The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pembinaan Negara dan Bangsa Yang Merdeka

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SHAMSUDDIN BIN FRANS @ JUNAIDDI Moe, 2020-04-17 02:58:53

Slaid iPro T5-Bab 5

Pembinaan Negara dan Bangsa Yang Merdeka

BAB 5 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

Sinopsis

Bab ini berkaitan dengan persiapan ke arah pemerintahan sendiri.
Antaranya penubuhan Sistem Ahli untuk melatih penduduk tempatan
menjalankan pentadbiran negara. Di samping itu, kerjasama kaum melalui
pakatan murni sebagai prasyarat kemerdekaan. Seterusnya pembentukan
Suruhanjaya Reid sebagai badan yang bertanggungjawab menggubal
perlembagaan bagi negara yang merdeka dan berdaulat. Sub tajuk bab ini
ialah;
5.1 Sistem Ahli
5.2 Pakatan Murni
5.3 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957



APAKAH TUJUAN BRITISH MEMPERKENALKAN SISTEM AHLI

• Merupakan sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui
pentadbiran Tanah Melayu.

• Menjalankan dasar dekolonialisasi untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu

• Untuk mengurangkan tekanan dari Parti Komunis Malaya (PKM).

BINCANGKAN KEPENTINGAN SISTEM AHLI

• Melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri.
• Proses awal memupuk perpaduan kaum kerana ahli-ahlinya merupakan gabungan

pemimpin pelbagai kaum
• Memastikan kemerdekaan mendapat sokongan seluruh penduduk Persekutuan

Tanah Melayu.
• Memberikan pendedahan yang baik kepada penduduk tempatan mentadbir negara

di bawah bimbingan British

TERANGKAN CIRI-CIRI SISTEM AHLI

• Sistem Kabinet Bayangan.
• Terdiri daripada beberapa orang Pegawai tadbir dan tokoh

masyarakat.
• Anggota dikenali sebagai Ahli.
• Perlantikan oleh Pesurujaya Tinggi British dengan persetujuan

Majlis Raja-raja Melayu.
• Anggota terdiri dari sembilan orang, iaitu lima orang penduduk

Tanah Melayu dan empat orang pegawai Inggeris.
• Ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
• Ahli mengetuai portfolio.

SENARAIKAN AHLI DAN PORTFOLIO SISTEM AHLI

NAMA PORTFOLIO
Dato' Onn Ja'afar Ahli dalam Negeri
OA Spencer Ahli Ekonomi
Tunku Yaakob Ahli Pertanian dan Perhutanan
Dr. Lee Tiang Keng Ahli Kesihatan
Dato' E.E.C. Thuraisingam Ahli Pelajaran
J.D. Hodgkinson Ahli Perindustrian dan Hubungan Sosial
J.D. Mead Ahli Perumahan dan Kerja Raya
Dato' Mahmud Mat Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan

SENARAI TANGGUNGJAWAB ANGGOTA SISTEM AHLI

TANGGUNGJAWAB KETERANGAN

Portfolio Ahli yang dilantik diberikan tugas menjaga satu portfolio yang

mengandungi beberapa buah jabatan kerajaan.

Harian Menguruskan pentadbiran harian jabatan tersebut mengikut

dasar-dasaryang sedia ada.

Cadang Mereka juga bertanggungiawab mencadangkan undang undang

yang berkaitan dengan jabatannya untuk

dibentangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan.

Bincang Ahli akan berbincang dengan pegawai-pegawai kanan British

untuk mendapatkan persetujuan bersama undang-

undang yang dicadangkan.

Persetujuan Pesuruhjaya Tinggi British memberikan arahan dan persetujuan

dalam perkara tersebut dan selalunya cadangan

undang-undang itu merupakan pendirian pentadbiran British.

Perbezaan antara Sistem Ahli dengan Sistem Jemaah Menteri
masa kini

SISTEM AHLI ASPEK PERBEZAAN SISTEM JEMAAH MENTERI
MASA KINI

Anggotanya dikenali sebagai Ahli Nama keanggotaan Anggotanya dikenali sebagai
menteri

Terdiri daripada pegawai tadbir Cara pemilihan Dipilih oleh rakyat melalui

dan tokoh masyarakat yang sistem pilihanraya. Dilantik oleh
dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi, Perdana Menteri dan

diperkenan oleh Yang diPertuan diperkenan oleh Yang dipertuan
Agong. Agong.

Menguruskan pentadbiran Peranan Menjadi badan pelaksana

jabatan dan mencadangkan kerajaan persekutuan. Boleh
undang-undang mencadangkan, membahaskan

dan meluluskan undang-
undang

Dilaksanakan pada tahun 1951- Tempoh jawatan Ditentukan melalui keputusan
1955 pilihanraya lima tahun sekali



KONSEP / MAKSUD PAKATAN MURNI

§ Pakatan Murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu
menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan.

