The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by joycemkg_86, 2023-04-08 18:29:26

Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) Prasekolah

Modul PKJR Prasekolah

Keywords: modul pendidikan keselamatan jalan raya prasekolah

Cetakan Pertama ©Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara jua, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Tel Faks Laman Web Laman Sesawang PKJR KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kementerian Pengangkutan Malaysia • Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia • Bahagian Pembangunan Kurikulum, Sektor Prasekolah • Jabatan Pendidikan Negeri • Pejabat Pendidikan Daerah • Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Luar Bandar • Jabatan Kebajikan Masyarakat Institut Pendidikan Tinggi Awam • Universiti Putra Malaysia • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia • Universiti Pendidikan Sultan Idris • Universiti Malaya : 03-8020 8000 : 03-8881 0194 : http://www.jpj.gov.my : www.pkjr.gov.my Penerbit: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussien, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 WP Putrajaya Saiz Muka Taip Teks : 12 Poin Reka Letak dan Reka Huruf : Cleave Amity Sdn Bhd Muka Taip Teks : Azim Dicetak dan Diedar oleh : Penghasilan buku panduan guru ini melibatkan usaha sama antara Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selaku pemilik Projek Semakan dan Pembangunan Semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah berusaha dan bekerjasama untuk menyempurnakan penghasilan buku ini. sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada semua yang berikut:


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN FALSAFAH PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Sumber : Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) “Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ialah pendidikan berterusan sepanjang hayat ke arah melahirkan pengguna jalan raya yang bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran untuk menghargai nyawa, kesihatan dan harta. Pembudayaan keselamatan jalan raya menjadi pemangkin perubahan sikap dan tingkah laku untuk melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah serta mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya. Usaha pendidikan keselamatan jalan raya ini dapat menyumbangkan ke arah keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.


MATLAMAT Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) pada peringkat prasekolah bermatlamat untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah. Selain itu, murid dapat memahami, menghayati serta mengamalkan langkah-langkah memelihara keselamatan diri dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain. PENGENALAN Buku Panduan Guru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) Prasekolah dihasilkan sebagai asas dan panduan bagi guru prasekolah untuk menyampaikan maklumat mengenai keselamatan jalan raya. Matlamat PKJR adalah untuk memberi pengetahuan, kemahiran dan nilai tentang keselamatan jalan raya yang bersesuaian dengan murid prasekolah dalam membentuk generasi baharu sebagai pengguna jalan raya yang berhemah. Buku Panduan Guru PKJR Prasekolah mengandungi empat topik utama iaitu: 1. Jalan Raya Milik Semua 2. Kenderaan Beroda Empat (Kereta, Van dan Bas) 3. Kenderaan Beroda Dua (Basikal dan Motosikal) 4. Di Atas Jalan Raya (Pejalan Kaki)


Buku Panduan Guru PKJR Prasekolah ini merangkumi 18 cadangan aktiviti pembelajaran yang memberi penekanan kepada nilai, amalan dan elemen PKJR yang sesuai dan berkait rapat dengan kehidupan seharian murid prasekolah. Namun, aktiviti yang dicadangkan boleh diubah suai mengikut kesesuaian berdasarkan lokasi setempat, tahap perkembangan murid, kreativiti guru, peruntukan waktu serta bahan dan peralatan yang terdapat di persekitaran. Buku Panduan Guru PKJR Prasekolah ini diharap dapat menjadi pencetus idea kepada guru prasekolah dalam menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) PKJR yang menyeronokkan dan bermakna bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah serta mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya. Topik-topik ini dipilih dan diberi penekanan kepada nilai, amalan dan elemen PKJR yang berkait rapat dalam kehidupan kanak-kanak seharian. Pembinaan Buku Panduan Guru PKJR Prasekolah adalah merujuk kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Buku Panduan Guru PKJR Prasekolah diterbitkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


HOTEL 5


TOPIK SUBTOPIK AKTIVITI MUKA SURAT JALAN RAYA MILIK SEMUA Kegunaan Jalan Raya Jenis-jenis Kenderaan di Jalan Raya Risiko Berkaitan Kenderaan dan Jalan Raya Risiko Berkaitan Kenderaan dan Jalan Raya Menghormati Semua Pengguna Jalan Raya Kita Kongsi Jalan Raya Kenderaan di Sekeliling Kita Awas! Bahaya di Sekeliling mu Awas, Anda di Jalan Raya! Observe Around You KENDERAAN BERODA EMPAT (Kereta, Van dan Bas) Adab (Tingkah Laku) Sebelum Kereta Bergerak Adab (Tingkah Laku) Semasa Kereta Bergerak Adab (Tingkah Laku) Sebelum Menaiki Bas dan Van Adab (Tingkah Laku) Semasa Menaiki Bas dan Van Adab (Tingkah Laku) Semasa Menuruni Bas dan Van Jom Naik Kereta Saya Bersopan di Dalam Kenderaan Jom Naik Bas Seronoknya Menaiki Bas atau Van Saya Sudah Selamat Sampai KENDERAAN BERODA DUA (Basikal dan Motosikal) Amalan Selamat (Basikal 1) Amalan Selamat (Basikal 2) Amalan Selamat (Motosikal 1) Amalan Selamat (Motosikal 2) Selamat Menunggang See What’s Safe Basikal Mana Lebih Selamat? Kamus Keselamatanku DI ATAS JALAN RAYA (Pejalan Kaki) Berjalan di Tepi Jalan Raya (1) Berjalan di Tepi Jalan Raya (2) Berjalan di Tepi Jalan Raya (3) Jom Pegang Tangan Pimpin Saya, Saya Masih Kanak-kanak Hati-hati di Jalan Raya 1 3 5 8 10 11 15 19 22 25 28 30 32 35 37 39 41 Berjalan di Tepi Jalan Raya (4) Mari Berjalan Bersama-sama 43 48 ISI KANDUNGAN CADANGAN PROGRAM PKJR Hari Keselamatan Jalan Raya LAMPIRAN GLOSARI 46 50 84


