1 IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM EDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN Nama : Muhammad Al-Amin Bin Mohamad No. K/P : 030620-13-0277 Angka Giliran : 2021202340403 Program : PISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : T2S2.05 Nama Pensyarah : PUAN AMINAWATI ZAHARA BINTI MOHAMAD Tarikh Hantar : 19 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:_______alamin_________ Tarikh : ____19/3/2024___________ PEMERIKSA MODERATOR Markah: Markah: Tandatangan/ Cop: Tandatangan/ Cop: Tarikh: Tarikh: PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:______ alamin_________ Tarikh : ____19/3/2024___________
2 Isi Kandungan 1. Pengenalan ......................................................................................... 3 2. Pentaksiran secara tulisan ................................................................. 3 i. Kekuatan ii. Kelemahan iii. Penambahbaikan 3. Pentaksiran secara pemerhatian ..................................................... 6 i. Kekuatan ii. Kelemahan iii. Penambahbaikan 4. Pentaksiran secara lisan ................................................................. 10 i. Kekuatan ii. Kelemahan iii. Penambahbaikan 5. Penutup .................................................................................... 13
3 1. Pengenalan Terdapat pelbagai jenis pentaksiran digunakan untuk menilai tahap pencapaian akademik murid. Pelaksanaan pedagogi abad ke-21 yang berunsur futuristik, flesibel dan dinamik telah memberi Implikasi terhadap jenis, kaedah dan kualiti dalam pentaksiran. Pentaksiran autentik yang menjurus kepada kecerdasan pelbagai (multiple intellingences), teknologi, kepelbagaian literasi dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) telah mempengaruhi corak pentaksiran murid secara tradisonal. Pentaksiran alternatif disisi yang lain merupakan pentaksiran yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah selain daripada peperiksaan berpusat. Dalam hal ini, guru memainkan peranan yang penting dalam membuat diagnosis mengenai pertumbuhan dan perkembangan murid, kebolehan dan perkembangan akademik serta prestasi murid. Di samping itu, guru juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak ditaksir, melaksanakan prosedur pentaksiran, merekod keputusan, menganalisis keputusan berdasarkan data yang dikumpul, menulis laporan serta mengambil tindakan susulan. Penulisan ini adalah berkaitan penilaian 3 jenis instrumen pentaksiran, bermula dari kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan bagi satu-satu instrumen. 2. Pentaksiran secara tulisan Rajah 1 Rajah 2
4 Daripada Rancangan Pengajaran Harian atau RPH yang saya peroleh dari kenalan saya, dia telah memilih lembaran kerja sebagai instrumen untuk mentaksir murid-murid pada langkah pertama pengajarannya. Lembaran kerja merupakan salah satu dari pentaksiran secara tulisan. Lembaran kerja adalah salah satu aset penting di mana salah satu fungsinya adalah untuk mengukur keupayaan murid mengusai dan memahami kemahiran satu-satu mata pelajaran yang diajar (Zayana Fadhilah, 2019). Rajah 1 menunjukkan lembaran kerja sebagai satu bentuk pentaksiran secara tulisan. Rajah 2 pula disamping itu merupakan senarai semak bagi lembaran kerja. Dalam proses pengajaran yang efektif, penggunaan lembaran kerja sebagai instrumen penilaian awal memainkan peranan yang penting. Lembaran kerja merupakan pentaksiran bertulis yang dapat mengukur kemahiran dan pemahaman pelajar terhadap subjek yang diajar. Lembaran kerja biasanya dirancang secara khusus untuk mencakup konsep-konsep utama atau kemahiran yang harus dikuasai oleh pelajar dalam konteks pembelajaran yang sedang berlangsung. Isi lembaran kerja ini dapat bervariasi tergantung pada tujuan pembelajaran yang ditetapkan oleh guru, tetapi biasanya mencakup berbagai jenis soalan, latihan, atau aktiviti yang relevan dengan topik yang sedang dipelajari. 