
penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada
Ustaz Ahmad Rafieuddin Bin Mohammad Najib,
Pensyarah Matapelajaran Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU
21032), di atas kesudian beliau memberi tugasanini kepada kami.
Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses
pembentukan tugasan ini berlangsung . Selain itu, Tidak lupa juga
penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan
dorongandari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan
ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada
rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak
langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan.
Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan
tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan
teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan
yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami
dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.
(2)
PENGENALAN
Pada 13 Mei 1969 , negara Malaysia dikejutkan dengan satu tragedi yang
dianggap sebagai titik hitam dalam sejarah Malaysia . Peristiwa yang
berlaku pada 13 Mei 1969 adalah berlakunya kejadian rusuhan kaum dan
menjadi kemuncak ketegangan masalah perpaduan yang melibatkan
dua kaum terbesar di Malaysia . Tragedi ini telah meragut banyak nyawa
dan kemusnahan harta benda akibat rusuhan ini . Angka rasmi
menunjukkan 196 mati , 439 cedera , 39 hilang dan 9143 ditahan ,
manakala sebanyak 211 kenderaan musnah dilaporkan. Tragedi ini
dikatakan berkait rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969".
Selain itu, kesan peninggalanpenjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai
punca kepada peristiwa tersebut.Amalan diskriminasi oleh Inggeris
telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di
TanahMelayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak
meninggalkan kesan yang negatif terhadap masyarakat Melayu khasnya
dan golongan bumiputera amnya. Keadaan ini merupakan suatu kesan
yang nyata selepas penjajahan British. Dasar Ekonomi Baru yang
dirancang oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan
untuk mengimbangi Kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara
kaum di Malaysia.
(3)
OBJEKTIF
Mengkaji dan mengenalpasti punca- punca dan kesan yang
membawa kepada peristiwa 13 Mei ini berlaku.
Mengenalpasti perubahan yang dilakukan dan mengawal
segera situasi serta membentuk perpaduan selepas peristiwa
13 Mei 1969
Mengenalpasti dasar lebih baik yang telah dilakukan oleh
kerajaan untuk membentuk perpaduan selepas peristiwa
13 Mei ini berlaku.
Mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil oleh
semua pihak untuk mengekalkan perpaduan dan
memastikan peristiwa seperti 13 Mei itu tidak berlaku lagi di
Malaysia.
Mengutarakan pengajaran yang diperolehi selpes berlakunya
peristiwa 13 Mei 1969
(4)
LATAR BELAKANG
ISU PERKAUMAN DALAM P
ILIHAN RAYA 1969
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta
ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah
membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan
Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang
Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan
Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik
yang ingin mendapatkan faedah daripadanya dalam pilihan raya.
Pada pilihan raya umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh
UMNO, MCA, dan MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen
walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini
disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang
besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenangi Parti Perikatan
dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi
pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik
(DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam
Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam
pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka dengan berarak pada
11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk
menimbulkan isu perkauman. Namun, terdapat segelintir pengikut
perarakan (identiti mereka tidak dapat dikenal pasti) telah
mengeluarkan slogan-slogan bersifat sensitif berkenaan isu
perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya sekitar
bandaraya Kuala Lumpur.
(5)
Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina
berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga
mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang
sebahagian besar darinya kaum Cina dari Parti Tindakan Demokratik
dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi
perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala
Lumpur.
Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan
dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk
di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu,
kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang
Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan
mengenai tengelamnya kapal Perikatan — logo perikatan.
Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan
mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan
penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah
mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan
UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.
ISU PERKAUMAN DALAM PILIHAN RAYA 1969
(6)
PEMBANGKANG MERAIKA
N KEMENANGAN
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya
Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di
kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak
meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan
50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan
raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan
Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung
Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO,
berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini
letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat
penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan
mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula
pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang
mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu dari Kuala
Lumpur. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi
yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke
arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
(7)
PERARAKAN KEMATIAN CI
NA
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak
sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian
bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan
menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres
Kesatuan Sekerja Malaysia yang bertanding untuk Gerakan memohon
maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa
perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala
Lumpur tetapi permohonan maaf sudah terlambat.
(8)
RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR DAN
RUSUHAN PERTAMA
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969
yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.