HOTEL 1 TOPIK : JALAN RAYA MILIK SEMUA SUBTOPIK : KEGUNAAN JALAN RAYA AKTIVITI 1: KITA KONGSI JALAN RAYA CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Objektif Pembelajaran : Penerapan Nilai : Toleransi Bahan Bantu Mengajar : Video, komputer, kad gantung, model jalan raya dan simbol jalan raya Langkah-langkah Sumber 1. Murid menonton tayangan video “Kita Kongsi Jalan Raya”. 2. Murid bersoal jawab tentang pelbagai jenis kenderaan yang menggunakan jalan raya. a. Video 1 “Kita Kongsi Jalan Raya” (Sumber: MIROS) i. Menyatakan fungsi jalan raya. ii. Menyatakan jenis-jenis kenderaan . iii. Menyatakan simbol-simbol jalan raya.


HOTEL 2 Langkah-langkah Sumber 3. Murid diberikan kad gantung gambar pengguna jalan raya. 4. Murid melakukan simulasi memandu kenderaan (sehala atau dua hala). b. Kad gantung. c. Model jalan raya mengandungi simbol-simbol jalan raya. d. Simbol jalan raya - Lampu isyarat, lintasan pejalan kaki dan kawasan kanak-kanak melintas. Rujuk Lampiran 1 (Muka Surat 51) Rujuk Lampiran 2 (Muka Surat 53) NOTA PKJR Aktiviti simulasi hendaklah menekankan: Penggunaan jalan raya. Jenis kenderaan. Simbol jalan raya. Sikap berhati-hati di jalan raya.


HOTEL 3 TOPIK : JALAN RAYA MILIK SEMUA SUBTOPIK : JENIS-JENIS KENDERAAN DI JALAN RAYA AKTIVITI 2: KENDERAAN DI SEKELILING KITA CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Objektif Pembelajaran : Penerapan Nilai : Bertanggungjawab Bahan Bantu Mengajar : Komputer, audio bunyi kenderaan dan kad gambar Langkah-langkah Sumber 1. Murid mendengar dan mengecam pelbagai bunyi kenderaan. 2. Murid bersoal jawab mengenai jenis kenderaan yang pernah dinaiki. 3. Murid menyatakan jenis kenderaan berdasarkan kad gambar. 4. Menyanyikan lagu “Papaku Pulang”. 5. Murid diberi tugasan untuk membina model kenderaan menggunakan bahan kitar semula bersama-sama ibu bapa atau penjaga di rumah. a. Audio kenderaan – motosikal, kereta, bas, lori dan basikal. c. Memo Pesanan Ibu Bapa atau Penjaga. b. Kad gambar. Rujuk Lampiran 3 (Muka Surat 54) i. Mengecam pelbagai bunyi kenderaan. ii. Menamakan jenis-jenis kenderaan.


HOTEL 4 Guru mengedarkan memo kepada ibu bapa atau penjaga mengenai aktiviti membina model kenderaan menggunakan bahan kitar semula bersama-sama anak di rumah. 1. Tuan/Puan diminta untuk menghasilkan model kenderaan menggunakan bahan kitar semula bersama-sama anak. 2. Model kenderaan tersebut perlu dibawa oleh anak tuan/puan pada Pengesahan Ibu Bapa/Penjaga Tarikh : ( ) Pesanan Kepada Ibu Bapa atau Penjaga PELIBATAN IBU BAPA/PENJAGA


HOTEL 5 TOPIK : JALAN RAYA MILIK SEMUA SUBTOPIK : RISIKO BERKAITAN KENDERAAN DAN JALAN RAYA AKTIVITI 3: AWAS! BAHAYA DI SEKELILINGMU CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Objektif Pembelajaran : Penerapan Nilai : Toleransi Bahan Bantu Mengajar : Kad imbas, komputer dan animasi 1 Langkah-langkah Sumber 1. Tayangan animasi 1 “Kemalangan Jalan Raya”. 2. Soal jawab berdasarkan tayangan animasi 1. 3. Perbincangan mengenai tingkah laku betul dan salah berdasarkan animasi 1. 4. Menonton video 2, 3 dan 4. a. Animasi 1 “Kemalangan Jalan Raya” (Sumber: MIROS) b. Video Video 2 - “Bahaya di Jalan Raya” Video 3 – “Pimpin Saya, Saya Masih Kanak-kanak” Video 4 – “Melintas di Lintasan Pejalan Kaki” i. Menyatakan punca kemalangan jalan raya. ii. Membezakan tingkah laku yang selamat dan tidak selamat semasa di jalan raya.


