Nyatakan ciri-ciri undang-undang dalam Falsafah
Legalisme.
§ undang-undang yang tegas
§ tiada belas kasihan
§ bersifat kolektif
§ Raja perlukan kuasa yang utuh untuk melaksanakan undang-
undang
Pada pandangan anda, huraikan kepentingan undang-
undang kepada masyarakat.
Kepentingan undang-undang ialah menjamin kestabilan politik
negara. Tanpa ada undang-undang setiap individu akan bertindak
liar. Mereka tidak akan takut akan adanya hukuman. Negara akan
kucar kacir akibat tindakan-tindakan di luar batasan undang-undang.
Undang-undang menjamin pentadbiran negara berjalan lancar.
Pemimpin negara akan bertindak adil dan memastikan kebajikan
rakyatnya terpelihara.
Selain itu, kepentingan undang-undang dapat memupuk
perpaduan antara rakyat. Setiap rakyat akan hormat menghormati
hak orang lain. Mereka tidak akan bertindak diluar batasan sehingga
menimbulkan perselisihan. Oleh itu undang-undang dapat
memperkukuhkan silaturahim dalam kalangan masyarakat.
Sistem perundangan negara kita melahirkan masyarakat
sejahtera. Jelaskan
Sistem perundangan negara kita dapat mengurangkan kes
jenayah. Hal ini kerana perompak dan pembunuh dapat ditangkap
dan dijatuhkan hukum. Oleh itu, rakyat dapat hidup lebih selamat.
Selain itu, dapat mengurangkan rasuah. Hal ini kerana
masyarakat yang mengambil dan memberi rasuah akan ditangkap
dan dihukum. Ianya dapat melahirkan masyarakat yang berintegriti.
Akhir sekali, ianya dapat menjamin keseluruhan
perlembagaan dipatuhi oleh badan perundangan, badan pelaksana
dan badan kehakiman. Hal ini dapat mewujudkan pentadbiran yang
cekap, sistematik dan telus.
AKTIVITI SISTEM PERUNDANGAN
Nyatakan prinsip undang-undang yang terkandung dalam Tamadun
Rom.
1) Manusia sama di sisi undang-undang
2) Tidak bersalah sehingga terbukti bersalah
3) Keadilan terhadap setiap individu
4) Hukuman berasaskan bukti yang cukup
Senarai tiga cabang daripada undang-undang Rom.
1) Undang-undang adat
2) Undang-undang rakyat
3) Undang-undang natural
Apakah yang dimaksudkan dengan Sresthin? [2 markah]
Maksud sresthin ialah persatuan perdagangan dan perusahaan
yang wujud di setiap bandar. Contohnya persatuan untuk tukang
kayu, tukang logam, dan tukang kulit.
Bagaimanakah sresthin membantu memajukan sektor
perdagangan dalam tamadun India [8 markah]
Cara pertama sresthin membantu memajukan sektor
perdagangan dalam tamadun India ialah mengawal harga
barang. Hal ini kerana, peniaga tidak boleh menaikkan harga
barang dengan sewenangnya.
Cara kedua ialah mengawal kualiti barang. Hal ini supaya
kualiti barang bersesuaian dengan harga yang ditetapkan
Cara ketiga ialah mengawal gaji pekerja. Hal ini
bertujuan untuk mengelakkan berlakunya penindasan kepada
pekerja dan pekerja menerima pendapatan setimpal dengan
tugas serta menjaga kebajikan pekerja.
AKTIVITI PERDAGANGAN
Jelaskan peningkatan ekonomi dari aspek perdagangan
dalam Tamadun India. [8 markah]
Peningkatan ekonomi dari aspek perdagangan ialah
perdagangan dalaman berlaku di dalam wilayah India dan
wujudnya pusat perdagangan seperti Anga dan Kalinga yang
menghasilkan senjata dan emas. Selain itu, wujud aktiviti
perdagangan luaran dengan kerajaan seperti Sri Lanka dan
mempunyai pelabuhan penting di bahagian Timur seperti
Ghantashala serta di bahagian Barat seperti Cambay. Disamping
itu, wujudnya persatuan perdagangan dan perusahaan (Sresthin)
di setiap bandar seperti Persatuan Tukang Kayu.
AKTIVITI PERDAGANGAN
Mengapakah peningkatan ekonomi telah merangsang
perkembangan perdagangan. [6 markah]
Peningkatan ekonomi telah merangsang perkembangan
perdagangan kerana penghasilan yang melebihi keperluan
mereka sendiri. Ini kerana pada peringkat awal kegiatan awal seperti
bercucuk tanam dan menternak binatang hanya bertujuan untuk
menyara diri. Namun hasil yang berlebihan telah dipasarkan
dan ditukarkan dengan barangan perusahaan seperti barangan
tembikar melalui aktiviti perdagangan.
