DRAMA ASIAH SAMIAH
SLIDESMANIA.COM
SLIDESMANIA.COM ASIAH Samiah merupakan sebuah drama yang mengisahkan tentang penderitaan seorang wanita
jelita akibat haknya dinafikan oleh suaminya Misa Sagaraga. Haknya untuk bersuara, haknya untuk
berbuat sesuatu, bahkan segala-galanya telah ‘dimatikan’ oleh Misa Sagaraga menyebabkan Asiah
Samiah iaitu anak kepada Tuan Setiawan Tanjung ini berasa tertekan, dan kemudian menjadi tidak
siuman sehingga menyebabkan dia mati.
Drama Asiah Samiah ini digerakkan oleh babak-babak imbas kembali yang disorot menerusi watak
Marga Tua. Marga Tua merupakan saksi kepada penderitaaan Asiah Samiah sebagai seorang
wanita yang dinafikan hak dan cintanya. Marga Tua juga menjadi saksi kepada kebobrokan
(kejahatan) sikap manusia yang menyumbang kepada penderitaan Asiah Samiah.
Semasa muda, Marga adalah guru bahasa kepada Asiah Samiah. Dalam diam dia menaruh hati
kepada Asiah Samiah. Namun dia tidak meluahkan hasrat hatinya itu kerana mendapati Asiah
Samiah mencintai sahabat baiknya sendiri iaitu Anas Samanda.
Penderitaan Asiah Samiah bermula apabila ayahnya dan ibunya (Puan Suari Alimin) telah menerima
lamaran seorang lelaki Misa Sagaraga yang kaya-raya tetapi dia telah pun berkahwin sebanyak 20
kali sebelumnya. Asiah Samiah sebenarnya mencintai Anas Samanda iaitu seorang pemuda miskin.
Tetapi ayahnya berkeras hendak menjodohkan anaknya dengan Misa Sagaraga, dan Asiah Samiah
tidak mampu menolak kehendak ayahnya itu.
Ukuran kebahagiaan bagi Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin ialah apabila anaknya
memiliki harta kekayaan, kemewahan dan menikmati kesenangan tanpa had. Ibu bapa Asiah Samiah
sangat mengagumi Misa Sagaraga sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya dan terkaya.
Namun kekayaan Misa Sagaraga sebenarnya adalah hasil perniagaan haram dan perbuatan
rasuah.
SLIDESMANIA.COM
SLIDESMANIA.COM Penderitaan dan konflik jiwa Asiah Samiah semakin melebar apabila Misa Sagaraga merancang
untuk mengubah keperibadian Melayu dalam diri Asiah kepada jiwa kebaratan. Bagi Misa Sagaraga,
gaya kebaratan itu lebih mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
Misa Sagaraga ingin perkahwinannya dilangsungkan di hotel besar secara mewah. Misa Sagaraga
mahu menjemput chef (tukang masak) dari Perancis serta pelaminnya dibuat oleh pereka dalaman
yang terbaik walaupun bayarannya sangat mahal.
Sesudah berkahwin, Misa Sagaraga memaksa Asiah Samiah melayan kehendak nafsunya secara
keras dan hina. Bagi Misa Sagaraga, nilai perempuan atau isteri itu adalah begitu rendah dan hanya
sebagai hamba kepada lelaki yang kaya-raya seperti dirinya. Asiah Samiah menerima cacian dan
hinaan oleh Misa Sagaraga saban hari. Penderitaannya bertambah apabila dia mendapati dirinya
hamil daripada benih lelaki/suami yang tidak dicintainya. Dia melahirkan anak perempuan diberi
nama Laila Anurisah.
SLIDESMANIA.COM Akibat terlalu menderita dan mengalami kesedihan, Asiah Samiah hilang kewarasan dan tidak dapat
menjaga Laila Anurisah. Asiah Samiah meninggalkan anak dan suaminya dalam keadaan tidak
siuman. Penderitaan Asiah Samiah beralih kepada Laila Anurisah apabila Misa Sagaraga
menganggapnya anak sial. Laila Anurisah diusir keluar dari rumah itu dan diselamatkan oleh Marga.
Dia memelihara Laila Anurisah sehinggalah kanak-kanak itu meningkat remaja.
Setelah remaja, Laila Anurisah dirampas kembali oleh Misa Sagaraga daripada jagaan Marga. Misa
Sagaraga yang kasar dan keras itu turut membunuh Anas Samanda kerana pemuda itu terlibat
dalam perjuangan menentang ketidakadilan sosial serta kezaliman yang berlaku dalam masyarakat.
Menjelang dewasa, Laila Anurisah datang menemui Marga (kini sudah tua) dan bertanyakan khabar
mengenai ibunya. Marga Tua telah menyatakan ibunya, iaitu Asiah Samiah telah pun meninggal
dunia dalam kerana jiwa yang terseksa. Jawapan yang cukup memilukan diterima oleh Laila
Anurisah.Akibat terlalu menderita dan mengalami kesedihan, Asiah Samiah hilang kewarasan dan
tidak dapat menjaga Laila Anurisah. Asiah Samiah meninggalkan anak dan suaminya dalam keadaan
tidak siuman. Penderitaan Asiah Samiah beralih kepada Laila Anurisah apabila Misa Sagaraga
menganggapnya anak sial. Laila Anurisah diusir keluar dari rumah itu dan diselamatkan oleh Marga.