HOTEL 6 Langkah-langkah Sumber 5. Perbincangan mengenai tingkah laku yang betul dan salah berdasarkan video 2, 3 dan 4. 6. Murid mengelaskan tingkah laku betul dan salah semasa di jalan raya dengan menggunakan kad imbas. 8. Murid membuat buku skrap menggunakan keratan akhbar atau artikel yang telah dikumpul. 7. Murid diberi tugasan untuk mencari keratan akhbar atau artikel mengenai kemalangan jalan raya bersama- sama ibu bapa atau penjaga di rumah. c. Kad imbas Tingkah laku yang betul. Tingkah laku yang salah. d. Memo Pesanan Ibu Bapa atau Penjaga. Rujuk Lampiran 4 (Muka Surat 56)


HOTEL 7 Guru mengedarkan memo kepada ibu bapa atau penjaga mengenai tugasan untuk mencari keratan akhbar atau artikel mengenai kemalangan jalan raya bersama-sama anak di rumah. 1. Tuan/Puan diminta untuk mencari keratan akhbar atau artikel mengenai kemalangan jalan raya bersama-sama anak. 2. Keratan akhbar atau artikel perlu dibawa oleh anak tuan/puan pada Pesanan Kepada Ibu Bapa atau Penjaga PELIBATAN IBU BAPA/PENJAGA Pengesahan Ibu Bapa/Penjaga Tarikh : ( )


HOTEL 8 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Objektif Pembelajaran : Penerapan Nilai : Bertanggungjawab Bahan Bantu Mengajar : Gambar perlakuan selamat dan tidak selamat, sampul surat dan Langkah-langkah Sumber 1. Murid mencari 6 gambar tersembunyi di dalam kelas. 3. Setiap kumpulan diberikan satu sampul yang mengandungi . 4. Murid menjalankan aktiviti mencantum dalam kumpulan. 5. Murid bercerita mengenai cantuman . 2. Berbincang mengenai gambar yang telah dijumpai. Tingkah laku selamat: Menggunakan topi keledar. Murid beratur ketika menaiki bas. Melintas jalan bersama-sama dengan orang dewasa. Tingkah laku tidak selamat: Tidak menggunakan topi keledar. Tidak beratur ketika menaiki bas. Melintas jalan bersendirian. a. Tiga gambar tingkah laku selamat. b. Tiga gambar tingkah laku tidak selamat. Tiga tingkah laku selamat dan tingkah laku tidak selamat dimasukkan berasingan dalam sampul berasingan. c. Rujuk Lampiran 5 (Muka Surat 59) TOPIK : JALAN RAYA MILIK SEMUA SUBTOPIK : RISIKO BERKAITAN KENDERAAN DAN JALAN RAYA AKTIVITI 4: AWAS, ANDA DI JALAN RAYA! Menyatakan perlakuan selamat dan tidak selamat di jalan raya. NOTA


HOTEL 9 Gambar digunting kepada tujuh kepingan kecil. Kepingan puzzle diletakkan ke dalam sampul. CONTOH PUZZLE


HOTEL 10 TOPIC : JALAN RAYA MILIK SEMUA SUBTOPIC : MENGHORMATI SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA ACTIVITY 5: OBSERVE AROUND YOU THE PROPOSED TEACHING AND LEARNING ACTIVITIES Learning Objective : Integrated Value : Tolerate Teaching Aids : Computer, video and picture Step Resources 1. Pupils watch animation 2. 2. Pupils name signboards in the animation 2. a. Animation 2 “Signboard” (Source: MIROS). b. Road signs pictures (at least 5 symbols). Refer attachment 6 (page 62) Name road signs seen in the video.


HOTEL 11 TOPIK : KENDERAAN BERODA EMPAT SUBTOPIK : ADAB SEBELUM KERETA BERGERAK AKTIVITI 6: JOM NAIK KERETA SAYA CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Objektif Pembelajaran : Penerapan Nilai : Hormat-menghormati Bahan Bantu Mengajar : Kereta, kerusi keselamatan kanak-kanak, pelaras tempat duduk ( booster seat ) dan kad imbas Langkah-langkah Sumber 1. Murid mendengar penerangan guru tentang: Pintu selamat. Tali pinggang keledar. Tempat duduk yang betul untuk kanak-kanak. Fungsi tempat duduk kanakkanak. Fungsi pelaras tempat duduk ( booster seat ). 2. Murid diingatkan perkara berikut: Tidak berada di belakang kenderaan kerana sukar untuk dilihat oleh pemandu. Membaca doa menaiki kenderaan atau mengucap “Semoga kita selamat sampai”. a. Kad imbas. b. Kereta atau model kereta. Rujuk Lampiran 7 (Muka Surat 65) i. Menyatakan tempat duduk yang betul dalam kereta. ii. Mengenal pasti pintu selamat kereta.


HOTEL 12 Langkah-langkah Sumber 3. Murid di bawa untuk melakukan simulasi dengan kenderaan sebenar: Menggunakan pintu selamat. Duduk di tempat yang betul. Memakai tali pinggang keledar. 4. Murid dibekalkan dengan borang pemerhatian untuk dilengkapkan oleh ibu bapa atau penjaga. c. Memo Pesanan Ibu Bapa atau Penjaga.