Selain itu, perkembangan perdagangan juga disebabkan oleh
kemunculan negara kota. Ini kerana hampir semua negara kota
memberi tumpuan utama kepada aktiviti perdagangan.
Contohnya, perdagangan yang berlaku di pesisir pantai yang
berhampiran seperti Mesir dan Syria.
AKTIVITI PERTANIAN
Jelaskan peningkatan ekonomi dari aspek pertanian dalam
Tamadun China. [8 markah]
Peningkatan ekonomi dari aspek pertanian ialah penciptaan
tenggala. Tenggala digunakan untuk membuat batas tanaman
untuk memudahkan pergerakan di antara tanaman. Selain itu
ialah penciptaan kolar kuda. Ini bertujuan untuk memudahkan
kuda menarik tenggala kayu dan kereta kuda. Di samping itu,
memperkenalkan sistem penanaman secara bergilir. Ini untuk
menjaga kesuburan tanah. Seterusnya membina terusan. Ini
bertujuan mengawal sistem pengairan untuk memperoleh
sumber air dan mengawal banjir daripada berlaku.
SENI BINA
APAKAH FUNGSI SENI BINA TAMADUN AWAL DUNIA?
TAMADUN TUJUAN CIPTAAN
YUNANI Acropolis (pusat keagamaan, pusat kegiatan dan pusat
pentadbiran)
Parthenon (rumah berhala untuk Dewi Athena dan
mengingati kejayaan membebaskan diri dari persia)
ROM Aqueduct (sumber bekalan air)
Pantheon (tempat memuja, menyimpan patung dewa)
Colloseum (tempat pertarungan / teater)
INDIA The Great Bath (tempat mandi awam)
Stupa Besar di Sanchi (pusat keagamaan)
Kuil di Gua Ajanta & Ellora (pusat keagamaan)
CHINA Tembok Besar China (panjang 1500 batu tujuan sebagai
benteng pertahanan)
Kuil dan pagoda (pusat pemujaan)
Mengapakah masyarakat lampau mampu membina seni bina
yang unik dan kekal hingga hari ini [4 markah]
Antara sebabnya ialah mereka mempunyai ilmu
pengetahuan dalam seni bina dan penggunaan elemen geometri
segiempat dan bulat. Selain itu, penggunaan batu bata daripada
tanah liat yang dikeringkan melalui proses pembakaran pada suhu
yang tinggi dalam seni bina mereka. Disamping itu, mereka
mempunyai pemimpin yang berwibawa dan kuat. Hal ini bertujuan
untuk menyatupadukan dan menyakinkan mereka bahawa usaha
seni bina mereka akan berjaya.
Pada pendapat anda, bagaimanakah negara kita mampu
menghasilkan seni bina bertaraf dunia ?
[6 markah]
Antara langkah yang perlu diilakukan oleh negara kita ialah
kerajaan perlu berusaha meningkatkan kemahiran serta
kepakaran bidang seni bina dalam kalangan rakyat tempatan.
Selain itu, kerajaan perlu menawarkan kursus seni binaan
dari peringkat sekolah menengah atas lagi.
Disamping itu, pihak universiti tempatan perlu menawarkan
lebih banyak kursus dalam bidang seni bina.
Seterusnya, usaha-usaha menggalakkan inovasi dalam
bidang binaan perlu dipupuk dengan memberikan pelbagai ganjaran
seperti anugerah khas dan sebagainya.
Mengapakah kita perlu menjaga dan memelihara seni bina
yang berunsur sejarah? Berikan penjelasan anda.
[8 markah]
Seni bina perlu dipelihara kerana ia adalah lambang sejarah
sesebuah negara. Seni bina ini merakamkan pelbagai peristiwa
sejarah dan pengorbanan tokoh-tokoh tempatan .Ia akan menjadi
bahan tatapan generasi muda. Mereka dapat menjadikannya sebagai
panduan serta teladan dalam hidup.Contoh Seni bina candi
lembah bujang dan stadium merdeka adalah lambang jati diri
bangsa Malaysia yang perlu dipelihara.
Selain itu, seni bina ini adalah produk tarikan pelancongan
samada pelancong tempatan dan luar negara. Secara tidak
langsung seni bina ini akan membawa sumber pendapatan kepada
negara. Oleh itu seni bina sebegini perlu dipelihara demi
merangsangkan sektor pelancongan negara.