UMNO bercadang untuk mengadakan perarakan balas pada 7.30
petang 13 Mei hari Selasa, tetapi kebanyakan orang Melayu mula
berkumpul di depan rumah menteri besar Selangor pada awal pagi.
Orang Melayu dari luar Kuala Lumpur turut serta dalam perarakan ini
seperti dari Morib, Banting dan juga Perak. Menurut laporan rasmi
Majlis Gerakan Negara (Mageran), pergaduhan mula berlaku di
Setapak dalam pukul 6 petang apabila sekumpulan pemuda Cina
menghalang beberapa orang Melayu yang dalam perjalanan ke
Kampung Baru untuk menyertai perarakan UMNO dengan membaling
botol kaca dan batu ke arah mereka.
Pergaduhan ini diketahui oleh orang Melayu yang berkumpul di
Kampung Baru Jalan Raja Muda. Dalam pukul 6.30 petang orang
Melayu mula bergerak dari Kampung Baru dan menyerang orang Cina
dengan bersenjatakan parang dan keris. Mereka membakar rumah-
rumah kedai di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan juga kereta. Orang
Cina yang terserempak dibunuh. Menurut laporan majalah Time,
sekurang-kurangnya 8 orang Cina terbunuh dalam rusuhan pertama
yang berlaku.
Rusuhan ini mula tersebar di sekitar Kuala Lumpur dalam masa 45
minit dari Jalan Campbell, Jalan Tunku Abdul Rahman (Batu Road),
Kampung Datuk Keramat, Kampung Pandan, Cheras, Kampung
Kerinchi dan Sentul.
(9)
Tentera dari Askar Melayu lebih awal dikerahkan menjaga
keselamatan sekitar Kuala Lumpur. Pasukan FRU di keluarkan dari
Kampung Baru dan Askar Melayu dikerah untuk mengambil alih
kawalan. Rusuhan dapat dikawal dengan mengunakan gas pemedih
mata, perintah berkurung 24 jam (curfew order) diumumkan oleh
radio pada pukul 7.30 petang dan di televisyen pada 8 malam.
Perintah tembak di keluarkan oleh Ketua Polis Negara Mat Salleh.
Pihak askar mula meronda kawasan-kawasan rusuhan sehingga
pukul 10 malam, ramai yang tidak tahu berkenaan perintah berkurung
ditembak mati, ada juga yang ditembak kerana berdiri di depan
koridor rumah sendiri. Laporan wartawan asing menyatakan segelintir
Askar Melayu melepaskan tembakan rambang ke arah kedai dan
rumah milik orang cina tanpa sebab.
Pada hari seterusnya 5 pagi, Hospital Kuala Lumpur memberi laporan
bahawa 80 orang meninggal dunia pada rusuhan pertama yang
berlaku dan majoritinya adalah orang Cina. Kebanyakan daripada
mereka mengalami luka teruk akibat tetakan dan juga tembusan
peluru. Ini hanya sebahagian orang atau mangsa yang dapat dihantar
untuk rawatan, kebanyakan mayat orang yang terkorban diangkut
oleh pihak PDRM menggunakan lori ke Balai Polis Travers.
Kebanyakan mayat dalam keadaan yang tidak sempurna.
(10)
PANGGUNG ODEON
Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung
Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa
iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh
penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton
Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan
bahasa Cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda Cina tersebut
telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan
menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut.
Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam
keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar
Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
Manakala di pasar pula askar Melayu telah menembak orang Cina
yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di
lebuh raya persekutuan pula, penduduk Melayu Kampung Kerinchi
telah membuang pasu di atas lebuh raya tersebut dan mengakibatkan
kesesakan lalulintas dan kemalangan.
Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang
berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut
menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-
pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd
Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan
Chow Kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came To Rob Las
Vegas arahan Antonio Isasi-Isasmendi.
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang
ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan
kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut
melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
(11)
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak
datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera
Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh
polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang
Melayu di Kampung Baru ketika itu.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan
Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang
pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-
apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit
kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM.
Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan
"politik". Seperti yang dinyatakan pergaduhan tidak berlaku di negeri
seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu
perkauman, sudah tentu pada hari itu orang Cina dan Melayu akan
berbunuhan sesama sendiri di negeri-negeri tersebut seperti di selatan
Thai.