HOTEL 13 Guru mengedarkan memo kepada ibu bapa atau penjaga mengenai borang pemerhatian yang perlu dilengkapkan. 1. Tuan/Puan diminta untuk melengkapkan borang pemerhatian mengenai adab semasa berada di dalam kenderaan yang dilakukan oleh anak. 2. Borang pemerhatian perlu dibawa oleh anak tuan/puan pada Pesanan Kepada Ibu Bapa atau Penjaga PELIBATAN IBU BAPA/PENJAGA Pengesahan Ibu Bapa/Penjaga Tarikh : ( )


HOTEL 14 BORANG PEMERHATIAN Tandakan ( ) adab yang telah dilakukan sebelum kereta bergerak pada jadual yang disediakan. Nama : Bil Adab-adab Tandakan ( ) 1 Duduk di tempat yang betul dan selamat. 2 Menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak/pelaras tempat duduk ( booster seat ). 3 Duduk di kerusi penumpang belakang. 4 Tidak berada di belakang kenderaan. 5 Tidak duduk di atas riba pemandu atau penumpang. 6 Keluar masuk melalui pintu selamat ( Safety door ). Nota untuk Ibu Bapa/Penjaga a. Pintu Selamat Pintu yang berada di sebelah kiri kenderaan. b. Tempat duduk kanak-kanak Untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun. Tempat duduk yang betul bagi kanak-kanak adalah di tempat duduk belakang. c. Pelaras tempat duduk ( booster seat ) Untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 10 tahun.


HOTEL 15 TOPIK : KENDERAAN BERODA EMPAT SUBTOPIK : ADAB SEMASA KERETA BERGERAK AKTIVITI 7: BERSOPAN DI DALAM KENDERAAN CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Objektif Pembelajaran : Penerapan Nilai : Bersopan santun, mematuhi arahan dan bekerjasama Bahan Bantu Mengajar : Kad gambar dan kereta Langkah-langkah Sumber 1. Murid diperkenalkan komponen- komponen kereta seperti kerusi penumpang, stereng, tuil gear dan papan pemuka. 3. Murid diberi peluang untuk meneroka bahagian dalam kereta secara bergilir-gilir. 2. Guru dan murid bersoal jawab berkenaan adab semasa kereta bergerak. Bergaduh, membaling objek dan menukar tempat duduk. Menghulurkan anggota badan keluar dari tingkap atau bumbung suria. Bermain-main di dalam kereta. Membuka pintu tanpa arahan orang dewasa. a. Kad imbas – kereta, papan pemuka, kerusi penumpang, stereng, tuil gear, tali pinggang keledar dan bumbung suria. b. Kereta. Rujuk Lampiran 7 (Muka surat 65) i. Menamakan komponen dalam kenderaan. ii. Melakukan adab yang betul semasa kereta sedang bergerak.


HOTEL 16 Langkah-langkah Sumber 4. Empat orang murid dipanggil secara rawak untuk main peranan sebagai penumpang dan guru sebagai pemandu. 5. Setelah selesai, murid berkumpul dan diminta menceritakan pengalaman mereka. 6. Murid dibekalkan dengan borang pemerhatian untuk dilengkapkan oleh ibu bapa atau penjaga. c. Memo Pesanan Ibu Bapa atau Penjaga.


HOTEL 17 Guru mengedarkan memo kepada ibu bapa atau penjaga mengenai borang pemerhatian yang perlu dilengkapkan. 1. Tuan/Puan diminta untuk melengkapkan borang pemerhatian mengenai adab semasa berada di dalam kenderaan yang dilakukan oleh anak. 2. Borang pemerhatian perlu dibawa oleh anak tuan/puan pada Pesanan Kepada Ibu Bapa atau Penjaga PELIBATAN IBU BAPA/PENJAGA Pengesahan Ibu Bapa/Penjaga Tarikh : ( )


HOTEL 18 BORANG PEMERHATIAN Tandakan ( ) pada ruangan YA atau (X) pada ruangan TIDAK dalam senarai semak tentang perlakuan anak sewaktu berada di dalam kenderaan. Nama : Bil Adab-adab Ya Tidak 1 Mengganggu tumpuan pemandu seperti membaling objek di dalam kereta, bergaduh, membuat bising, memegang stereng dan menekan butang-butang di dalam kereta. 2 Menghulurkan anggota badan daripada tingkap atau bumbung suria. 3 Bermain-main di dalam kereta. 4 Mengubah kedudukan sedia ada seperti duduk di kerusi belakang ke kerusi hadapan. 5 Membuka pintu kereta tanpa arahan. 6 Membuka butang kunci bahagian dalam pintu kereta. 7 Menurunkan cermin tingkap kereta. 8 Menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak. 9 Penggunaan tali pinggang keledar dengan betul (menyentuh bahu). 10 Keluar masuk melalui pintu selamat. 11 Tidak berdiri di dalam kenderaan.


HOTEL 19 TOPIK : KENDERAAN BERODA EMPAT SUBTOPIK : ADAB SEBELUM MENAIKI BAS AKTIVITI 8: JOM NAIK BAS CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Objektif Pembelajaran : i. Membezakan bas dan van. ii. Menyatakan adab sebelum menaiki bas atau van. iii. Melakukan adab sebelum menaiki bas atau van. Penerapan Nilai : Berhemah tinggi Bahan Bantu Mengajar : Komputer, audio lagu, replika bas dan laluan pejalan kaki Langkah-langkah Sumber 1. Murid membezakan bas dan van berdasarkan kad gambar. 2. Murid menyanyikan lagu “Tertib Ketika Menaiki Bas”. 3. Guru menerangkan adab sebelum menaiki bas atau van. a. Gambar bas dan van. b. Audio lagu dan minus one “Tertib Ketika Menaiki Bas. Rujuk Lampiran 8 (muka surat 70) Tertib Ketika Menaiki Bas ( Melodi : The Wheel On The Bus ) Jom kita pegi sekolah, pergi sekolah pergi sekolah Jom kita pergi sekolah setiap hari Beratur dengan tertib, dengan tertib dengan tertib Beratur dengan tertib bila naik bas Pastikan bas berhenti, berhenti, berhenti Pastikan bas berhenti sebelum naik Tidak boleh berdiri, tidak boleh, tidak boleh Tidak boleh berdiri, di belakang bas Jom kita pergi sekolah, pergi sekolah pergi sekolah Jom kita pergi sekolah setiap hari