2.1 Kekuatan Pada pemerhatian saya, saya dapati beberapa kekuatan dalam instrumen pentaksiran secara tulisan ini. Pertama sekali, jika dilihat pada rajah 1, instrumen yang dijalankan adalah sesuai dengan objektif pembelajaran iaitu supaya murid dapat menyenaraikan 5 sifat Allah dengan betul. Hal ini juga dilihat selari dengan arahan soalan lembaran kerja yang jelas dan mudah difahami serta terarah kepada objektif yang ingin dicapai. Yang kedua, soalan yang dibina adalah sesuai dan menepati kognitif murid disamping sesuai untuk murid tahun 4 memandangkan aras yang diuji adalah aras rendah sahaja iaitu aras mengingat. Arahan soalan juga adalah secara terus dan ringkas. Arahan soalan yang baik dan jelas dapat mengukuhkan satu pembinaan item dan meningkatkan kesahan sekaligus menjadikan lembaran kerja yang dihasilkan sebagai satu alat ukur yang dapat memenuhi kehendak konstruk yang hendak dinilai iaitu 20 sifat Allah. Yang ketiga, lembaran kerja tersebut juga disertakan dengan pembayang yang dapat membantu murid untuk mengisi ruang jawapan pada lembaran kerja. Jika dilihat kembali, aktiviti yang dijalankan sebelum pentaksiran ini adalah aktiviti nyanyian lagu 20 sifat Allah. Selain memudahkan murid untuk mengingati 20 sifat Allah melalui cara nyanyian, aktiviti nyanyian juga dilihat sebagai langkah yang sesuai dengan tugasan lembaran kerja lebih-lebih lagi dengan pembayang jawapan yang ada. Murid dapat mengisi ruang jawapan dengan teratur dan mudah apabila mengingat kembali turutan sifat Allah dalam lagu yang dinyanyikan.
5 Kekuatan lain ialah dari senarai semak lembaran kerja. Senarai semak ini dapat menilai murid secara bersistematik dan keseluruhan serta tidak hanya terbatas kepada beberapa orang murid sahaja. Hal ini kerana senarai semak dilengkapi komponen seperti nama murid, jumlah markah dan catatan. Senarai nama murid yang lengkap adalah penting bagi memastikan tiada murid yang tercicir dari pentaksiran yang hendak dijalankan. Jumlah markah pula dapat membantu guru merekod penguasaan murid dengan lebih teratur dan sistematik. Manakala komponen catatan dapat memberi guru ruang untuk menulis sebarang perkara seperti penambahbaikan, kelemahan dan perkara lain yang perlu guru titikberatkan bagi meningkatkan kualiti dan suasana pembelajaran murid-murid menjadi pembelajaran yang lebih bermakna. 2.2 Kelemahan Terdapat beberapa kelemahan yang saya dapati dari instrumen pentaksiran secara bertulis ini. Pertama sekali, instrumen ini tidak memberi tambah nilai dalam diri murid. Tambah nilai yang dimaksudkan adalah seperti nilai kerjasama dan koperatif bersama rakan-rakan. Hal ini kerana lembaran kerja ini hanya mentaksir murid secara individu. Kesannya, guru tidak dapat memaksimakan penerapan nilai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Yang kedua, lembaran kerja yang dihasilkan ini kurang menarik bagi murid jika kita lihat pada struktur pembinaan item lembaran kerja ini. Kesannya, ia akan mempengaruhi murid dari aspek motivasi sekaligus mengurangkan penglibatan murid dalam pentaksiran. Murid yang tidak tertarik dengan pentaksiran juga akan memberi kesan negatif dalam PdP seperti mengganggu murid lain kerana berasa bosan dan tidak fokus. Akhir sekali, waktu dan tempoh perlaksanaan pentaksiran yang singkat. Hal ini dilihat sebagai satu kelemahan kerana sekiranya berlaku masalah luar jangka seperti murid tidak mahir dalam menulis, waktu singkat yang tersedia tidak akan mencukupi bagi mereka. Hal ini kerana lembaran kerja merupakan satu bentuk pentaksiran yang memerlukan kepada kemahiran menulis murid. Kesan lain ialah mencetuskan rasa tidak adil dalam kalangan murid yang tidak mahir dalam penulisan. 2.3 Penambahbaikan Bagi mengatasi kelemahan dalam instrumen pentaksiran bertulis ini, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dicadangkan.