Dia memelihara Laila Anurisah sehinggalah kanak-kanak itu meningkat remaja.
SLIDESMANIA.COM TEMA
-Drama Asiah Samiah memperkatakan tentang
ketidakadilan sosial yang berlaku dalam masyarakat.
-Pengarang menggambarkan kehidupan masyarakat
yang terdiri daripada golongan yang
berpengaruh,berkuasa dan mempunyai harta
kekayaan yang melimpah ruahberhadapan dengan
golongan bawahan yang tertindas. Golongan yang
tertindas cuba untuk merubah keadaan, tetapu tidak
berjaya kerana mereka serba-serbi kekurangan sama
ada dari sudut pengaruh,kuasa atau kekayaan,
Akhirnya perjuangan golongan ini menemui kegagalan
SLIDESMANIA.COM PERSOALAN/PEMIKIRAN
1. Darjat dan pangkat
-Tuan Setiawan Tanjung hanya melihat Misa Sagaraga sebagai
bakal jodoh Asiah Samiah. Orang kaya hanya boleh berkahwin
dengan golongan yang setaraf dengan mereka.
2. Kahwin Paksa.
-Asiah Samiah dijodohkan dengan Misa Sagaraga secara paksa.
Lalu anak yang telah beliau lahirkan tidak diasuh dengan
sempurna lantaran dirinya menghadapi masalah mental.
3. Penindasan golongan yang dianggap
berkuasa.
-Misa Sagaraga merampas harta milik Anas Samanda. Anas
Samanda memperjuangkan haknya sehingga beliau ditangkap
dan akhirya mati dibunuh.
SLIDESMANIA.COM PERSOALAN/PEMIKIRAN
4. Manusia berkuasa kerana harta dan
kedudukan.
-Misa Sagaraga berjaya memiliki harta secara paksa. Dirinya
dipandang orang kerana harta.
5. Cinta sejati.
-Asiah sangat mencintai Anas Samanda walaupun telah
dipenjarakan.
6. Manusia yang lupa tanggungjawab.
-Misa Sagaraga lupa tanggungjawab terhadap anaknya Laila
Anurisa. Marga bertindak menyiksa Laila tanpa belas kasihan.
Membiarkan anaknya dipelihara orang lain.
SLIDESMANIA.COM PLOT
*Sekiranya kita menyusun drama mengikut kronologi (ikut urutan masa), maka drama ini
akan bermula dengan perkembangan cerita ketika Asiah Samiah masih kecil. Beliau dijaga
dengan penuh perhatian daripada keluarganya yang dikategorikan sebagai golongan
berada. Orang gaji akan sentiasa memantau di mana sahaja Asiah berada. Sebarang masalah
melibatkan Asiah sangat diambil berat oleh ibu bapanya.
*Plot cerita semakin berkembang apabila Asiah semakin membesar di persekitaran yang
pelbagai. Masyarakatnya ada golongan miskin dan kaya. Ada yang menjadi pejuang
masyarakat dan ada yang mementingkan diri. Ada insan yang penyayang dan ada insan
yang zalim. Ada yang menetap di rumah yang mereka miliki dan ada yang menumpang tanpa
hak pemilikan tanah.
*Asiah Samiah semakin dewasa dan berkenalan dengan ramai orang seperti Marga dan Anas
Samanda. Pada masa yang sama ada golongan pemodal yang kaya raya dan mampu
menguasai segalanya dengan wang ringgit. Misa Sagaraga adalah golongan kaya yang
mampu membeli saham besar negara tanpa memikirkan halal haramnya. Beliau hidup gaya
moden, berbelanja di luar negara dan mampu memiliki segala-gala keinginannya.
*Keluarga Asiah menerima pinangan Misa Sagaraga dan mengahwinkan Asiah tanpa rela. Asiah
sebenarnya mempunyai kekasih bernama Anas Samanda. Namun jiwa Anas lebih tertumpu
kepada perjuangan menuntut hak rakyat. Marga pula adalah insan yang bersimpati dengan
perjuangan Anas tetapi terbungkam kerana mengenangkan nasib ayahnya yang tersiksa ketika
berjuang dahulu sedangkan orang yang tidak berbuat apa-apa berbahagia di atas apa yang
telah diperjuangkan oleh ayahnya. Lalu Marga hanya hidup seolah-olah sebagai pemerhati,
*Walaupun Asiah kahwin tanpa rela, namun dirinya dikurniakan zuriat yang juga. Anaknya yang
bernama Laila Anurisa telah diabaikan oleh Asiah (dibuang) dan dibenci Misa Sagaraga lantaran
isterinya yang tidak setia kepadanya. Marga mengambil Laila Anurisa dan memeliharanya.