(12)
REGIMEN RENGER
Pasukan FRU dikeluarkan dari Kampung Baru dan askar dari
Regimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari
Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-
orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin
meradang. Ketua Regimen Renjer dikatakan seorang Cina.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung
Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka
terkepung antara orang Cina dengan askar Regimen Renjer.
Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar
Selangor.
(13)
ASKAR MELAYU
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar
Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru,
Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran
diambil alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu
turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di
sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman. Ramai
orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah.
Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap,
dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Walau bagaimanapun,
sehingga sekarang tiada bukti yang diedarkan mengenai
rakaman ini.
(14)
PUNCA - PUNCA TRAGEDI 13 MEI
LAYANAN BERAT SEBELAH
OLEH TENTERA JEPUN
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah
dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah
dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan
orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah
berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling
mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan.
Peperangan yang dimaksudkan ialah Second Sino-Japanese War
ataupun Perang China-Jepun Kedua yang berlaku dari 7 Julai 1937
hingga 9 September 1945. Layanan berat sebelah ini telah menyemai
perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.
(15)
DASAR PECAH & PERINTAH
PENJAJAH INGGERIS
Hasil daripada kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan
perintah” yang diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan
beberapa faktor. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep
pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah
menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut
ekonomi dan juga polarisasi kaum.
Umpamanya Orang-orang / kaum Cina tinggal di bandar-bandar
menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong
sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang
tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia.
Orang-orang / kaum Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau
nelayan kecil.
Orang orang / kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar
kerajaan dan pekerja di ladang.
Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India
adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan
ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah
dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam
kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-
ekonomi mereka tidak seimbang. Dasar ini dilakukan oleh British untuk
mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan
mengancam kedudukan mereka. Masyarakat melayu terdiri dari petani
dan nelayan di kampung, masyarakat cina pula telah mewarisi
perniagaan secara turun temurun dan tinggal di bandar manakala
masyarakat india bekerja sebagai penoreh dan tinggal di estet.
(16)
Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-
kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal
dalam kelompok masing-masing. Kesannya, interaksi antara kaum
hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan
prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya
sentimen 13 Mei 1969. Suasana yang seperti ini menyebabkan
hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas. Di
sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk
mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka.
Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara
telah mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana sosio-ekonomi yang
tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang
berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan
ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia.
Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya
telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan
yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku
antara kaum tidak seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai
usaha untuk memulihkan keadaan.
(17)
PERASAAN TIDAK PUAS HATI TERHADAP HAK
ISTIMEWA ORANG MELAYU
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap
apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam
perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah
diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh
sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi
dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang
mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati
terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya
kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah
berbanding dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang didakwa oleh
orang- orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa
orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka
berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai
terutama menjelang pilihan raya 1964.
Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini,
Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar
dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak
mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang
Cina di Tanah Melayu.
(18)
Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi
mengambilalih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama
Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969
parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu
sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal
ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan
kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah .
Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini
bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di
mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh
membahayakan itu.
(19)
BAHASA MELAYU SEBAGAI B
AHASA RASMI NEGARA
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan
faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan
Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah
dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang
kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai
bahasa rasmi negara.
Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula
tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk
mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa
Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai
tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai
kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu .
Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan,
Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan.
Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin
Ismail.
(20)
PERBEZAAN AGAMA DAN BUD
AYA
Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina
beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum
india beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama
kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri.
Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain
tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga
banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah
menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah
mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.
MASALAH EKONOMI
Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan
berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan
persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini
menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain. Orang
melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina manakala
orang cina dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang
mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.
(21)
PERSATUAN-PERSATUAN ET
NIK
Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan
banyak persatuan politik, sosial dan ekonomi yang memperjuangkan
kaum masing-masing tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain.
Menurut Nik Anuar Nik Mahmud (2007) Rusuhan kaum pada 13 Mei
1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia.
Peristiwa itu hampir-hampir memusnah-kan negara ini. Alhamdulillah,
dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat,
bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti
sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana
itu. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya memperkukuhkan
perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan
politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.
(22)
KESAN-KESAN TRAGEDI 13 MEI
MAGERAN
Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 16 Mei
1969 kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN)
yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika
itu iaitu Tun Abdul Razak. Turut menganggotai MAGERAN ialah
pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan
dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya ialah Tun Dr.
Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato’ Hamzah Bin Abu Samah,
Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin,
Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd
Jiwa.