6 Pertama sekali, guru boleh memberi tambah nilai melalui pentaksiran ini dengan membahagikan murid kepada kumpulan kecil sebelum memberikan lembaran kerja kepada mereka. Kesannya, murid dapat menerapkan nilai-nilai keusahawanan seperti kerjasama dan koperatif melalui perlaksanaan tugasan secara berkumpulan. Bagi merealisasikan objektif ini, guru sebagai pembimbing perlulah memantau murid untuk memastikan keterlibatan murid secara menyeluruh memandangkan ada kemungkinan untuk murid mengambil kesempatan terhadap rakan lain dan tidak terlibat dalam menyiapkan lembaran kerja. Yang kedua, masalah pentaksiran kurang menarik. Guru boleh menarik minat murid dengan memberikan ganjaran melalui reward chart dan sebagainya . Sebagai contoh, kumpulan yang paling cepat menyiapkan lembaran kerja dengan senyap akan mendapat satu bintang atau star, dan kumpulan yang mempunyai bintang paling banyak pada akhir sesi pembelajaran akan mendapat hadiah dari guru. Kesannya, murid akan lebih bersemangat untuk menyiapkan lembaran kerja sekaligus menerapkan nilai berdaya saing. Akhir sekali, masalah tempoh masa pentaksiran dapat diatasi dengan mengurangkan item yang hendak ditaksir. Sebagai contoh, item pentaksiran hanya merangkumi 10 sifat Allah sahaja. Hal ini dapat memberi ruang dan waktu kepada murid yang kurang berkemahiran dalam penulisan untuk turut serta dalam pentaksiran yang berlangsung sekaligus murid yang kurang berkemahiran ini tidak rasa terkecuali dari PdP. Selain itu, konstruk item yang lebih kecil dapat meningkatkan penguasaan murid dalam sesuatu topik memandangkan kandungan pelajaran yang lebih sedikit. 3. Pentaksiran secara pemerhatian Rajah 3
7 Pentaksiran secara pemerhatian merupakan proses penilaian yang dilakukan oleh guru secara langsung terhadap aktiviti, interaksi, dan tingkah laku murid semasa proses pembelajaran berlangsung. Pendekatan ini memerlukan pengamatan teliti terhadap pelbagai aspek pembelajaran, termasuk tahap pemahaman, kemahiran, sikap, dan tingkah laku murid dalam konteks pembelajaran. Guru dapat menggunakan pelbagai kaedah pemerhatian, seperti senarai semak, skala kadar, anekdot dan rekod berterusan (running record). Pentaksiran secara pemerhatian memungkinkan guru untuk mendapatkan pemahaman yang holistik tentang pencapaian murid, mengenal pasti keperluan pembelajaran yang spesifik, dan memberikan umpan balik secara berterusan untuk membantu murid meningkatkan prestasi mereka dalam setiap aspek pembelajaran. Rajah 3 dan Rajah 4 menunjukkan satu bentuk instrumen pemerhatian melalui pentaksiran berasaskan teknologi dan senarai semak bagi murid yang ditaksir. Pentaksiran berasaskan teknologi merupakan sistem pembelajaran yang berdasarkan web atau persekitaran pembelajaran maya yang membolehkan murid-murid berinteraksi, mengakses, berkongsi bahan-bahan pembelajaran berkolaborasi dan berkomunikasi secara dalam talian. Pembelajaran ini boleh berlaku pada bila-bila dan di mana- mana selagi ada capaian kepada internet. Pembelajaran ini juga telah membolehkan pentaksiran secara formatif dan sumatif dalam bentuk ujian, soal sedlidik dan tugasan dilaksanakan. Rajah 4
8 3.1 Kekuatan Antara kekuatan yang didapati dalam pentaksiran pemerhatian berasaskan teknologi atau Quizizz ini ialah konstruk atau struktur pentaksiran yang menarik. Hal yang dimaksudkan ialah adanya musik yang sesuai sepanjang Quizizz, avatar yang memberi reaksi ketika murid menjawab soalan dengan betul dan salah serta warna dan warna yang pelbagai dalam Quizizz tersebut. Kesemua aspek ini dapat mempengaruhi minat dan motivasi murid untuk menjawab soalan. Yang kedua, terdapat unsur peneguhan positif dalam Quizizz. Sebagai contohnya, pelajar yang menjawab soalan dengan betul akan memperoleh