HOTEL 20 Langkah-langkah Sumber 4. Murid melakukan simulasi menaiki bas. Seorang pemandu bas. Seorang pemandu van. Murid lain sebagai penumpang bas atau van. 5. Murid bersama-sama guru bersoal jawab mengenai aktiviti yang telah dijalankan. 6. Murid dibekalkan cadangan aktiviti untuk dilaksanakan bersama-sama ibu bapa atau penjaga. c. Replika bas dan van. d. Memo Pesanan Ibu Bapa atau Penjaga. NOTA Senario pelaksanaan aktiviti : Pemandu bas dan van perlu bergerak mengikut laluan yang ditetapkan untuk mengambil dan menurunkan penumpang di perhentian bas. NOTA PKJR: Adab sebelum menaiki bas: Memastikan bas berhenti sepenuhnya. Beratur dengan tertib. Tidak berada di belakang bas.


HOTEL 21 Guru mengedarkan cadangan aktiviti kepada murid untuk dilaksanakan bersama-sama ibu bapa atau penjaga. Tuan/Puan dicadangkan membawa anak keluar bersiar-siar dan melakukan aktiviti mengenal pasti dan mengira bilangan bas dan van yang dijumpai di sekeliling mereka (Spotting Game). Pesanan Ibu Bapa atau Penjaga PELIBATAN IBU BAPA/PENJAGA Pengesahan Ibu Bapa/Penjaga Tarikh : ( )


HOTEL 22 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Objektif Pembelajaran : i. Menyatakan ciri-ciri bas dan van. ii. Menyatakan adab yang selamat semasa berada di dalam bas atau van. Penerapan Nilai : Hormat menghormati Bahan Bantu Mengajar : Komputer, video ,audio lagu dan kad gambar 1. Murid bersoal jawab dengan guru mengenai bas dan van. 2. Murid menyanyikan lagu “Mari Kawan-kawan” sambil membuat pergerakan berdasarkan lirik lagu. a. Gambar bas dan van. b. Audio lagu dan minus one “Mari Kawan-kawan”. Langkah-langkah Sumber Rujuk Lampiran 8 (muka surat 70) Mari Kawan-kawan (Melodi : Air Pasang Pagi) Mari kawan-kawan, kita ronda-ronda Kita ronda-ronda, kita naik bas Kita ronda-ronda, kita naik van Kita ronda-ronda, kita gembira Mari kawan-kawan, kita bilang kerusi Kerusi bas banyak, kerusi van sikit Duduk diam-diam, jangan hulur tangan Duduk diam-diam, jangan buang objek TOPIK : KENDERAAN BERODA EMPAT SUBTOPIK : ADAB SEMASA BERADA DI DALAM BAS DAN VAN AKTIVITI 9: SERONOKNYA MENAIKI BAS ATAU VAN


HOTEL 23 NOTA PKJR: Adab semasa berada di dalam bas: Tidak boleh berdiri di dalam bas. Tidak mengeluarkan tangan dan kepala daripada tingkap bas. Jangan bermain-main di dalam bas. Jangan bising. 3. Murid menonton tayangan video mengenai adab semasa menaiki bas. 4. Murid bersoal jawab dengan guru mengenai adab semasa berada di dalam bas atau van. c. Carian video di . d. Memo Pesanan Ibu Bapa atau Penjaga. Langkah-langkah Sumber


HOTEL 24 Guru mengedarkan cadangan aktiviti kepada murid untuk dilaksanakan bersama-sama ibu bapa atau penjaga. 1. Tuan/Puan dimohon membawa anak anda menaiki bas dan mengambil gambar anak tuan/puan untuk dikongsikan di kelas prasekolah. 2. Sila tampalkan gambar anak tuan/puan pada ruangan di bawah: Pesanan Ibu Bapa atau Penjaga Pengesahan Ibu Bapa/Penjaga Tarikh : ( ) PELIBATAN IBU BAPA/PENJAGA


HOTEL 25 TOPIK KENDERAAN BERODA EMPAT SUBTOPIK ADAB SEMASA MENAIKI DAN MENURUNI BAS DAN VAN AKTIVITI 10: SAYA SUDAH SELAMAT SAMPAI CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Objektif Pembelajaran : i. Menyatakan adab yang selamat semasa menaiki bas atau van. ii. Melakukan adab yang selamat semasa menaiki bas atau van. Penerapan Nilai : Toleransi Bahan Bantu Mengajar : Kad gambar dan audio lagu Nota: Aktiviti ini dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas lawatan prasekolah. Langkah-langkah Sumber Sebelum Lawatan 1. Murid bersoal jawab mengenai bas dan van. 2. Murid menyanyikan lagu “Selamat Sampai” sambil membuat pergerakan berdasarkan lirik lagu. 3. Murid diberi penerangan mengenai adab semasa menaiki bas atau van. a. Gambar bas dan van. b. Audio lagu dan minus one “Selamat Sampai”. Rujuk Lampiran 8 (muka surat 70) Selamat Sampai (Melodi : Bunyi Haiwan) Saya turun, bila berhenti Saya turun, bila berhenti Saya turun, bila berhenti Kita sudah selamat sampai : :


