Cikgu Zazali@Sazali bin Asri@Asrie dilahirkan pada tanggal 2 Oktober 1962 dan berasal
dari Kampung Banjar, Keningau Sabah. Beliau merupakan anak sulung daripada enam
orang adik-beradik kepada pasangan Encik Asri bin Tamsir dan Puan Radiah binti Ibrahim.
Sejarah Pendidikan
Cikgu Zazali@Sazali bin Asri@Asrie menerima pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Banjar antara tahun 1969 hingga tahun 1973. Persekolahan menengah beliau
bermula di Government Secondary School (GSS) Of Keningau pada tahun 1974-1975.
Seterusnya beliau menyambung persekolahan menengah di SM Tinggi Salahudin Abdul
Aziz Shah, Selangor dari tahun 1975-1982.
Beliau kemudiannya diterima masuk ke Universiti Malaya pada tahun 1983 dalam
pengajian ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Pentadbiran Awam sehingga tahun 1987.
Pada tahun 1992-1993, Cikgu Zazali@Sazali bin Asri@Asrie menyambung pengajiannya
dalam pengkhususan Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral bagi Diploma Pendidikan
Lepasan Ijazah (DPLI) di Bangi.
Perjalanan Kerjaya
Perjalanan kerjaya beliau dalam bidang pendidikan bermula apabila menjadi Guru Sandaran
Tidak Terlatih (GSTT) di Upper Region Academy (URA) Keningau dan Institut Pedalaman Keningau (IPK)
pada tahun 1987. Kemudian beliau menyambung lagi kerjaya sebagai GSTT di SM Chung Hwa Tenom
pada tahun 1988 dan pada tahun 1989, Cikgu Zazali@Sazali bin Asri@Asrie telah diberi kepercayaan
untuk meneruskan jawatan GSTT di SM Ken Hwa Keningau sehingga tahun 2000.
Dengan niat ingin mencari pengalaman baru, Cikgu Zazali@Sazali bin Asri@Asrie berpindah ke
SMK Keningau II dari tahun 2001 - 2022.
Perihal Keluarga
Hasil perkongsian hidup Cikgu Zazali@Sazali bin Asri@Asrie bersama
Puan Doris Entiang, Cikgu Zazali@Sazali bin Asri@Asrie dikurniakan 6 orang
anak. Tiga orang anak perempuan dan tiga orang anak lelaki. Lima orang
daripada mereka sudah berkerjaya. Hanya anak keempat beliau, meneruskan
legasi bapa mereka sebagai guru. Anak bongsu beliau masih di bangku sekolah
rendah.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Kecemerlangan perkhidmatan keguruan Cikgu Sazali bin Asri telah diiktiraf menerusi Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebanyak tiga kali, yang
diperoleh dari SM Ken Hwa dan SMK Keningau II.
Kenangan terindah
Cikgu Sazali bin Asri merupakan antara pengasas penubuhan Tingkatan 6 di SM
Ken Hwa. Perpindahan Cikgu Sazali bin Asri ke SMK Keningau II merupakan
kehilangan amat besar buat SM Ken Hwa kerana beliau banyak terlibat dalam bidang
pengurusan dan keselamatan di sekolah berkenaan. Sepanjang 33 tahun tempoh
perkhidmatan Cikgu Sazali bin Asri dalam bidang pendidikan, semuanya adalah
kenangan terindah yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata.
Demikian antara butiran biodata Cikgu Sazali bin Asri yang sempat dirakamkan.
PENGERUSI : HADIAH:
EN. JOSEPH UMPIN PN. CONNYLIA DOMINIKCHTA
CIK ATIKA BINTI SONDIG@ SANDIG
SETIAUSAHA:
CIK HILDA MATIUS
PN. MAGDELEN GISIP
BIODATA :
BENDAHARI :
PN. NADIAH NAJME
PN. VERONICA TAJIN PN. SHALINA SARUDIN
PN. ROZITA SAHIMIN
BACAAN DOA:
PENYAMBUT TETAMU :
USTAZ MOHD HAFIZ BIN SAZALI
PENGETUA, SEMUA PK, SEMUA KETUA BIDANG,
SEMUA AJK TERTINGGI KELAB KELUARGA PERSIAPAN PENTAS:
BANNER : EN. FAIZAN PARAIT
PN. PRISCA BINTI PIUS MATHEW ANIL
EN. ZULKIFLI BIN ISHAK
EN. MOHD FAIZAL BIN ALEXANDER
BANTING :
JURUGAMBAR :
PN. JULIANA BINTI PAGOT
EN. KENNETH S. MAHINGGIL
JURUACARA :
PERSEMBAHAN MULTIMEDIA BIODATA:
EN. HAZLIZAN SUIN
PN. NOR SYAHKILLA BINTI YABIDIN EN. AHMAD HAFIZ BIN MOHD HASHIM
CENDERAHATI : PENDAFTARAN :
PN. ENNUN ESIT @ NURHAYATI SYAZWAN CIK NAJIHAH BINTI ALI
ABDULLAH PN. FARHANA BINTI SAPIRIN
PN. NOORLELAWATI BINTI GHULAIT HUSSAIN PERARAKAN :
JAMUAN : SUAHMIN MASIDIN
SANALI NASRUN
PN. ANISAH SAKIMAN
SERAYA / VIDEO :
BUKU ATURCARA:
JERRY GABRIEL
PN. RACHEL DEBEKA C.MADIS
KEK HARIJADI:
PA SISTEM :
PN. ASHA BINTI AG BAHAR
EN. ENING @ JOSEPH BIN UMPIN PN. JAMTI JAMIL
PERSEMBAHAN :
PN. ERDEEYON CHRISTOPHER
PIBG :
PN. RAILEN MARIA GUANG
SALAM PERPISAHAN
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Raut wajah penuh ketenangan
Tidak terkalam kasih dijunjung
Jasamu tetap dikenang,
Budimu tetap kami sanjung
Buah mengkudu buah bidara
Mari disimpan didalam dulang
Hari ini genap bersara
Jasa baik tuan tetap dikenang
Beli cendawan di Pekan Ara
Mari diisi kelapa ditangan
Meski Tuan akan bersara
Kami di sini jangan dilupa