dorongan positif seperti tahniah dari gambar-gambar yang diselangi pada setiap soalan. Peneguhan juga dapat dilihat apabila murid dapat melihat skor markah yang mereka peroleh sekaligus membuatkan murid lebih bermotivasi untuk memperoleh markah secara berterusan. Seterusnya, kekuatan lain ialah bilangan soalan yang tidak terlalu banyak iaitu sebanyak 10 soalan sahaja. Bilangan soalan yang sesuai adalah penting supaya murid tidak rasa terbeban dan bosan dengan soalan yang terlalu banyak. Masa yang diperuntukkan juga adalah berpatutan iaitu 5-7 saat bagi setiap soalan. Melihat pada bentuk soalan iaitu secara objektif dan dengan hanya 4 pilihan jawapan, masa yang diperuntukkan adalah cukup dan tidak mendesak murid untuk menjawab soalan yang diberi. Akhir sekali, aspek penerapan nilai persaingan dalam kalangan murid. Dengan aplikasi Quizizz, guru boleh mengambil kesempatan terhadap paparan peringkat atau ranking yang dipaparkan untuk merangsang murid untuk mendapat nilai yang terbaik. 3.2 Kelemahan Terdapat beberapa kelemahan yang dikesan didalam item pentaksiran ini. Pertama sekali, senarai semak Quizizz pada Rajah 4 tidak lengkap kerana hanya mengandungi senarai nama murid dan jumlah markah. Ketiadaan ruang catatan dilihat sebagai satu kelemahan kerana guru tidak dapat melihat secara jelas kelemahan pentaksiran atau langkah lanjutan yang perlu diambil khusus terhadap murid tertentu yang lemah dalam penguasaan isi kandung pelajaran. Yang kedua, kelemahan yang saya dapati ialah aplikasi rumi dalam Quizizz. Guru perlulah menggunakan tulisan jawi dalam pembinaan item soalan supaya selaras dengan apa yang murid pelajari didalam kelas. Guru boleh mengaplikasi kelebihan Quizizz dimana pelbagai jenis tulisan dan bahasa boleh digunakan untuk menghasilkan soalan. Yang terakhir sekali, saya dapati bahawa gambar-gambar atau memes yang digunakan sebagai dorongan positif atau peneguhan terkadang tidak sesuai dengan tahap murid. Hal ini boleh menyebabkan pengaruh yang buruk kepada mereka dan dikhuatiri menerapkannya dalam kehidupan seharian mereka.
9 3.3 Penambahbaikan Bagi mengatasi kelemahan yang telah dinyatakan, terdapat beberapa cadangan mengenai langkah-langkah yang boleh diambil. Antaranya ialah menambah ruang catatan bagi senarai semak. Ruangan catatan dalam senarai semak adalah penting bagi guru mencatat sebarang perkara seperti penambahbaikan, kelemahan dan perkara lain yang perlu guru titikberatkan bagi meningkatkan kualiti dan suasana pembelajaran murid-murid menjadi pembelajaran yang lebih bermakna. Ketiadaan ruang catatan ini menjadi satu kekurangan yang ketara, kerana guru tidak dapat mencatat dengan jelas langkah-langkah atau strategi pembelajaran lanjutan yang perlu diambil khusus untuk membantu murid-murid yang mungkin menghadapi kesukaran dalam penguasaan isi kandung pelajaran. Cadangan penambahbaikan bagi kelemahan aplikasi rumi pula ialah guru meneroka dan menambah ilmu pengetahuan untuk menggunakan sesuatu medium pentaksiran secara sepenuhnya. Sebagai contoh, guru mempelajari cara menulis jawi dalam penyediaan soalan menerusi Quizizz. Selain dapat menyelaras soalan kepada tulisan jawi, guru juga memperoleh ilmu dan kemahiran dalam TMK. Terakhir sekali, kelemahan penggunaan gambar atau memes yang tidak sesuai. Selain dari guru memilih sendiri gambar yang akan digunakan sebagai peneguhan, guru juga boleh memantau murid supaya murid tidak mudah terpengaruh dengan gambar-gambar atau bahan yang mereka terima pada sesi pentaksiran dan masa yang akan datang. Bagi pemilihan gambar pula, guru perlulah memilih dengan bijak gambargambar atau memes yang digunakan, serta mempertimbangkan kesesuaian bahan atau gambar pembangunan murid dalam konteks pembelajaran.