HOTEL 26 Langkah-langkah Sumber Semasa Lawatan Selepas Lawatan 4. Murid menaiki bas untuk ke tempat lawatan. (Guru perlu mengambil gambar murid sebelum menaiki bas, berada di dalam bas dan menuruni bas). 5. Murid berbincang berdasarkan gambar yang telah diambil semasa lawatan. 6. Murid dibekalkan tugasan untuk dilaksanakan bersama-sama ibu bapa atau penjaga. d. Gambar murid semasa berada di dalam bas. e. Memo Pesanan Ibu Bapa atau Penjaga. c. Kamera atau telefon pintar.


HOTEL 27 Guru mengedarkan tugasan kepada murid untuk dilaksanakan bersama-sama ibu bapa atau penjaga. 1. Tuan/Puan diminta membantu anak tuan/puan untuk menggambarkan perasaan mereka semasa menaiki bas atau van secara lukisan atau tulisan. 2. Sila lukis atau tulis pada ruangan yang disediakan di bawah: Pesanan Ibu Bapa atau Penjaga PELIBATAN IBU BAPA/PENJAGA Pengesahan Ibu Bapa/Penjaga Tarikh : ( )


HOTEL 28 Learning Objective : State safe practices of riding a bicycle. Moral Values : Responsibility, respect and obey the rules Teaching Aids : Computer, video and pictures 1. Pupils watch a video riding a bike. 2. Pupils discuss on the video watched. 3. Teacher tells safe practices of riding a bicycle. Wearing shoes, knees and elbows pad, bright clothing, bicycle helmet. Riding a bike on pavement. Conscious of the presence of other road users/Be careful in and around drive ways. Accompanied by an adult. Do not speed. 4. Pupils predict the consequences if not having a proper clothing while riding a bike. b. Pictures of children having head and elbow injury. a. Searching video in . Refer attachment 9 (page 71) TOPIC KENDERAAN BERODA DUA SUBTOPIC AMALAN SELAMAT ( BASIKAL 1) ACTIVITY 11: SEE WHAT’S SAFE THE PROPOSED TEACHING AND LEARNING ACTIVITIES Step Resources : :


HOTEL 29 PKJR NOTES: i. Bike riding guide Wear safety equipment such as cycling helmets, shoes, elbow pads, knee pads, gloves and light reflective jackets. Ride in the same direction as the flow of traffic. Use bike paths. Ride in single file. Do not let go of the handlebars. Using hand gestures. ii. Guide to crossing the road while riding a bike Listen, look left, right and left. Be careful and always with an adult while crossing the road. a. Searching video in .


HOTEL 30 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Objektif Pembelajaran : i. Menyatakan amalan menunggang basikal yang selamat dan tidak selamat. ii. Memakai alat keselamatan sebelum menunggang basikal. iii. Menunggang basikal dengan cara yang selamat. Penerapan Nilai : Bertanggungjawab, kesederhanaan dan berhemah tinggi Bahan Bantu Mengajar : Komputer, video, kad gambar, basikal kanak-kanak, topi keledar berbasikal, sarung tangan, jaket pemantul cahaya, pad siku dan pad lutut 1. Murid menonton video 5 ‘Selamat Menunggang Basikal’. 2. Murid bersoal jawab dengan guru tentang langkah-langkah keselamatan sebelum dan semasa menunggang basikal. 3. Guru mendemonstrasi cara memakai alat keselamatan. Langkah-langkah Sumber TOPIK KENDERAAN BERODA DUA SUBTOPIK AMALAN SELAMAT (BASIKAL 2) AKTIVITI 12: SELAMAT MENUNGGANG BASIKAL a. Video 5: Selamat Menunggang Basikal (sumber MIROS) b. Topi keledar berbasikal, sarung tangan, jaket pemantul cahaya, pad siku dan pad lutut (Boleh mendapatkan kerjasama daripada ibu bapa atau penjaga). : :


HOTEL 31 5. Murid diingatkan tentang amalan selamat menunggang basikal. 6. Beberapa orang murid dipilih untuk menunggang basikal secara bergilir. 7. Guru dan murid berbincang tentang aktiviti yang telah dijalankan. 8. Murid yang berjaya mematuhi peraturan akan diberikan ‘lesen menunggang basikal’ sebagai ganjaran. Langkah-langkah Sumber Rujuk Lampiran 11 (Muka surat 74) d. Basikal (Boleh mendapatkan kerjasama daripada ibu bapa atau penjaga). e. ‘Lesen Menunggang Basikal’. 4. Guru menerangkan tentang litar dan simbol jalan raya. Rujuk Lampiran 10 (Muka surat 72) c. Simbol jalan raya.