MAGERAN dibentuk bertujuan diwujudkan bagi:
1.Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara.
2.Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna.
3. Mengembalikan suasana keharmornian dan kepercayaan antara
kaum di Malaysia.Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei
1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran
Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.
Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman
dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara
keseluruhannya. Berikutan itu Tunku Abdul Rahman meletakkan
jawatan pada tahun 1970. Buku "Dilema Melayu" (Malay Dilemma)
oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan gandingan Tun Dr
Mahathir dan Anwar Ibrahim memburuk-burukkan Tunku Abdul
Rahman.
(23)
Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah
diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan
beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi
Baru dan Rukun Negara telah diciptakan. Ternyata langka Tunku
Abdul Rahman penyingkiran Singapura dan Malaysia tidak
menyelesaikan masalah perkauman.
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang
Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.
(24)
ANGKA KORBAN
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan
9,143 ditahan, 211 kenderaan musnah, tetapi spekulasi
mengatakan 700 orang mati terbunuh.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143
ditahan. 211 kenderaan musnah.
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
·Melayu : 86 orang
·Cina : 342 orang
·Lain-lain : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang
ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori
membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers
waktu itu.
(25)
TERCIPTANYA RUKUN NE
GARA
MAGERAN telah mewujudkan Rukun Negara sebagai ideologi
kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh
Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi
13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman
negara. Rukunegara juga menjadi panduan bagi rakyat Malaysia
bertindak dengan memberi penekanan kepada matlamat untuk
mewujudkan satu masyarakat yang bersatu, demokratik, adil, liberal
dan saintifik. Sejak kemerdekaan lagi, seluruh rakyat Malaysia telah
menerima Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak istimewa
semua kumpulan etnik dan Rukunegara sebagai panduan kita dalam
pembinaan bangsa. Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam
Rukunegara jelas merupakan kunci kepada masyarakat berbilang
kaum di negara ini untuk memelihara dan menggalakkan keharmonian
dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia
(26)
WUJUDNYA DASAR EKONOM
I BARU (DEB)
Berikutan jurang perbezaan sosio-ekonomi antara kaum Melayu dan
Cina serta kaum India kerajaan dan tercetusnya Peristiwa
13 Mei 1969, kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
pada tahun 1971 yang dibentuk menerusi MAGERAN. DEB bertujuan
untuk merapatkan jurang ekonomi antara semua kaum yang
mendiami Malaysia serta mencapai keharmonian kehidupan
masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. DEB juga bertujuan
mengurangkan perbezaanekonomi, sosial, kebudayaan,penempatan
dan sebagainya. Dasar Ekonomi Baru ini kerajaan telah memberi
banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-pekebun kecil,
penghuni estet, petani nelayan dan pesawah.
Antara program dan perancangan yang telah dilaksanakan ialah seperti
berikut:
a) Penyediaan infrastruktur parit dan taliair termasuk pemberian subsidi
dan kredit bagi membolehkan pesawah melaksanakan penanaman pad
dua kali setahun.
b) Menyediakan skim penanaman semula yang menggalakkan
penggunaan benih kacukan berhasil tinggi, termasuk pemberian kredit
dan subsidi sara hidup serta bantuan untuk pembiakan ikan dan
kegiatan ternakan yangditujukan kepada pekebun kecil.
c) Memlaksanakan rancangan pembukaan tanah baru yang
membolehkan penghuni desa menyertai kegiatan pertanian moden,
misalnya FELDA dan FELCRA.
d) Melaksanakan penyediaan kemudahan sosial seperti klinik, hospital,
sekolah bekalan air dan elektrik, rumah kos rendah dan peluang
pekerjaan sebagai peniaga kecil bagi kumpulan berpendapatan rendah
(27)
TERTUBUHNYA PARTI BARI
SAN NASIONAL (BN)
Apabila berlakunya masalah 13 Mei 1969, kebanyakan parti-parti
politik mula menyedari peri pentingnya bersatu dalam satu barisan
yang menggabungkan pelbagai kaum. Justeru wujudlah Barisan
Nasional yang lahir pada 1 Januari 1973 atas kesedaran untuk
mengatasi maslah perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969.