SAINS DAN TEKNOLOGI
§ Berkaitan bidang matematik, astronomi dan perubatan
TAMADUN PERKEMBANGAN
YUNANI • Thales (Tokoh matematik yg mengembangkan ilmu geometri)
• Hippocrates (Bapa perubatan)
• Archimedes (Ahli matematik dan fizik yang memperkenalkan teori
isi padu air dan graviti)
• Ptolemy (Tokoh astronomi)
ROM • Boethius (mengaitkan matematik dgn muzik, geometri dan astronomi)
INDIA • Aryabhata Varahamihira (Ahli matematik yg memperkenalkan sistem
nombor, iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti)
• Perkembangan ilmu perubatan dikaitkan dgn Yoga
CHINA • Memperkenalkan kesimbangan antara dua kuasa, iaitu Yang (kuasa
aktif) dan Yin (kuasa pasif) utk membolehkan seseorang dalam
keadaan sihat
SAINS DAN TEKNOLOGI
SAINS DAN TEKNOLOGI
BAHASA DAN KESUSASTERAAN
TAMADUN CIPTAAN
YUNANI § Homer & Hesiod (Tokoh sastera & penyair)
§ Homer > Buku puisinya Theology & Works and Days
§ Hesiod > Buku epiknya Iliad & Odyssey (kisah
peperangan antara Achaea dgn Troy)
ROM § Cicero & Virgil (penulis & penyajak)
§ Kesusasteraan Rom bertujuan meningkatkan
semangat patriotisme
INDIA § Epik terkenal Mahabharata & Ramayana
§ Mahabharata > ttg peperangan antara tentera baik &
jahat
§ Ramayana > ttg penjelmaan Dewa Vishnu sbgi Rama
& pergaduhannya dgn Raja Sri Lanka yg melarikan
isterinya Sita
§ Bhs persuratan ialah Sanskrit
CHINA § Sau Ma Chien (Tokoh sastera yg menghasilkan prosa
bertajuk Shih Chi > sejarah, kerajaan dan pemimpin )
TAMADUN AWAL
ASIA TENGGARA
ASPEK YANG PERLU DIKUASAI OLEH PELAJAR
1) Pengaruh agama Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal
i) Cara-cara kedatangan pengaruh agama Hindu dan
Buddha
ii) Pengaruh Hindu dalam sistem pemerintahan
PENGENALAN
q Asia Tenggara terbahagi kepada 2, iaitu;
TANAH BESAR ASIA KEPULAUAN ASIA TENGGARA
TENGGARA a) Kerajaan di Kepulauan Tanah Melayu
q Langkasuka
q Funan q Kedah Tua
q Angkor q Gangga Negara
q Chenla b) Kerajaan di Kepulauan Indonesia
q Sukhotai q Srivijaya
q Ayuthia q Majapahit
q Sailendra q Mataram
q Singhasari
q Kemunculannya dibuktikan menggunakan sumber bertulis dan atifak
arkeologi.
BENTUK-BENTUK KERAJAAN AWAL
ASPEK AGRARIA MARITIM
KONSEP
q Kerajaan yang menjalankan q Kerajaan yang menjalankan
LOKASI kegiatan ekonomi berasaskan
pertanian, penternakan & kegiatan ekonomi berasaskan
CONTOH perdagangan & kelautan.
KERAJAAN pemunggutan hasil hutan
HASIL q Terbentuk di kawasan pertanian q Berhampiran persisiran pantai,
KEGIATAN lembah sungai & kepulauan
EKONOMI yang subur seperti di Lembah
Sungai
TAMADUN
q Kerajaan Angkor q Srivijaya
q Kerajaan Funan q Kedah Tua
q Padi awah, huma, jagung q Menangkap ikan & hasil laut
q Rempah ratus spt cengkih q Pengeluar logam spt emas &
q Hasil hutan spt kayu kayan, gading timah
gajah & sarang burung q Perdagangan
q Baray q Pelabuhan Entreport
q Tasik Tonle Sap
q Pembuatan kapal & perahu
q Lingua Franca
AKTIVITI PERDAGANGAN [8 markah]
Jelaskan ciri-ciri kerajaan Maritim
Ciri pertama kerajaan maritim ialah menjalankan kegiatan
ekonomi berasaskan perdagangan dan kelautan. Ciri kedua ialah
terletak di lembah sungai, pesisir pantai dan di kepulauan. Ciri
ketiga ialah kerajaan maritim berfungsi sebagai pelabuhan
pembekal yang berkembang menjadi pelabuhan kerajaan. Ciri
keempat, masyarakatnya menjalankan aktiviti menangkap ikan
dan memungut hasil laut. Ciri kelima, penduduknya mahir
membuat kapal layar dan perahu. Ciri keenam, penduduknya
terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan pedagang luar. Ciri
terakhir, penduduknya mahir belayar berpandukan bintang di langit
Terangkan faktor perkembangan kerajaan Srivijaya
[8 markah]
Faktor perkembangan kerajaan Srivijaya ialah terletak di
kedudukan strategik yang berhampiran Selat Melaka dan Selat
Sunda. Hal ini kerana, kedudukannya menjadi laluan
perdagangan dan tempat persinggahan kapal yang berdagang
di antara China dengan India.