SLIDESMANIA.COM
SLIDESMANIA.COM KLIMAKS DRAMA
Plot cerita sampai klimaknya apabila Anas Samanda membuat perhimpunan untuk
memperjuangkan hak dan ketidak adilan. Beliau telah ditangkap, dipenjara dan akhirnya mati
dibunuh. Marga yang dikaitkan dengan perjuangan ayahnya dahulu juga ditangkap kerana
hadir dalam perhimpunan itu sekalipun hadirnya hanya untuk menunjukkan Laila Anurisa. Laila
yang masih kecil disiksa oleh Misa Sagaraga, namun diselamatkan oleh orang gaji datuknya iaitu
Pak Leh dan Siti bunirah dan dibawa kesatu tempat yang tidak diketahui. Disepanjang masa
sebelum kemuculan Laila itu, Asiah Samiah menjadi tidak menentu dan setengah gila
mengenangkan anaknya dan cintanya Anas. Lalu Marga telah menjadi insan yang sering melihat
dan melayani kehidupan kosong Asiah Samiah.
PELERAIAN
Peleraian cerita dapat dilihat apabila Laila sudah besar dan berjumpa semula dengan Marga yang
sudah tua. Laila mengucapkan terima kasih kerana menjaga dirinya semasa kecil dan mengambil
berat tentang ibunya. Pada waktu tersebut juga, dimaklumkan bahawa ibu Laila telah meninggal
dunia.
WATAK PERWATAKAN
1. Asiah Samiah
Seorang yang cantik. Anak kepada Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin .
Perempuan yang kecewa kerana cintanya terhalang. Cintanya hanya kepada Anas
Samanda, namun cintanya tidak kesampaian. Berkahwin dengan Misa Sagaraga kerana
menunaikan permintaan ibubapanya. Asiah Samiah tidak mencintai Misa Sagaraga.
Mempunyai anak bernama Laila Anurisah namun tidak mampu membesarkan anaknya
lantaran menghadapi masalah mental.
2. Anas Samanda
Seorang yang dicintai oleh Asiah Samiah, namun beliau lebih cenderung
memperjuangkan hak diri dan keluarga. Pernah ditangkap dan dipenjarakan. Akhirnya
beliau mati dibunuh.
SLIDESMANIA.COM
SLIDESMANIA.COM 3. Marga
Ada dua perwatakan Marga iaitu Marga Muda dan Marga Tua. Sejarah kehidupan Marga
sangat tragis untuk dikenang oleh diri Marga sendiri. Beliau berasal dari keluarga miskin
yang tinggal di sebuah rumah haram. Tanah yang diduduki bukan tanah yang dimiliki
secara sah. Keluarganya dihalau daripada tanah tersebut dan ayahnya ditangkap
kerana menentang pihak yang berkuasa.
*Marga tua pula adalah seorang yang sudah berusia yang mengingat kisah lampau
kehidupannya. Beliau telah menjaga Asiah Samiah ketika kecil. Beliau sering menjadi
penasihat kepada Anas Samanda yang sentiasa berjuang demi survirval diri dan
masyarakatnya.
4. Misa Sagaraga.
Seorang yang kaya raya. Berkahwin dengan Asiah Samiah dan mendapat seorang anak
bernama Laila Anurisa. Anaknya diabaikan dan dijaga oleh Marga. Manakala Asiah Samiah
lari daripada cengkaman Misa Sagaraga. Digambarkan sebagai seorang yang zalim dan
menindas. Cuba memiliki harta sebanyak mungkin yang boleh. Aktif membeli saham-
saham mewah dan menguasai syarikat besar. Malah dia cuba merampas hak orang lain
dengan kuasa yang ada atas nama pembangunan.
NILAI
1. Nilai Bertanggungjawab
-Marga menjaga adiknya apabila ibunya meninggalkan mereka dan menyebabkan Marga
terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan
2. Nilai Setia
-Asiah Samiah setia dengan anas samanda walaupun dia sudah berkahwin dengan misa
sagaraga, Asiah Samiah tetap menunggu dan mengingati Anas Samanda selama 15 tahun
SLIDESMANIA.COM 3. Nilai Simpati
-Marga simpati dengan keadaan Laila Anurisha yang masih kecil yang ditinggalkan oleh
kedua-dua ibu-bapanya. Marga menjaga sambil membawa Laila Anurisha ke sana ke sini
untuk mencari ibunya.
PENGAJARAN
1. Kita haruslah saling menyayangi agar dapat melahirkan keluarga yang
bahagia.
2 .Kita mestilah berani mempertahankan maruah dan hak agar tidak
mudah dipandang rendah oleh orang lain
3. Kita hendaklah mengelakkan amalan kahwin paksa dalam kalangan
anak-anak
SLIDESMANIA.COM
LATAR MASYARAKAT
1. MASYARAKAT YANG SANGGUP BERJUANG DEMI MEMPERTAHANKAN HAK
2. MASYARAKAT YANG PENYAYANG
3. MASYARAKAT YANG SETIA DALAM PERCINTAAN
4. MASYARAKAT YANG PATUH AKAN IBU-BAPA
SLIDESMANIA.COM