10 Rajah 5 4. Pentaksiran secara lisan Instrumen ketiga yang akan dinilai ialah item pentaksiran secara lisan. Pentaksiran secara lisan merujuk kepada proses menilai kemahiran dan pemahaman seseorang melalui interaksi lisan, seperti perbincangan, presentasi, atau ujian lisan. Dalam proses ini, guru atau pemeriksa akan bertindak sebagai pendengar dan memberi maklum balas secara langsung terhadap jawapan atau prestasi murid. Pentaksiran secara lisan memberikan peluang kepada murid untuk menunjukkan kefahaman mereka dengan lebih terperinci, serta memperoleh maklum balas langsung untuk pembetulan dan penambahbaikan. Selain itu, ia juga memperkukuh kemahiran komunikasi dan kepercayaan diri murid melalui aktiviti-aktiviti berbicara secara lisan. Item yang saya pilih adalah dari langkah 3, dimana murid akan berbincang sesama rakan mengenai isi kandungan pelajaran iaitu bukti meyakini 20 sifat Allah, seterusnya bersoal jawab dengan guru. Rajah 5 menunjukkan senarai semak bagi aktiviti perbincangan atau round table dan soal jawab ini.
11 4.1 Kekuatan Kelebihan pentaksiran secara lisan menggunakan kaedah perbincangan round table dapat memberi pelbagai manfaat dan memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Pertama sekali, kaedah ini membolehkan murid berinteraksi secara aktif dengan rakan sebaya mereka dalam membincangkan isi kandungan pelajaran, khususnya berkaitan dengan 20 sifat Allah. Dalam proses berbincang ini, murid berpeluang untuk berkongsi pandangan, bertukar pendapat, dan menguji pemahaman mereka dengan bertolak ansur antara satu sama lain. Ini memberi peluang kepada setiap murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran, meningkatkan penglibatan mereka dalam kelas, serta memupuk kerjasama dan kepercayaan di antara rakan sebaya. Selain itu, melalui kaedah round table, murid dapat membina kemahiran komunikasi dan pemikiran kritis dengan lebih baik. Mereka perlu berkomunikasi dengan jelas dan berfikir secara kritis untuk menyampaikan pendapat mereka kepada rakan sebaya. Dalam proses ini, mereka belajar untuk mendengar pandangan orang lain, pertimbangkan pelbagai sudut pandangan, dan membuat penilaian berdasarkan bukti atau perbezaan pendapat yang diberikan. Ini membantu meningkatkan kemahiran berfikir kritis mereka serta memperluaskan pemahaman mereka tentang topik yang dibincangkan. Seterusnya kekuatan dari pentaksiran soal jawab. Apabila berhadapan dengan guru untuk sesi soal jawab, kaedah ini memberi peluang kepada murid untuk mengukur dan menunjukkan tahap pemahaman mereka secara langsung. Mereka dapat menjelaskan dan membela pandangan mereka, manakala guru pula dapat memberikan maklum balas secara langsung dan memberi bimbingan kepada murid dalam memperbaiki pemahaman mereka. Dengan cara ini, pembelajaran menjadi lebih berinteraksi dan berkesan, membolehkan murid untuk memperbaiki kelemahan mereka dan memperkuatkan pemahaman tentang isi kandungan pelajaran. 4.2 Kelemahan Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diambil kira apabila menggunakan kaedah round table dalam pentaksiran secara lisan. Pertama sekali, walaupun kaedah ini memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan berbincang sesama mereka mengenai isi kandungan pelajaran, seperti bukti meyakini 20 sifat Allah, terdapat risiko bahawa beberapa murid mungkin kurang memberi sumbangan atau kurang berani untuk menyuarakan pendapat mereka. Ini boleh disebabkan oleh faktor seperti kekurangan keyakinan diri, ketidakselesaan, atau rasa malu. Ketiadaan sumbangan aktif dari semua murid boleh mengurangkan keberkesanan proses pembelajaran secara kolektif.