§ Setiap kaum mempunyai tuntutan dan masalah sendiri.
§ Pakatan murni merupakan jalan penyelesaian untuk menyatupadukan

pelbagai kaum ke arah perpaduan kaum

HURAIKAN YANG DILAKUKAN UNTUK MENGADAKAN PAKATAN MURNI DI
KALANGAN PENDUDUK PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

§ Langkah pertama ialah penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau
Communities Liaison Commitee (CLC) yang dianggotai oleh dua kaum terbesar iaitu
Melayu dan Cina.

§ Orang Melayu bernaung di bawah UMNO diketuai oleh Dato’ Onn Ja’afar dan orang
Cina di bawah MCA diketuai Tan Cheng Lock.

§ Hasil perundingan UMNO-CLC bebarapa perkara telah dipersetujui iaitu:
i. Penubuhan Lembaga Industri Desa (RIDA) bagi memajukan ekonomi dan
pendidikan masyarakat luar bandar.
ii. Pemberian Kerakyatan Negeri 1951 kepada imigran yang lahir di Persekutuan
Tanah Melayu dengan syarat ibu atau bapa telah menjadi rakyat Tanah Melayu.
iii. Pilihan raya akan diadakan peringkat perbandaran, negeri dan Majlis
Perundangan Persekutuan (MPP)

§ Langkah kedua ialah Dato’ Onn Ja’afar mencadangkan pembukaan keahlian UMNO
kepada kaum bukan Melayu.

§ Beliau dikecam hebat kerana masyarakat Melayu enggan berkompromi mengubah
struktur UMNO yang menyebabkkan Dato’ Onn meninggalkan UMNO.

§ Langkah ketiga ialah penubuhan Parti Kemerdekaan atau Independence Malaya
Party (IMP) yang diasaskan oleh Dato Onn Jaafar.

§ Beliau menggunakan konsep kerjasama kaum dalam sebuah parti politik dan terbuka
kepada semua kaum yang mahu bekerjasama untuk mencapai kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu.

§ IMP gagal mendapat sambutan kerana kaum di Tanah Melayu tidak merasakan
mereka sebagai satu bangsa Tanah Melayu.

§ Langkah keempat ialah penubuhan Persidangan Kebangsaan di King House Kuala
Lumpur pada bulan Februari 1953 oleh Sir Malcolm MacDonal yang merupkan
Gabenor Jeneral Asia Tenggara.

§ Tujuannya untuk mencapai kerjasama politik dan mengurangkan perasaan
perkauman.

§ Dato’ Panglima Bukit Gantang menjadi pengerusi dan beliau disokong oleh beberapa
Menteri Besar.

§ Langkah seterusnya ialah penganjuran Konvensyen Kebangsaan oleh Tunku Abdul
Rahman iaitu pemimpin UMNO dengan kerjasama MCA.

§ Konvensyen disertai pelbagai parti politik yang mengasaskan Parti Perikatan.

PERIKATAN SERTA PILIHAN RAYA
Kepentingan kerjasama politik ke arah kemenangan dalam pilihan raya

Pilihan Raya Parti Kerusi di menangi
9 daripada 12
Majlis Perbandaran Kuala Lumpur Kerjasama UMNO-MCA 26 daripada 37

Majlis Perbandaran di beberapa Kerjasama UMNO-MCA 226 daripada 268
bandar utama

Pilihan raya negeri Parti Perikatan

Pilihan raya Majlis Perundangan Parti Perikatan 51 daripada 52
Persekutuan (MPP)

* Kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya MPP membolehkan Tunku Abdul Rahman membentuk kabinet

Manifesto Parti Perikatan
1. Mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun,
2. mewajibkan pendidikan,
3. menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan
4. menjaga hak asasi manusia dan
5. melindungi hak Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan

PERIKATAN DAN PAKATAN MURNI KE ARAH KEMERDEKAAN

Tunku Abdul Rombongan tersebut turut disertai Rundingan itu telah
Rahman mengetuai oleh Dr Ismail Abdul Rahman, Dato’ berlangsung dari 18
Abdul Razak Hussein, Kolonel H.S Januari hingga 8 Febuari
rombongan dan empat orang wakil Sultan iaitu 1956 dan dipengerusi oleh
rundingan Lord Lennox Boyd iaitu
kemerdekaan ke Dato’ Panglima Bukit Gantang, Setiausaha Tanah Jajahan
London pada Dato’ Nik Ahmad Kamil, En Abdul
Februari 1956 Aziz Majid dan Dato’ Mohd Seth British

Semasa perundingan itu Tunku Abdul Rahman telah
berlangsung satu kajian membuat pengisytiharan
terhadap perlembagaan dibuat terikh kemerdekaan itu di
dan hasilnya British bersetuju
memberi Kemerdekaan kepada Bandar Hilir Melaka.
Persekutuan Tanah Melayu iaitu

pada 31 Ogos 1957



AHLI-AHLI SURUHANJAYA REID

TUJUAN PENUBUHAN:
Suruhanjaya yang dibentuk pada bulan Mac 1956 untuk merangka sebuah
perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka

TUJUAN PEMBENTUKAN SURUHANJAYA RIED

§ Merangka perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan
merdeka

§ Membincangkan perlembagaan
§ Menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

JELASKAN ISU YANG DIJADIKAN PANDUAN ASAS
SURUHANJAYA RIED

§ Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat
§ Pemberian kuasa autonomi kepada negeri
§ Kedudukan Raja-raja Melayu
§ Hak keistimewaan orang Melayu
§ Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
§ Kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli
§ Agama Islam sebagai agama rasmi

ISU PENTING YANG DIJADIKAN ASAS OLEH SURUHANJAYA
REID DALAM MERANGKA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU 1957

1. Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat dan pemberian kuasa
autonomi kepada kerajaan negeri

2. Kedudukan Raja-Raja Melayu
3. Hak istimewa orang Melayu
4. Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
5. Kerakyatan Jus Soli
6. Kedudukan istimewa orang Melayu
7. Agama islam sebagai agama rasmi
8. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

JELASKAN KANDUNGAN PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

• Pembentukan kerajaan Persekutuan.
• Pemisahan antara kuasa pusat dengan negeri melalui

Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
• Pengamalan institusi Raja Berperlembagaan

di peringkat pusat dan negeri.
• Yang diPertuan Agong menjadi ketua negara.
• Kedudukan istimewa orang Melayu.
• Agama Islam sebagai agama rasmi.
• Tanah simpanan Melayu dikekalkan.
• Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
• Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen

iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara
terletak dibawah kuasa parlimen.
• Pentadbiran negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran.
• Dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan Exco.

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dengan cara sangat
istimewa dan unik. Berikan ulasan anda

F1 Tanpa pertumpahan darah
H1a Perundingan dengan British
H1b Rundingan merdeka di London
F2 Mengadakan pakatan murni
H2a Antara kaum Melayu, Cina dan India
H2b Berunding untuk kepentingan bersama melalui perundingan
F3 Mengadakan Pilihanraya
H3a Melalui Majlis Bandaran, Negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan
H3b Pemimpin dan kerajaan dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi
F4 Penggubalan Perlembagaan
H4a Melalui Suruhanjaya Reid
H4b Rangka pembentukan negara yang merdeka

KBAT: Wujudnya amalan tolak ansur dalam penggubalan
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Buktikan.

• Menerima 131 memorandum daripada Raja-raja melayu, pertubuhan politik
dan orang ramai.

• Rundingan antara kaum
• Pakatan murni
• Mengambil kira isu sebagai panduan
• Memelihara kepentingan semua kaum

KBAT: Pada pendapat anda, mengapakah hari kemerdekaan
negara perlu disambut setiap tahun oleh semua lapisan
masyarakat di malaysia

• Melahirkan masyarakat Malaysia sentiasa bersyukur
• Menghayati sejarah perjuangan
• Menghargai perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan
• Menyemarakan semangat cinta akan negara
• Memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk pertahankan

kemerdekaan
• Bangga menjadi warga merdeka



PERANAN TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN

TUNKU ABDUL RAHMAN

§ Presiden UMNO yang kedua menggantikan Dato’Onn Ja’afar
§ Mengadakan Konvensyen Kebangsaan
§ Menubuhkan Parti Perikatan UMNO, MCA dan MIC pada 1955
§ Presiden Parti Perikatan dan Perdana Menteri PTM yang pertama.
§ Mengetuai rombongan untuk menuntut kemerdekaan di London
§ Mengisytiharkan kemerdekaan PTM pada 31 Ogos 1957
§ Digelar Bapa kemerdekaan

PERANAN TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN

TUN ABDUL RAZAK

§ Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.
§ Perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada 1956
§ Perunding dalam menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957
§ Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956 yang

menggubal sistem pendidikan kebangsaan (Penyata Razak 1957)
§ Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 1970
§ Menteri Pembangunan Luar Bandar pada 1959
§ Digelar Bapa Pembangunan Malaysia.

PERANAN TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN

TUN H.S. LEE

§ Tokoh MCA yang mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan
§ Parti ini telah bekerjasama dengan UMNO dan MIC untuk

menuntut kemerdekaan
§ Merupakan ahli rombongan yang menuntut kemerdekaan di

London
§ Menteri kewangan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama

PERANAN TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN

TUN V. T. SAMBANTHAN

§ Presiden MIC
§ Berjuang bersama-sama Tunku Abdul Rahman untuk

mendapatkan kemerdekaan
§ Menyokong sepenuhnya dasar kerjasama kaum sebagai tonggak

kemerdekaan negara
§ Menyeru kaum India memberikan kesetiaan tidak berbelah bagi

kepada negara ini


Click to View FlipBook Version