Selain itu, kerajaan Srivijaya menjadi status pelabuhan
enterpot. Hal ini membolehkan kerajaan Srivijaya membekalkan
hasil tempatan kepada pedagang antarabangsa. Kerajaan Srivijaya
juga dapat membeli barangan dari pedagang asing.
Di samping itu, penduduk kerajaan Srivijaya mempunyai
kemahiran membina kapal layar yang besar. Hal ini dapat
dibuktikan melalui catatan I Tsing. Mereka juga mampu belayar
jarak jauh disebabkan mempunyai kapal layar
Terangkan faktor perkembangan kerajaan Kedah Tua
[8 markah]
Faktor perkembangan kerajaan Kedah Tua ialah kedudukan
strategik di laluan Selat Melaka. Hal ini kerana, kedudukannya
terlindung daripada tiupan angin Monsun Barat Daya dan Timur
Laut.
Selain itu, kerajaan Kedah Tua mempunyai Gunung Jerai
menjadi panduan kapal keluar masuk melalui nyalaan api.
Disamping itu, kekayaan hasil hutan seperti damar dan
rotan. Kerajaan Kedah tua juga mempunyai sumber bumi seperti
bijih timah.
Akhir sekali, pelabuhan kerajaan Kedah Tua berperanan
sebagai pelabuhan enterpot dan pelabuhannya menyediakan
kemudahan menyimpan barang dagangan kepada pedagang asing.
Mengapakah kerajaan perlu memberi perhatian kepada
bidang maritim? [4 markah]
Kerajaan perlu memberi perhatian kepada bidang maritim
kerana dapat menyumbang kepada ekonomi negara. Hal ini
kerana, aktiviti perdagangan melibatkan eksport dan import
dapat dilaksanakan dan akan menjadi sumber pendapatan kepada
negara melalui cukai yang dikenakan ke atas barangan dan
perkhidmatan.
Selain itu, dapat mewujudkan peluang pekerjaan dalam
bidang maritim kepada rakyat seperti sektor pelancongan dan
sektor perkapalan. Oleh itu, rakyat akan mempunyai sumber
pendapatan.
ASPEK YANG PERLU DIKUASAI OLEH PELAJAR
1) Pengaruh agama Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal
i) Cara-cara kedatangan pengaruh agama Hindu dan
Buddha
ii) Pengaruh Hindu dalam sistem pemerintahan
FAKTOR CARA KEDATANGAN
POLITIK
1) Dibawa oleh golongan Ksyatria (Tentera)
EKONOMI § Melalui penaklukan menyebabkan negara yang ditakluki
AGAMA
terpaksa mengamalkan kebudayaan tersebut.
SOSIAL 2) Dibawa oleh golongan Vasiya (Pedagang)
§ Melalui kegiatan perdagangan
3) Dibawa oleh golongan Brahmin (Agama)
§ Penyebaran agama
§ Memberi pengesahan kepada golongan raja
4) Penerimaan aspek kebudayaan Hindu
§ Penerapan aspek kebudayaan Hindu yg menarik dan
disesuaikan dgn budaya tempatan utk diamalkan
q Penggunaan gelaran ‘ Raja ‘
q Susun lapis masyarakat, iaitu raja merupakan golongan paling atas
& yg paling bawah ialah hamba
q Raja berkuasa mutlak dlm semua aspek pemerintahan meliputi
pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan & khazanah negara.
q Segala perintahnya merupakan undang-undang yg wajib dipatuhi &
mereka yg ingkar dianggap menderhaka
q Percaya raja merupakan ‘ Bayangan Tuhan ‘ menyebabkan rakyat
takut menderhaka, walaupun raja berlaku zalim
q Akibatnya raja dianggap sebagai ‘dewa-raja’ (Raja Tuhan ) &
dipercayai memiliki kesaktian
q Untuk mengukuhkan kedudukan raja & membezakan
kedudukannya dgn golongan diperintah, maka adat-istiadat
pertabalan raja diwujudkan
q Setiap raja bercita-cita menjadi raja yang terulung & berkuasa
terhadap alam semesta.
q Justeru, mereka mendirikan kompleks kota yang melambangkan
konsep alam semesta @ Orde Kosmos.
q Cthnya, Raja Suryavarman II tlh membina Angkor Wat
q Pengaruh India dlm sistem pemerintahan juga boleh dilihat dlm
sistem pentadbiran Srivijaya yang mengamalkan agama Buddha
Mahayana.
q Jelasnya, masyarakat pada zaman awal tlh terlibat dlm
perdagangan laut yg membolehkan mereka berinteraksi dengan
kuasa luar, seperti India.
q Interaksi antarabangsa ini telah menyebabkan berlakunya proses
asimilasi budaya.