12 Kedua, apabila berhadapan dengan guru untuk sesi soal jawab, terdapat potensi tekanan tambahan kepada sesetengah murid yang mungkin kurang yakin atau tidak selesa untuk berkomunikasi secara langsung dengan guru di hadapan rakan sebaya. Mereka mungkin berasa tertekan untuk memberikan jawapan yang betul atau mungkin tidak dapat mengekspresikan pemikiran mereka dengan jelas kerana takut tidak dapat menjawab dengan baik. Ini boleh menyebabkan penilaian yang tidak tepat terhadap tahap pemahaman sebenar mereka. Oleh itu, penting bagi guru untuk mencipta persekitaran yang menyokong dan memperkasakan murid untuk berkomunikasi dengan jujur dan terbuka tanpa rasa takut atau tekanan. 4.3 Penambahbaikan Untuk mengatasi kelemahan yang disebutkan, beberapa penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti yang berikut. Pertama sekali, bagi mengatasi isu ketidakseimbangan dalam penglibatan murid semasa sesi round table, guru boleh menerapkan struktur pengurusan yang lebih formal. Ini termasuklah memberikan giliran kepada setiap murid untuk berbicara dan memastikan bahawa setiap aspek topik dapat dibincangkan secara menyeluruh. Dengan cara ini, setiap murid diberi peluang yang sama untuk menyumbangkan pendapat mereka tanpa rasa terkesan oleh rakan sebaya yang lebih dominan. Selain itu, untuk mengatasi tekanan tambahan yang dialami oleh beberapa murid semasa sesi soal jawab dengan guru, penting bagi guru untuk mencipta persekitaran yang mesra dan kondusif. Ini boleh dicapai dengan memberikan pujian dan sokongan kepada setiap murid, menggalakkan keterlibatan aktif semua murid, dan memastikan bahawa setiap pandangan yang diberikan dihormati. Dengan cara ini, murid akan berasa lebih selesa untuk berkomunikasi dengan jujur dan terbuka.
13 5. Penutup Secara kesimpulannya, pentaksiran dalam pelbagai bentuk, termasuk pentaksiran secara bertulis, pemerhatian, dan lisan, memainkan peranan penting dalam menilai pencapaian dan pemahaman murid dalam proses pembelajaran. Kaedah pentaksiran alternatif ini membolehkan guru untuk mendapatkan gambaran yang komprehensif tentang kemahiran dan pengetahuan murid melalui pelbagai pendekatan. Pentaksiran secara bertulis membolehkan murid untuk menyampaikan pemikiran dan pengetahuan mereka dalam bentuk tulisan, sementara pentaksiran melalui pemerhatian membolehkan guru mengenal pasti kemahiran praktikal dan tingkah laku murid dalam situasi yang sebenar. Sementara itu, pentaksiran secara lisan, seperti dalam kaedah round table, memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan menyuarakan pendapat mereka secara langsung, yang memperkukuh kemahiran komunikasi dan memberikan maklum balas secara langsung dari guru. Dengan menggabungkan pelbagai kaedah pentaksiran ini, guru dapat menyediakan penilaian yang holistik dan menyeluruh terhadap pencapaian murid, membantu mereka mencapai potensi maksimum dalam proses pembelajaran.