HOTEL 32 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Objektif Pembelajaran : i. Menyatakan amalan menunggang motosikal yang selamat dan tidak selamat. ii. Memakai alat keselamatan sebelum menunggang motosikal. iii. Menunggang motosikal dengan cara yang selamat. Penerapan Nilai : Bertanggungjawab, kesederhanaan dan berhemah tinggi Bahan Bantu Mengajar : Komputer, video dan kad gambar 1. Murid menonton video 6 “Motosikal Abah”. 2. Murid bersoal jawab dengan guru berkenaan video tersebut. Langkah-langkah Sumber TOPIK KENDERAAN BERODA DUA SUBTOPIK AMALAN SELAMAT (MOTOSIKAL 1) AKTIVITI 13: MANA LEBIH SELAMAT? a. Video 6: “Motosikal Abah” (sumber MIROS) : :


HOTEL 33 3. Murid bersoal jawab dengan guru berkenaan video tersebut dengan menggunakan kad gambar. Memakai topi keledar kanakkanak dengan betul (topi keledar kanak-kanak perlu ditampal dengan reflective sticker). Kanak-kanak memeluk penunggang motosikal dengan erat. Memakai kasut yang sesuai. Berpakaian cerah pada waktu malam. Tidak bermain berdekatan ekzos motosikal. 5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mengelaskan gambar yang diberikan mengikut situasi menunggang motosikal secara selamat dan tidak selamat. 6. Murid dibekalkan tugasan untuk dilaksanakan bersama-sama ibu bapa atau penjaga. Langkah-langkah Sumber b. Kad gambar. c. Gambar situasi menunggang motosikal secara selamat dan tidak selamat. d. Memo Pesanan Ibu Bapa atau Penjaga. Rujuk Lampiran 12 (Muka surat 75) Rujuk Lampiran 13 (Muka surat 77)


HOTEL 34 1. Tuan/Puan diminta membantu anak anda untuk membuat model topi keledar kanak-kanak dengan menggunakan pelbagai bahan seperti kertas surat khabar, botol plastik dan sebagainya. 2. Model topi keledar tersebut perlu dibawa oleh anak tuan/puan pada ......................................... untuk dikongsikan dengan rakan-rakan sekelas. Pesanan Kepada Ibu Bapa atau Penjaga Guru mengedarkan tugasan kepada murid untuk dilaksanakan bersama-sama ibu bapa atau penjaga di rumah. Pengesahan Ibu Bapa/Penjaga Tarikh : ( ) PELIBATAN IBU BAPA/PENJAGA


HOTEL 35 TOPIK KENDERAAN BERODA DUA SUBTOPIK AMALAN SELAMAT (MOTOSIKAL 2) AKTIVITI 14: KAMUS KESELAMATANKU CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Objektif Pembelajaran : Mengenal pasti alat keselamatan untuk menunggang motosikal. Penerapan Nilai : Kerjasama Bahan Bantu Mengajar : Topi keledar dan motosikal Langkah-langkah Sumber 1. Guru menerangkan amalan menunggang motosikal secara selamat. 2. Guru mendemonstrasi cara memakai topi keledar dan menunggang motosikal. 4. Murid menceritakan pengalaman membonceng motosikal. 5. Murid dibekalkan tugasan untuk menghasilkan buku skrap amalan menunggang motosikal yang selamat bersama-sama ibu bapa atau penjaga. 3. Beberapa orang murid dipilih untuk membonceng motosikal secara bergilir-gilir. Aktiviti ini adalah dengan kerjasama ibu bapa atau penjaga sebagai penunggang motosikal. a. Topi keledar. b. Motosikal. c. Memo Pesanan Ibu Bapa atau Penjaga. : :


HOTEL 36 1. Tuan/Puan diminta membantu anak anda untuk membuat buku skrap tentang amalan selamat menunggang motosikal. 2. Buku skrap tersebut perlu dibawa oleh anak tuan/puan pada .................................. Pesanan Kepada Ibu Bapa atau Penjaga Guru mengedarkan tugasan kepada murid untuk dilaksanakan bersama-sama ibu bapa atau penjaga di rumah. Pengesahan Ibu Bapa/Penjaga Tarikh : ( ) PELIBATAN IBU BAPA/PENJAGA


HOTEL 37 TOPIK DI ATAS JALAN RAYA SUBTOPIK BERJALAN DI TEPI JALAN RAYA (1) AKTIVITI 15: JOM PEGANG TANGAN CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Objektif Pembelajaran : i . Mengenal jalan raya dan simbol jalan raya. ii. Menyatakan amalan selamat sebagai adab pejalan kaki. Penerapan Nilai : Bertanggungjawab Bahan Bantu Mengajar : Audio lagu, kertas A4 berwarna, batang aiskrim, doh, pengokot dan pita pelekat Langkah-langkah Sumber 1. Murid menyanyikan lagu “Jom Pegang Tangan”. 2. Murid bersoal jawab dengan guru tentang beberapa gambar jalan raya yang mengandungi bebendul jalan, bahu jalan, lintasan pejalan kaki, jejantas dan lampu isyarat serta simbol jalan raya. 3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. a. Audio Lagu dan minus one “ Jom Pegang Tangan” b. Gambar jalan raya yang mengandungi bebendul jalan, bahu jalan, lintasan pejalan kaki, jejantas dan lampu isyarat serta simbol jalan raya. Jom Pegang Tangan (Melodi : Bangun Pagi) Pegang tangan, pegang tangan Pegang tangan bersama Tangan ibu, tangan bapa Tangan kita semua Rujuk Lampiran 14 (Muka surat 78) : :