Parti Barisan Nasional (BN) dianggotai oleh
1) Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
2) Parti Islam SeMalaysia (PAS)
3) Kongres India Malaysia (MIC)
4) Persatuan Cina Malaysia/Malay Chinese Association (MCA)
5) Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
6) Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA)
7) Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF)
8) Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
9) Parti Pesaka Bumiputera (PBB)
Tujuan pembentukan Barisan Nasional ialah untuk mengurangkan
perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan 1971.
Rombakan politik ini telah berjaya menampakkan hasil yang cukup
memberangsangkan kerana semua pihak semakin mula memahami
kepentingan perpaduan kaum.
(28)
PENGAJARAN PERISTIWA
13 MEI
1969
Hari ini genap 52 tahun negara ini mengalami satu detik penting
yang tersimpan rapi dalam lipatan sejarah iaitu peristiwa berdarah
rusuhan kaum. Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu
tidak boleh dilupakan begitu saja sebaliknya wajar dijadikan iktibar
oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya generasi hari ini.
Ironinya generasi yang lahir selepas merdeka atau golongan pasca
merdeka hanya mampu membaca tentang peristiwa penting ini dalam
buku sejarah di sekolah atau mendengar melalui penceritaan dari
generasi lama. Ini menyebabkan generasi ini tidak dapat menghayati
sepenuhnya kejadian tersebut dan juga tidak dapat memahami punca
dan akibatnya.
Walaupun sudah lebih 50 tahun insiden berdarah ini berlaku, banyak
sebenarnya pengajaran dan iktibar yang boleh diambil oleh generasi
yang ada pada hari ini. Antara iktibar yang paling penting ialah, amalan
politik perkauman yang sempit sangat tidak berbaloi jika
dibandingkan dengan kepentingan perpaduan antara kaum.
(29)
Tragedi 13 Mei menjadi manifestasi penting untuk kita sedar betapa
tindakan para pemimpim politik yang mengapi-apikan provokasi
politik perkauman cukup berbahaya untuk masyarakat majmuk
negara ini. Apa yang dirisaukan ialah amalan ini sebenarnya masih
berlarutan sehingga kini. Masih ada segelintir pemimpin politik
yang mengamalkan politik perkauman sekali gus sentiasa
mencetuskan perbalahan dalam kalangan masyarakat. Bagi kelompok
ini cita-cita peribadi dilihat sentiasa mengatasi kepentingan rakyat dan
negara. Jadi jika kita mahu terus maju ke hadapan sebagai sebuah
negara yang bersatu padu, ambil iktibar dengan peristiwa 13 Mei dan
hentikanlah amalan politik perkauman yang jelas mengancam
perpaduan rakyat dan keselamatan negara.
Tragedi berdarah ini juga mengingatkan semua pihak agar perpaduan
dalam kalangan rakyat tiada galang gantinya. Ringkasnya, konflik
perkauman adalah umpama yang kalah jadi abu dan yang menang
menjadi arang. Justeru, sebagai masyarakat majmuk kita tidak
mempunyai banyak pilihan selain sentiasa berpaut erat kepada
jambatan perpaduan yang telah diwariskan kepada kita oleh generasi
terdahulu. Kegagalan kita menghayati kepentingan perpaduan antara
kaum boleh menyebabkan peristiwa seperti ini berulang kembali.
(30)
Anggota masyarakat juga perlu sentiasa beringat agar jangan
sesekali menyentuh isu-isu sensitif dan mempertikai hak setiap
kaum terutamanya hak keistimewaan orang Melayu seperti
terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan
dengan jelas memperincikan hak setiap kaum jadi jangan
sewenang-wenangnya kita mempersoal apa yang telah dipersetujui
oleh para pengasas negara ini. Misalnya, tindakan sesetengah pihak
yang secara berterusan dan terang-terangan mempertikai hak
keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam dan bahasa
Melayu serta Raja-raja Melayu tidak sepatutnya berlaku lagi. Sedarlah
tindakan seperti ini boleh mencetuskan perbalahan antara kaum.
Dalam konteks ini, kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh generasi
terdahulu perlu terus dipertahankan. Generasi hari ini perlu ambil
iktibar betapa aspek persefahaman, penerimaan, pengorbanan dan
tolak ansur setiap kaum yang ada di negara ini telah menjadi asas
kepada pembentukan kontrak sosial yang kemudiannya menjadi
faktor penting pencapaian kemerdekaan negara ini pada 1957.
