Fungsi Analisis RBT Tingkatan 2
Apa yang akan dipelajari? 01 02 Membuat hubung kait antara produk dengan objek dari segi fungsinya Melukis sistem fungsi 03 Membina model fungsi dengan menggunakan garisan interaksi parameter supersistem alternatif garisan interaksi komponen kata kunci :
01) Membuat hubung kait antara produk dengan objek dari segi fungsinya Sesebuah produk sentiasa mempunyai sistem yang terdiri daripada pelbagai komponen yang akan berkait antara satu sama lain untuk memastikan produk dapat berfungsi dengan sempurna. Maka, apabila masalah inventif harus diselesaikan, analisis fungsi bertujuan untuk mengenal pasti sistem yang ada dalam sesebuah produk sekaligus mengetahui fungsi setiap komponen yang membentuk sistem tersebut.
Objek (Penerima kesan) Produk (Sistem) Fungsi (Tindakan) Objek (Penerima kesan) Pembaris menahan Pensel Botol memegang Air Kerusi memegang Kucing Produk (SIstem) Setiap produk semestinya akan mempunyai fungsi. Fungsi ialah tugas sebuah produk untuk merubah objek sasaran. Objek pula akan menerima kesan daripada fungsi produk tersebut. Menjalankan fungsi Parameter yang berubah disebabkan tindakan yang dikenakan Fungsi ( Tindakan) Contoh beberapa produk, fungsi dan objek
2) Melukis sistem fungsi Komponen Fungsi Objek Muka bingkai katil Memegang Manusia Kaki katil Memegang Muka bingkai katil Skru Memegang Muka bingkai /Kaki katil Lantai Memegang Kaki katil Komponen berfungsi untuk melaksanakan tugas tertentu bagi melengkapkan sistem produk. Komponen ialah bahagian kecil yang berfungsi di dalam sesebuah produk. Kesemua komponen boleh digambarkan melalui lukisan sistem fungsi. Contoh produk seperti katil, akan mempunyai beberapa komponen kecil seperti skru, muka bingkai katil, kaki katil dan lantai saling berkait dan berfungsi untuk melengkapkan meja sebagai sebuah produk. Contoh komponen katil dan fungsinya
Lantai Berdasarkan jadual komponen tersebut, fungsi memegang itu membawa maksud dan perlaksanaan yang berbeza-beza bergantung kepada tugas masing-masing. Misalnya, fungsi memegang bagi muka meja bermaksud fungsinya sebagai tempat meletakkan buku. Maka melalui semua komponen, sebuah rangkaian fungsi terbentuk. Rangkaian fungsi ini juga turut melibatkan supersistem iaitu faktor persekitaran yang memberi impak kepada produk seperti lantai, kelembapan dan cahaya. Sekiranya lantai tidak rata, kedudukan meja menjadi tidak stabil biarpun komponen lain berfungsi dengan cekap. Kaki katil Muka bingkai katil Manusia Skru Memegang Memegang Memegang Memegang Memegang Gambar rajah model fungsi Lukisan model fungsi yang menggambarkan keseluruhan hubung kait antara komponen dengan kesannya
Bil Simbol Maksud 1 Berguna (normal) 2 Berguna tetapi tidak mencukupi 3 Berguna tetapi berlebihan 4 Bermasalah (harmful) 3) Membina model fungsi dengan menggunakan garisan interaksi Model fungsi boleh dilukis menggunakan beberapa jenis garisan interaksi yang berbeza. Garisan interaksi digunakan untuk mengenal pasti masalah yang berlaku terhadap sesebuah produk.
Lantai Kaki katil Muka bingkai katil Manusia Kelembapan Skru Memegang Memegang Memegang Memegang Memegang Model fungsi katil yang bermasalah Sesetengah katil di asrama sekolah tidak stabil dan sering bergoyang, lalu menyebabkan pelajar tidak dapat tidur dalam keadaan yang selesa dan selamat. Aisyah ternampak skru yang mengikat kaki katil dengan muka bingkai katil banyak yang telah berkarat. Penggunaan garisan interaksi dapat menggambarkan situasi di atas bagi mengenal pasti punca masalah. Berdasarkan model fungsi di bawah, garisan interaksi kelembapan, skru, kaki katil dan muka bingkai katil adalah yang bermasalah kerana skru yang mengikat kaki katil dan muka bingkai katil berkarat.
Lantai Kaki katil Muka bingkai katil Manusia Kelembapan Skru A) Masalah Fungsi dan Punca Masalah Penyelesaian masalah inventif boleh dijalankan melalui analisis fungsi komponen produk bagi mencari masalah dan alternatif penyelesaian. Kaedah ini berfokus kepada dua langkah, iaitu mengenal pasti masalah pada model fungsi dan pada komponen terlibat. Memegang Memegang Memegang Memegang Memegang Dapat dikenal pasti bahawa skru yang memegang kaki katil dan muka bingkai katil sebagai punca masalah
Jenis Halangan Contoh Halangan Semula jadi Panas,hujan,kelembapan Sains dan fizik Momentum,graviti Sifat asas objek Kebolehan manusia B) Analisis Berantai Punca & Kesan Analisis ini bertujuan untuk memahami dan mengesahkan rantaian punca dan kesan sesebuah masalah. Analisis ini dilaksanakan dengan cara menanyakan soalan beberapa kali sehingga punca masalah dapat dikesan. Soalan akan berhenti ditanya apabila jawapan diperoleh. Jenis dan contoh halangan
Katil tidak stabil Pelaksanaan analisis ini mestilah mempunyai objek dan parameter bagi mencari punca dan kesan dalam sesebuah masalah. Contoh dapat dilihat melalui carta alir di sebelah. Kesimpulannya, katil tidak stabil kerana skru yang memegang antara kaki katil dengan muka bingkai katil telah berkarat dan patah atas faktor kelembapan cuaca semula jadi (supersistem) Muka bingkai katil tidak stabil Kaki katil tidak stabil Berkarat Kelembapan Skru mengikatnya longgar Skru mengikatnya longgar Mengapa? Mengapa? MEngapa? Mengapa? Mengapa?
Latihan Apakah yang dimaksudkan dengan komponen? Apakah tujuan analisis fungsi dilakukan? Berikan satu contoh hubung kait produk dengan objek dari segi fungsinya. Apakah maksud supersistem? Berikan contoh supersistem yang berkait dengan jawapan di soalan 3. Senaraikan semua garisan interaksi yang boleh digunakan di dalam model fungsi. Hani mendapati bahawa ampaian bajunya tidak stabil dan goyah. Bina sebuah model fungsi bagi mencari punca masalah ini. Apakah tujuan analisis berantai punca dan kesan? Bagaimanakah jawapan analisis ini diperoleh? Lukiskan carta alir bagi masalah di soalan 7. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Jawapan
kasih! Terima