HOTEL 38 Langkah-langkah Sumber 4. Murid menyediakan patung kertas kanak-kanak dan orang dewasa yang dilekatkan pada batang aiskrim dengan doh sebagai tapaknya. 5. Murid melaksanakan simulasi berjalan di atas model jalan raya menggunakan patung kertas. Guru harus menekankan kanak-kanak perlu dipimpin oleh orang dewasa apabila berjalan di jalan raya. 6. Murid menceritakan amalan selamat pejalan kaki. c. Gambar kanak-kanak dan orang dewasa. d. Batang aiskrim dan doh. e. Patung kanak-kanak dan orang dewasa serta model jalan raya. Rujuk Lampiran 15 (Muka surat 81) Gambar Kanak-kanak Gambar Orang dewasa


HOTEL 39 TOPIK DI ATAS JALAN RAYA SUBTOPIK BERJALAN DI TEPI JALAN RAYA (2) AKTIVITI 16: PIMPIN SAYA, SAYA MASIH KANAK-KANAK CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Objektif Pembelajaran : Menyatakan amalan selamat sebagai pejalan kaki. Penerapan Nilai : Bertanggungjawab Bahan Bantu Mengajar : Komputer, video, kertas A4, gam, gunting, gambar orang dewasa, gambar kanak-kanak dan gambar kereta Langkah-langkah Sumber 1. Murid menonton video 3 “Pimpin Saya, Saya Masih Kanak-kanak”. 2. Murid bersoal jawab tentang amalan selamat pejalan kaki berdasarkan video yang ditonton. 3. Murid melakonkan watak sebagai orang dewasa dan kanak-kanak berjalan di jalan raya menggunakan model litar jalan raya. a. Video 3 “Pimpin Saya, Saya Masih Kanak-kanak”. (Sumber: MIROS) b. Model litar jalan raya. : :


HOTEL 40 Langkah-langkah Sumber 4. Murid membuat model jalan raya dan menampal gambar kereta mengikut arah laluan yang betul. Murid juga menampal gambar kedudukan yang betul orang dewasa dan kanak-kanak sebagai pejalan kaki. 5. Murid menceritakan semula amalan selamat pejalan kaki. c. Kertas A4 berwarna hitam dan putih, gam, gunting, dua gambar orang dewasa dan kanak-kanak serta empat gambar kereta. Rujuk Lampiran 16 (Muka surat 82)


HOTEL 41 TOPIK DI ATAS JALAN RAYA SUBTOPIK BERJALAN DI TEPI JALAN RAYA (3) AKTIVITI 17: HATI-HATI DI JALAN RAYA CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Objektif Pembelajaran : Menyatakan amalan selamat sebagai pejalan kaki. Penerapan Nilai : Hemah tinggi Bahan Bantu Mengajar : Komputer, video, kad gambar dan model litar jalan raya Langkah-langkah Sumber 1. Guru menunjukkan gambar tempat yang selamat untuk melintas dan murid menceritakan pengalaman menggunakan kemudahan tersebut. 2. Guru menerangkan langkah melintas jalan dengan selamat iaitu: i) Berhenti dan mengundur satu langkah. ii) Pandang kiri, kanan dan kiri. iii) Pegang tangan orang dewasa dan melintas dengan waspada. a. Kad gambar tempat melintas jalan jalan – jejantas dan lintasan berjalan kaki. Rujuk Lampiran 16 (Muka surat 82) b. Video 4 “Melintas di Lintasan Pejalan Kaki”. (Sumber: MIROS) : :


HOTEL 42 Langkah-langkah Sumber 3. Murid melakukan aktiviti melintas di jalan raya menggunakan model litar jalan raya. 4. Murid berbincang dengan guru berdasarkan aktiviti yang telah dilaksanakan. c. Model litar jalan raya.


HOTEL 43 TOPIK DI ATAS JALAN RAYA SUBTOPIK BERJALAN DI TEPI JALAN RAYA (4) AKTIVITI 18: MARI BERJALAN BERSAMA-SAMA CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Objektif Pembelajaran : Menyatakan amalan selamat sebagai pejalan kaki. Penerapan Nilai : Bertanggungjawab Bahan Bantu Mengajar : Kad gambar Langkah-langkah Sumber 1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang cara selamat sebagai pejalan kaki di jalan raya. 2. Guru memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan. 3. Murid dibawa keluar untuk mendapatkan pengalaman sebenar sebagai pejalan kaki di jalan raya (dengan kerjasama ibu bapa untuk kawalan murid). 4. Murid menceritakan dan berbincang dengan guru mengenai pengalaman mereka. a. Kad gambar tempat melintas di jalan raya – jejantas dan lintasan pejalan kaki berisyarat. b. Memo Pesanan Ibu Bapa atau Penjaga. Rujuk Lampiran 17 (Muka surat 83) : :


HOTEL 44 Sukacita dimaklumkan pihak prasekolah akan mengadakan aktiviti “MARI BERJALAN BERSAMA-SAMA” sebagai salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran anak tuan/puan. Butiran mengenai aktiviti tersebut adalah seperti ketetapan berikut: Tarikh : Masa : Tempat : Sehubungan dengan itu tuan/puan dijemput bagi sama-sama menjayakan aktiviti ini. Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini diucapkan terima kasih. Saya yang menjalankan amanah, Tarikh : ( ) MEMO Guru mengedarkan memo kepada ibu bapa atau penjaga untuk terlibat sama dalam melaksanakan aktiviti “MARI BERJALAN BERSAMA-SAMA”. PELIBATAN IBU BAPA/PENJAGA


Click to View FlipBook Version