Justeru adalah menjadi tanggungjawab kita untuk terus
mempertahankan kontrak sosial ini yang telah dipersetujui oleh bapa-
bapa kemerdekaan seperti, Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng
Lock dan Tun V.T Sambanthan. Janganlah kita sia-siakan segala jasa,
usaha dan pengorbanan mereka.
(31)
Selepas merdeka dan setelah melalui detik berdarah pada 1969,
kita berjaya bangkit dan membina rakyat dan negara ini. Hasilnya
pada hari ini kita dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
di pentas dunia bersama-sama dengan negara lain.
Namun harus diingat segala kejayaan ini termasuklah kebebasan
dan kemerdekaan ini bukanlah sesuatu yang tetap dan kekal. Kita
boleh menjadi negara mundur dan dijajah semula dalam sekelip mata
andai kita leka, alpa dan gagal untuk ambil iktibar. Tuntasnya,
merdeka sekali tidak bermaksud akan kekal merdeka selamanya,
sebaliknya kita perlu sentiasa berusaha untuk mempertahankannya.
Jadi berpegang eratlah kepada tali silaturrahim antara kaum yang ada.
(32)
KESIMP
ULAN
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah
pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan
yang harus diteliti dan dipelihara . Peristiwa ini turut mencetuskan
satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara kerana pertelingkahan
kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak
nyawa dan kerugian harta benda.
Para pemimpin terdahulu cuba untuk memadamkan sejarah tersebut
agar generasi akan datang tidak pernah tahu apa yang berlaku pada
13 Mei 1969 di Kuala Lumpur tetapi msyarakat hari ini lupa bahawa
kita boleh melupakan sejarah tetapi sejarah tidak pernah melupakan
kita. Hari ini, kita seakan mengabaikan hubungan antara kaum dan
setiap kaum pula saling tuduh menuduh, fitnah memfitnah, malah
sudah wujud riak-riak perbalahan melibatkan kaum. Cuma riak itu
belum menjadi gelombang.
Mungkin sudah tiba masanya kita menyambut setiap kali 13 Mei
dengan satu acara yang membolehkan seluruh rakyat negara ini
mengingatinya dengan harapan mereka tidak melakukan perkara-
perkara yang boleh berulangnya peristiwa hitam itu. 13 Mei
merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita
semua lupakan buat selama-lamanya.Kita seharusnya bangga dengan
apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan
keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah
mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan
kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
(33)
Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh
semua negara termasuk Malaysia. Perkara ini amat penting kerana
tanpa perpaduan sesebua h negara akan menjadi lemah, sukar untuk
dibangnkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar ataupun
pergolakan dalaman negara sendiri. Rukun Negara dicipta ekoran
daripada rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
Tragedi ini telah menyedarkan semua masyarakat Malaysia betapa
pentingnya perpaduan dan bersatu padu dengan kehidupan yang
aman dan damai serta menghindari segala sifat yang mencurigai
antara satu kaum dengan yang lain. Melalui Gagasan 1 Malaysia
semua rakyat perlu yakin bahawa negara ini adalah milik bersama.
Setiap rakyat tanpa mengira kaum,agama dan budaya mempunyai
hak dan kepentingan bersama. Penghayatan Rukun
Negara oleh semua rakyat negara ini akan dapat mewujudkan satu
negara bangsa yang berjiwa Malaysia
Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya
hidup bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama lain
dengan semangat persefahaman, hormat-menghormati agar kita terus
memelihara keharmonian dan keamanan negara.
(34)
SUMBER RUJUKAN
1. https://poovarasidns.blogspot.com/2015/09/kesan-
peristiwa-13-mei-1969.html
2. https://anyflip.com/rpdjf/vuoc/basic
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
4. https://efolioetika.blogspot.com/2020/10/tragedi-13-
mei-1969-punca-dan-pengajaran.html?m=0
5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
6. http://amyliashameera.blogspot.com/2015/03/perist
iwa-13-mei.html
7. https://www.sinarharian.com.my/article/27800/BE
RITA/Nasional/Peristiwa-13-Mei-Pengajaran-
perlunya-masyarakat-bersatu-padu
8. http://kelabrajablog.blogspot.com/2016/09/peraraka
n-kematian-cina_25.html
9. http://peristiwa13mei1969.blogspot.com/2015/09/pa
nggung-odeon_24.html
10. https://sarawakvoice.com/2021/06/11/apa-itu-
mageran/
11. https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
(35)